Recent Post

Saturday, July 31, 2010

NASI GORENG ULAM RAJA CILI KERING CAMPAK

Haa...lama sudah tak update blog...alahai daku sibuk update blog biz daa..itupun masih ada yg perlu di update...al-maklumlah tak dpt online selalu..

kira Sabtu/Ahad jer lah 24 jam milik ku hehe... klu dah kuar jenjalan pulak?? itu pasal lah tak update2 blog nie...sian blog aku nie..huhu...

Hari nie terdetik nak teruskan hobi berblog nie...hehe.. hari ni daku masak nasi goreng eksperimen...hmm sedap pulak...jika ikut resepi asal adalah daripada ibunda tercinta...cuma daku ubah suai sikit ...(jgn mare mak..hihi)


Nasi Goreng Ulam Raja CIli Kering Campak??? haa bukan demam campak yerr..
ku beri nama campak nie bukan apa..sebab main campak2 jerrrr...hihi
dan senang sekali nk buat dan rasa nya juga lain dari biasa...cubalah bg mereka yg suka kelainan... dah cuba bagi tau daku yer...


Resepi:
Nasi 2 mangkuk
Minyak untuk menumisUlam Raja (hiris nipis)
Kacang Botol (potong nipis serong2)
Cili Kering (tak payah blend, cuma hiris/potong serong)
1 biji Bawang besar (di hiris)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji telur
ikan bilis goreng.
bawang goreng (beli terus atau macam deqlis suka buat sendiri ajer..campurkan sedikit tepung gandum dan tepung beras ke atas bawang merah dan goreng hingga garing dan toskan-siap lah bawang goreng yg rangup dan sedap)


Cara-cara memasak;
masukkan minyak utk menumis..
masukkan bawang besar , bawang putih dan cili kering potong..bila dah garing masukkan telur...kacau telur hingga garing..masukkan kacang botol hingga separuh masak....campak jer..kemudian masukkan nasi dan akhir sekali masukkan garam dan campak jer daun ulam raja...dan taburkan ikan bilis goreng dan bawang goreng ikut suka anda..kira leh kata semua campak2 jerr..


Maaf lah gambar enggak ada...huhu..nasi panas2 terus di hidang..ku n hb terus ngappp hihi...nie namanya tak henggattt dunia daaa...ingat MAKAN mAKAN makan... lain kali laa ku buat nanti ku hidang kan kat blog ya hihi..

apa bezanya resepi bondaku?? tak byk beza cuma ku tambah telur dan ulam raja tu shj... yg lain sama jer.. dan utk yg berminat ikan masin...masa ku kecik2 dulu ada jugak mak ku masak nasi goreng ni n buh ikan masin sekali...atau goreng ikan masin tenggiri tu asing2..n cubit2la ikan masin tue sikit2 ikut selera semasa makan nasi goreng nie...so tak payah campak ikan bilis laa jika dah guna ikan masin...apa2 pun ikut selara anda...cuma bezanya nasi goreng nie..cili kering tu tak payah blend...klu di blend bertukar rasanya ya...a'haa... cuba2 jgn tak coba..


Photobucket

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Sya'aban


Assalamualaikum w.b.t...


Untuk makluman...sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. dah dekat dah nie....sekarang dah 6:59 petang

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1) Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

  • Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1
  • Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2) Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
  • Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3) Baca surah al-Ikhlas 1000x

4) Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
  • Malam Dimustajabkan Doa
  • Malam Pembahagian Takdir
  • Malam Rahmat
  • Malam Berkat
  • Malam Pengampunan (Taubat)
  • Malam Penebusan
  • Malam Syafaat
  • Malam Penulisan
  • Malam Keagungan dan Kemuliaan
  • Malam Rezeki
  • Malam Hari Raya Para Malaikat
  • Malam penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1) Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2) Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam


Wassalam.


*TOLONG SEBARKAN UNTUK INGATAN SEMPENA RAMADHAN YANG AKAN DATANG...INSYA ALLAH...

Tuesday, July 6, 2010

Mohamad Juara Mentor !!

MOHD JUARA MENTOR 4

JUARA MENTOR !!..
hmm ..klu nk tahu sebenarnya tahun ni daku lebih suka menonton Mentor daripada AF.. ntahlah sebb peserta AF kurenggg menarik perhatian ku agaknya...cuma tgk konsert final shj... berbeza dengan Mentor dari konsert 1 hingga Final semalam (Ahad 4 Julai 2010) daku memberi sokongan pada Mohamad.... satu sebb suka dengan cara dan suara dia yang tersendiri, rendah diri dan penampilan yang bersahaja.. dan sebb2 tambahan lain adalah sebab Mohamad nie nama ayah daku hehe... Mentor pulak nama syarikat ent ayahku hehe... so sesuai lah dia menang...ekeke... hmm pastu mmg lah daku peminat kak Ziana Zain.. Tahniah Mohamad dan Kak Ziana Zain..tuah baby kembar kak Ziana tu dpt 100,000 ... buat 4 peserta terakhir dalam Mentor juga daku minat... mmg dah agak 4 peserta terakhir ni akan kekal lama di Mentor..mmg dari 1st episod aku mmg minat kat Mohamad, Adi, Nani dan Ila... cuma nasib Ila tak dapat ke final... walau apa2 pun semoga kalian semua akan mewarnai dunia hiburan ini dgn baik.

Sekali lagi Tahniah! Mohd Juara Mentor 4, tahniah jua  kepada Ziana Zain.. Tahniah Semua.. Mmg dah agak dah dengan sokongan dan sorakan  peminat Mohd mendahului dengan 71 markah di ikuti dengan Adi dan dituruti dengan nani..
Sekalung Tahniah Sekali lagi kepada Ziana Zain dan Mohd. Cayalah…

Petikan dari mstar.com.my
Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd telah dinobatkan sebagai juara program realiti terbitan TV3, Mentor musim keempat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi. Mohd mengungguli dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 71 yang melayakkannya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM 100,000 dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone manakala mentornya Ziana Zain turut membawa pulang RM100,000.
Dalam konsert akhir itu, Mohd telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Aswandy yang berjudul Cinta. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Johor Bahru itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Fiq menerusi lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.
Tempat kedua dimenangi oleh Adi Hamiz Johar atau Adi hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 62 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan Aizat. Adi dan mentornya Dayang Nurfaizah masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.
Sementara itu, Nani atau nama sebenar Nurhadzwani Salleh dan mentornya, Azmeer pula terpaksa akur dengan keputusan apabila meraih tempat ketiga dengan jumlah markah keseluruhan 51 peratus. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang.
Keputusan Penuh Mentor 4
Juara
Protege: Mohd
Mentor: Ziana Zain
Tempat Kedua
Protege: Adi
Mentor: Dayang Nurfaizah
Tempat Ketiga
Protege: Nani
Mentor Azmeer
Sumber: mstar.com.my


Sumber photo di atas: www.budiey.com

Photobucket

Antara Zoo/Muzium/Desa Water Park..mana best utk cuti2 hujung minggu ya?

 Hmm... ada family plan utk next week..
Plan samada nk g Zoo Negara/Muzium Negara/ Desa Water Park..
hmm mana satulah nk pergi ya?? anak2 buah nk g Zoo..hmm penangan filem Zoo tu kot hehe... hmm Mamalis pun lama sudah tak masuk Zoo... klu masuk berdua jer ngan hb sure tak bestt jer rasa klu tak g ngan kanak2 hihi..so good idea jugak..
g Muzium Negara??? hmm dulu2 mmg dah berkali2 pergi... hmm lama juga tak pergi... hmm ada apa perbezaan ya Muzium dulu ngan sekarang??? hmm kena cari Pak Google nie... dulu2 tak boleh snap gambo dlm muzium... adakah sekarang dah boleh snap gambo??? hmm...
g Desa Water Park..hmm mmg dekat je dari Bukit Jalil, pernah pergi sekali...tapi pergi sebb kerja..masa buat rancangan Trek Selebriti Ekin AF jika tak silap ku... bukan dapat main2 pun huk huk huk... Jimmy ngan Ekin jer yg naik macam2... aku sibuk check time code, sibuk cari lokasi menarik dlm tu utk shoot.. mana ada can nk join sekaki huk huk huk...kerja lah katakan.. tp seronok juga dalam tu...hmm idea menarik... tp mana satu akan di undi oleh kaum kerabat keluarga aku erk??? nk g mana satu nie?? hmm kena laa daku survey dulu pro n cons setiap tempat...

jadi family event organizer plk ekekeke... hmm tunggu lah next week.. mana satu laa pilihan juri awam aka family daku...hihi..



Photobucket

Saturday, July 3, 2010

11th Friendship Anniversary - Menonton Lagenda Budak Setan


7 JUN 1999
HARI BERSEJARAH antara diriku dengan suami tercinta... kali pertama bertemu... 11 tahun yang lalu..

7 JUN 2010
HARI BERSEJARAH jua, kerana kami sama2 menonton wayang FILEM MELAYU dan berbayar (bukan tiket FREE k). Oleh kerana diri ini yang mengajak suamiku menonton Filem LBS ini pastinya diriku yang belanja tengok wayang... Mula2 risau jua...risau filem ni akan menghampakan aku dan suami pabila menontonnya... dalam hati ku janganlah sampai aku dan hb nak keluar panggung awal... walaupun sampai agak lewat, macam biasa cerita LBS belum di tayangkan lagi...jadi sempatlah kami menonton dari awal..
TAHNIAH untuk produksi kerana menyajikan sebuah filem yang berkualiti (ini pandangan ku seorang yang pernah menjadi org di belakang tabir) jadi setiap plot dan view filem ini sungguh mengagumkan .. bak kata ku dan kawan2 dulu ( ini bukan kerja org malas)... hihi faham2 sendiri lah yer..
walaupun ada yang mengatakan baca novel lebih best dari menonton, terbalik pulak dari diri aku ni, dulu zaman sekolah2 pernah dah membaca novel LBS ni, tp aku tak baca habis pun (pelikkan klu ikutkan novel2 lain sampai tak tido malam pun sanggup ku baca hingga habis walau tebal nya mak aiii beratus2 m/s..hmm dulu kat sekolah pemenang Pembaca Buku Terbaik dan Pengulas Buku Terbaik nie..ceh ceh ceh)... tp entah kenapa aku tak minat meneruskan pembacaaan LBS tu dulu... agaknya sebab TERLALU SETAN nya perangai KASHA... aduhh sampai tak larat nk baca...  Tp bila menonton filem, mungkin tak terlalu lama scene setan Kasha tu, daku lebih suka..hehe...

oklah nk cerita apa yang menarik perhatian ku terhadap cerita ini
1. Suka lakonan Lisa Suriani walaupun daku mmg tak minat Que Haidar..
2. View yg menarik, penuh dgn elemen fotografi
byk guna teknik bokeh foreground, bokeh background, view atas bukit, penggunaan wide lens...mmg sedap mataku memandang...dan tahniah sebbku tahu betapa leceh dan sukarnya nak dapatkan view2 menarik .. teringat view Kasha naik sampan tiba di tepi pantai tu.. mmg menarik..

3. Farid Kamil guna camera canon lama...canon 400D...perrghh mana ada lagi dah camera tu sekrg kan?? so proud of it...congrats to prop man/yg berusaha mendapatkan camera nie..
4.lagu2 dia best2 dan lagu berkualiti...now dah jadi lagu latar blog daku hehe...
5. Jalan cerita yang memang dah kuat..dan menarik
6. Suka juga lakonan Fazura.

itulah antara yang best tentang LBS... tidak seperti filem2 lain..selau visualize kurengggg atau mmg K.O lah...tp yg ini mmg best..

PSSTTT....
hmm cuma takleh terima laa rupa ayu yg baru (lepas buat plastik surgery tu) huhu nk wajah ayu yg asal balik..huhu..

sedih gak tgk citer nie... part ayu kena kahwin dgn Q ..berkaca gak mata ku ini...(hmm tetap menci ngan Q lagi2 ngan tindakan ganas dia pada ayu) geram betuii....

part kelakar walau pun sebenarnya sedih adalah part muka ayu di bungkus tu hihi...aku jadi gelak pulak kat dalam panggung...terus sampai ke akhir citer..aku gelakkan Q yg dah jd cam mamat tak betui...

hmm daku still tak leh menangis sampai habis berkotak2 tisu laa... hanya berkaca di mata... tp ada gak nampak org kat sit depan ku yg pegang tisu hehe..

walaupun tak sampai pegang tisu/nangis tragis mcm tgk citer hindustan Mann, deqlis tetap suka citer nie dan beri kredit pada citer nie.... jk di beri peluang tgk sekali lagi...confirm nk g tgk lagi..!

tahniah buat krew2 dan semua pelakon...

so mmg berbaloi lah daku belanja hubby tgk wayang citer nie

dgn erti kata lain, sib baik lah daku tak kuar panggung.....zassssssssssssssssssssssssss...
kat bawah nie bukti tiket wayang kami.. yg penting tarikh tue..ceh ceh ceh




Photobucket

Karipap Pusing


Sungguh lama tak update blog...Ya Allah! sejak Malaysia kalah Piala Thomas lah... hmm sempat jenguk jer blog kesayangan ku ni...tak sempat nk update huhu... yerlah tak dpt ngadap pc lama2 cam dulu..klu sempat masuk pun terpaksa check mende2 penting terlebih dahulu seperti posting di kedai online, check PM customer, check email2 customer dan sesekali mengikuti perkembangan semasa melalui akhbar online dan thread berita sensasi online.. mcm2 peristiwa dahberlaku sepanjang ku tinggalkan blog nie..huhu..

so nk cerita pasal karipap pusing yg ku buat tempohari... 
sempat lah hb ku snap masa ku tgh buat..hihi..
 bila dah goreng tak sempat snap..sebb snap terus ke dalam mulut wakakaka...
 byk jugak buat ...sempatlah abg ku, kak ipar dan Aqilah dan Irfan merasa Mamalis dia punya karipap pusing... ok2x.. next time mamalis wat lagi k... tgk diorg suka betui makan.. Mamalis pun sejak badan maintain jer nieh..rajin2 gak laa masak2 nie hehe...

resepi? ohh insyaAllah satu blog khas utk resepi2 masakan deqlis/mamalis/mak lang ni akan di buat dalam satu blog khas... dlm pembikinan lagi chewah... so klu dah penuh resepi barulah daku kasi on air blog tu yer..


Photobucket