Recent Post

Sunday, October 24, 2010

Jauh perjalanan luas pandangan







Topik malam ini.."Jauh perjalanan luas pandangan" haa bukan jauh perjalanan naik kereta, bas mahupun kapal terbang...bukan jugak kisah menaiki roket... jangan salah sangka ya... haa.. sebenarnya jauh perjalanan dalam dunia berblogging ini. Jauh perjalanan luas pandangan dan pengetahuan... Seperti malam ini deqlis terpegun dengan sebuah cerita salah seorang blogger tentang Perdana Menteri Jepun Koizumi (bukan PM Jepun sekarang..cerita zaman Pak Lah).. walaupun ceritanya dah lama dan basi kata orang...apa yang nak deqlis sampaikan di sini mungkin tak akan basi2.. 

Kisah ini yang menjadi tauladan dan menginsafi diri ini. Melalui kisah kerendahan hati PM Jepun Koizumi mahu memasak untuk Pak Lah apabila beliau pergi ke Tokyo. Bayangkan bagaimana seorang PM kedua kuasa ekonomi dunia meluangkan masa melayan seorang PM  pulau kecil seperti Malaysia??. 

Ketokohan dan kesederhanaa Koizumi patut kita contohi. Walaupun tinggi tapi tak bongkak dan sombong. Ayat yang perlu di highlight kan adalah " Setinggi mana kita sekalipun, kita akan jatuh juga, serendah mana sekalipun kita, kita akan naik jika berusaha.Kita tak patut ada sikap bongkak dan tinggi diri"

dan jika di fikir2kan kembali, rupa-rupanya Teori Kesamaan dalam Operational Management datang dari Jepun. (hmm ingat tak bg mereka yang pernah amik kertas MGT nie..? ..mestilah ingat kan teori nie? hehh).. jadi tak hairanlah jika kita pergi ke kilang jepun, tak kira pangkat pengurus, engineer, eksekutif atau operator semuanya memakai uniform yang sama.

Rekaan semata-mata:

"Koizumi: jadi ka nak datang Jepun? klu jadi aku masakkan special tau..
Pak Lah: Klu macam tu leh masak Sushi Petai?
Koizumi: haa masak sushi pandailah..petai tu apa??
Pak Lah: Hahh masak jer lah sushi tu, nanti petai ku bawak dari M'sia.."


P/S: ngeh ngeh ngeh,,,agak2 Pak Lah baca ke blog aku nie ?? hahaha...

Sekian...


Photobucket 

2 comments:

eiela said...

betul tuh jauh perjalanan luas pemandangan,,banyak yang dapat kita kutip sepanjang perjalanan itu.

deqlis said...

salam kenai eiela..
thanks..

jln2 laa sini lg yer.