Recent Post

Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Mamak Robbery Section 15 Shah Alam 28/08/11



Berhati-hatilah berblog ke, berforum ke atau study group ke ....kat kedai mamak...
habis laptop semua kena curi...

Saturday, May 21, 2011

Erra Fazira Duta Tudung??



Haa jangan tak percaya..sila percaya... sebenarnya deqlis tertengok Iklan di TV3... terkejut jugak tetiba Erra di pilih jadi duta tudung sedang dia tak bertudung dan tidak pernah juga berlakon watak-watak bertudung seperti Tiz Zakiyah (Nur Amina) .. Hubby pun pelik jer katanya... klu tengok Erra kat Mentor dengan kat iklan tue..
pepun rezeki dia dapat job tue kan? Kita anggap positif jer laa, mana tau lepas nie Erra Fazira pula terbuka pintu hati nak terus memakai tudung...Alhamdulillah kan?? bagi deqlis itu rezeki dia, mungkin ada hikmah disebaliknya..Kita doakan terbaik...

uools tak percaya ker?? meh layan..



Wah! raya nie ramai laa yang jadi pengedar tudung nie...deqlis?? haha concentrate pada boz dodol ai laa hehe.. utk kenduri tempahan 60kg ke atas sila email deqlis ya...sure laa ada diskaun.:) utk Desa Murni, moga biz bertambah maju dengan adanya duta terkenal ini..

Desa Murni nie mungkin baru bagi kita yang tak pernah ke Terengganu tetapi bila deqlis usha2x wah dah lama juga biz nie ya.. jom tgk
Desa Murni Batik Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat pengeluar batik bumiputera yang mula ditubuhkan dan memulakan operasi, mengeluar dan menjual batik pada tahun 1974. Diasaskan oleh Tuan Haji Embong Bin Su dan kini perusahaan keluarga ini telah diwarisi oleh anaknya iaitu Tuan Haji Suhaimi Bin Embong. baca lagi? KLIK SINI

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua 

guru tadika (walau sebulan sahaja deqlis tadika)
guru sekolah rendah
guru sekolah menengah
guru matrikulasi
guru/pensyarah/laoshi UiTM
guru mengajar cupcakes
guru mengajar mengaji dan Kelas Fardhu Ain
buat ibu ayah, MIL FIL yang sentiasa berkongsi ilmu kekeluargaan, ilmu masakan, ilmu mengenal kehidupan dll
, rakan internet/online/nyata tidak kira yang tua mahupun muda , turut mengajar ilmu secara langsung mahupun tidak langsung. 
Terima kasih Deqlis ucapkan...

SELAMAT HARI GURU.

Buat rakan-rakan dan saudara-mara yang sememangnya menjawat jawatan sebagai guru/ustaz/ustazah/loashi/tutor/pensyarah. Moga tabah dan ceria mendidik anak bangsa.


Tuesday, April 26, 2011

Roadblock @ Bukit Jalil

pandangan dari veranda rumah...:)
haa...dah kena dahhh...
check betui2x... ntah2x keta perompak penyamun..haha...
polis yg sungguh dedikasi... saman jgn tak saman..hihi
aikk?? jgn dok rasuah naa???


haha...jgn main2x sekarang road block ada kat sebelah rumah deqlis jer...
dok check2x lesen tadi..sib baik hidup lagi sampai 2012 miahahaha..!
road tax pun masih hidup...
:-)

Friday, April 15, 2011

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2011-2014- Siri Tinjauan 2011

Salam semua, semalam ada yang ting tong rumah... Sib baik tak termengaku Bibik Indon lagik..haha... bila tengok betui2x...tgk cam org keje betui2x...pakaian pun pakaian seragam Kementerian Kesihatan. oohhh...jadi memang sah laa bukan salesman..hehe... deqlis bukak pintu terus dia kasik risalah macam kat bawah nie... OOOOoooo.... nak check kesihatan rupanya... haa dalam hati bagus jugak..diorang sendiri datang ke rumah, kita tak yah p hospital berasak-asak dan beratur panjang..hehe.. 

Jadi sesi temuramah dan pemeriksaan akan di lakukan pada minggu hadapan. Masa selepas jam 5 petang. menurut risalah di bawah tinjauan kesihatan ini bertujuan mendapatkan maklumat terkini status kesihatan dan faktor risiko bagi penyakit tidak berjangkit yang berdasarkan bukti dalam perancangan dan pembangunan kesihatan di Malaysia. Oh bagus laa tue... al-maklumlah area sini byk yg kena denggi, patut laa check kesihatan.... deqlis mmg fobia bab2x demam denggi nie... 


Haa.. bila difahamkan beliau,  kiranya deqlis menjadi responden laa niehh... insyaAllah Pembantu Penyelidik KKM akan datang untuk temuramah dan isi borang soal-selidik selain pemeriksaan kesihatan seperti berat dan tinggi ( alamak ni sah2x kena diet sikit kang ter obes pulak keh keh keh ), ukur tekanan darah, paras gula dan kolesterol.. fuh harap2x sihat walafiat laa deqlis n en hb.....dan dijauhkan dari virus2x kuman H1N1 atau sewaktu dengannya...Amin..

Bila deqlis goggle berkaitan perkara nie, ada keluar berita di BERNAMA...meh deqlis tepek petikan dari Berita Ini


so lega laa jugak, at least bukan orang menyamar ke apa nak masuk rumah kita kan..?

p/s:  rumah uools ada tak yang kena ???

Tuesday, April 12, 2011

Program Karnival Kerjaya SPA


Selamat Malam semua...

Deqlis nak share maklumat...bagi blogger di Utara terutamanya di Perlis. Jangan lepaskan peluang ke Program Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Kerja Gomen laa namanya... Siapa yang sedang mencari kerja dan menukar kerja boleh laa turun padang:-)

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan Program Karnival Kerjaya SPA pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah :
  


 
 
TARIKH12 dan 13 April 2011 (Selasa dan Rabu)
MASA9.00 pagi hingga 4.00 petang
TEMPATDewan Warisan,
Kompleks Warisan Negeri,
Jalan Kolam,
Kangar, Perlis.
  

Sunday, April 10, 2011

Gegaran F1 di KLCC

Wah!!... semalam pergi F1 di Litar Sepang...hari nie deqlis buat entri autopublish dulu erkk...al-maklumlah balik kampung...pasal F1 juga..tetapi bukan di Sepang tetapi di KLCC... di Sepang nanti tunggu deqlis balik wat liputan ekekeke...

kata hubby deqlis..."nie baru betui STAR.." haa...(yerlaa dari STAR setakat sebab kontroversi jerkk tak best aarr kan??) nie betui2x STAR... F1 maa... confirm ramai  peminat haha... so ramai laa peminat F1 ke KLCC termasuk staff Petronas..(hb kata) semua berpusu-pusu dapatkan tandatangan pelumba F1 kegemaran mereka.. lepas tu mana p jer mmg kena serbu.... teringat masa deqlis cover Kimi Raikkonen dulu...alah zaman jadi wartawan + Production Asisstant... mmg STAR habis laa... kenangan laa sebab masa tu dapat interview dia in person... nervous gak deqlis tau..! tapi alhamdulillah dah kuar TV pun sesi interview deqlis tue... klu perasan dulu Beat TV ada cover... ada laa masuk dalam salah satu segmen Beat TV... ok..tutup citer lama... sebenarnya nk bg tau uools memang STAR habis laa deqlis nampak diorang nie.... jadi ahli sukan yg hebat, mesti laa ramai peminat... deqlis pun minat..... :-)

Meh deqlis nak tunjuk sikit, photo2x yang di snap oleh en hb Jumaat lepas di KLCC.... perrghh jammed ramai yang nak pergi tengok konsert...konsert apa? haa TWIN TOWERS@LIVE 2011 CONCERT ....ada Hoobastank, Wonder Girls, Yuna, Bunkface and The Azenders..

Selain itu ada juga ruang pameran F1 di KLCC.... wah!! seronok ya..blogger mana yg ada pergi?? deqlis tak p pun..tengok gambo jerkk..en hb laa cuci mata....hehe..

 layan....!
 fuhh ramai yang mengambil peluang... haa nampak tue beratur beli cenderamata dan nak sign autograph..
deman F1 kan kan kan??

Buat pengetahuan uools, pada 9th Apr pun ada konsert .... artisnya Joe Flizzow, Mizz Nina dll...

nie penangan konsert hari pertama 8th Apr 2011...
 haa...beratur elok2x ya..hehe 
 kasik CU sikit.... 

Okay, nantikan Gegaran F1 di Litar Sepang pula ya...tetapi hari Sabtu nyer versi laa...Ahad tak dapat laa...haha... siapa dapat tiket hari Ahad ...cer citer..cer citer..ngeee..:-)


Friday, April 8, 2011

10.32 malam tadi GEMPA BUMI lagi di Jepun

Serius deqlis terkejut baca berita nie.... alahai sian kan apa yang berlaku... ada hikmah di sebaliknya mungkin.. menunjukkan kebesaranNya... tetiba terfikir sejenak di minda deqlis..(nie tetiba jer tau)... "kalaulah gempa bumi nie berskala 25 atau 100 macam mana laa agaknya ya?? ngan M'sia2x nie tenggelam...tetiba teringat pasal Hari Kiamat.... kecut perut deqlis...Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa dan hanya Dia yang Maha Mengetahui... " jadi kenalah baiki diri dari semasa ke semasa... Allahu akbar!

Deqlis tepek Petikan dari Utusan Malaysia Online


ARKIB : 07/04/2011

Gempa bumi berskala 7.4 di pantai timur Honshu

07/04/2011 11:40pm

KUALA LUMPUR 7 April - Satu gempa bumi kuat berskala 7.4 pada skala richter telah berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada 10.32 malam tadi.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 38.2 darjah Utara dan 142.0 darjah Timur, kira-kira 4306km dari Timur Laut Kudat, Sabah.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan berkenaan.



Mudah-mudahan semuanya selamat... walaupun tinggi jugak 7.4 skala richter tue...  Jom baca...:-)

From USGS at 10:10 am CDT (12:33 pm in Honshu)
MAGNITUDE7.1
DATE-TIME
LOCATION38.253°N, 141.640°E
DEPTH49 km (30.4 miles)
REGIONNEAR THE EAST COAST OF HONSHU, JAPAN
DISTANCES66 km (41 miles) E of Sendai, Honshu, Japan
114 km (70 miles) E of Yamagata, Honshu, Japan
116 km (72 miles) ENE of Fukushima, Honshu, Japan
330 km (205 miles) NNE of TOKYO, Japan
LOCATION UNCERTAINTYhorizontal +/- 13.1 km (8.1 miles); depth +/- 7.2 km (4.5 miles)
PARAMETERSNST=426, Nph=427, Dmin=358.4 km, Rmss=0.75 sec, Gp= 32°,
M-type=regional moment magnitude (Mw), Version=B
SOURCE
  • USGS NEIC (WDCS-D)
EVENT IDusc0002ksa


klik utk tumbesaran... photo kredit to soff.net

p/s: syukur duk kat M'sia...walaubagaimanapun buat blogger2x di Sabah dan Sarawak...hati2 ke laut... 
rasa simpati buat mereka2x di Jepun...moga gempa bumi akan cepat2 reda...Amin...

Saturday, March 26, 2011

Deqlis Menyokong Earth Hour.. TAPI...??




TAPI???

Tapi deqlis mencari elektrik di shopping mall hehe... Deqlis sokong bukan sejam jer tau...deqlis sokong berjam-jam nie...rumah deqlis mmg gelap gelita sampai sekrang miahahahahaha..!! (aci tak?) 


atte takde line tenet...ku mencari line sampai ke Wangsa Walk...berkampung kat sini hehe... sambil jenjalan...lepak lama kat sini... adik yang jaga kaunter RB tue pun dah jeling2x deqlis.... adehh " dik ooi...akak ngan hb dah makan berapa banyak dah Roti Boy nie...bukan setakat roti boy, pizza pun laku kan?? akak laa customer tetap hehehe" .......

Okaylah... jumpa lagi esok2x..ngan entri autopublish deqlis..insyaAllah jika berkesempatan deqlis cari wifi... penting gak nak check email...nanti tak pasai2x biz tak jalan..huhu... pepun thanks tau singgah sini...muahhh muahh muahh..sayang uools..

Haa.. macam mana uools sokong EARTH HOUR tak?? cer citer cer citer...??

Tuesday, March 15, 2011

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011




Hai uolls..jom ke Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 / 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 pada 17 - 20 Mac 2011 nie..

Macam-macam xtvt menarik di sana di sana di sannnnnaaa........!
heheh

antaranya yg suk amasuk contest...tu meh tgk..

 
  1. Snap & Fly Competition
    • Only Digital SLR (huk huk takde...)
    • 8.00 am – 3.00 pm daily during event
    • Winner will be announced by 4.00 pm
    • 1st winner – 2 hot air balloon flying tickets
    • Location : Gallery (Registration & Evaluation)
  2. Colouring Contest
    • 7 – 10 years old (dah tua sangat dahhh.. huhu)
    • Stationeries are provided (drawing block & color pencil)
    • 17th & 18th March (Thursday & Friday)
    • Registration from 9.00 am – 10.00 am (max 30 participants)
    • Location : Launching Field Secretariat (Site A)
    • Prize Giving – 11.30 am
      • 1st Winner – 2 Free Flying ride tickets
      • 2 Consolation Prizes
  3. Block Building Competition
    • Registration 10.00 am 19th & 20th
    • Open to all ages, must have 1 children in a team
    • Blocks provided
    • Registration 10.30 AM daily
    • Location : Launching Field
    • 1st winner – 2 hot air balloon flying tickets
    • 10 Consolation Prizes
  4. Paper Aeroplane Competition
    • 10 – 12 years old ( tak layak gak masuk..heheh)
    • Consist of a parent & a child (2 persons)
    • 17 – 20th March
    • Registration 10.30 am – 11 am daily
    • Location : Launching Field Secretariat (Site A)
    • Paper is provided
      • 1st Winner – 2 Free Flying ride tickets
      • 2 Consolation Prizes
    • Most creative
      • Bonus gift


dan macam -macam lagi...fun fair booth pun ada...:)
jadi siapa yg mempunyai anak umur 7-12 tahun tue boleh laa bawa ke fiesta belon udara panas, sambil jamu mata tengok belon-belon menarik boleh lahh join contest2x yg dianjurkan.... klu menang share skit hadiah kat deqlis yerr...hihi...tp tgk waktu dan hari apa ya...

deqlis klu pergi nak tgk belon pelbagai bentuk yg cute2x dan cantik2x tue...

info lanjut:



Date : 17 - 20 March 2011
Time : 07:00 am - 09:00 pm
Venue : Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya, Malaysia

Monday, March 14, 2011

Botol Susu Lee Chong Wei

Malam nie kisah Botol Susu Lee Chong Wei..!! oppss... jangan salah faham..sebenarnya deqlis nak cerita pasal pengharaman botol susu susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A' ...walaupun deqlis nie lum ada baby..tp deqlis prihatin tau...:) so para2x ibu buanglah botol susu yang berpolikarbonat ya!!..merbahaya tue.. selain itu pihak kerajaan mengharamkan botol susu itu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
(photo dari BH)

haa bukan deqlis nak tunjuk botol susu Lee Chong Wei..klu nak tgk kena redah rumah mak dia laa heheh..jgn mare aa..

Pasal Datuk lee Chong Wei, jom tinjau kemenangan yang didahagakan beliau selama nie...dan kemenangan yang diharapkan selama ini...Malaysia Boleh!!.. kemenangan ini menunjukkan sifat tidak mudah mengalah melawan WIRA unggul yang sukar dikalahkan LIN DAN..

Mesti persembahan antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan amat mengasyikkan dan memberansangkan erk... Dua-dua saling asak-mengasak dengan skill masing-masing. Akhirnya piala All England 2011 milik Datuk Lee Chong Wei setelah berjaya menundukkan pemain kebal dari China, Lin Dan dengan mata 21-17, 21-17 selama 52 minit. Balik Malaysia nanti bolehlah Chong Wei berehat kejap p spa ker atau dengan kerusi urut Osim heheh. penat kan Datuk?? hihi..

Kemenangan All England 2011 ini juga bermakna kemenangan kedua Lee Chong Wei secara berturut-turut sejak All England 2010. Tahun lalu Chong Wei bertemu pemain yang baru meningkat naik dari Jepun, Kenichi Tago di peringkat akhir dengan mata 21-19, 21-19. Lin Dan masa tu pula kalah kepada pemain senegaranya, Bao Chunlai. Apa-apa pun, tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kemenangan yang dikecapinya...

Deqlis memang minat badminton...tp selalu frust menonggengg jer bila asik2x kalah...tp kali nie tak menghampakan....! teruja deqlis..sayang nya deqlis tak tgk Live... sempat tgk melalui internet jerkk..

tgk kat sini jerk...nie sempat print result:)

haa.. tahniah sekali lagi daripada deqlis.......moga LCW terus sukses... :-)









Monday, March 7, 2011

Tengku Zawyah Bakal Mengakhiri Zaman Jandanya dengan Datuk R


Tengku Zawyah anggun berbaju merah...!


Inilah wajah bakal suami tengku Zawyah... jika diamati digambar ini Datuk R ini tidak bermisai..cukur kemas..
namanya Datuk Joseph King atau nama Islamnya, Rayyan JK Abdullah. Untuk pengetahuan uools, Datuk Rayyan JK ni adalah seorang usahawan yang berasal dari negeri dibawah bayu, Sabah. Dari sumber-sumber yang dipercayai juga menyatakan yang Datuk Rayyan JK mempunyai hubungan perniagaan dengan kerabat diraja Pahang. Kalau dah ada hubungan perniagaan dengan kerabat diraja tu, confirmlah beliau seorang usahawan yang berjaya.


Haa.. pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga... Cuba uools lihat Datuk R di sini sudah bermisai!!..agaknya taste Tengku Zawyah ya..! Suka yang bermisai..:-) bertambah hensem dan macho gitu:-)...haha..deqlis teringat Datuk di bawah nie..hehe......(jgn mare aa...agak2x deqlis jer..sebab kebetulan gambar Datuk R di atas takde misai...yg dgn Tengku Zawyah dah bermisai...hehe..)
X-husben beliau...siapa lagi jika suami penyanyi tersohor tanahair... Datuk K...suatu ketika dahulu, media kita  hangat  mengusik tentang misai beliau ketika mula2z Dato Siti berkahwin ngan Tok K kan???....




Berbalik kepada cerita perkahwinan, Tengku Zawyah yang juga merupakan kerabat diraja dari Kedah akan melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Rayyan JK pada bulan Mei nanti. Berkemungkinan besar pada 12 Mei 2011.
Gambar pertunangan...(klik atas nie jika gambo tak kuar)


Akhir kata, tahniah deqlis ucapkan kepada Tengku Zawyah dan Datuk R atau Datuk JK (hmm kita tunggu lepas nie apalah agaknya Media berikan gelaran untuk bakal suami Tengku Zawyah ya....iaitu Datuk Rayyan JK) ini kerana bakal mendirikan rumahtangga. Semoga dipermudahkan segalanya. Tak silap deqlis dah hampir 5 tahun menjanda, akhirnya beliau bertemu pengganti. Moga kebahagiaan menjadi milik mereka.

Oh ya, penting untuk uools tahu... Datuk Rayyan JK berstatus duda beranak dua tau... 

Akhir sekali, Moga perkahwinan yang bakal dibina akan membawa kebahagian dunia dan akhirat. Amin.

Sunday, March 6, 2011

Hari Tentera ... Jom Ke Dataran Merdeka!

Sempena Hari Tentera!!.jom kita memeriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 78 yang  diadakan dari 1 Mac -6 Mac 2011Hari ini last day!!..Siapa yang free hari ini dan belum planning ke mana-mana moh lerr ke Dataran Merdeka... macam-macam pameran ada.. deqlis dah pergi semalam...wah! sakan bergambo dengan kete kebal...haha.. walau padang becak!! heh..sibbaik pakai kasut crocs.. jadi bagi sesiapa yang nak pergi tue pakailah kasut yang bersesuaian...jangan pakai kasut baru anda...!! hehe.. atau jgn pakai kasut jenis baldu dan sewaktu dengannya..!

 deqlis sampai2x..hujan masih renyai....haha..tengok kusi sume berbalut plastik hitam kan?? abg tentera laa balut tue..hihi...
 serba hijau... al-maklumlah tentera kan?? deqlis jer merah..haha jgn marah...!
 suasana pameran kereta kebal... walaupun becak dan banjir...haa.. masih ramai yang tak melepaskan peluang melihat kereta kebal nie.. ada yang siap interview dan siap masuk dalam nyer lagi..
 haha...deqlis masuk gak cikit...hehe... posing laa jap erkk..ngan mare..! timaceh laa yg beri laluan..
 deqlis pergi dua kali...nie malam lepas maghrib... sebelah petang tu tak habis jalan daa.... sebab tu lepas maghrib dan menunaikan kewajipan di Masjid Negara kami ngan poyosss nyer datang lagik...sampai 10.30 malam gak kat sini...sambil p jenjalan kat Masjid India... Nieh posing kat Padang Merdeka laa... amacam?? ramaikan orang?? becak2x pun ramai...hehe..
 meh deqlis nak bom korang!! hehe... 
 haa yang ini 17kg berat nyer tau.... en hb tu sengih jer amik gambo..hehe
 hmm boleh kata mmg banyak yang di pamerkan di sini... deqlis mmg seronok laa dapat tgk macam2x mende yang jarang2 leh jumpa.... deqlis pun ada cuba teropong tau...perrgghh dari Padang Merdeka leh teropong siapa yang makan dalam KLCC... hmm senang laa abang2x tu nak skodeng kan kan kan???hehe..deqlis pun sempat skodeng jap ..heheh..
 kalu uools nak tengok dan rasa lebih dekat lagi...boleh laa turun padang Merdeka hari ini...:-)
 Heli pun ada.... haa.. hari ini deqlis terdengar bunyi helikopter di bukit jalil nie....mesti diorang buat pertunjukan kan?? masa deqlis nak balik semalam, ada laa abang tentera nie beritahu weools esok (maknanya hari ini) lebih meriah dan banyak aktiviti... cuma deqlis tak larat lah nak pergi lagi... sebab petang nie xtvt jogging dan main badminton pulak.... 
 haa.. klu nak pegang senapang dan belajar pasang peluru pun ada... mmg macam-macam ada... dan tanya jer lah apa2 soalan pasti abang2 tentera nie senyum mesra akan menjawab... siap detail lagik kasik jawapan... bagus2x deqlis suka...:)
Selain itu, bagi sesiapa yang berminat nak jadi tentera, boleh juga isi borang dan mendaftar di booth pertama..iaitu dekat2 booth yang ada burung hantu kat atas nie.... Burung hantu nie betui2 punya tau.. mata bulat!.. tak berkelip-kelip..cuma kepala dia dok gerak2x..hehe.. jakun laa deqlis tak pernah tengok live burung hantu nieh...hehehe... dekat area sini juga uools boleh tengok musang, ayam hutan, landak dll serta mengetahu peralatan2x yang perlu di bawa jik amasuk ke hutan termasuklah camping..! 

Deqlis dah jalan semalam...sebab tgk TV teringin lak nak pergi ... persembahan pentas semalam bermula jan 9.30 malam... hari ini deqlis tak pasti lah... macam semalam deqlis ngan hb g sana, p masjid india beli makanan macam apam balik tue,..weool makan laa sambil2x duduk2x tengok show..hehe.. tp deqlis balik awal...rasanya show tu habis 12 malam kot... deqlis tak letih sangat dah... so balik... layan drama TV3 pulak..hihi

JOM USHA INFO DI PETIK DARI LAMAN RASMI ABANG ASKAR ngeee...:-)
1 Angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia, itulah slogan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78. Slogan tersebut secara rasminya diisthiharkan semasa Acara Perbarisan Pembaca Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Ke-78 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tema ini terpilih kerana ia terdiri dari dua komponen iaitu visi organisasi yang diketengahkan melalui kenyataan 1 Angkatan. Manakala nilai-nilai utama yang dizahirkan Untuk mencapai visi ini dicerminkan melalui komitmen Tetap Gagah Tetap Setia.

Perbarisan ini dianggotai oleh seramai 19 orang pegawai dan 590 Lain-lain Pangkat dan terdiri dari lima kontigen iaitu dari Grup Gerak Khas (GGK), 10 Bgd Para, Pemerintahan Medan TD, Pemerintahan Latihan TD dan Pemerintahan Logistik TD, yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Roshasni bin Abdul Ghani, manakala Penolong Ketua Perbarisan ialah Mej Mohd Azmadi bin Aznan. Ajutan Perbarisan ialah Kapt Mohd Haizal bin Mohd Jais manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waren 1 Baharin bin Mohamed.

Sempena perbarisan ini juga Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 10 orang, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) seramai 10 orang dan Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan Panglima Tentera Darat juga seramai 10 orang termasuk 3 orang warga awam.

Manakala di Lapang Sasar B pula satu majjlis ringkas iaitu memotong pulut kuning sempena Hari Ulang Tahun telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Tentera Darat dan beberapa lagi pegawai tertinggi Tenter Darat.

Okalah, selamat berhujung minggu.:-) deqlis minggu nie lepak kat rumah, penat semalam tak habis lagi..sementara tunggu petang nak jogging..:-)

daa..

Tuesday, February 22, 2011

Kereta baru PM Britain kalis bom



LONDON - Kereta Jaguar XJ X351 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron, dilengkapi pelbagai ciri istimewa bagi menghalang serangan pengganas, lapor sebuah akhbar semalam.


Banyak ciri tersebut dirahsiakan tetapi kereta mewah berharga £200,000 (RM977,309) itu dilaporkan memiliki perisai kalis bom, tayar masih boleh bergerak walaupun pancit, tingkap kalis peluru dan bekalan oksigen untuk digunakan dalam serangan kimia atau biologi.

Kereta itu juga dipercayai dilengkapi senjata yang boleh digunakan petugas keselamatan untuk membalas tembakan sekiranya mereka diserang.

Kereta XJ X351 itu mampu memecut selaju 264 kilometer sejam kerana ia dijana enjin petrol berkuasa tinggi dengan kapasiti 5.0 liter yang berupaya mengeluarkan 503 kuasa kuda (hp).

Kenderaan itu jauh lebih berkuasa berbanding Jaguar XJ standard yang cuma mengeluarkan 385 hp.

Satu kelemahan kereta tersebut adalah ia menggunakan banyak petrol iaitu 3.78 liter petrol untuk jarak 36.8 kilometer manakala pengisian tangki penuh memerlukan belanja sebanyak £104 (RM507).

- Agensi

Tuesday, February 1, 2011

Krisis Mesir Nasib Rakyat Kita


Pelajar kita menahan lapar, banyak kedai makan ditutup - Nurul


Sedihkan berita tentang krisis Mesir nie baru beberapa hari ini sahaja disiarkan di berita TV, sebelum ini tiada pula berita tentangnya. Terkejut deqlis apabila melihat krisis dan kekecohan berlaku di Mesir ni. 

Oh ya!, semasa membaca berita di atas di Utusan Online, deqlis jumpa link nie http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com, jadi dapatlah mengetahui perkembangan terkini mereka. Macam-macam yang kita dengar, tentang kes rogol rakyat Malaysia dan macam-macam lagi. 
Kes rogol yang diperkatakan itu rupa2xnya dari perbualan di FB... deqlis cp dari blog di atas ya.

 perbualan FB dgn pelajar cairo yg berjaya curi2 online

link utk gambar ni:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1398791229638&set=at.1398788149561.46659.1828013399.100000269126150.100000400898703&pid=732477&id=1828013399


Deqlis doakan agar mereka semua selamat dan berharap berita rogol ini tidaklah benar-benar berlaku..harap2xnya hanyalah kesilapan pendengaran/penglihatan shj.....walaupun difikirkan dari sudut logik, hal sedemikian boleh berlaku ..apa tidaknya? jika penjenayah pun dah bolos dari penjara, orang2x jahat berada di merata2x tempat, lorong dan jalan, tidak hairan jika ada yang mengambil kesempatan dalam keadaan yang tidak stabil begitu, namun deqlis berharap nasib buruk hingga ke tahap itu, tidak menimpa pelajar-pelajar Malaysia di sana....Ya Allah, selamatkanlah mereka semua..Amin...dan mudah2x segera dipindahkan dengan selamat dan kembali ke negara kita dengan kadar segera. Harapan deqlis pihak kedutaan Malaysia dan kerajaan kita dapat membantu dengan segera bagi menyelamatkan rakyat Malaysia di sana. 

GOODIES HARI WILAYAH...


GOODIES KEPADA ORANG RAMAI KHUSUSNYA WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN agar dapat bersama‐sama merasai kemeriahan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2011 spt di atas.




Haa...antaranya diskaun 50% untuk masuk KL Bird.... siapa yang tak tahu nak pergi mana hari ini... bolehlah bawa anak ke sini.

Tambang percuma bagi yg nak naik KL Hop On Hop Off....

Haa...bayaran masuk ke Menara KL juga hanyalah RM10 pada hari ini... 1 Feb 2011...

dan macam2x lagi...sila baca di pic atas ya!..:-)


ACARA2x LAIN SEMPENA HARI WILAYAH- KLIK SINI

Saturday, January 29, 2011

Tokek: Geli Tapi Kaya!







Pernahkan berjumpa dengan Tokek? 
Deqlis: Ohh tak pernah...! Geli ooii..klu jumpe leh tolong amikkan tuk deqlis? keh keh keh... 

Sebab apa nak tangkap Tokek?
Deqlis: Fuhh...! seantereo dunia dah tau...binatang nie leh kasi kayooo!... kalah laa check2x Nuffnang yang uools dapat miahahaha..jgn mare...statement gedik ai pepagi nie..hehe..

Okaylah sebenarnya entri kali nie tentang haiwan Tokek iaitu haiwan reptilia yang suaranya sering muncul di rumah, kebun, gedung, atau bahkan hutan. (tapi siyes deqlis dok jumpa cik Ci jer kat rumah nie kekadang wat intipan kat deqlis...kekadang ada kekadang hilang mcm chipmore hehe)... kini harga Tokek ni makin mahal. Tokek berkaki empat mirip cicak ini sering dijumpai di rumah (rumah siapa ituw??) ngehhh...dan kini makin mudah diperoleh di pasaran untuk pelbagai keperluan. 

Apa yang menjadikan tokek mahal harganya?confiem bukan sebab suaranya yang sering buat bunyian tanpa diduga dan berulang-ulang bagi satu2x tempoh, tetapi adalah kerana kandungan dalaman tokek itu sendiri, yang memberi keajaiban dalam dunia perubatan yang dapat dimanfaatkannya dengan disembelih atau dimatikan. 

Tokek rumah atau cicak besar bernama latin Gekko gecko dikenali di beberapa tempat dengan sebutan berbeza, contohnya Tekek atau tokek, (Jawa), tokok (Sunda), dan Tokay gecko atau tucktoo (Inggeris). 

Tokek rumah memiliki bintil besar-besar di punggungnya dengan warna berbeza-beza dan hal ini satu di antara pembeza jika dibandingkan dengan cicak kecil.Warnanya bermacam-macam, dari warna abu-abu kebiruan hingga kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata sampai jingga. 

Warna perut tokek abu-abu biru keputihan atau kekuningan dan ekornya juga mempunyai enam baris bintil belang-belang. Di bahagian jari-jari kakinya terdapat bantalan penghisap sehingga ia boleh melekat di dinding tembok atau pokok. 

Tokek menjadi mahal dan dicari orang kerana kononnya boleh menyembuhkan orang yang mengidap HIV atau AIDS. Penyakit mematikan itu menyerang sistem imun tubuh dan belum ada ubat perubatan yang mampu mengatasinya. Oleh sebab itu, ramuan tradisional dari tokek dipercayai sebagai ramuan paling mujarab.

Bahagian lidah tokek dan darahnya dikhabarkan mengandung zat yang bisa melawan virus HIV. Tokek yang mengandungi khasiat itu adalah tokek yang beratnya lebih dari 3 ons dan dalam keadaan hidup. 

Selain lidah, hempedu tokek juga dikatakan mujarab untuk rawatan orang yang mengidap AIDS. Oleh sebab itulah, ramai yang membuat berlumba-lumba membelinya dengan harga tinggi demi menyelamatkan nyawa. Dan tidak hairanlah jika ramai juga yang nak masuk hutan mencari Tokek untuk menjadi Kayo...ataupun Jutawan Tokek..perrhhh dasyat kan? Adakah blogger yang sama-sama memburu Tokek nie?? 

Bahagian empedu tokek juga mengandungi sebatian anti-tumor dan kanser sehingga boleh meningkatkan kekebalan tubuh. 

Buat pengetahuan uools, sejak zaman nenek moyang, daging tokek secara keseluruhan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit gatal. Ramai juga yang memberi testimoni atau pernah menceritakan pengalaman bahawa penyakit kulit gatal-gatal boleh disembuhkan dengan tokek yang dibakar atau digoreng. 

Harga tokek berbeza-beza bergantung berat badan dan usia tokek itu sendiri. Lokasi khusus jualan tokek ada di beberapa daerah Indonesia, seperti Jakarta, Batam, Banjarmasin, Makassar, Pontianak, Surabaya, dan Solo serta bandar yang lain. Jika di Malaysia nie google sahaja, ramai juga menjadi agen jualan ya..!

Tokek raksasa yang pernah ditemui di pedalaman Kalimantan memiliki berat hingga 64 kilogram dan terjual dengan harga Rp 179 bilion, dibeli oleh pengusaha Korea melalui orang Malaysia. 

Kat bawah nie sedikit info harga tokek sehingga Ogos 2010... agaknya 2011 nie Tokek pun dah naik hege kot?? hmm harga bawang merah pun dah naik kan?? atte semua brg harga dah naik... haha..lagi kaya laa pemburu Tokek ni kan?? hehe...macam2x cara orang nak kaya kan sekarang nie?? ...


300Gram ~ 350Gram : 1 EKOR = RM50,000. (LOCAL BUYER)
300Gram ~ 350Gram : 8 EKOR = RM250,000 (SETIAP EKOR) RM250,000 X 8 = RM2,000,000 Untuk 8 EKOR TOKEK.

360Gram ~ 380Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER)
360Gram ~ 380Gram : 4 EKOR = RM300,000 (SETIAP EKOR) RM300,000 X 4 = RM1,200,000 UNTUK 4 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!).

390Gram ~ 399Gram : 1 EKOR = TAK PASTI. ADA BARANG, BOLEH RUNDING HARGA. (LOCAL BUYER)
390Gram ~ 399Gram : 2 EKOR = RM350,000 (SETIAP EKOR) RM350,000 X 2 = RM700,000 UNTUK 2 EKOR TOKEK. (HARGA BOLEH RUNDING!).

400Gram ~ 409Gram : 1 EKOR = RM800,000. HARGA BOLEH RUNDING, TOLONG MAINTAIN KAN BERAT BADAN TOKEK.

410Gram ~ 420Gram : 1 EKOR = RM1,000,000 ~ RM2,000,000 (NEGOTIATE)






baru 410g ke 420 g dah 1-2juta beb!!...
kalau 1kg?? perrghhhh....

deqlis?? nak g buru?? adoiii...cik Ci pun geli...tgk tokek bukan tokek yg lari...deqlis yg lari..silap2x haribulan tak sempat lari deqlis yg pengsan!!! miahahaha...

cop cop copppp!!...tue kat belakang uoolss takde Tokek ke??hihi..klu ada

MMS kan gambar kepada 012 590 6930 - Faiz jika uools nak jual tokek laa..mana tau lepas nie terus jadi jutawan tokek hehe..jgn lupe share sikit kat deqlis yer..ahakz...

Jom tangkap Tokek!!!.

Deqlis tangkap yg ini okay lahhh ngeehhhh...^__^
 berat nie...!agak2z berapa juta nie?? miahahaha..:0)))