Recent Post

Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Apa Perasaan Kalau Picture Blog Biz di Copycat?

Salam,

Sebenarnya ada terbaca entri cute mum pasal apa perasaan kalau entri di copycat... deqlis dah bagi pendapat pun kat blog cute mum...sebenarnya klu nak copycat nie boleh, tapi biarlah mintak izin...macam artikel utk rujukan kita in future...leh laaa buat entri yg sama tp jgn lupa mention rujukan mana... tetapi klu contest2x ni meniru jawapan tu sebaiknya jangan publish laa jawapan...klu penganjur publish penat2x laa org yg awal2 tu carik jawapan..org lain senang2x copycat jer kan?? 

Pasal copycat ni jugak...Tetiba deqlis teringat pulak pasal my picture pernah di copycat jugak..nak-nak pula picture gambo biz...? kita susah2x laa amik masa photoshoot pic..dan pilih masa yg sesuai dengan cukup lighting bagai tuk snap pic...ada orang lain senang-senang pulak amik gambo tu dan dia pulak meniaga mende yg sama dan guna pic kita.....apa perasaan??  aikk...kata meniaga takkan takleh amik gambo sendirik ekk?? klu yer pun nak pinjam gambo minta laa izin dulu...kasi kredit ker.....ini tak!!..pastu buang pulak logo kita yg dah ada kat banner tue.... kesan buang pun leh nampak...uools leh tgk laa photo bawah nie...


Diharap kalau nak meniaga tu, biarlah meniaga jujur dan bukan mengambil gambar orang lain, bukan apa, ia melibatkan reputasi biz org lain...Misalnya org tgk gambar sama, mesti org ingat buatan yang sama... sedangkan dodol yang dijual cukup berbeza dari segi rasa...  janganlah bila tengok gambo dodol deqlis lebih cun dan nampak cantik (haa ayat gerammm!) awak pun nak perdaya kan customer dengan gambo dodol deqlis...sedangkan dodol awak tak sama... klu betui2 nak promosi dan nak meniaga jugak, silalah deqlis tak pernah halang, rezeki masing-masing tetapi sila guna gambo sendiri. My customer pun nanti confius bila tgk gambar2x nie.. macam sama ngan gambar di blog deqlis/iklan online deqlis. Melainkan awak adalah sub dealer deqlis lainlah citer...bolehlaa guna gambo tue... ini jual produk lain, pamer gambar org lain... ???

Alhamdulillah lah pihak pengiklan telah perasan copycat yang dilakukan oleh pihak ini, dan telah melucutkan iklan tersebut. Bagi deqlis, jika nak guna sangat2 my photo, (desperate sangat kan??) sila contact me...no. tel kan ada di iklan tue.. iklan yang awak copypaste/copycat itu...

p/s: sebenarnya byk lagi yg deqlis dah tangkap cuba amik gambo dari blog biz atau iklan perniagaan deqlis di tenet... adehhh..

Saturday, January 22, 2011

Malaysia ranked 3rd in most shoppers shopped online in Asia


Haa...tak sangka deqlis Malaysia berada di kedudukan ke-3. Data di atas jelas menunjukkan rakyat Malaysia ramai yang suka shopping online...(termasuk me laa tu) hihi..  mcm tak percaya ..bukan tempat ke 6 atau ke 5 di Asia tau...tetapi berada dalam ranking ke 3 di Asia... Maka, bertambah semangatlah deqlis meneruskan biz secara online dan shoppping secara online... ingat di negara2x barat shj yang popular dengan shopping online nie... deqlis kekadang tue macam ralat jugak jika nak beli online jika barangan elektrik ribu riban...contohnya nak beli kamera dslr secara online!! tetapi di barat shopping online barangan sebegini lebih popular dari shopping secara offline. Mereka percaya kepada syarikat-syarikat pengeluar (contoh syarikat kamera tadi deqlis bagi contoh kamera kan?).. dan nampaknya polisi jualan syarikat pun bagus...jika rosak boleh return kembali dan sebagainya. Selain itu, ruangan komen dari pembeli juga menjadikan perniagan online di barat menjadi pilihan orang2x di barat. en panjang pulak citer ...:-)

Sebenarnya bermula 20 Januari lepas Ellismelia Shoppe melangkah setapak lagi dengan domain sendiri. akhirnya setelah 3 tahun berniaga secara online, dari berniaga suka-suka hingga lebih serius akhirnya deqlis memiliki domain sendiri ellismeliashoppe.com telah tercapai. Alhamdulillah....lagipun nak miliki domain sendiri dahtak mahal macam dulu2x... eh citer lagi..:-)

ok back to carta data ranking yang deqlis tepek di atas, sebenarnya hasil survey deqlis terhadap penggunaan cc (card credit) dalam perniagaan online telah menemukan deqlis dengan data di atas. Kenapa survey tentang cc? Sebenarnya ada juga niat deqlis nak tambah kemudahan pembelian kad kredit di website niaga deqlis itu untuk masa akan datang bila tiba masa yang sesuai (mungkin lebih byk produk nanti kot..planning dulu) hehh. Oleh yang demikian, deqlis recce2x...survey2x dahulu....Sekadar ingin mengetahui caranya bagaimana dan sejauhmanakah keberkesanan penggunaan cc di dalam web perniagaan kita. Adakah membantu meningkatkan sales dan jika ya, berapa peratuskah peningkatannya. Maka deqlis google2x hinga sampai ke laman  netbuilder.com dan membaca sedikit sebanyak tentang cc nie. Terjumpa dengan data di atas. 

Menurut Visa eCommerce Consumer Monitor, satu survey yang telah dilakukan oleh Syarikat Nielsen terhadap kecenderungan pembeli membeli-belah secara online terhadap pembeli-pembeli dari 6 buah negara Asian (Benua China, India, Indonesia, Malaysia, Taiwan and Thailand), keputusannya Taiwan berada di tangga teratas, diikuti Benua China dan Malaysia berada di kedudukan ketiga.

Menurutnya lagi, Malaysia menghabiskan rata-rata lebih dari RM6,000 untuk berbelanja secara dalam talian. Ini kerana kebanyakan daripada pembeli berasa selesa membeli-belah secara dalam talian (online) berbanding pergi ke kedai offline...(kedai sebenar) 

Sedikit tambahan daripada deqlis, berdasarkan pengalaman... jika bijak memilih, pembelian online lebih menjimatkan masa, lebih cepat (order hari ini esok dah sampai...tak sampai esok pun lusa sampai!! pengalaman sendiri) dan jimat tenaga, jimat duit ..yer laa contoh nak beli tudung...nak beli sehelai je utk pakai dinner hari Ahad depan..., jika nak keluar beli...duit minyak lagi, duit tol lagi, duit parking lagi, duit isi perut lagi (al-maklumlah jika dah keluar dahaga beli air, nampak KFC nak makan..dll..haha) lepas tu dari nak beli tudung jer, terbeli benda2x lain yang tak perlu pun... sebab tu baiklah beli secara online.. lagi satu!!..jimat tenaga... takyah pusing2x satu shoppingmall nak cari tudung yang berkenan di hati... silap haribulan tak berjumpa pun dengan tudung yang kita minat tue... haa nie sebagai contoh lah yer(pernah terkena batang hidung sendiri pun) tp itu dulu lah ngehhh.....Selain itu, jika pandai memilih, beli online lebih murah dari beli offline...siap hantar sampai depan pintu rumah lagi:-)...siapa yg taknak?? 

Walaupun adakalanya deqlis suka juga keluar shopping jenjalan di luar, namun sekarang deqlis lebih suka cari di online dahulu, dan sekiranya masa deqlis jalan2x deqlis terjumpa.. mungkin deqlis beli atau ada masanya juga deqlis balik terus order di dalam talian juga.. Sememangnya dah jadi habit pula beli secara online nie..beri sokongan kepada peniaga2x tegar online...haa.. cuma bab2x beli barangan berharga spt elektri sahaja deqlis belum berani nak beli secara online.

Untuk uools semua, bagi yang tak biasa shopping online sila berhati-hati dengan peniaga dalam talian, yerlah dah banyak penipuan sekarang ini kan..beli offline pun adakalanya tertipu, apatah lagi beli dalam talian. Jadi, belilah jika rasa selamat..Tips membeli-belah online?? Haa insyaAllah akan dibuat pada entri akan datang..!

Tambahan sedikit,selain itu, sumber Survey Visa pula menunjukkan 9/10 pembeli online telah berbelanja secara online pada tahun lepas.


Saturday, January 8, 2011

Tahniah Kepada Zed Zaidi


Tahniah Tahniah Tahniah!!!.. Nampak anda seorang artis yang memandang jauh masa depan dan mengambil peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Deqlis suka!...:-) Kenapa deqlis berkata sedemikian? haa... ini kerana dahulu zaman Zed Zaidi berlakon dalam drama Sembilu Kasih selalu deqlis tanya kenapalah aku tak minat sangat hero ni? tetapi sejak akhir-akhir ini, minat pulak tengok Zed Zaidi berlakon... (wah! kembang semangkuk jika Zed Zaidi baca ni) sebenarnya deqlis jatuh cinta dengan lakonan Zed Zaidi dengan Dinaz Mokhtar. Bagi deqis mereke ni secocok digandingkan dalam filem mahupun drama. Tetapi...bukan itu yang nak diceritakan pada kali ini.

Pada kali ini deqlis ingin mengucapkan tahniah kepada Zed Zaidi kerana menjadi taukey Restoran Papa Rich...Tahniah!.. khabarnya telah sebulan beroperasi. Francais Papa Rich milik Zed Zaidi berada di  Heritage Row, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Ternyata lokasi strategik untuk warga kota turun padang...:-) haa menurut berita lagi, Zed Zaidi juga turut turun padang menyediakan minuman dan makanan serta melayan pelanggannya.. Wah!.. boleh lah selepas ini deqlis dan en hubby pergi ke sana ya!...

Sekali lagi Tahniah!.. Good job bro!

Photo: sumber google

Tuesday, December 14, 2010

Undangan Perkahwinan

Salam semua... ada ker yang berblogLarian kat blog deqlis nie?? senyum sikittt klu ada ya!.. Thanks kepada penganjur Blog Larian... nampaknya ramai yg berlari dan ada yang berjogging..dan takkurang yg berjalan... pilih saja mana yang anda suka ya..
Ketika menghadiri majlis perkahwinan sabahat deqlis.. tema coklat, majlis resepsinya diadakan pada sebelah malam

Haa cerita pasal suka nie, pastinya ramai yang suka bila mendengar kahwin...!! Alahai Emak kahwin kan aku!! hehe... mestilah sengihhh jer bagi yang dah nak mendirikan masjid tue kan...? yangsedang bercinta pun pastinya tersenyum panjanggggg....! ewahh akak tau laa... eceh..

Bulan Dis nie pun musim cuti sekolah = musim kahwin = musim cuti2x ... sambil cuti sambil menziarah sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara yang mendirikan rumahtangga. Undangan Perkahwinan mmg banyak jika dicampur dengan undangan kepada mak dan ayah (yg turut mengajak anakanda nya ini turut serta)

Sebenarnya minggu lepas pun ada kenduri... tetapi deqlis ingat kenduri nyer minggu ini.. silap date.. tuelah ingatkan Sabtu Ahad akan datang nie.. tup2x sabtu ahad lepas daa... kawan lama masa sekolah rendah dulu.. minta maaf lah sangat2x huk huk huk... Untuk Sabtu dan Ahad akan datang nie pun ada juga kenduri..Salah satunya di Johor.. InsyaAllah takde aral melintang deqlis turun Ulu Tiram, Johor... Siapa blogger area Johor nie? Meh cerita skett apa yg best dekat2 area Ulu Tiram nie?? kot2x laa ada yg baca nie sedang menetap di sana... :-)

Selamat Pengantin Baru dan moga kekal bahagia ke akhir hayat...:-)

P/S:  Kepada yang nak mengakhiri zaman bujang,,hmm nak kahwin laa kan? dan mencari tanjak berwarna pink... nak pinjam deqlis punya...oppss en hb punya daa.. leh bg tau yaa... yg pastinya anda yg nak kahwin tu leh pick up sendiri di bukit jalil nie... deqlis kasi pinjam FOC.... cuma kena laa bayar deposit... lepas guna pulang balik ..deposit nya kan return balik...haa..cepat siapa nk bg tau jer k..:-)


P/S: Promosi Khas Sehari pada 14hb Dis 2010....!! Pembelian Dodol segitiga Mix perisa hanya RM24.00/kg.. Normal Price: RM26.00 jom order hari ini!!.. hari ini shj dpt special price nie tau...!  lawati SINI

Saturday, November 20, 2010

Packaging Baru "7 Love"



7LOVE adalah satu produk mandian bunga yang dilahirkan dalam botol...mandian ini di keluarkan bertujuan memberikan kepuasan mandian bunga kepada pengguna yang boleh mandi dirumah & x perlu ke spa lagi...

Setengah orang mereka lebih suka ke spa dengan perkhidmatan dan pakej ke spa yang disediakan...Ada juga orang segan ingin ke spa kerana ingin menjaga aurat serta tidak berminat untuk mendedahkan tubuh bandannya kepda orng lain dan tidak mempunyai masa untuk ke spa....maka 7 Love selesaikan masalah anda ini...:-)


7 LOVE...HARUMAN CINTA SEMULAJADI 

-7LOVE...Haruman cinta semulajadi yang di asaskan oleh Pn Nor Huda BT Mohammad @ Abdullah... juga dikilangkan oleh Teknologi Park Malaysia Bio Techn (TPM Bio Techn ) Bukit jalil....TPM telah manjalakan R&D dengan teliti sebelum mengeluarkan produk ini bagi menjaga keselamatan n kepuasan pengguna.

APE ITU 7LOVE.... 

-elemen air bunga yang memiliki kekuatan positif yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan penawar dalam proses perubatan tradisional dari segi fizikal, mental dan spiritual.

Apa keistimewaan produk 7 LOVE?
-boleh menghilangkan stress, MENAIKKAN SERI WAJAH, menyegarkan tubuh badan, MENGURANGKAN BAU BADAN, menjana organ dalaman sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik, MENINGKATKAN KECERDASAN MINDA!

Keistimewaan jenis bunga?
- 7 warna chakra utama mengikut susunan pelangi - tenaga warna hidup pati bunga mampu membersih merawat dan merangsang chakra dan aura pada tubuh...


7love ini digunakan selepas mandian harian biasa...ini bermakna anda perlu mandi macam biasa menggunakan sabun or shower gel harian anda...kemudian baru di mandikan dengan 7LOVE....

Cara2 penggunaan 7LOVE adalah.....sediakan air dalam baldi sepenuhnya...kemudian pam 7LOVE kedalam tadahan air dalam baldi sebanyak 1x or 2x mengikut kuantiti air dalam tadahan..... kemudian jirus air dari kepala hingga ke tapak kaki bagi merasakan kesejukan air 7 haruman bunga tersebut hingga habis sambil meratakan air haruman bunga tersebut ke seluruh badan dengan menggunakan tapak tangan anda atau sponge

buat permulaan 7LOVE yang di pam kedalam tadahan air nampak berbuih sedikit...tapi selepas di siram air tersebut tidak mempunyai buih lagi

anda juga boley munggunakan 7LOVE dalam bath tub untuk berendam....

Selepas menggunakan 7LOVE anda tidak perlu bilas dan membiarkan gel2 7LOVE menyerap ke dalam tubuh...

Buat masa permulaan anda perlu mandi setiap hari selama seminggu menggunakan 7LOVE ...kemudian boley di selang dengan mandi menggunakan 7LOVE sebanyak 3hari 1x or 2hari 1x....

Jika mahu menguji keberkesanan 7LOVE......dengan cara: 

Selepas penat bekerja or letih n penat sangat2....balik berehat selama 15minit kemudian mandi dengan 7LOVE....anda akan rasakan aura dan tenaga yang datang selepas mandi dengan 7LOVE nie....

berani cube lah...


HARGA PASARAN : RM39.00 botol besar

P/S: berminat nak cuba?? haa jgn segan2 email deqlis atau nk tye kat sini pun boleh... klu nak pos add kos pos laju nyer saja yaa...! leh beli ngan deqlis.. (salah seorang pengedar jugakk ..) nak diskaun?? utk 3 org pembeli pertama shj!! cepat2!!.. :P

nak tgk packaging lama? KLIK SINI 
oh yer..harga botol lama lebih murah dari harga baru yer...mmg pihak pembuat/pengilangnya dah naikkan harga pasaran.... harap maklum..

Thursday, May 13, 2010

Jualan D'Best WMC..jom arr serbu

Salam semua... wah ada ke yang baca nie?? bagi yang sudi2 menjengah blog ku yg tak seberapa nie... Jom lah memeriahkan Jualan Realiti WMC (www.wanitamelayu.com) di Dataran Penjaja, Stadium Nasional Bukit Jalil...


Daku dan team Kelab D' Santai WMC - Kelab Bukit Jalil pun ada buka booth...so marilah membeli-belah di sana nanti... Jangan ketinggalan mendapatkan pelbagai produk seperti produk diet, kecantikan, kesihatan, pakaian dewasa, kanak2, makanan (dodol daku pun ada tau), minuman, kelengkapan rumah dan macam2 lagi dengan hege pasti memukau anda untuk membeli-belah..


Datanglah bersama pakwe, makwe, adik, abang, kakak, emak, ayah , sedara- mara dan kawan2 pada 26-27 Jun 2010 nanti... Macam2 XTVT ada...rugi tak join...

Booth daku pun macam2 ada seperti Supermaxx5+1, Dodol, kerepek, minuman, tudung Emilia, Cloth diaper, Sutera Terengganu, 7 Love dan lain2... cabutan bertuah di Booth daku pun ada untuk pembelian RM100 ke atas dalam single resit.... jom singgah...


heboh2x pada kawan2 ya...

Thanks..
Photobucket

Monday, March 22, 2010

SuperMaxx 5 di TV9 pada 13 Feb 2010

Jom kita tonton bersama2...bg yg dah terlepas melihatnya di Berita TV9 pada 13 feb lalu..
daku pun tak sempat tgk .... besdey ku masa nie kuar jenjalan...

so bg yg senasib..atau yg ingin sekali lagi menonton..
KLIK link di bawah.
http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=57%20&ShowID=302&MenuID=1&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=30706&VideoID=30925

Monday, October 26, 2009

GAGAL DGN ADSENSE?? INGIN MEMBACA PENGALAMAN SEBENAR NEWBIE??

RAMAI YANG GHAIRAH MENYERTAI ADSENSE, TAPI RAMAI JUGA YANG AKHIRNYA GIVE UP SETENGAH JALAN. DI MANAKAH SILAPNYA?
Adsense adalah program affiliate popular yang semakin mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia yang bercita-cita menjana pendapatan melalui Internet. Ya, ramai yang telah berjaya mengumpul wang ribuan ringgit setiap bulan hanya daripada program Internet. Ini adalah FAKTA yang tak di dapat di sangkal lagi.

Namun begitu, ramai juga yang bermula untuk seketika, kemudian berputus asa dengan program Adsense. Ini kerana newbie ini GAGAL untuk mendapatkan apa yang di impikan sewaktu memulakan Adsense. Ramai yang gagal menjana pendapatan langsung, dan ada yang kecewa setelah akaun mereka diBATALkan secara tiba-tiba. Lebih menyakitkan, akaun tersebut hangus bersama dengan ribuan ringgit jumlah pendapatan Adsense dan pelaburan untuk pengiklanan yang bukan sedikit jumlahnya..
" Pengalaman Adalah Guru Terbaik "
INGIN TAHU LAPORAN PErcuma tentangnya?? klik DI BAWAH...
http://www.konspirasi-adsense.com/index.php?ref=deqlis

Wednesday, August 5, 2009

Teh Peria yang Berkhasiat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;



Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang! Produk daripada buah peria yang banyak khasiat.
Teh Peria dirumus khas daripada buah peria untuk membantu menambahbaik kesihatan.

Dengan Modal RM 50.00,
Anda boleh mengembalikan tahap kesihatan anda ke tahap yang maksimum dan mampu menjana pendapatan Sampingan sehingga RM 97,810.00!!!

Untuk maklumat lanjut;

http://www.TehPeria.biz/deqlis
http://www.TehPeria.biz/deqlis
http://www.TehPeria.biz/deqlis


Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.



Terima kasih
---
ELLISMELIA BINTI MOHAMAD
Layari http://www.TehPeria.biz/deqlis