Recent Post

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

OMBAK RINDU versi NOVEL lahh pulakss..

Hari Cuti CNY lalu deqlis tak melepaskan peluang mencari Novel Ombak Rindu...walaupun dah 2-3 kali pergi bookstore asyik sold out shj...akhirnya ke MPH, Midvalley berjaya membeli novel kegilaan ramai nie...al-maklumlah dah layan movie berkali-kali, sampai dialog pun boleh hafal..hehe... so nak layan pulak novel nye...


Deqlis baru shj membacanya sampai muka surat 154....so tak mau laa komen panjang2x.....cuma setakat muka surat itu, deqlis dapat merasakan banyak yang di potong atau diolah oleh pengarah untuk menjadikan tayangan Ombak Rindu mengikut versi filem Malaysia..haha..takkan nak ikut versi filem Hindustan pulak kan??heheh..kang Maya Karin terpaksa menari2x atas katil atau panjat batu kat tepi pantai... hmm agak2xnya macam mana laa rupernya Aaron Aziz klu terpaksa menjadi Shah Rukh Khan?? haha...


siapa dah baca novel Ombak Rindu nie? dari pengamatan deqlis setakat membacanya hingga m/s 154 tue...deqlis dapat merasakan Izzah yg dalam novel tidak memakai tudung. Hanya seorang gadis kampung yang sering memakai baju kurung. Selain itu, mak sedare Si Izzah tue sebenarnya pun sama tak suka kepada Izzah dan tidaklah sakit seperti disogokkan kepada kita di dalam filem. 
photo sumber dari internet.... malas pulak nak snap..sama je kan?? cuma kulit hadapan versi novel Ombak Rindu lama warna pepel kan? takde gambo Aaron and Maya Karin dll pelakon filemnya....versi cetakan baru mmg ada...:-) 


Siapa yang macam deqlis sebelum nie? cari novel nie di kedai2x buku tp asyik sold out shj, boleh laa ke MPH Mid Valley, mmg banyak stok nyer..:-) yg takleh ingat,  masa deqlis beratur nak bayar, ada sorang Mamat nie senyum2x pulak tengok deqlis nak beli Novel Ombak Rindu nie...aiseyy...maluss pulak... tp deqlis wat selamber jer....ada aku kisah?? haha.. 


p/s: uools tahu tak? deqlis nak amik mood baca novel nie, sambil cucuk telingaku dengan ear phone ....boleh dengar lagu temanya sekali..miahahaha...baru ada XTRA feeling bila membacanya...hehe:-) aci tak?

Friday, September 23, 2011

POPULAR 9th Anniversary Promotion


Salam uools...sedikit info..bg yang free 23 September 2011- 9 Oktober 2011
jom ke IPC Shopping Centre..beli buku dpt gift dan RM5 voucher....

klik utk enlarge...:)




Wednesday, June 1, 2011

POPULAR 9 Avenue (Nilai) Grand Opening


Salam semua, deqlis nak share... kepada peminat buku dan suka beli buku dan alatan sekolah..hihi
leh laa ke Grand Opening Popular Di Nilai.

Klik image di atas utk tumbesaran dan alamat kedai yer..:-)

p/s: deqlis pun ingat nak renew... tp cam jauh lak nak p Nilai... utk uools yg dekat2x sana leh laa renew atau nak register member Popular...dapat hadiah cam gambo kat atas nie... err?? klu renew kat popular tempat lain leh dapat tak hadiah?? hahahaha...:o))

Monday, January 31, 2011

Bukan Sebarang Buku



Buku-buku yang uools tengok ini bukanlah sebarang buku.
Buku-buku ini merupakan buku yang paling berpengaruh dan menjadi pilihan penduduk Kota Kansas.
Perpustakaan Kansas ini merupakan bangunan
unik kerana senibina atapnya dipengaruhi
 dengan pemilihan buku² seperti terlihat di photo di atas dan memiliki citra kota 
Kansas. 

  
bangunan tentu mendapat perhatian pelancong. arkiteknya juga boleh digelar kreatif dan
Tahniah juga kepada pembuatnya atau pekerja-pekerja yang menyiapkan bangunan ini. sungguh teliti dan nampak sebijik dan dua tiga bijik macam buku real..:-)
 i like!!...
siapa pernah masuk perpustakaan ini?? meh laa kongsi pengalaman uools tue...

okaylah...cek ki dot..:-)

Thursday, November 4, 2010

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W


Kali nie deqlis wat n3 tentang buku yang deqlis baca lagi... buku ni byk info dan maklumat berguna bg kita untuk menjaga pemakanan mengikut sunnah nabi. oklah sebelum review pjg..nie detail pasal buku nie


Nama buku: Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W
Penerbit: Synergy Media
Jumlah mukasurat: 135
Penulis: prof. Dr.Abdul Basith, Muhammad as-Sayyid, Siti Nur Zarina


Deqlis ringkaskan :

MAKANAN UNTUK PEMBESARAN:

1. SUSU

2. DAGING
-merupakan salah satu sumber protein, mineral dan lemak.Kandungan asam amino yg terdapat pd daging sangat sempurna.Oleh itu memakan daging secara TIDAK BERLEBIHAN membuatkan kita sihat dan kuat.
-dalam keadaan normal. seseorg itu hanya memerlukan kira2 1gram daging untuk  1kg berat badannya
-Lemak daging mencecah 15% dab kalori yg tinggi iaitu mencecah 160 kalori atau lebih dalam 100 gram
3.IKAN
-sumber lemak, protein dan vitamin A, D dan mineral kaya dgn iodin, minyak dan fosfor yg sgt baik utk sel-sel otak.
-ikan air laut mempunyai gizi lebih tinggi dari ikan air tawar.
-yg bezakan daging ngan ikan adalah, ikan lebih mudah dicerna dari daging.
-sebahagian besar ikan mengandungi 20% protein dan kandungan kalori sebyk 50-80 kalori dlm setiap 100gram dan lemak kurang dari 1 gram.
- minyak ikan merupakan sumber vitamin yg baik dan larut di dalamnya
-ikan2 kecil seperti ikan sardin meru[akan sumber kalsium yg baik jika dimakan bersama tulangnya.
-ikan mengandungi urine yg tinggi, pesakit sendi tidak digalakkan memakan ikan,.
-makan ikan berisiko rendah kena penyakit jantung
4. ADAS (Foeniculum)
-Adas (kacang dal) merupakan makanan yg kaya dengan protein dan banyak di makan oleh beberapa bangsa di dunia..
mengandungi serat tumbuhan dan zat besi yg mencegah masalah kesukaran membuang air besar., anemia.
-dapat melancarkan salur urine
-pesakit sendi tidak digalakkan memakan adas kerana adas mengandungi unsur bioin yg menghasilkan zat asam urik (uric acid)

MAKANAN SUMBER TENAGA

1. MADU
- ubat sakit mata
-ubat darah tinggi
- menyuburkan kandungan
-ubat cedera parah

2. KURMA

salah satu yg menarik dan perlu di ambil perhatian yg tercatat dalam buku ini adalah:
tentang Kurma sebagai sumber tenaga dan ubat bagi perempuan yg bersalin

Salamah bin Qais meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"berilah kurma kepada isteri kamu menjelang bersalin. Sesiapa yang nenakan kurma ketika itu, maka anak yang keluar bersifat penyabar. Sungguh, kurma adalah makanan Maryam ketika melahirkan anak. Seandainya Allah swt memiliki yang lebih baik daripada kurma, nescaya Dia akan memberikan makanan itu kepadanya."

dgn memberi kurma kepada isteri sebelum melahirkan/beranak... ia dapat menguatkan otot2 rahim. Begitu juga ketika melahirkan bayi.. ketika itu, zat2 yg dihasilkan kurma akan mengatur gerakan otot dan menambah daya tekanan otot. Selepas bersalin, zat2 itu mencegah berlakunya pendarahan dan demam yg biasa dialami seorang wanita sewaktu nifas...

3. ZAITUN
- Vitamin A, D dan H

MAKANAN PELINDUNG TUBUH

1. ANGGUR
2. BUAH TIN (bukan tin susu yer hehe)
3. BUAH DELIMA
4.SAYUR-SAYURAN
- labu, bawang merah, bawang putih, air,

haa..nielah serba sedikit... byk lagi info menarik tentang pemakanan dan amalan pemakanan RA SAW nie..

SHARING IS CARING


Photobucket

Friday, October 29, 2010

66 Usahawan Malaysia

Salam,
photo kredit to google..deqlis malas nk snap hehe sinbaik google2 ada..

Pepagi nie deqlis nak bercerita tentang salah satu buku yang deqlis rasa perlu dibaca oleh semua ibubapa terutamanya yang bercita-cita ingin berjaya dalam bidang keusahawanan.

Menjadi seorang usahawan bukanlah mudah, pelbagai dugaan di tempuhi
Kadangkala menjadi
Kadangkala gagal
namun yang pastinya langkah seterusnya harus difikirkan agar niat untuk menjadi usahawan islam tercapai.

Buku yang bertajuk 66 Usahawan Malaysia ini mengandungi 66 kisah usahawan Malaysia yang telah berjaya. Salah seorangnya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sebelum membaca buku ini, sebenarnya deqlis hanya mengetahui perniagaan yang dijalankan oleh tan Sri adalah Gula dan MPH shj... dan adanya Yayasan Al-Bukhary serta memang mengetahui beliau merupakan usahawan terkaya di Malaysia.

Namun selepas membaca buku ini, banyak lagi rupanya biz yang beliau jalankan dan paling menarik bagaimana seorang anak kampung yang miskin boleh berjaya menjadi sebegitu sukses walau tidak ke menara gading...

Banyak lagi kisah-kisah usahawan terbilang Malaysia... walaupun kebanyakannya adalah berbangsa cina, namun kita boleh mengambil ikhtibar tentang bagaimana mereka melayari bidang keusahawanan dan mengemudi perniagaan hingga berjaya walau adakalanya menghadapi laluan getir.

Penulis buku ini adalah Ashadi Zain dan diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Buku setebal 126 muka surat ini pasti menyuntik semangat bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan . Bahkan usahawan kecil seperti deqlis ni juga terasa semangatnya untuk lebih berjaya di mas akan datang.

Bagi yang ingin mendapatkan buku ini boleh lah ke MPH berdekatan anda...hehehe..(promote MPH laa.. )

Selamat membaca..

Photobucket

Thursday, October 7, 2010

AKU BUKAN PENAKUT





Salam..
hehh..pagi nie deqlis nk sembang tentang buku lagi.....Ringkasan buku ni macam kat bawah nie...

Buku: Aku Bukan Penakut
Genre: Utk bacaan kanak-kanak (deqlis pun kanak2 girang aper??hehe)
Beli @: MPH,Mid Valley
Mukasurat: 130
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn.Bhd
Penulis: Syima Syawal 

Niat nak kasi anak buah... tak kasi2 lagi...last2 Mamalis (panggilan nama utk anak2 buah deqlis) diorang nie yg layan baca dulu..kah kah kah..
So citer ni macam nie...

ULASAN: 
Daiyan seorang yang dikatakan seorang yang penakut oleh kawan2nya...akhirnya membuktikan dia seorang yang berani..  Hmm nak tahu berani yang bagaimana?? kenalah baca buku nie... Buku ni diolah dengan santai dan diselitkan info terkini serta gaya bahasa yang mudah difahami untuk pengetahuan dan bacaan kanak-kanak. Sesuai dijadikan hadiah buat kanak-kanak sebagai bahan bacaan.. 

Selamat membaca... :-)

Photobucket 

Tuesday, October 5, 2010

Jangan Bersedih, Kebahagian Pasti Bersamamu!






Salam,


n3 deqlis malam nie nak bercerita sedikit tentang Hadiah BE yg deqlis terima dari mummy mrsm... Thanks Mummy...buku ni byk memberi manfaat dan ilmu pad deqlis... 



Tajuknya sahaja " JANGAN BERSEDIH, KEBAHAGIAN PASTI BERSAMAMU" penterjemah Nor Hasanuddin dan penyuntingnya Dr.Mohd. Puzhi Bin Usop. Diterbitkan oleh Al-Hidayah Publications.


Mengandungi 157 tajuk seperti Jangan bersedih Jika anda di zalimi, Berushalah untuk memahami puncanya, Cara mengubati Kesedihan dan dukacita dan banyak lagi..



Rasa bersyukur padaNya pabila membaca satu persatu tajuk kecil di dalam buku ini... yg pastinya...pastinya kita bersabar dan bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini...


Hmm.... kebahagian bukanlah harta yg melimpah... tak semestinya org yg berharta hatinya gembira dan tenang?? buku ni sesuai dijadikan teman di kala diri kita di landa musibah dan berduka..bagaikan satu harapan untuk kita mencapai kehidupan bahagia dan tenteram.


Buku setebal 330 muka surat ini penuh dengan cerita teladan, hadis dan kata-kata semangat untuk kita maju ke hadapan.. terima kasih pada mummy mrsm kerana menghadiah buku yang sungguh bernilai.. dan deqlis bukan shj mendapat buku..malah tempat kunci yg cantik seperti di bawah nie...

Thanks mummy..
Photobucket