Recent Post

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Amboi Awal & Scha...


Amboi Awal dah bawa Scha nie balik kampung...lepas Memey dan Norman Hakim, pasni kita doakan pasangan ini pula yang akan mendirikan masjid kan? dapat sponsor gak tak Awal?? heheh... (macam awal baca blog aku) hehe.. pepe2 jer..layan zasss..!! 


Gambo nie deqlis dpt dari email.... bukan hak milik  deqlis yer...
dan jangan tanya pasal apa di hitam2xkan gambo yg lain2x tue...agaknya nak jaga privacy laa kot..
walau sekali pandang macam pesalah pulak..ngehh ngehh ngehh..opps jgn mare haa..

senyum:-)

thanks ..:)

Friday, March 4, 2011

Artis dengan Deqlis: Sama tapi tak serupa

Haha...sebenarnya deqlis terperasan lah corak baju yang Ana Raffali pakai nie .......

Nampak tak warna merah....kan?? corak bunga2 abstrak?? hah..sah sah sah!!..
apa yg sah?

-
-
-
-
-
-
-
-
sah sama ngan baju deqlis nie..
Photobucket
nak tgk yg lain2 klik SINI

haa.. Sama kan?? 
sama apa?
sama corak baju dan warna merah..
tetapi tak serupa..
tak serupa apa?
deqlis baju kurung fesyen,
Si Ana Raffali nie baju kebaya moden/kebarung kot?? sebab tgk dalam tv jer..tak tgk full shot..


haha.. siapa tiru siapa??
mestilah Ana Raffali tiru deqlis...hahahah!! (aci tak??)
sebab?
sebabnya... baju corak tue dah lama dah deqlis beli n pakai..raya 2 thn lepas kot???
Ana?? baru laaaaaaaaaa nie deqlis nampak..
hmm tapi

TAPI manalah tau dia pun pakai baju yg dibeli 2 thn lepas gakk..hehe..

pepun.. tak sangka Ana Raffali pun pilih corak sama ngan baju deqlis...
miahahahaha!!!..


okay..timaceh laa baca entri giller2 perasan deqlis hehe..

Saturday, January 29, 2011

Bila Arkitek Jadi Scammer!!!

Arkitek jadi scammer?? scammer apa pulak yer? nie seyes scammer punyerr...apa tak nyer curi bakul mak deqlis!!! miahahaha....  tengoklah sendiri photo2x kat bawah nie... hehe..jangan mare yer... tajuk bikin panas saja...  abihhh?? klu camtuh tukang masak pun scammer laa?? alah tukang masak cupcakes tue?? dok masak kek wat gambo macam2x..? hehe... takk!  tak !!! idakkkkkk..... jgn mare aaaa... (jgn kn tumbuk ngan uools lak nanti hehe)
sebenarnya deqlis nak kata arkitek nie sebenarnya ...
kreatif dan inovatif!!..  bila tengok pic bangunan ini, teringat sebuah rumah berbentuk topi yang ada di kawasan Kuang, Selangor...masa kecik2x my mum suka bawak pergi Tasik Biru di Kundang, klu nak ke sana mesti lalu rumah topi tue...siyesss rumah tue berbentuk topi... kira kreatif jugak kan?? insyaAllah klu ada lagi rumah tu, nanti klu deqlis g sana, deqlis snap okies:-)

jom layan...pic ni dulu..
Bakul apa nie? haa..nie bakul bukan sebarang bakul tau...tp akan2x my mmom nyer bakul pasar hihi...
 lihat betul-betul...:-)
cup cakes pun bukan... gambar yg diedit dengan photoshop pun bukan. fuhhhh!!!. terkebil2x mata deqlis tgk..hihi..terjojol2x gak bijik mata nieehhh hehe..

pandangan dari atas... sib baik takde ruper sawi, karot dan ikan kat atas bakul tu kan??hihi..

 hasil rekaan arkitek yg kepala giller2x kot?? hehe..isshh uools igt giller2x tak bagus ke?? nie giller2x bagus punyerr!!!... bukan mainan kanak-kanak...ha ha ha
ianya sebuah bangunan!!!...
cantikkan?? tingin pulak deqlis nak masuk dalam bangunan nie..
jom cekidot bangunan apakah ini??

Idea pembinaan bangunan berbentuk bakul ini berasal dari Dave Longaberger, yang merupakan pengasas
The Longaberger Company,bermula dari idea, akhirnya dibinakan dalam bentuk bakul gergasi dan setelah bangunan ini siap, ia digunakan sebagai pejabat untuk syarikat tersebut. Menurut Dave ini merupakan idea terbaiknya dan percaya dengan hadirnya bangunan ini kerja perusahaan akan semakin
baik. Bangunan ini mula digunakan pada 17 Disember 1997
sebagai Home Office dari The Longaberger Company.

dan yang di bawah ini pula?
bukan piano tau!... bukan jugak cupcakes! atau bukan jugak felt-craft!!..


pandangan dari sisi.

Bangunan berbentuk piano ini dibangun di propinsi An Hui, China .
Kelihatan di bangunan itu, ada bahagian berbentuk biola yang merupakan
eskalator bangunan. Bangunan ini didirikan sebagai usaha untuk
mengembangkan sektor pelancongan di daerah tersebut.


Tuesday, December 14, 2010

Budi Bahasa

"Yang Kurik itu Kendi, yang merah itu saga, yang indah itu budi, yang molek itu bahasa" Ungkapan pepatah Melayu ini amat indah dan begitu sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan budi bahasa dalam kehidupan.

Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Dalam agama lain ataupun cara hidup selain Islam budi bahasa adalah etika atau peraturanyang perlu dipatuhi pada masa dan tempat-tempat tertentu.

Pentingkah berbudi bahasa ini? Ya. Sememangnya nilai-nilai budi bahasa ini penting dalam kehidupan seharian. is adalah fitrah setiap manusia dimana setiap orang menyukai sesiapa sahaja yang memiliki budi bahasa. Seseorang yang memiliki budi bahasa pastinya menarik hati orang lain seumpama magnet yang boleh menarik benda-benda yang terdapat disekelilingnya.

Seseorang yang berbudi bahasa, bersopan-santun secara tidak langsung mempamirkan akhlak yang mulia. Maka tidak hairanlah dalam Islam, Allah SWT menganjurkan hamba-hambanya supaya berakhlak mulia. Agama Islam sendiri berkembang melalui akhlak rasulnya. Allah SWT sendiri memuji akhlak nabi yang mulia melalui Firman Allah dalam surah Al- Qalam Ayat 4 yang bermaksud "Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia".

Lahirnya bangsa yang bertamadun dan dihormati telah terbukti dalam sejarah islam dan peradaban manusia  dek kerana budi bahasa atau akhlak mulia ini. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menyuburkan budi bahasa dikalangan kita.Kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA seharusnya di sahut dengan penuh semangat bukannya kempen hanya tinggal kempen semata-mata. Bukalah mata dan pintu hati kerana budi bahasa bermula dari dalam diri sendiri. Dikendalikan oleh hati yang menentukan baik buruknya peribadi seseorang itu. Oleh yang demikian, hati perlu dijaga agar melahirkan niat yang baik, seterusnya menzahirkan perlakuan yang indah serta menyenangkan orang sekeliling.

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Moga kita berbudi bahasa bukan sahaja kerana kempen tetapi berbudi bahasalah kerana kita adalah umat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan sikap dan akhlak yang terpuji. 

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa
· Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,
· Orang ramai membuang sampah sesuka hati,
· Memotong barisan (Potong Q) tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya
· Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,
· Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan
· Merokok di kawasan larangan merokok 
· kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam
- mengambil isi/butiran/photo di blog orang tanpa kebenaran atau tidak memberi kredit langsung. 

Sebenarnya banyak lagi perbuatan tidak berbudi bahasa.. bagi peniaga tu senyumlah kerana manis dan kehenseman anda tidak hilang jika menyedekahkan sekuntum senyuman kepada pelanggan.

Sebelum penutup, sertakan Pantun Budi buat tatapan kalian.
Pantun Budi

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati


Monday, November 22, 2010

TAHUKAH ANDA: Habuk sebenarnya .....

Sebenarnya? tidaklah hodoh seperti yang kita sering kita nyatakan. Jika membaca novel ke, artikel ke pasti digambarkan habuk yang hitam, habuk hitam yang tebal, habuk hitam melekat dan macam-macam lagi.

Namun tahukah anda? Sebenarnya warna habuk yg sebenarnya adalah berwarna-warni. Ala..habuk sawang2 kat rumah tue...
Sumber: Pak Google

Mungkin hitam pada mata kasar tetapi sebenarnya ianya berwarna-warni. Itulah ayat yang boleh digambarkan kepada Habuk.

Menurut salah satu buku ensiklopedia bergambar yang pernah deqlis baca zaman sekolah2 dulu, habuk sebenarnya berwarna-warni sekiranya kita melihat habuk ini menerusi mikroskop. Di dalam buku tersebut juga terdapat gambar habuk2 yang dilihat menerusi mikroskop yang sungguh berwarna-warni..memang cantik sekali.. teruja deqlis tengok..;-)  tetapi sayang, di mata kasar kita pabila melihat habuk pastinya berwarna hitam dan tak lawa..serta sakit mata memandang jika barang-barang kita berhabuk mahupun rumah dah bersawang......

klu tak percaya..cubalah amik habuk/sawang  kat rumah anda tue, klu takde pun p laa cari..hehe..pastu lihat di bawah microskop... haa kan?? warna-warni habuk tue..

SHARINS IS CARING....:-)

Wednesday, January 6, 2010

Penyakit Gout

Penyakit Gout
di petik dari : http://www.budiey.com/penyakit-gout/

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29.. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapnya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

Friday, December 11, 2009

Aneka Tepung

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama ?Carnation?.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE

Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI?

Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?

Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?

Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima. Insyallah hasilnya seperti yang telah D buat.

Pisau...Sudu dan Garfu

Perkakas biasa yang kita temui ketika makan di luat terutama di restoran ternama atau eksklusif . Bagi yang tidak biasa mesti rasa binggung..Adakah pisau dipegang di tangan kiri atau kanan ??

Jangan terkompius …kedua-dua belah pun betul (tp kalau dua-dua belah tu pisau..mmg la salah.).

Kalau mengikut cara Amerika , tangan kanan memegang pisau untuk memotong dan tangan kiri memegang garfu untuk menyuap makanan.

Kalau ikut tempat lain pula adalah sebaliknya. tangan kiri untuk memotong dan kanan untuk menyuap.

Sebenarnya tangan mana yang memegang tidaklah perlu anda risau..yang penting makanan dipotong kecil dan tidak terjatuh kebawah atau terbang..

Pening terdapat byk sudu , garfu atas meja? jgn panik untuk permulaan mulakan dengan yang paling hujung skali.

Contohnya garfu untuk salah adalah yang paling kiri sekali dan untuk sup pula selalunya di letakan di paling kanan sekali.

jika anda perhatikan ada sudu dan garfu kecil atas meja, ianya adalah untuk dessert.

Adakah anda tahu etika persiapan makan??

Berikut adalah etika/rules makan dengan dengan sopan..hehe

Rule 1

Bila makan di restoren exculisive, ketika memilih makanan dlm menu, lebih bijak anda bertnya mengenai makanan yg dicadangkan oleh pelayan jika anda kurang pasti dgn menu yg di berikan.

jgn sesekali memotong percakapan pelayan jika dia sedang menutarakan menu istimewa mereka. biarkan dia habis bercakap dahulu, baru mencelah. be a gentelman..

jika anda mempunyai alahan, beritahu pelayan supaya makanan lain boleh dicadangkan.

lebih gentelman jika anda membiarkan pasangan anda membuat pilihan

Rule 2

kain yang di letakkan di atas peha anda adalah untuk “menangkap makanan yang jatuh ketika anda makan. anda boleh gunakan kain ini untuk mengelap mulut anda jika comot.

jika anda ingin ke tandas, letak diatas kerusi dan tolak kerusi ke bawah meja. jka sudah habis makan, letakkan ia dia atas meja.

Rule 3

ketika makan tidak kira di mana, duduk tegak, jangan membongkok

selain dari anda kelihatan lebih menarik, ia mengurangkan kemungkinan anda untuk tersedak.

Rule 4

don’t ever-ever pegang sudu, garfu dan pisau seolah pendekar memegang keris.

bila bercakap, jangan pegang sudu dan menghayunkan untuk mengambarkan perasaan anda ketika itu. karang ada cebisan daging pada sudu or garfu terbang ke muka pasangan anda

Rule 5

ada sisa makanan tersangkut di celah gigi? jangan korek dikhalayak orang ramai. pergi lah ke tandas untuk membuangnya. jika desprate..tutup mulut anda ketika mencungkil sisa tersebut.

Rule 6

ini rule yang paling penting tetapi ramai org lupa dan mengabaikanya walaupun ia merupakan aspek paling penting.

Tutup mulut anda ketika mengunyah.

cuba untuk tidak bercakap ketika makanan masih didalam mulut walau sedikit.

ini akan mengelakkan makanan tersembur keluar dan mengelakkan anda tersedak yang seterusnya mengelakkan anda malu.

Rule 7

Meja makan adalah untuk makanan. elakkan dari meletakkan brangan lain atas meja. tidak kira gincu, dompet, hp

Rule 8

jgn sesekali meletakkan siku atas meja. tangan sepatutnya berada diriba, bukan di atas meja.

bagi perempuan, jika perlu touch-up mekap, lakukan di bilik air.

Info ini adalah tambahan daripada entry lepas di http://alkiram.net/salam/2008/08/16/cara-menyusun-tempat-duduk-dan-pemakaian-di-majlis-rasmi/

Rujukan http://myruz.blogspot.com/

Wednesday, October 21, 2009

Sambutan Hari Ibu: Antara Keharusan dan Larangan??

petikan risalah Masjid Negara
[ 9 MEI 2008 ]
http://www.masjidnegara.gov.my

Sebagaimana yang kita ketahui bersama bahawa sambutan
Hari Ibu merupakan satu sambutan yang disambut oleh seluruh
masyarakat dunia dan tidak terkecuali umat Islam di negara kita
Malaysia. Persoalannya, adakah sambutan ini yang tidak disandarkan
kepada mana-mana sunnah Rasulullah s.a.w dibolehkan di dalam
agama Islam ?
Di dalam menjawab persoalan ini, Dr. Yusuf al-Qardhawi
mengemukakan jawapan yang amat menarik sebagaimana termaktub
di dalam laman web http://www.islamonline.net. Antara lainnya
jawapan beliau berbunyi : “Apabila kita mengadakan sambutan hari
ibu yang dianjurkan oleh Barat, kita sebenarnya telah mengikuti
langkah-langkah mereka dengan membuta tuli dan sama sekali kita
tidak memikirkan kenapakah Barat menganjurkan sambutan Hari
Ibu. Sebenarnya ahli pemikir Barat mendapati bahawa anak-anak
remaja sudah tidak lagi memuliakan ibu mereka dengan sepatutnya,
maka mereka berusaha untuk mengadakan satu hari khusus bagi
mengajak masyarakat Barat khususnya memuliakan ibu dan hari itu
dinamakan sebagai Hari Ibu. Sedangkan bagi kita umat Islam sudah
diperintahkan untuk memuliakan ibu pada setiap ketika dan waktu.
Kita sentiasa mengucup tangan ibu, mematuhi permintaannya dan
sentiasa menziarahi ibu setiap masa sama ada ibu kita masih sihat atau
ketika ibu kita sakit, malah kepada ibu yang telah meninggal dunia
kita tidak lupa untuk menziarahi ke tanah perkuburan. Oleh yang
demikian, tidak ada satu keperluan yang mendesak untuk kita turut
mengadakan Hari Ibu.
Namun, apabila Barat melaungkan sambutan Hari Ibu, kita
juga turut terikut-ikut sedangkan suasana yang ada sebenarnya amat
berbeza. Mereka membiarkan ibu mereka terkontang-kanting di
rumah kebajikan dan bapa mereka pula hidup di tempat berasingan
tanpa sesiapa yang sudi datang menjenguk. Sedangkan di dalam
kehidupan kita, tidak berlakunya perkara demikian. Islam sebenarnya
telah memberikan satu tanggungjawab kepada umat Islam untuk
memuliakan ibunya. Ini termaktub di dalam hadis yang
memerintahkan dimuliakan ibu ke atas bapa sebanyak tiga kali
(ibumu, ibumu, ibumu kemudian bapamu).
Dan sekiranya kita merujuk kepada al-Quran sendiri
Islam sebenarnya telah memberikan satu tanggungjawab kepada umat
Islam untuk memuliakan ibunya. Ini termaktub di dalam hadis yang
memerintahkan dimuliakan ibu ke atas bapa sebanyak tiga kali
(ibumu, ibumu, ibumu kemudian bapamu).
Dan sekiranya kita merujuk kepada al-Quran sendiri, kita
akan mendapati al-Quran memberikan penekanan supaya
memuliakan kedua-dua ibubapa. Firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya” (Surah al-Ankabut, ayat 8).

Walaupun demikian, al-Quran juga hanya
menceritakan kepayahan yang ditempuhi oleh seorang ibu
dalam mengandungkan anaknya sebagai satu isyarat bahawa
ibu sepatutnya lebih ditaati dari seorang bapa. Firman Allah
swt yang bermaksud : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat
baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua
mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam
ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat
kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu
semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu
segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Luqman, 8)
Pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawi ini agak berbeza
dari pandangan Dr. Abdul Fattah ‘Asyur yang antara lainnya
menyatakan di dalam responnya : “Perayaan Hari Ibu tidak
boleh dikatakan salah satu hari raya bagi umat Islam. Namun
demikian, ia tetap dikira sebagai satu peluang untuk perlu
diambil untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu, di dalam
masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan anak ini pada
hari-hari yang lain.
Dan sekiranya dipilih satu hari untuk anak-anak
masing-masing memuliakan ibu mereka dengan cara
tersendiri, maka itu tidaklah dicegah oleh hukum syarak.
Bahkan kita mengadakan sambutan ini sebagai memenuhi
perintah Allah s.w.t.” [ SM ]