Recent Post

Showing posts with label Info Masakan. Show all posts
Showing posts with label Info Masakan. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Master Chef Malaysia

Salam uools....salam rindu-rinduan, moga sihat2x belaka.... lama tak dpt posting di blog merah deqlis nie.....kesibukan melanda dan menyerang ku...dan selain itu sejak minggu lepas di opis nie dah di block pulak utk  sign in blogger..... cehhh...nie mesti kerja orang IT kan??? hmmm... tetapi itu bukanlah penyebab utamanya...deqlis mmg sibuk, sampai lunch pun tak sempat makan....last2x balik rumah malam barulah makan.... sebab blog dah tak boleh di buka di opis...deqlis bawak laa YES deqlis....tetapi sayang seribu kali sayang dah berapa kali bawak tapi tak sempat jugak nak bukak.... mmg laa sibuk...sejak menggalas bahu semula di bumi yg bernama Astro..huhu....

Terima kasih buat semua kawan2x yg sudi singgah dan meninggalkan komen..insyaAllah hari nie deqlis p jengah rumah uools ya... dan bg yg join GA deqlis terima kasih...teka jangan tak teka.... deqlis buat soalan pasal FFM24 nie sebab deqlis juga terlibat sama, deqlis yg contact semua artis yg bakal buat persembahan..haha... so sila laa teka ya..:) program lain yg deqlis handle adalah Maharaja Lawak Mega, AF Reunion, Konsert Emas, Kilauan Emas Sr2, Al-Quran Recital dan akan datang mungkin sebuah rancangan memasak baru...yg ala2x cooking games show program....bukan Master Chef ya??

Master Chef Malaysia nie kebanyakan tenaga kerjanya adalah rakan sekerja berbangsa Cina di Astro........deqlis mmg layan laa program nie... cuma bagaimana pemilihan dibuat utk mara ke peringkat seterusnya tue deqlis kurang faham sikit...masih blur2x lagi....  tempohari semasa Nuffnang bukak penyertaan utk blogger, deqlis mmg teringin nak masuk, tetapi mmg rasa kena reject laa klu deqlis masuk?? haha.. mmg ada term staff tak boleh join mana2x program.... jadi penonton bisa:))....so deqlis ucapkan tahniah buat yg berjaya masuk..


tak dpt jadi contestant pun, bergambo pun jadik laa..hihi..

Thanks sudi baca...mcm terpanjang pulak menaip..hehe..al-maklumlah dah lama tak posting:-) 

Monday, October 17, 2011

Pernah Tak Tengok Chef Buat ICE CARVING?

Kali nie deqlis nak citer pasal Chef Raduan Ahmad yang membuat Ice Carving di atas hanya dalam tempoh masa 20 minit...sungguh cekap dan cepat...hasilnya sungguh menarik hati..:-)

 Paling Seronok sebab kali ini deqlis dapat melihat sendiri cara-cara membuat Ice Carving....wah! pelbagai tools yang digunakan termasukkan gergagi elektrik, tukul dah pahat...
bersungguh Chef nie buat Ice carving..jangan tak tahu Chef nie pernah menjadi Johan mewakili Malaysia ke Luar negara dalan acara ice carving nie..:) cayalah chef..!

hasil ice carving yg dihasilkan oleh Chef..... bentuk burung...Chef nie boleh menyiapkan pelbagai bentuk Ice Carving....masa yang diperlukan bergantung kepada saiz ketulan batu ais...jika sama saiz macam di atas...Chef nie hanya perlukam antara 15-20 minit shj utk disiapkan...jika saiz batunya lebih besar...maka lebih lama laa sedikit proses menyiapkannya...

Kebiasaanya ice caving nie terdapat di majlis-majlis tertentu di hotel seperti perasmian, perkahwinan, hari keluarga dll. 

Thanks sudi baca....:)

Sunday, October 9, 2011

Mana Satu Kek Pilihan Hati?






Kek-kek nie deqlis snap di KL Convention Centre tempohari...pelbagai bentuk kek yang menarik hati deqlis... deqlis suka snap pelbagai bentuk kek untuk memberi ilham buat deqlis in future jika deqlis dah start baking & deko.....eceh....kira nie sumber inspirasi laa... pasal deko2x kek nie deqlis pernah sekali laa ke kelas deco kek..insyaAllah lepas nie nak mengaktifkan diri join kelas2x kek dan masak-memasak lain pula...

Kenangan kek hantaran dan cupcakes yang deqlis buat masa 1st time belajar deco kek.
dan paling tak boleh dilupakan kek dan cukcakes nie deqlis hadiahkan terus untuk majlis pertunangan adik deqlis.....kasik wat hantaran terus....

kenangan kek hantaran di bawa oleh cousin deqlis semasa hari pertunangan adik ku ituw....

deqlis tengah berangan nak masak kek kat rumah sendiri nie....sekarang tgh usha2x oven....tempohari pergi ke Puchong ada satu oven nie besar jugak ala2x Zanussi tue, tp nampak cun lagi laa...hege pun lagik cun...so deqlis tgh survey2x jugak brand lain... jika yg baca nie kaki masak kek dan roti boleh tak suggestkan oven apa yg sesuai? dan klu boleh kasik link pic oven tu...dan hege sekali...:)

okay thanks sudi baca... :)



Monday, October 3, 2011

PERBEZAAN ANTARA IKAN KELI HALAL DAN HARAM





Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada satu kolam tu Tok pelihara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.
Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal.


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup


Info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

SUMBER: TOK WAN dan BLOG AMAR

Wednesday, July 27, 2011

Program Ala Carte musim ke-3 dan Ketuk Ketuk Ramadhan


Salam uools...ramadhan lagi beberapa hari jer lagi.. selamat berpuasa deqlis ucapkan....untuk yang minat memasak ..rancangan TV spt Ala Carte dan Ketuk-ketuk Ramadhan pasti tidak boleh dilepaskan utk ditonton..selain meminati rancangan memasak Selebriti Chef, (tp tak tahu laa bulan puasa nie masih on atau tak rancangan nie)....deqlis  juga suka rancangan memasak kelolaan Chef Wan.:-)  kira semua rancangan masak2x deqlis suka laa...dulu AFC tu fav channel tue...tp sejak dah potong Asterok...mmg tak dpt laa tgk lagik..huhu...

Jom baca petikan berita pasal Program Ala Carte Musim ke-3


BERSESUAIAN dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang Ogos ini, program Ala Carte musim ke-3 kini kembali dengan pelbagai resipi menarik dan chef baharu.
Tampil segar dan berwajah baharu, Ala Carte ! kali ini menampilkan Chef Norman Musa dan bakal menjanjikan segmen menarik dan resipi-resipi yang enak.
Program ini bagaimanapun tetap mengekalkan gayanya yang bersahaja, urban dan tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip yang sedia ada.
"Chef Norman akan bersama beberapa tetamu jemputan istimewa untuk menyediakan resipi kegemaran mereka," ujar penerbit Ala Carte 3," Aeizul Reeza Ismail.
Menurutnya lagi, Ala Carte musim ini juga menyelitkan segmen baharu iaitu tetamu jemputan diminta memilih dan membeli ramuan yang diperlukan untuk memasak selepas berbincang bersama Chef Norman.
"Segmen seterusnya pula akan mengimbau kembali kenangan dan memori bersama tetamu jemputan sebelum beralih kepafa penyediaan hidangan yang seterusnya dan diakhiri segmen menikmati hidangan bersama-sama.
"Dengan konsep temu bual kali ini, para penonton dapat mengenali tetamu jemputan program ini dengan lebih dekat antaranya ialah Ning Baizura, Jonathan Putra, Sharon Bakar, Sasha Bashir, Steve Thornton dan Juliana Evans," ujarnya.
Tambahnya: "Hidangan ditampilkan kali ini ringkas dan mudah untuk dipelajari, tambahan pula ia mendapat sentuhan Chef Norman dan dengan personalitinya yang peramah pasti menjadikan memasak adalah sesuatu yang menarik dan menggembirakan."
Tidak lengkap menonton program ini tanpa mengenali serba sedikit tentang Chef Norman. "Saya memiliki sebuah restoran yang diberi nama Ning di United Kingdom," ujarnya.

CHEF Norman memiliki sebuah restoran yang dikenali sebagai Ning di Manchester, London.


Tambah Norman: "Selain menjadi Chef Eksekutif restoran itu, saya juga menguruskan sebuah sekolah memasak dengan pengkhususan menyediakan makanan citarasa Malaysia di United Kingdom."
Menyingkap kembali sejarah bagaimana dirinya boleh menjadi seorang chef di Manchester, United Kingdom, anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang itu sebenarnya telah melanjutkan pelajaran di Universiti of Portsmouth, London pada tahun 1994.
Namun bidang yang dipilihnya itu bukan bidang masakan tetapi bidang kajian ukur bahan. "Selepas memperolehi ijazah dan bergelar graduan pada tahun 1997, saya kemudian mendapat pekerjaan pertama sebagai juruukur bahan di Bournemouth sebelum berpindah ke London pada 1999," katanya.
Pada tahun 2003, Norman kemudian berpindah ke Manchester dan masih dengan kerjayanya sebagai juruukur bahan. Pada 2006, dia memulakan projek restorannya yang dikenali sebagai Ning yang terletak di Nothern Quater, Manchester itu.
Justeru, jika ingin mengenali lebih lanjut Chef Norman dan bagaimana cara dia mengendalikan program masakan, ikuti Ala Carte 3 di saluran ntv7. Program 13 episod ini akan bersiaran setiap hari Rabu, pukul 7.30 malam bermula hari ini, 27 Julai.

Program Ketuk-ketuk Ramdhan juga seronok di tonton, yg tahun2x lepas pun best kan? suka tgk artis2x cuak2x masak...hehe..  telatah Sheila Rusly mmg menggamit dapur..heheh..Ramai selebriti yang dijemput sebagai tetamu dalam rancangan ini thn nie. Antaranya Natasha Hudson, Irma Hasmie, Linda Onn, Fauzi Nawawi, Wardinah Saffiyah, Shahir SF, Ayu Raudah dan ramai lagi.




yang nie Sheila Rusly dengan Alyah... ...hmm deqlis dah terbekenan baju belang2x Sheila Rusly tue laa... 
mana nak beli erkk?? cantik pulak nampak dia pakai..:-)

oklah selamat menonton..

thanks rajin baca ini blog:)

Wednesday, April 20, 2011

Fakta Menarik Tentang Ais Krim

Sejarahnya.....

1. Sebutan pertama 'ice cream' berasal daripada bahasa Amerika.
2. Jakson August merupakan orang pertama yang yang berasal daripada philadehphia menemui cara penghasilan aiskrim pada tahun 1832.
3. Kedai aiskrim pertama dibuka di New York City adalah pada tahun 1776
4. Mesin aiskrim manual pertama dicipta oleh Nancy Johnson dan kemudiannya dipatenkan oleh Johson Patent Ice Cream Freezer.
5. Alfred L.Cralle merupakan pencipta untuk sendok aiskrim pertama pada tahun 1897
6. Aiskrim cornetto dicipta dan dipopurkan sejak tahun 1904 lagi..sampai sekarang ia popular..
7. Rakyat Amerika merupakan gologan yang paling banyak makan aiskrim. Rata-ratanya setiap seorang menghabiskan 15-20 liter setahun.
8. Di Amerika,Ice cream merupakan 'dessert' yang paling digerami jika 
dicampurkan dengan biskut..yummy..:)

Lagi..............
  1. Aiskrim mula dihasilkan pada tahun 1600.
  2. .Makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja khususnya di England.
  3. Thomas Jefferson merupakan orang pertama yang memiliki resipi untuk pembuatan aiskrim berperisa vanila pada suatu masa dahulu.
  4. Pada tahun 1847 Nancy Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat aiskrim yang dikenali sebagai (Hand-Crank) namun kemudin dia menjual hasil ciptaannya yang diberi nama " Johnson Paten Ice Cream Freezer" kepada William Young.
  5. Pada tahun 1851 Jacob Fussell telah menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika Syarikat.
  6. Pada tahun 1984 Amerika Syarikat telah mewujudkan BULAN AISKRIM KEBANGSAAN yang disambut pada bulan julai setiap tahun.

Lagi.......

1. Sedapnya ais krim...
2. deqlis baru jer lepas makan ais krim kat bawah nie....dok makan dari 2-3 hari lepas ,,,ngeeh ngeeh ngeeh,,,skang dah tinggak cikettt..huk huk huk..:-))


Friday, March 4, 2011

Macam Belangkaslah Engkau nie!

Kita biasa mendengar ayat ini " Macam belangkas lah ko nie" atau "Macam belangkas !! "
ianya memberi makna : lelaki dan wanitat atau sepasang kekasih yang sering berdua-dua walau ke mana sahaja mereka pergi.. hmm macam belangkas!! haha..

deqlis?? haha.. klu dah kahwin org tak cakap sangat kot macam belangkas nieh... klu lum kahwin mungkin!!
tp deqlis sebelum kahwin mmg tak dapat laa nak jadik belangkas..hahahahhh!! sebab deqlis perkenalan jarak jauh gitu.. pepun masa kat kolej dan U  dulu mmg sering melihat belangkas...

cuma satu... deqlis tak pernah tengok belangkas!! belangkas betui2x... binatang tue laa..
baru semalam deqlis tgk TV1 deqlis begitu asyik menonton...baru tau kenapa org kata Macam Belangkas!!..memang klu kita tengok haiwan ini sentiasa nak berkepit sesama sendiri..nieh deqlis snap kat TV semalam jom check ki dot dot..!!

 macam nie belangkas nie hidup rupernyerr... deqlis nie baru tau... sebelum nie ingatkan belangkas nie macam rama2 ker hehe...adehhhhh
tengok tue belangkas nie dok rapat2x ke mana ajer .....  



hmm klu yang ini pun lagi laa rapat kan?? dah siap masak asam pedas..hehe.. lagi deqlis tak pernah tau leh makan...dan confirm deqlis tak pernah makan belangkas...!! haa ad aker blogger yg pernah makan belangkas nie??leh citer rasa macam apa?? sedap ker? cer citer cer citer??hihik

uools nak tahu MENU belangkas masak asam pedas kering sering mendapat sambutan...

KISAH BELANGKAS DI KOSMO 4 MAC 2011

baru semalam tengok kat TV1...hari nie kuar kat KOSMO pulak kan???

siyess..rasa cam takut laak nak makan belangkas nie...haha
sebabnya deqlis tak nak korang cakap

" MACAM BELANGKASLAH ENGKAU NIE!" 
hehe....gurau jerkk
deqlis sebenarnya tengok keras semacam jer..pastu macam garang je belangkas nie heheh..macma tajam2x..
kang tercucuk anak tekak...

pepun setelah baca Kosmo tu, deqlis dapat tahu cara siang belangkas pun perlu betui dan berhati-hati..supaya tak keracunan dan kecederaan..!!

ok bebeh...daa..ada ke yang mencari menu Belangkas untuk menu tengahari nie?? hehe


Sunday, November 7, 2010

Roti Merah @ Roti Hijau?

Gambar sekadar hiasan: TQ to pak google..

Roti Merah (Gardenia Merah)----> Roti berwarna Putih (deqlis shortcut roti putih)
Roti Hijau (Gardenia Hijau)---->Roti berwarna Coklat (deqlis shortcut roti coklat)

Apa beza keduanya ye?

roti coklat dibuat daripada gandum yg digiling halus sehingga kulitnya bercampur
roti putih pula dibuat daripada gandum yang digiling kasar, kemudian disaring menggunakan penapis.

roti coklat mengandungi mineral dan vitamin dalam tepung.
roti putih kandungan mineral dan vitaminnya berada pada kulit gandum yang dipisahkan daripada tepung menggunakan penapis.

Beberapa Kajian telah dibuat:

Kajian terhadap kumpulan tikus.

Kump. Tikus 1: diberi makan roti coklat (opps bukan roti bercoklat yer..sila baca di atas)
Kump. Tikus2: diberi makan roti putih

setelah beberapa seketika, semua tikus kelompok ke-2 mati kerana kekurangan vitamin.
dan tiada seekor pun tikus di kumpulan pertama yg mati dan menderit apenyakit kekurangan vitamin.

TETAPI: 
Hasil kajian ini tidak dapat diterapkan kepada manusia. Sebabnyer kan kita bukan shj makan roti putih, malah kita makan mcm2 makanan kan?? makanan2 lain yg kita makan pun ada vitamin...kan kan kan??

cuma nak terangkan kelebihan roti berwarna coklat nie berbanding berwarna putih.

WALAUBAGAIMANAPUN, hmm apakah ia??
ada juga kajian lain yg membuktikan bahawa selain kelebihan yang dimiliki roti berwarna coklat nie...ada jugak kekurangannya yg memberi kesan negatif..

Rasa2 uools lah apa kesan negatif tue??
Haa sebenarnya roti berwarna coklat mengandungi zat asam "phytin". Di mana zat ini menghalang proses penyerapan kalsium oleh tubuh kita.. kemungkinan org yang mengalami kes cenggini akan mengalami penyakit kerapuhan tulang atau kelumpuhan.

KESIMPULANNYA: Setiap hidangan hendaklah ada kedua-dua roti nie... jangan tak makan langsung roti putih, atau tak makan langsung roti berwarna coklat...


SHARING IS CARING.

Friday, October 29, 2010

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Selamat malam...

deqlis nak share malam nie dapat email ttg Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak...
so deqlis tepek yer...
Gambar nie sekadar hiasan semata-mata... tiada kena mengena dengan kek yang anda makan
mahupun yang bakal anda makan ngeh ngeh ngeh... kredit to google.

Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalahsentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang
tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid



P/S: Sekadar berkongsi info..mungkin pas nie kita leh cuba campurkan apa yg Chef Farid katakan... klu makan kek kat hotel atau mana2 yg ada rasa2 ala2 masam gitu, so tau lah kite kan?? hmm cuma masalahnya klu cheese cake susah skit kot nak identify ...sebab cheese cake ni pun ala2 masam2 dek cheese tu sendiri ...huhu.... walau apa pun carilah makanan dari sumber yang halal...dan mencari yang halal itu fardhu buat kita..



Photobucket

Friday, December 11, 2009

Aneka Tepung

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama ?Carnation?.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE

Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI?

Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?

Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?

Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima. Insyallah hasilnya seperti yang telah D buat.