Recent Post

Thursday, December 25, 2014

Wedges Clarks Idaman akhirnya menjadi milikku

As Salam dan Happy Holiday 25th DEC 2014..

yezzaaa cuti !!!!!!!!!!!!!!!

dan yang bestnya lagi jika uools dapat g shopping kan??? haha..

deqlis nk citer pasal kasut Clark pulak...ada ke peminat Clark nieh?


Deqlis suka sangat Wedges nie... giller kentang suka sangat bila dapat menjadi koleksi Deqlis.........
yang lagi best ingat nak beli sendiri...tetiba en hb nak belikan...hihi tqvm en hubby... lagilaa giller kentang suka.... kasut nie memang sedap sangat pakai....terletak je kat kaki ku nie... biasanya deqlis akan pakai saiz UK5 tapi sebenarnya lebih sesuai UK4.5 (kat malaysia susah nak dapat saiz setengah-setengah nie)... jadi masa mencuba kasut ini, deqlis amik saiz UK4... al-maklumlah kasut kulit nie akan kembang kan bila dah lama pakai...inyaAllah yang ini pun akan tahan 4-5 tahun macam kasut Clark me sebelum nie...:-) suka sangat kasut Clark nie sebab kualiti dia...takdelah pakai seminggu dah terkopek atau tercabut mana-mana bahagian... biarlah alah membeli menang memakai....:-)

Bagi peminat Clark aka Pencinta Clark, selain shopping di Offline Shop...kita juga boleh membeli-belah secara Online... deqlis pernah sekali membeli dengan FB PENCINTA CLARK  dan FB UK CLARKS SALES kasut Wedges jugak...color hitam:-) jika bernasib baik uools akan dapat membeli latest design dan juga kasut-kasut Clark dengan hege sales yang besttt:-) giller laa klu sales tak bestt kan??


Ok...selamat bercuti...hv a nice day!

Clark Lover,

Deqlis :-)

Wednesday, December 24, 2014

CTDK at Astro & Al-Kisah PRANK MEMBER opis

Cerita Semalam....selfie ngan Tok Tie...:-)
member opis ku Si Emmabelle siap kena prank lagi ngan Tok ti nie...klu uools nak tahu prank apa...
terjah lah ke intagram @ctdk yer... ada video prank tue lagik...:-) syok laa member tu sebab dapat prank drpd Tok Ti..:-)

Tok Ti tetap seorang yang humble...bila bersembang macam 10 tahun dah kenai...
suka sangat jumpa Tok Ti....walau dah berkali-kali berdepan ngan dia...rasa tak pernah jemu...aura dia kan?

Nak tonton Datuk Siti Nurhaliza dengan baju biru yang sama di atas? Jangan lupa saksikan H Live Ahad ini dalam segment APA KATA WANITA....

date recording semalam....:-)

ok, mesti ramai dalam mood cuti2x kan? so sambil2x bercuti jgn lupa tune tv anda tue..:-)

ok jumpa lagi///
Salam Sayang daripada Ellismelia aka Deqlis :-)


Fraser's Hill nyaman dan sejuk

As Salam semua...harap semua sihat-sihat sejahtera ya...

Mood cuti dah tiba....al-maklumlah esokkan cuti sempena 25hb Dec... mesti lah ramai mengambil peluang bercuti panjang....untunglahhh jika dapat bercuti panjang....namun bagi mereka di Klang Valley nie...jika hanya berpeluang bercuti 1-2 hari sahaja boleh laa ke Fraser's Hill...keadaan kawasan bukit bukau dan tumbuhan hijau dan pepohon bunga yang pelbagai warna ...Wah! indah sekali... sesekali terasa diri di Sydney Australia...:-)

Deqlis berkesempatan ke Fraser's Hill pada hujung minggu lalu... pergi pagi Ahad dan pulang hari yang sama... tak dapat nak check in hotel sebab keesokannya kami sudah bekerja...takperlah lain kali deqlis nak bermalam pula...:-) dah survey dah hege apartment/hotel/bungalow di sana:-) nak tahu baca sampai abis...:-)

Dari Bukit Jalil ke Fraser's Hill memakan masa lebih kurang 3 jam perjalanan....hmm macam balik kampunglah jugak...perjalanan yang menjangkau 120km ini memang tidak menjemukan jika anda memang peminat kehijauan dan ketenangan....

Apabila menyusuri laluan dari Kuala Kubu Bharu, terdetik hati ingin melihat suasana Empangan Hulu Selangor...adakah semakin menyusut airnya? susut atau tidak bukan lagi persoalannya lagi...mata deqlis tertumpu kepada keindahan alam yang mendamaikan dan penuh keasyikan.....betapa tenang dan suasana yang bebas dari kebisingan di tengah kota KL.



Selepas berehat seketika..selfie2x dan menikmati kehijauan bumi ciptaanNya ini. Kami meneruskan perjalanan ke Destinasi sebenar iaitu Fraser's Hill...

yeyyy dah sampai...:-) tempat nie mcm tempat wajib posing atau trademari Fraser's Hill nie..:-) kira dah berjaya daki ke sini hingga mengeluarkan peluh jantan...hahaha:-)

xtvt boat, memancing dan naik bola2x besar ada di sini...
tanaman strawberry juga ada bersebelahan kawasan ini.

Seronok jumpa date yang penuh bermakna ini di Air Terjun Jeriau, Fraser;s Hill...
syahdu rasa tau..:-)

Bunga-bungaan yg merimbun dan mengindahkan suasana...

hmm banyak lagi picture...tapi yang ini jelah buat tatapan dan kenangan deqlis...

Jangan terkejut kami berangkat pulang jam 7 malam dari Fraser's Hill ya... bayangkan jalan yang penuh berliku dipandu en.hb dalam suasana malam.... huuuhhh masa tu deqlis berdoa jangan kereta buat hal shj.... alhamdulillah semuanya selamat...kami sampai di rumah lebih kurang jam 10 malam..
sangat letih sebab mata dok fokus kepada jalan semasa menuruni bukit Fraser nie...

selepas ini deqlis nak bermalam pulak di sana...nak bawak family pulak...:-)
boleh lakukan xtvt berbasikal, memanah, menunggang kuda dan lain-lain.

Harga sewa basikal: RM10 sejam
Harga hotel: antara RM110- RM500 pun ada...pilih aje mana yg sesuai dengan bajet dan keperluan kita:-)