Recent Post

Wednesday, December 24, 2014

Fraser's Hill nyaman dan sejuk

As Salam semua...harap semua sihat-sihat sejahtera ya...

Mood cuti dah tiba....al-maklumlah esokkan cuti sempena 25hb Dec... mesti lah ramai mengambil peluang bercuti panjang....untunglahhh jika dapat bercuti panjang....namun bagi mereka di Klang Valley nie...jika hanya berpeluang bercuti 1-2 hari sahaja boleh laa ke Fraser's Hill...keadaan kawasan bukit bukau dan tumbuhan hijau dan pepohon bunga yang pelbagai warna ...Wah! indah sekali... sesekali terasa diri di Sydney Australia...:-)

Deqlis berkesempatan ke Fraser's Hill pada hujung minggu lalu... pergi pagi Ahad dan pulang hari yang sama... tak dapat nak check in hotel sebab keesokannya kami sudah bekerja...takperlah lain kali deqlis nak bermalam pula...:-) dah survey dah hege apartment/hotel/bungalow di sana:-) nak tahu baca sampai abis...:-)

Dari Bukit Jalil ke Fraser's Hill memakan masa lebih kurang 3 jam perjalanan....hmm macam balik kampunglah jugak...perjalanan yang menjangkau 120km ini memang tidak menjemukan jika anda memang peminat kehijauan dan ketenangan....

Apabila menyusuri laluan dari Kuala Kubu Bharu, terdetik hati ingin melihat suasana Empangan Hulu Selangor...adakah semakin menyusut airnya? susut atau tidak bukan lagi persoalannya lagi...mata deqlis tertumpu kepada keindahan alam yang mendamaikan dan penuh keasyikan.....betapa tenang dan suasana yang bebas dari kebisingan di tengah kota KL.



Selepas berehat seketika..selfie2x dan menikmati kehijauan bumi ciptaanNya ini. Kami meneruskan perjalanan ke Destinasi sebenar iaitu Fraser's Hill...

yeyyy dah sampai...:-) tempat nie mcm tempat wajib posing atau trademari Fraser's Hill nie..:-) kira dah berjaya daki ke sini hingga mengeluarkan peluh jantan...hahaha:-)

xtvt boat, memancing dan naik bola2x besar ada di sini...
tanaman strawberry juga ada bersebelahan kawasan ini.

Seronok jumpa date yang penuh bermakna ini di Air Terjun Jeriau, Fraser;s Hill...
syahdu rasa tau..:-)

Bunga-bungaan yg merimbun dan mengindahkan suasana...

hmm banyak lagi picture...tapi yang ini jelah buat tatapan dan kenangan deqlis...

Jangan terkejut kami berangkat pulang jam 7 malam dari Fraser's Hill ya... bayangkan jalan yang penuh berliku dipandu en.hb dalam suasana malam.... huuuhhh masa tu deqlis berdoa jangan kereta buat hal shj.... alhamdulillah semuanya selamat...kami sampai di rumah lebih kurang jam 10 malam..
sangat letih sebab mata dok fokus kepada jalan semasa menuruni bukit Fraser nie...

selepas ini deqlis nak bermalam pulak di sana...nak bawak family pulak...:-)
boleh lakukan xtvt berbasikal, memanah, menunggang kuda dan lain-lain.

Harga sewa basikal: RM10 sejam
Harga hotel: antara RM110- RM500 pun ada...pilih aje mana yg sesuai dengan bajet dan keperluan kita:-)







No comments: