Hari ini macam biasa aku berlegar-legar di ruang internet yang luas nie, mencari info terkini pelbagai perkara, belajar membina rangkaian perniagaan online dan dari semasa ke semasa memperbaiki kelemahan diri dan mengasah bakat yang ada.
Percubaan pertama aku memulakan biz online ini pada Jun 2008, di mana ketika itu Pn Ann (WMC) sedang sibuk menyiapkan Anjung Niaga katanya khas untuk semua peniaga WMC bertukar ke format baru di sana. Sebagai orang baru yang ingin berbiz aku mengambil peluang menyertai Anjung Niaga. Namun biz itu hanya bertahan sebulan kerana format yang agak mengelirukan dan sukar untuk aku memasukkan produk-produk jualan. Asyik2 keluar Error!. dan posting lebih limit gambar. Sempat juga aku berkenalan dengan pemilik lain yang ingin memindahkan barang ke sana, namun mereka juga mengatakan sering mendapat error dan agak sukar sembang-sembang dengan customer sebab ia lebih kepada format shopping cart. Sangkaanku Anjung Niaga seperti format WMC rupanya meleset. Akhirnya aku undurkan diri dan langkahku seterusnya tanpa mengenal putus asa dan ingin terus belajar, aku mencuba nasib ke suatu Forum lain. Di sini banyakku belajar cara-cara bagaimana ingin uruskan sesuatu thread/kedai berdaftar. Sabar..yer perlu sabar banyak2 bila nak masukkan gambar ke dalam thread nie.. nak tangkap gambar, nak edit nak upload dalam photobucket dan macam2 lagi.
Maka secara rasminya pada 10 Julai 2008 aku berkecimpung dalam arena biz online secara rasminya di PRC. Pengalaman aku sendiri berniaga online ini huhh memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Janganlah berharap buka kedai hari ini terus dapat 10 orang pelanggan dalam masa sehari. Jika ikut review daripada peniaga2 lain pun ada yang dah buka 3 bulan biz online pun masih tiada pembeli. Itulah bukan senang juga biz online ya!.
Alhamdulillah daripada pengalaman sendiri, sebulan berniaga dah ada pembeli. Syukur sangat-sangat.. hepi tak terkata.. he he he.. Tambahan pula aku tidak mewar-warkan kepada saudara-mara mahupun rakan taulan... memang original pembeli dari internet yang aku pun tak kenal dia, dia pun hanya kenal aku menerusi kedai ku sahaja. KUASA INTERNET. Niatku satu, ingin melihat sejauhmana kuasa internet dan pasaran online, sejauhmana market yang ada. Memandangkan PRC sebuah forum baru maka tidaklah aku meletakkan harapan yang tinggi. Sekadar melabel dan memperkenalkan jenama produk ku dan belajar teknik upload gambar dan sebagainya.
Bermula dengan nama kedai ku Rasa Sayang Online Shooping ke Ellismelia Accessories dan kini lebih dikenali sebagai Ellismelia Collections. Pertukaran nama kedai dibuat selaras dengan perkembangan biz ku.. makin bertambah produk maka nama kedaiku tukar mengikut kesesuaian produk-produk yang ku jual.. Tidak lagi hanya 100% aksesori namun kini aku mencuba dalam penjualan water filter, baju kurung kanak-kanak, cadar, keychain, tudung bawal dan lain-lain.
Pada 1 April 2009, aku kembali ke WMC, rupanya-rupanya Pn Ann telah menukar format berniaga kepada bentuk asal melalui thread2 yang di sewa di Plaza-plaza tertentu. Aku jatuh hati dengan Plaza O9SP, terus aku menghubungi pemiliknya Kak Eja yang baik hati dan menyampaikan hasrat di hati untuk membuka 1 lot/1 thread perniagaan online ku di sana. Aku bersyukur, walau dalam kegawatan ekonomi namun masih ada yang membeli-belah secara online di kedai ku. Terima kasih banyak-banyak pada elissa (seakan-akan namaku) kerana menjadi pembeli pertama di kedai ku.
InsyaAllah dari semasa ke semasa akan ku mengembangkan biz online ini. Dengan sokongan hb dan kawan-kawan. Harap lepas ini kita dapat exchange link pula.. hmm tapi kena tunggu aku siapkan sikit lagi blog nie.. Moga dua-dua kedai ku di PRC dan WMC akan menjadi platform utk aku memajukan diri dalam dunia perniagaan internet yang mencabar ini.
Ok jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment