Recent Post

Monday, January 17, 2011

Kasut...? trend atau fesyen?

 Salam, selamat pagi semua... harap sihat-sihat ya.... tentu ramai yang menantikan entri TOP 5 pemenang Contest Deqlis -Gambar Kenangan Percutian 2010 lepas... namun sebelum pengumuman TOP 5 di buat.... Deqlis ingin bercerita tentang kasut... trend atau fesyen? Kasik suspen sikit....ooo bukan senang nak pilih pemenang oiiii.... jenuh sampai juling bijik mata I hehe...

Bercakap tentang kasut, pelbagai kasut ada di pasaran. Dari zaman dahulu hingga sekarang pelbagai fesyen dan trend yang dapat kita lihat...Haa dri terompah, selipar jepun ke kasut tumit tinggi, kasut balet Tiamo, Crocs dan sebagainya meniti dibibir-bibir peminat kasut. Dan jika dilihat trend kasut sebegini turut bermusim. Contohnya jika kita musim Crocs sedang popular...wah! Sana sini kelihatan pelbagai peringkat usia yang menggayakan Crocs ini. Peniaga online juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Begitulah trend sesuatu kasut itu disaat ianya boommmm meletup-letup di pasaran.

Trend yang bakal menggegarkan 2011?? hmmmi mungkinkah trend kasut denim /kasut jeans agaknya? memandangkan deqlis melihat perkembangan fesyen tudung denim mula memikat si gadis mahupun mak gadis hehe... kemungkinan trend denim/jean ini bakal menular ke trend dan fesyen kasut pula.


 contoh kasut denim ...:-)

Walaubagaimanapun trend dan fesyen kasut terkini, setiap orang mempunyai citarasa tersendiri dalam pemilihan dan penggayaan kasut yang dipakai. Semasa ke Pulau Pinang pada tahun lepas, deqlis sempat memerhatikan fesyen kasut seorang adik ini. Entah macam mana dalam ramai orang dan dalam duduk keletihan di Padang Kota, deqlis terpandang sesuatu yang unik dan boleh dikatakan ianya sungguh berani menggayakan kasut sedemikian. Walaupun mungkin agak pelik, tapi fesyen ini berjaya menarik perhatian deqlis dan en hubby.
haa.... inilah yang dikatakan telah mencuri perhatian deqlis....
"tali kasut nya"

CU lagi...
haa...nampak tak?? deqlis teringat gaya penyanyi Sheqal yang popular dengan Lagu Cinta Nusantara dalam era 1990-an.....
Sheqal suka menggayakan fesyen baju sebelah-sebelah warna lain nie.. uools ingat tak?? hihi..


Tak kisahlah apa fesyen sekalipun, janji selesa dipakai dan sesuai dengan diri kita serta happy yaa..:-)
Jika di perenggan atas tadi deqlis menjangkakan trend kasut denim, sebuah laman web dari luar negara menjangkakan Trend kasut 2011 adalah Hiking Boots.

Hiking boot menjadi salah satu pilihan untuk menepati trend terkini. Sama ada pilihan but bertumit tinggi atau bertapak baji, dari perincian bulu atau kulit, hiking boot menawarkan pelbagai pilihan. Hmm...apa kata uools??

Jom usha picture Hiking boot for women...








haa...cuci mata jap... ada yang berkenan??hehe.. deqlis?? deqlis pantang tgk merah...so suka yg hikig boot merah kat atas nie...dah masuk pasaran Malaysia ker??ihik... kasut nie ala2x kasut sport tetapi rekaan lebih cun laa...:-)..

pepun fesyen kasut atau trend...pakai kasut biar untuk selamatkan kaki uools dari terkena paku... klu terkena paku...siapa susah??deqlis jugek...hihihi ngehhhh...(aci tak?) hihi..

okaylah lagi lama nanti merepek pulak jadinya..maka,, permisi dulu buk!


No comments: