Recent Post

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Pasal Buasir


Salam uools, hari nie deqlis nak share pasal buasir laa pulak.... segmen kesihatan dah lama takde dalam blog nie...so bila nak masuk ramadhan nie, deqlis lebih banyakkan segmen kesihatan dan kesedaran/keagamaan laa yer... 

Pengetahuan pasal buasir nie penting tau... so siapa yg terberak kuar darah tu sila baca di bawah... jangan panik.....


BUASIR ADER 4 PERINGKAT

PERINGKAT 1- KELUAR DARAH MASE BUANG AIR BESAR
JADI MCM NI SEBAB NAJIS KITA KERAS SANGAT, PASTU MCM ADER JERAWAT KAT SALURAN BUANG AIR BESAR TU...
BILA NAJIS KITA BERGESEL DENGAN JERAWAT / LUKA, TU YANG JD KELUAR DARAH....

PERINGKAT 2- 
PERINGKAT NI.... MASIH DALAM KEADAAN BUASIR YANG TERKAWAL, KADANG2 TAK KELUAR DARAH, TAPI SALURAN TU YANG
TERKELUAR, TAK DE RASA SAKIT & SALURAN TU LEH TERMASUK DENGAN SENDIRIK

PERINGKAT 3-
DAH HAMPIR BAHAYA.... MAA BUANG AIR BESAR, SALURAN TU KELUAR, KITA RASA SAKIT KAT BAHAGIAN DUBUR, N 
SALURAN TU KADANG2 BOLEH MASUK SENDIRIK, KADANG2 KITA KENA TOLONG MASUKKAN BALIK DLM DUBUR...

PERINGKAT 4-
BAHAYA YA AMAT, INI PERINGKAT YANG SALURAN DAH KELUAR, PASTU DAH TAK LEH MASUK DENGAN SENDIRIK... SAKIT, N
MUNGKIN KITA AKAN RASA FOBIA NAK BUANG AIR BESAR...

KALAU KELUAR DARAH JERK, TU MASIH DI PERINGKAT 1, PERINGKAT 1 BOLEH UP KEPADA PERINGKAT 2 KALAU TAK DIJAGA,
KALAU DAH KENA PERINGKAT 2, MUNGKIN DIA BOLEH DOWN JD PERINGKAT 1 ATAU UP JD PERINGKAT 3
MACAM TU JUGAK DENGAN PERINGKAT 3, BOLEH DOWN JD PERINGKAT 2, N BOLEH UP JD PERINGKAT 4
TAPI, KALAU ANDA DAH BERADA DI PERINGKAT 4, JANGAN HARAP DIA NAK DOWN PERINGKAT 3...
DOKTER KATA .... DAH TAK DER PELUANG....


CARA UNTUK MENGELAKKAN DARAH TU ASIK KELUAR JERK

-KALAU OBES, KURANGKAN LA MKN, & JAGA DIET ANDA, AMEK BANYAK SERAT.
-JANGAN MKN PEDAS, PANTANG LA SEKEJAP....
-KENA BANYAK MINUM AIR...
-JANGAN MKN MKNN YANG BANYAK REMPAH PANTANG LA SIKIT...
-KURANGKAN MKN DAGING LEMBU, KAMBING ETC, AYAM MASIH OK...LAGI BAGUS AYAM KAMPUNG/ORGANIK...:-)


MAKANAN2x KESIHATAN YG DEQLIS CADANGKAN:

Minyak Kelapa Dara (utk melincirkan)
Herb-Lax Shaklee (utk merangsang proses buang air besar)
PHYTOFIBRE (utk menambah serat dlm tubuh)
Supermaxx5+1/Leanmaxx Dr. Azimuth (utk diet)
Habbatus Sauda

Friday, June 24, 2011

Musim Denggi


Salam semua..dan selamat hari Jumaat... moga sihat2x ya... deqlis alhamdulillah sihat...

Sekarang nie musim denggi kembali kan? macam mana tempat uools?? kawasan rumah deqlis nie bukan sahaja setiap petang ada fogging, sejak minggu lepas Jabatan Kesihatan datang buang fogging pada waktu pagi. Ini semua gara-gara kes denggi yang meningkat di kawasan rumah deqlis. Deqlis pun pelik, dah bertahun duduk di sini, dulu2x open air jerkk (leh bukak tingkap laa ..kira tak payah tutup pun tingkap tue) tapi sekarang boleh katakan bukak tingkap masa2x tertentu jer...kadang2x pernah tak mau bukak tingkap langsung sebab dikhuatiri nyamuk merempit masuk rumah deqlis... sejak ada fogging nie alhamdulillah takde laa nyamuk masuk... 

Kalau dalam rumah memang deqlis dah pastikan takde air bertakung dan lubang saliran air pun deqlis memang bubuh ubat jentik2x...dalam mangkuk jamban yang jarang digunakan (bilik air dua) jadi deqlis memang taburkan sedikit ubat jentik-jentik. al-maklumlah nyamuk nie bukan memilih tempat...sapu jer semua tempat ada air kan??

Kes denggi meningkat sampai kan racun pembunuh jentik2x pun di supply secara percuma gituw...cuma masa nie deqlis tak pergi amik.... takperlaa ubat jentik2x deqlis beli sendiri pun banyak lagi tak abis..hehehe... kalau kebetulan lalu hari tue, leh laa jugak amik...buat stok banyak2x hehe.. hapuskan kau nyamuk!! haa..haa..:)


Jadi uools hati2x ya..kalu demam cepat2x check doktor atau minum air kelapa + gula batu + air  limau nipis/kasturi... insyaallah leh baik demam.. deqlis demam+ selselma last week pun sebenar fobia kena denggi nie..alhamdulillah demam biasa... 

kalau demam denggi nie, memang boleh bawa maut... jadi cepat2xlah berjumpa doktor k, klu demam tue...lepas 3 hari tak baik, cepat2x g jumpa doktor...

tips dari deqlis utk mengenal demam denggi atau tak:-

biasanya demam denggi nie 
Kita demam dulu/sakit tekak dulu baru selsema

kalau demam biasa2x
Kita selsema dulu then baru demam dan sakit tekak + batuk sebagainya..

nie deqlis rasa ikut pengalaman deqlis yg pernah kena denggi 3 kali masuk spital iaitu 2 kali masuk spital dan sekali tak masuk..
ni hanya panduan jer..tak tau laa fakta nie betui atau tidak, cubalah uools tanya pendapat pakar..

nie tips mmg dari pengalaman deqlis jer..tak tau laa tindakbalas badan kita sama atau tak..tapi ini yg deqlis rasa...

kalau tak sama jangan maree aaa:-)


Bercakap pasal Demam Denggi nie, semalam my mum call, dia beritahu deqlis, hb cousin deqlis dah dimasukkan ke hospital kerana Demam Denggi. Deqlis doakan moga cepat sembuh, insyaAllah this coming weekend deqlis n hb pergi melawat dia di Hospital Klang. Doakan hb cousin deqlis nie segera sembuh yer...thanks uools.


Saturday, May 7, 2011

Terapi Dengan Tidur & Selamat Hari Ibu

Salam semua...salam pagi Sabtu.... uools sihat tak? harap2x laa yer...sihat2x belaka...deqlis 2-4 hari lepas mmg tak berapa sihat, deqlis sakit gigi....aduhai...jadi mmg tgk pc macam nak tumbang...jadik tak leh wat entri baru pun melainkan paste2x jer...nak berkarya nak taip2x idea tu mmg tak dapat lah....

Pagi Sabtu nie alhamdulillah sihat sikit...kurang laa rasa pening kepala tue... sebenarny abanyak entri yg tertinggal...hari tue deqlis dah tengok THOR... wah memang best laa citer tue... nak tunggu review deqlis..tunggu naa..kena time rajin sikit hehe.... Jadi bila deqlis sakit gigi tu deqlis banyak tidur... jadi deqlis terfikir laa yang ...... Tidur itu satu terapi. Menurut deqlis laa.. berdasarkan

Kalau  stress pergi tidur.
Kalau letih pergi tidur.
Kalau  mengantuk pergi tidur.
Kalau marah ku pergi tidur juga
Kalau lapar?? haha.. ku terjaga dari tidur:-) hehe...tetapi pernah juga dulu2x zaman ikat perut..
Kalau lapar pergi tidur....

tidur satu terapi bagi diri ini..

Bagaimana dengan uools?

Tapi hari nie deqlis tak banyak tidur...rasa lega sikit...minggu nie deqlis nak balik rumah mak di Sungai Buloh...al-maklumlah dah lama tak balik..... lagipun esok kebetulan hari Ibu kan??

Selamat Hari Ibu buat semua Ibu2x di Malaysia...!:-)

p/s; pic semua sumber goggle:-)


Friday, April 15, 2011

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2011-2014- Siri Tinjauan 2011

Salam semua, semalam ada yang ting tong rumah... Sib baik tak termengaku Bibik Indon lagik..haha... bila tengok betui2x...tgk cam org keje betui2x...pakaian pun pakaian seragam Kementerian Kesihatan. oohhh...jadi memang sah laa bukan salesman..hehe... deqlis bukak pintu terus dia kasik risalah macam kat bawah nie... OOOOoooo.... nak check kesihatan rupanya... haa dalam hati bagus jugak..diorang sendiri datang ke rumah, kita tak yah p hospital berasak-asak dan beratur panjang..hehe.. 

Jadi sesi temuramah dan pemeriksaan akan di lakukan pada minggu hadapan. Masa selepas jam 5 petang. menurut risalah di bawah tinjauan kesihatan ini bertujuan mendapatkan maklumat terkini status kesihatan dan faktor risiko bagi penyakit tidak berjangkit yang berdasarkan bukti dalam perancangan dan pembangunan kesihatan di Malaysia. Oh bagus laa tue... al-maklumlah area sini byk yg kena denggi, patut laa check kesihatan.... deqlis mmg fobia bab2x demam denggi nie... 


Haa.. bila difahamkan beliau,  kiranya deqlis menjadi responden laa niehh... insyaAllah Pembantu Penyelidik KKM akan datang untuk temuramah dan isi borang soal-selidik selain pemeriksaan kesihatan seperti berat dan tinggi ( alamak ni sah2x kena diet sikit kang ter obes pulak keh keh keh ), ukur tekanan darah, paras gula dan kolesterol.. fuh harap2x sihat walafiat laa deqlis n en hb.....dan dijauhkan dari virus2x kuman H1N1 atau sewaktu dengannya...Amin..

Bila deqlis goggle berkaitan perkara nie, ada keluar berita di BERNAMA...meh deqlis tepek petikan dari Berita Ini


so lega laa jugak, at least bukan orang menyamar ke apa nak masuk rumah kita kan..?

p/s:  rumah uools ada tak yang kena ???

Thursday, March 24, 2011

Senduduk Herba Kecergasan


Salam uools.tengahari  nie deqlis nak cerita tentang Senduduk… hhhh…awaiiiitt p duduk pulak??? Bukan deqlis suh duduk…(eh uools mmg tgh duduk aper??) hehe...nie nak citer pasai herba atau pokok Senduduk nie… pernah dengar ?? pernah tak lihat pokok senduduk nie?? Memang susah nak jumpa atau nak Nampak pokok senduduk nie… klu pokok pucuk ubi pun susah nak jumpa (haha..duk bandar lah katakana…hehe) mmg susah laa nak Nampak kan?? Pokok Senduduk ni boleh didapati di kawasan semak. Ianya renek jer dan boleh mencapai ketinggian 3 meter. Ia berbunga warna ungu gelap dan rasanya da jugak yang berwarna putih namun jarang sangat lah boleh dijumpai…

Daunnya memang boleh dijadikan ubat. Secara tradisional, daun senduduk digunakan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya buat ibu selepas bersalin. Caranya dengan mencampurkan air mandian dengan daun senduduk, daun pandan, serai, dan limau purut. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Ada tak antara uools yang pernah cuba?? Mah kongsi pengalaman sikit..

Selain untuk kecergasan, daun senduduk juga mampu untuk mengubati luka dalaman. Caranya daunnya ditumbuk dan dicampurkan dengan segelas air. Tapis lalu diminum. Sangat baik untuk wanita selepas bersalin dan mereka yang mengalami cirit-birit dan buasir. Bagi yang mengalami luka-luka kecil, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian luka tersebut. Uools leh laa cuba…dan tengoklah kesannya… 

ENTRI AUTOPUBLISH 


Saturday, January 8, 2011

Iklan Nuffnang Benefiber

 Salam, selamat pagi....ingat tak uools dengan iklan Nuffnang Benefiber nie? deqlis ada laa isi form untuk dapatkan trial pack tempohari....haa sengajalah buat..so memang terbuktilah dapat. Sebenarnya dah 3-4hari lepas dah dapat.... mungkin lebih lama, sebab deqlis bari check peti surat..hehe.. al-maklumlah belian online biasanya sampai ke pintu rumah...jika sampai di post box agak lambat deqlis pergi check nyerr.. hahaha... Jadi bila buka sampul putih, dapatlah replika Benefiber macam kat atas nie..... 
Bila di buka, dapatlah 2 sachet benefiber... haa.. teruja nak cuba...masih dalam simpanan. belum rasa lagi.
Benefiber nie makanan tambahan atau makanan kesihatan, menurutnya campurkan 1 sudu benefiber ke dalam apa2x masakan atau minuman kecuali jangan minuman berkarbonat sahaja. Air panas atau sejuk juga dibenarkan. Jika dibaca dengan teliti lagi, Benefiber juga tidak mencemarkan rasa makanan atau minuman setelah kita menambahkannya dalam makanan atau minuaman. Haa... deqlis dapat 2 sachet , tapi belum mencubanya lagi.. ingat hari ini deqlis nak mencuba...! Apakah benar apa yang di kata?

Jadi, silalah tunggu keputusannya ya!...

Selamat Pagi Sabtu!. Ceriakan pagi anda...berjogging atau berjalan pagi dengan senyuman !^__^



Tuesday, January 4, 2011

Selsema menyerangku

Salam semua, dari malam tadi deqlis selsemalah... sok seh sok sehhhh laa dari malam tadi... tisu dah separuh kotak habis...huk huk huk...+ kain towel sehelai.... ohh nasib baik nie blog..uools meh datang baca ,,,tak kena virus punyerr...hehehe... tp jagn dekat2x sangat kang selsema deqlis tak mengenal blog tak blog...kang berjangkit juge..hehehe...agagaga... jgn mareeee aaaa...^__^.

Semalam telah panadol soluble jer2 bijik..tak berkesan lagi... biasa deqlis minum teh peria + madu..entah macam mana lupa pulak petua tue... jap g nak minum... aduhai... susah tui nak menaip2x nie klu asik2x meleleh..hahaha ... okaylah... selamat pagi semua... (baru nak cakap..miahahaha) ngehhhh...

Setahu deqlis petua penyakit selsema yang dialami membuatkan kite kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna. (done)

Search2x internet...jumpa nie...

petua kot.. ingat nak try..tp celah bedah mana nak cari pokok sireh nie...lainlah kat rumah mu mum...memang ada... sob sob sob..
nie petuanya..

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.
pokok sirih
Pokok sirih - www.pnm.my
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.
3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.
4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.
Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.
1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.
gambar kunyit hidup

Kunyit hidup - Wikipedia


2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.
3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

haa..deqlis amik dari internet jugak..tadi goggle..hehe..timaceh beri petua..


Okaylah kawan2x semua, doa2kan cepat baik dari selsema nie...Amin...^-^

p/s: jom join MY 1st GA

Wednesday, December 15, 2010

Borak Pak Nil

Siapa yang tak kenai Pak Nil bukan? atau dikenali juga dengan nama Aznil Hj, Nawawi?
Deqlis sebenarnya ada membaca Borak Pak Nil di MyMetro yang bertajuk Serasi bersama Shira 

Pak Nil bercerita tentang Ijoy, suami Sharifah Shahirah (Shira) yang diserang demam denggi dan menyebabkan Ijoy terpaksa dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian rapi. Menurut Shira pula, Ijoy mungkin terkena gigitan aedes ketika bermain golf. Ayat Pak Nil "Jika benar, rupa-rupanya nyamuk ini pun turut mengendap di padang permainan orang kaya!"..hehe.. nyamuk tuepun sekaki main golf laa tue... abihhh dah lapo..makanan terdekat dia siapa lagi kan??ihik..

Menurut Pak Nil lagi. dalam dia bercerita mengenai demam denggi, tiba-tiba Sasha Saidin, bekas anggota kumpulan Elite, juga mengaku diserang demam denggi ketika berusia 17 tahun. Kata Sasha, keadaannya begitu kritikal hinggakan ahli keluarga dipanggil untuk berkumpul dan membacakan Yasin. Rupa-rupanya Sasha terlewat ke hospital dan ketika itu kemungkinan buah pinggangnya juga dijangkiti virus.

Wah!! Sebenarnya ramai juga artis yang masuk hospital sebab demam denggi ya. Bila bercerita pasal denggi ni deqlis terpanggil lah nak buat satu entri sebab pengalaman sendiri kena denggi ini 3 kali .. seperti yang deqlis pernah cerita di entri2x sebelum ini.. 1st kena okay lagi...deqlis tak masuk spital..cuma kena pergi jumpa doktor di klinik Reddy ikut jadual.. hari2x kena pergi cucuk uwa uwa... ingat lagi masa tu pergi dengan mak naik bas jer... 

2nd time masa kerja kat astro laa... agaknya balik kerja ikut pintu belakang Astro melalui TPM tue agaknya byk nyamuk kot... dah kena denggi kali kedua... haa dari sibuk2x ya amat kerja tue (takde cuti walau sabtu ahad) akhirnya dek kerana denggi 2 minggu deqlis cuti... masuk spital...haha.. 

3rd time rasanya dalam thn nie.. mmg musim denggi..nyamuk mmg byk.. ada dalam entri sebelum ni yg deqlis demam lama tak hilang2x tue.. lepas tu ada bintik2x tue...cuma deqlis dh ada pengalaman dekat hospital semasa kena deggi kali kedua, maka oleh kerana itu deqlis nekad tak mo pergi hospital...cuba kaedah rawatan tradisonal/perubatan Islam.. haa ingat2x... masa tu musim raya laa.. waduh! tak sanggup nak masuk wad masa raya..ngehhh.. 

Alhamdulillah dengan cara tersebut demam pun kebah. Senang ati ku....lega sebab tak kena masuk spital..
Oleh kerana pengalaman deqlis yang kedua kenna demam denggi nie.. mmg denggi tiada ubat..
apa yang doktor buat
* tiap2 hari amik darah ..ada tu lebih 2 kali sehari. adehhh
* kena minum 100 Plus botol 1.5liter tu at least 2 botol sehari... (sampai naik jemu laa nak tokok ait tue)
* itu ajer...

woo boring ooo... duk spital mcm tue..:-( 



Wednesday, November 24, 2010

MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia.




MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia.

NATIONAL Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Buah Pala juga dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi.



tingin laa pulak nak makan buah pala...
online ada jual tak???

Wednesday, November 10, 2010

KETUAT MERBAHAYA KER?


Hari tu dah bukak pasal ketuat kan?? so malam nie deqlis nk sambung sikit... tahun lepas ada deqlis terbaca, adanya ketuat tu memberi tanda yg kita ada penyakit2 tertentu/penyakit dalaman/tanda2 awal ada penyakit tertentu yang mungkin kita tak tahu... dari situ deqlis nie curious laa jugak pasal ketuat...  risau jugak kot2 ketuat2 sebelum2 nie yg deqlis alami beri tanda2 penyakit lain ker... so bila dicari gali dan membaca artikel-artikel tentang ketuat ni rupa-rupanya ketuat nie ada banyak jenis...


Ada yang akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh beberapa minggu manakala ada yang kekal selama bertahun-tahun ataupun hilang dan muncul kembali

Kutil dan ketuat mungkin bukan suatu masalah jika jumlah bintilnya wujud secara tunggal, sedikit dan tidak terasa sakit atau gatal.

Jika bernasib baik atau dalam erti kata lain sistem imunisasi tubuh dapat merencat pertumbuhannya, ia akan lenyap tanpa disedari.

Namun, ia bukan lagi satu perkara main-main jika kutil atau ketuat itu mengalami perubahan secara fizikal hingga membuatkan kulit kemerah-merahan, membengkak ataupun bintil-bintil kasar itu semakin merebak dan menyebabkan rasa gatal.

Biasanya ketuat ni merupakan penyakit yang selalu masyarakat mengambil sikap remeh apabila mereka dijangkitinya. Sebenarnya, ketuat ialah satu jangkitan virus iaitu Human Papiloma (HPV). Ketuat terjadi pada organ terbesar kita iaitu kulit. Tempat yang ramai dijangkiti oleh virus ini seperti tangan(jari), didalam mulut, kawasan dubur, kaki dan alat kelamin. virus ini akan menyebabkan sel menjadi rancak bermitosis dan membetuk ketulan seperti kanser.

Adakah Ketua Berbahaya?

Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna kita boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala...tp deqlis mmg peliklah sebab mmg deqlis takpernah share2 towel nie... dan ada juga org lain kata, jangkitan ketuat nie sebab siang ayam...darah ayam tu yg mungkin menyebabkan tumbuhnya ketuat... sejauhmana kebenarannya deqlis tak dapat info lanjut lagi.

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika  mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula...(mungkin jugak..sebab dulu2 dok korek2 konon nk bg kuar itu ketuat lahhh hehe)

Jenis-jenis Ketuat

Ketuat Biasa (common warts) merupakan sejenis ketuat yang membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit. Ia boleh wujud di mana-mana bahagian badan tetapi kerap terjadi di bahagian tangan.

Ketuat Kaki (plantar warts) selalunya muncul di bawah tapak kaki. Ia boleh terjadi dalam bentuk yang berbeza-beza di merata-rata badan kerana berat badan akan menolak ketuat kaki ini ke dalam badan. Tekanan ini akhirnya akan menimbulkan kesakitan terutama apabila beban tersebut meningkat (seperti semasa berdiri atau berjalan).

Ketuat Filifom (filiform warts) membentuk unjuran panjang seperti jari yang terjadi di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.

Ketuat Periungual (periungual warts) berlaku di kalangan kebanyakan penggigit kuku dan pencabut kutikel (kulit pada pangkal kuku jari). Ia muncul di bawah dan sekeliling kuku.

Ketuat Kelamin (genital warts) adalah lembut, lembap, tidak sakit. Ia merupakan ketumbuhan kulit yang berwarna merah jambu atau keperangan, tumbuh di atas kemaluan lelaki, bibir faraj, kawasan dubur dan kadangkala ia muncul di pangkal rahim (saluran berbentuk leher antara uterus dan faraj). Gejala yang mungkin timbul termasuklah pendarahan semasa pergerakan usus atau sakit ketika membuang air kecil. Ketuat boleh tumbuh secara sebji-sebiji atau berkelompok. Kadangkala kelompok ketuat terjadi di sekeliling sebiji ketuat besar.

Berjumpalah doktor sekiranya... 
  • Terdapat perubahan rupa bentuk ketumbuhan - saiznya bertambah besar dan bertukar warna. 
  • Berlaku pendarahan. 
  • Gatal-gatal. 
  • Berlakunya jangkitan 
  • Ketuat kaki terasa sangat sakit. 
  • Terjadinya ketuat kelamin. 
  • Ketuat terjadi di muka.
Sharing Is Caring

Tuesday, November 9, 2010

Kisah Tampar Nyamuk Lagi























...hai kali nie nyamuk dok merayap kat area lappy nie... tetiba rasa gatal tang lengan...sekali deqlis pandang....
oooo cik nyammmmukkkk rupernyerrr.... sekali pangggg!..

kena....terus ketepek kat tepi mouse nie... haa tu nampak dakkk?? sempat laa snap coz kebetulan kamera ada tepi lappy nie...

Berjaya gak deqlis tampar nyamuk ngan sekali tampaqqq....
Ishhh mmg musim2 hujan nie nyamuk leh naik kat rumah diawangan mcm rumah deqlis nie yer... selalu jarang laa nyamuk nak naik... lainlah rumah tingkat 1...  tetapi dah musim kot...nyamuk2 nie pun pandai pilih dah kot... kat rumah bawah agaknya dah full book itu yg naik sampai ke atas nie...(hehe nyamuk pun cam booking hotel gak erkk??)

cakap pasal nyamul nie...deqlis mmg seriauuuuu! dan fobia sikittt... sebabnya klu ikutkan deqlis ni dah 2 kali pernah kena demam denggi... sekali masa sekolah2 dulu, sekali lagi masa kerja dulu. Dan juga baru2 nie deqlis rasa mmg deqlis kena denggi juga tetapi sebab time raya takmo masuk spital deqlis guna cara tradisonal jer ...alhamdulillah kebah... salah satu sebab klu kena denggi ni (2 kali pengalaman masuk wad) dah laa lama dekat 2 minggu kat hospital, hari2 doktor amik darah, dan hari2 kena minum 100plus botol besar tu 2-3 botol sehari... ubat mmg tiada...ubatnya adalah minum 100plus tue jer... borink kan?? sebab tu baru2 nie klu terasa macam demam baik demam baik pastu ada bintik2 merah tue kuar...(selalu mmg senggi gini) deqlis tak mau laa g spital... borink duk spital..melainkan klu dah lemah sangat2 tu lain citer... deqlis amalkan minum air kelapa muda + gula batu + perahan limau nipis. alhamdulillah sembuh. Amalan minuman ini juga sesuai untuk ubati sakit semam biasa dan juga demam H1N1.

So hati2 lah dengan nyamuk nie, deqlis pun tgh nak wat operasi nak cari kot2 ada air bertakung...walaupun mmg takde deqlis pasu bunga yg ada air ke kat rumah nie... tetapi kena check juga mana2 tempat kot2 ada jentik2 nie... sebab nyamuk cam byk semacam....

Monday, November 8, 2010

Ketuat Oh Ketuat

Pernah tak mengalami masalah ketuat? atau ketuat nyer masih degil lagi? tak mau hilang2?
hilang kat sini, tumbuh kat situ, dah hampir hilang, tetiba ada balik? eeiii geram betui kan?
deqlis pun pernah alami masalah yg sama, bertahun-tahun jugak si ketuat ni dok bertapak kat telapak tangan...yg sedihnya hilang kat tapak tangan ..tup tup jadik pulak kat ibu jari kanan, hilang kat ibu jari kanan tumbuh pulak dekat jari telunjuk kiri...adehhh bila nk hilang nie?

macam2 petua laa deqlis cuba ikut dan mcm2 ubat farmasi dah cuba..tetapi kejap ada kejap takde oops
silap..kejap hilang kejap tumbuh...adehh..

ketuat nie apa??
Bermula dengan bintil halus atau tompok kecil bertekstur kasar di permukaan kulit. Ada mcm2 jenis ketuat juga.. tp ketuat yg deqlis nk cerita ni ketuat biasa tumbuh kat telapak tangan/jari tangan.. selalu tumbuh single...dan mungkin yg lebih teruk ada yg sampai berair-air dan tumbuh ngan byk nyerr..

selalunya kewujudannya tidak disedari. Kalau kelihatan pun, mungkin juga ia segera dilupakan kerana disangka tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan...tetapi deqlis ni mmg jenis rimas klu ada mende2 tetiba tumbuh kat tempat yg tak sepatutnya nie...jadi deqlis usahakan jugak nk hilangkan ketuat yg tumbuh..so
p farmasi beli ubat... tak ingat ubat nama apa, tp tak jalan jugak,,, itulah jap hilang, kang tumbuh kawasan2 lain pulak... sadis..

pastu cuba mcm2 petua pulak... 
petua ni mcm2 ada... petua yg deqlis dpt antaranya tumbuk bawang putih hingga lumat dan bubuh di atas ketuat... cara nie mmg nampak laa ketuat tue kecut dan pedih laa sikit.. pedih lagi jika bawang putih tu terkena kawasan2 yg tiada kaitan dengan ketuat...sampai merah2 laa dibuatnya... tak tahan so deqlis tak buat cara nie..huhu

lepas tu ada yag cakap buh tahi minyak yg tengah2 panas tu, buh kat atas ketuat.. ok gak cara nie cuma leceh laa pulak..pastu bau tahi minyak ikan tu tak beshhh..hehe

hmm selepas itu, deqlis g farmasi lagi.. dan akhirnya di syorkan beli nie

alhamdulliah dah hilang... tetapi mmg payah yer kawan2... sebenarnya ketuat nie mmg susah nak di lupuskan... bila guna Duofilm nie (sejenis asid) mmg ketut tu hilang dan jatuh.. tetapi akarnya masih ada di dalam. jadi kita kena terus bubuh di bhg yg terkena ketuat. sebab tok wan n tok nek ketuat nie maybe dok ada lagi... dan jangan terkejut, 1-2 minggu terasa macam ada biji kecik kat area ketuat yg tanggal tadi...so teruskan bubuh asid nie.. jgn biarkan ia membesar...kerana ia akan membesar sebagai ketuat...
dan jika terasa di jari2 lain macam ada bintil kecil (mcm mana nk cakap erk? ala jika tang jari kita tu kan licin jer, tetiba klu rasa cam ada kesat/macam bintil kecil ala2 jerawat nak tumbuh tu cepat2 buh asid nie)...  bubuh kerap ...sekerap yg boleh.. dan biarkan di jari anda. janganlah lepas bubuh anda p cuci tangan atau buat mende2 lain yg boleh menyebabkan asid tu tertanggal atau hilang... klu boleh lepas bubuh tu tangan tu jangan wat mende2 lain..duk jer rilek..hihi

InsyaAllah ketuat akan hilang. Alhamdulillah selepas menggunakan Duofilm ni dah takde langsung masalah ketuat dah... dah lama nak share cuma hari ni baru berkesempatan... tadi baru sempat cari balik botol Duofilm nie... masih ada baki lagi... lama dah ia terperap dalam almari... sebenarnya masalah ketuat deqlis ni dah lama sangat dah dulu2..sebelum kahwin lagi... masa kahwin pun ada ketuat tu kat telapak tangan..(isshh maluss tul ).sabor jer laa..masa tu cuba juga macam2 cara, tp tak mau jugak hilang...degil tul ketuat nie... mak deqlis cakap p cari cuka getah...celah bedah mana pulak nak cari cuka getah kan?? jadi selepas kahwin, deqlis mmg terus usahakan utk menghapuskan ketuat. Alhamdulillah tahun hujung tahun 2008 masalah ketuat tu dh dapat di atasi... lega la..

KETUAT PETANDA PENYAKIT? sejauh mana kebenarannya? 
ok nantikan n3 sambungan nya ya..

P/S: siapa yg pernah kena ketuat jugak? sila angkat kaki..:-)

Thursday, November 4, 2010

Saat2 badanku Naik dan Kenapa nak TURUNkan berat badan??

Salam semua,

Cerita hari nie?? haa cerita pasal saat2 badan deqlis naik...(gemuk laa dlm erti kata lain...alahai malusss lak nk menyebutttt ekekekek)

Saat yg paling naik berat badan ku adalah pada Dec 2009.. Ya Allah naik nye dah cam belon bagiku...nak gerak dan wat apa2 kerja pun rasa malas..yer rasa malas jer...mmg rasa malas..... rasa berat jer badan dan tambah menyedihkan lagi nak pakai baju pun dah mula banyak yang tak muat... dulu saiz M jer..nie nk kena pakai L atau XL pulak huhu...sedihnya... so masa dan saat itu, aku try lah diet....diet kurangkan makan shj... sebulan lebih gak cuba...hmmm ada yang sadis lagi...susah laa nk turun..klu check jarum penimbang itu...rasa nak hempuk2 jer penimbang...hahaha.... kenapa???? hmm sebb dah kurangkan makan bagai....tp still nk turun 1kg pun letihhhhhhhh  waduhhh frusttt...dalam hati ku berkata " hai nampak macam susah  nyerr nak kurus balik" macam mana laa nak buat???? sedih2x... sampailah kenduri adikku pada 25 Dec 2009... masa nie badan memang naik 66kg... biasa ku antara 52-55kg sahaja tau...huhu

Kenapa nak kurus??
1. nak jaga kesihatan
2. bila badan naik rasa mcm tak sehat jer...bila bdn sihat wat keje pun lebih rajin
3. secara tak langsung nampak lebih cantik (hmm cantik ke?? hehe.. cantik lah gak erkk?? ngeh ngeh  ngeh)
4. tak nak membazir baju2 yg ada..
5. nak maintain gak mcm hb...(hb jenis yg jaga pemakanan no extra salt, co extra sugar, no MSG)
6. rasa lebih konfiden
7. mudah cari saiz baju...bersepah saiz M nie kan? hehe
8. tak nak orang kata " eh dah berisi ker?" lain macam jer ku rasa nie..huhu..(klu berisi ngan betui2 ada ISI nya alhamdulillah.... tak ku tolak... ini berisi ke arah lain huhuhu..)
8. yg paling penting hb deqlis kata " agama kita amat menggalakkan umatnya menjaga kesihatan" jadi ikut laa ajaran agama... haa... pastu deqlis belek2 buku yg deqlis beli nie mmg ada satu hadis yg related dgn kenyataan itu..

"MINTALAH KEAMPUNAN DAN KESIHATAN KEPADA ALLAH SWT. TIDAK ADA SESUATU PUN YANG LEBIH BAIK DIBERIKAN KEPADA MANUSIA. SETELAH YAKIN (KEPADA ALLAH SWT.) SELAIN KESIHATAN YANG MEMBANTUNYA MELAKSANAKAN URUSAN-URUSAN AGAMA DAN DUNIA." - HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM

jadi jaga badan kurus supaya apa?
sihat?

tetapi jgn nak kurus sampai????
sampai tak sihat masuk spital lak sebab tak makan?

so nak diet pun jgn seksa diri..dietlah dgn betui dan jgn terlalu berharap bila diet sehari dua badan nak turun 10 kg...sebaiknya turun berperingkat dan jgn stres2 utk turunkan berat anda..


Oleh yg demikan lah..nk disampaikan kat sini...nak diet tu supaya badan tak naik, supaya badan sihat adalah kerana Allah, lebih baik dari niat semata-mata atau setakat nk cantik jer semata-mata... bila kurus nie ..penyakit kurang/susah nak datang berbanding dengan kajian yg menunjukkan golongan obes nie lebih cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit...sekadar menyampaikan...

Jadi diet laa untuk kesihatan demi membantu kita melaksanakan kewajipan kepadaNya dan melaksanakan segala urusan dunia..

sbg contoh urusanNya:
mudah solat tak lah rasa berat,malas, cepat penat,
klu sihat boleh pergi berperang fisabilillah
siap boleh  mudah nak puasa tak lah cepat lapar ..
dapat mengerjakan haji dengan tenaga yg ada...yg sihat..klu dah sakit tentu la susah sikit nk menunaikan haji


sbg contoh urusan dunia
mudah bangun tido
dapat uruskan family dengan baik, dapat bekerja dengan baik,
dpt bekerja dengan ceria
dpt g jln2, shopping etc

bak kata ini " Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara" haa.. jadi berdiet lah hingga capai berat badan ideal dah mencukupi...jangan lah sampai anorexia pula...  hihi

Anorexia.. kredit to pak goggle




nak tgk Gambar masa badan naik??

Hmm memang tak suka amik gambo pun masa badan dah naik/berisi...tgk pun dah tak syok...macam tak percaya adakah itu diriku??? klu snap pun terus delete balik...kecuali laa gambo2 kenangan masa kenduri adikku bertunang, akad nikah dan kenduri kahwin adik deqlis......

Nie nak tepek laa.... jgn kutuk haa.. kang hang lappie/pc uolls..ngeh ngeh ngeh..

taaa raaaaaaaaaaaaaaa...!!


nie masa adik bertunang awal tahun 2009 tak silap.. gemuk saiz pun ..dah mcm mak ndak dah...!
 nie masa kenduri... tgk lengan..adehh... masa nie ramai lak sedare mare yg ingat deqlis "berisi" hmm klu isi tui2 takper laa jugak berisi tu kan??? ini...???? uwa uwa uwa.....
 sedondon ngan hb....ehh nak masukk jugak..eceh eceh eceh... walaupun......eceh...  "sampin x pakai lagi yer bang!!" ngeh ngeh ngeh
 haa Cu sikit lagi...nampak dakkk?? berisi time nie...huhuhu... tp time nie sebab dah alang badan tgh naik gitu..deqlis belasah makan byk2..hehehe.. rugi ooo nasi kenduri sedap gillos..nak tau catering apa?? contact me k...eh sempat promote lagi tuh..hehe..  lepas kenduri ni lah deqlis cuba diet n diet...tp susahnya nk turun ..klu turun 1kg naik balik 2kg hehehe.. atte??camner nak turun nie??
nie ngan adik ipar deqlis ... di saat bahagia dia....salin baju mcm2 tema hehe dan sssi fotoshoot... deqlis pun nyebok laa jugak hehe... enterframe walaupun ______________.......(faham jerlah ayat yer apa yer..)



So bila jarum penimbang makin ke kanan, makin ke kanan..makin ke kanan.....
check jee asik ke kanan... so deqlis pun pk2 mesti do something lah sebelum naik ke 70kg ha ha ha  ohhhh tidakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! ngan kerendahan aku ni...pasti nampak kegemukan ku terserlah...dan takut pulak nanti byk penyakit datang...

sebab nampak gaya macam nak naik 67kg..68kg...69kg. terus ke angka 70kg...
oh no no no...!

Akhirnya deqlis cuba 2 jenis produk , yg pertama beli trial pack brand A RM50 jer...yang kedua beli 2 kotak produk brand B (jenis botol2 kecik)... RMXXX.XX mahalnya.. walaupun nampak penurunan 4kg namun nk continue terus tu macam musykil sikit... sebb mahal sgt laa bg ku yg tak mampu nie..huhu...klu boleh nk cari produk yang kualiti sama ngan produk B tetapi lebih murah... dan efisyen... dan akhirnya ku bertemu dengan produk yg amat ku sayang sampai ke hari ini iaitu Supermaxx5+1 dan chocolight..

So deqlis pun dah slim balik....eceh... alaa cecah laa 55kg tu..okay lah kan..selim laa tue..ala2 slim river hehehe.... walaupun gatal2 kengkonon buh target 48kg eceh2x... so bila dah capai 55kg nie, deqlis diet makan nasi ..semua makan dah...cuma beringat kalori nyer shj... jgn kasi dah naik...turun takpe...tp jgn sampai sekeping udah lerr..hehe..

Terima Kasih pada Dr Ramli kerana mencipta satu formula khas utk diet yang sihat, selamat dan semulajadi...badan pun tak mudah naik macam sebelum ini.. maintain jer... klu naik pun sikit..pastu diet blik turun as normal balik..taklah terlajak sampai 66kg lagi ..ngeh ngeh ngeh..


dalam 2-3 bulan jer makan sm5 nie dengan seriusnyer..

alhamdulillah... dah turunlaa..dan klu leh terus kan niat nk slim..supaya deqlis sendiri tak alpa dengan memakan makanan yang menaikkan berat badan,... nak makan boleh TAPI beringattttttttt! Yezza!!!..Amalkan hidup sihat dan ceria...mencari kesihatan yang baik itu bermula dengan menjaga pemakanan yang baik untuk diri kita dan keluarga... kurangkan garam, gula dan fast food..

Pada yang sedang dan hendak berdiet dengan Supermaxx5+1 dan Choco light ni deqlis doakan semoga berjaya ya... jangan cepat give up dan usaha perlu di teruskan ...!

Selamat berjaya!



Photobucket

Thursday, February 4, 2010

Makanan Berzat Bentuk Umat Pintar

Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal lagi bersih. Halal sumber dan bersih ain serta zat sesuatu makanan itu memberi kesan yang mendalam kepada umat Islam terhadap tubuh badan, jiwa, emosi, dan akal. Antara kesan yang paling ketara ialah kejernihan akal fikiran yang mampu mengungkap dan menyelesaikan permasalahan umat dan dunia.
Otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan mereka mendapati kita menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar. Hasilnya, jiwa menjadi lemah dan pesimis, akal menjadi lembab dan kuasa fikiran menurun serta gangguan emosi.
Walau bagaimanapun keadaan ini berbeza kepada bangsa Yahudi. Mereka memiliki tahap kepintaran melebihi umat Islam. Sejak dahulu bangsa Yahudi mendepani dan menguasai pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains, seni, dan yang paling ketara bidang perniagaan. Hampir 70 peratus perniagaan di dunia di kuasai oleh mereka dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, dan sebagainya.

Persoalan besar timbul di sini ialah bagaimanakah bangsa Yahudi boleh mencapai tahap kepintaran sebegitu?. Menurut kajian sarjana barat, bangsa Yahudi telah mendidik anak-anak mereka sejak dari dalam perut sehingga ke peringkat universiti. Apa yang menarik ialah kesungguhan mereka menjaga pemakanan ke arah meningkatkan daya fikir yang tajam. Walau bagaimanapun, Islam telah lebih dahulu memperkatakan kepentingan makanan untuk fikiran manusia.
Allah SWT telah menganugerahkan kita pelbagai sumber makanan yang berkhasiat dan berzat. Ada makanan yang memberi kesan cepat terhadap kecergasan otak dan ada makanan yang lambat atau tidak memberi sebarang kesan sedikit pun. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal lagi bersih seimbang, berzat, dan berjadual.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kita memakan makanan yang baik. Menurut Ibnu Kathir dalam kitab Tafsir al-Qur’an al-A’zim, makanan yang baik ialah sesuatu yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal. Pakar pemakanan telah mengenalpasti bahawa bagi membantu akal sihat, kita hendaklah memakan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, air, mineral, dan vitamin seperti A, B, C, D, E dan K.
Makan dan minum adalah antara ibadah yang penting dalam Islam kerana ia dapat membina akhlak terpuji dan membangunkan akal insan soleh. Dalam hal ini, Allah SWT telah memberi panduan pemakanan kepada umat Islam berlandaskan konsep ‘memberi kemudahan, menjaga nyawa, jaminan kesihatan tubuh badan dan akal’. Pengambilan makanan yang tidak diberkati dan tidak berzat mendatangkan kesan buruk pada akal serta mudah terlibat dalam gejala sosial seperti amalan rasuah, pecah amanah, perjudian, penipuan, pengkhianatan, dan sebagainya.
Manakala pemakanan dari sumber rezeki yang halal, baik dan berzat adalah lebih disukai serta dirahmati oleh Allah SWT. Ini kerana hati kita menjadi bersih dan akal kita menjadi bijak serta memudahkan pekerjaan kita. Sebagai bukti kesyukuran kita kepada Allah SWT terhadap nikmat makanan, maka kita wajib memilih makanan yang disarankan dalam Islam.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Ahmad, Nasai’e, dan Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Mafhumnya: “Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bejana atau bekas yang lebih jahat (hina) melainkan memenuhkan perutnya. Sekiranya ia (makan) memadai dengan suapan yang kecil yang mampu mendirikan (menguatkan) tulang sulbinya (tulang belakangnya). Sekiranya dia dikuasai oleh nafsunya, maka hendaklah diisi perutnya dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga minuman, dan sepertiga nafasnya.”
Sekiranya umat Islam kembali kepada gaya pemakanan dan adab-adab makan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka zat makanan tadi menyumbang kepada ibadah, menyihatkan badan, dan memberi kepintaran kepada akal. Antara adab dan gaya pemakanan tersebut adalah sepertiga dengan makanan, sepertiga dengan air, dan sepertiga lagi untuk bernafas.
Dibimbangi jika kita tidak menjaga adab-adab ini, akan menyukarkan kita bernafas, lemah daya fikir, dan mendatangkan mudarat pada diri. Menurut pandangan pakar perubatan Arab, Harith bin Kalwah bahawa berpantang dan berjaga-jaga dalam pemakanan adalah ibu segala ubat, dan banyak makan itu ibu segala penyakit.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:
Mafhumnya: “Orang mukmin makan dengan satu perut manakala orang kafir dengan tujuh perut.”
Hadith ini menjelaskan bahawa orang mukmin makan mengikut adab syarak iaitu sepinggan yang sederhana, tidak seperti orang kafir yang makan sehingga tujuh pinggan mengikut selera nafsu. Apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW itu adalah menuntut kita agar bersederhana dan menjauhkan diri daripada penyakit zahir dan batin seperti sifat tamak, mementingkan diri sendiri, dan sebagainya.
Marilah sama-sama kita memperhatikan pemakanan kita ke arah yang halal, berkat lagi berzat mengikut saranan Islam agar akal kita sentiasa sihat melalui langkah berikut:
  1. Wajib memelihara kesihatan akal dan hati supaya dapat menunaikan tugas dengan baik dan sempurna;
  2. Memelihara kesihatan perut dengan baik dan tidak diisi mengikut nafsu;
  3. Hendaklah berjaga-jaga dengan makanan yang diambil; dan
  4. Umat Islam dituntut bersederhana dalam semua perkara.
Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 31:
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

3 KESALAHAN DIET

**articke ni sy amik dr sebuah laman web.So tq kepada penulisnye..harap dapat menjadi manfaat bersama*

3 KESALAHAN DIET

Diet, sesiapa sahaja yang berdiet tentunya mempunyai tujuan yang sama iaitu menurunkan berat badan, bukan?
Pun begitu, akibat pemahaman yang salah tentang diet, tubuh yang berisi bukannya semakin kurus, sebaliknya menjadi lebih besar dan gebu.
Jadi, penting untuk kamu mengetahui sama ada diet kamu lakukan itu betul atau salah.Jom semak tiga fakta berikut...

SALAH

Jangan makan sebelum bersenam.
Tanpa makanan sebagai pembekal tenaga, tubuh akan mengambil tenaga daripada gula yang terkandung di dalam jaringan otot.Ini akan menyebabkan kamu berasa cepat letih dan penat.

BENAR

Makanan yang kaya protein dan karbohidrat sangat penting sebelum memulakan senaman.Jika tidak sempat, cukup sekadar mengambil sebiji pisang.

SALAH

Tidak makan selepas bersenam.
Tubuh memerlukan protein untuk menegangkan jaringan otot dan membaiki metabolisme tubuh.Oleh itu, kamu perlu makan selepas bersenam untuk menggantikan tenaga yang terbuang ketika bersenam tadi.

BENAR

Ganti makanan berprotein dengan puti telur atau dada ayam bakar.Jangan lupa senaraikan sekali makanan yang mengandungi karbohidrat, buah-buahan dan juga serat.

SALAH

Gemarkan makanan yang sihat
Walaupun kamu gemarkan makanan yang sihat, namun jika makan dalam jumlah yang banyak, ia tetap membuatkan tubuh kamu mengembang dan mengembang.

BENAR

Atur jumlah makanan yang diambil.Pastikan makanan yang diambil dalam jumlah yang sedikit.


FAKTA: Salah satu program diet yang boleh kamu cuba adalah lakukan diet hijau dengan menggantikan makanan yang biasa kamu makan dengan makanan berdaun hijau.Ini tentunya akan menyihatkan tubuhmu kerana sayuran hijau selain kaya dengan serat, ia juga baik untuk diet harianmu...

SELAMAT MENCUBA !!

Friday, January 29, 2010

INFO KALORI


INFO KALORI MAKANAN SEHARIAN
 Kategori:Kuih Muih:-
 Kasui Berkelapa Parut (sekeping) = 160 kalori
 Kuih Lapis (sekeping) = 130 kalori
 Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
 Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
 Popia goreng (satu) = 130 kalori
 Popia basah (satu) = 95 kalori
 Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
 Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
 Karipap (sebiji) = 130 kalori
 Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
 Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
 Kategori: Lauk Pauk :-
 Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
 Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
 Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
 Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
 Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
 Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
 Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
 Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
 Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
 Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
 Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
 Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
 Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
 Kategori: Makanan Rutin
 Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
 Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
 Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
 Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
 Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
 Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
 Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
 Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
 Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
 Roti putih (2 keping) = 156 kalori
 Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
 Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
 Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
 Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
 Kategori: Makanan Segera
 Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
 Nugget ayam (satu) = 60 kalori
 Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
 Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
 Burger keju (satu) = 425 kalori
 Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
 Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
 Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
 Kategori: Buah-buahan
 Tembikai (sepotong) = 20 kalori
 Betik (sepotong) = 45 kalori
 Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
 Durian (5 ulas) = 64 kalori
 Limau (sebiji) = 42 kalori
 Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
 Nenas (sepotong) = 59 kalori
 Epal (sebiji) = 63 kalori
 Ciku (sebiji) = 44 kalori
 Mangga (sebiji) = 103 kalori
 Kategori Minuman
 Minuman Berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
 Minuman Kotak 250g = 105 kal
 Susu Tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
 Susu Tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
 Aiskrim 2 skop = 390 kal
 Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
 Yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
 Mentega 2 sudu teh = 75 kal
 Keju chedar 1 keping = 58 kal
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 1tbsp minyak apa jenis pun = 120 kalories
 1 tbsp butter = 100 calories
 1tbsp santan low fat = 9- 15 calories
 1tbsp santan biasa = 30-50 calories
 1/2 cup sayur = 20-30 calories
 1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal = 100 calories
 1 keping roti = less 100 calories
 1 potato n banana = less 100 calories
 100g Seafood = 100 calories
 100g Fish = 120-150 calories
 100g Chicken = 130-150 calories
 100g Red meat = 150 calories
Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal):
 Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur)
 Fried rice (with egg, chicken and vegetable)
Tinggi/High (401 -600 kcal):
 Mi bandung/Bandung noodles
 Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung
Mi kari/Curry Mee :
 Nasi dagang/Nasi dagang
 Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
 Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only
 Nasi minyak/Oily rice
Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)
 Nasi lemak/Nasi lemak
 Mi sup/Mee soup
 Roti telur/Roti telur
 Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau
 Roti canai/Roti canal
 Capati/Capati
 Mi hoon goreng/Fried mee hoon
 Mi goreng/Fried mee
 Nasi ayam/Chicken rice
 Rawadosai/Rawadosai
 Putu bambu/Putu bamboo
 Dosai/Dosai

Rendah / Low (0- 100 kcal)
 Idlii/lddly
 Putu mayam/Putu mayam
OTHER TRADITIONAL KUIH
Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)
 Mysore pak/Mysore pak
 Laddu/Laddu
 Papadom/Papadom
Tinggi / High (151 - 300 kcal)
 Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
 Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
 Lepat pisang/Lepat pisang Cokodok pisang/Cokodok pisang
 Kuih kasturi/Kuih kasturi
 Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu
Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
 Kuih sagu/Kuih sagu
 Pisang goreng/Pisang goreng
 Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
 Popia/Popia
 Puding jagung/Puding jagung
 Kuih kacang/Kuih kacang
 Putu kacang/Putu kacang
 Cucur badak/Cucur badak
 Emping/Emping
Rendah / Low (0-50 kcal)
 Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu
 Kuih telur labah/Kuih telur labah
 Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu
 Kuih bangkit/Kuih bangkit
TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)
SangatTinggi / Very high (>300 kcal)
 Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)
Tinggi / High (151-300 kcal)
 Tepung bungkus/Tepung bungkus
 Bidaran/Bidaran
 Kuih bom/Kuih bom
 Kuih sri muka/Kuih sri muka
 Bingka tepung beras/Bingka tepung beras
 Pulut panggang/Pulut panggang
 Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice
 Kuih kasui/Kuih kasui
 Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice
Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
 Tapai pulut/Tapai pulut
 Kuih lapis/Kuih lapis
 Kuih lompang/Kuih lompang
 Rempeyek/Rempeyek
 Kuih bakul/Kuih bakul
 Dodol/Dodol
 Wajik/Wajik
Rendah / Low (0 - 50 kcal)
 Kuih karas/Kuih karas
 Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
 Kuih buah rotan/Kuih buah rotan

TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)
Tinggi / High (151 - 300 kcal)
 Yau-car-kue/Yau-car-kue
 Kuih apam balik/Kuih apam balik
 Donat/Dougtinut
 Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
 Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
 Kuih pau ayam/Chicken dumpling
 Kesari/Kesari
 Kuih apam gula hangus/Kuih apam gula hangus
Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
 Halwa/Halwa
 Cucur udang/Cucur udang
 Kuih ketayap/Kuih ketayap
 Karipap/Curry puff
 Kuih keria/Kuih keria
 Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
 Kuih apam/Kuih apam
Rendah / Low (0 - 50 kcal)
 Karipap mini/Mini curry puff
 Baulu cermai/Baulu cermai
 Kuih tat nenas/Pineapple tart
 Kuih bawang/Kuih bawang
 Kuih kapit/Kuih kapit
*****************************************************************************************
KANDUNGAN KALORI MAKANAN DI RESTORAN
 Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
 Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
 Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
 Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
 Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
 Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
 Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
 Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
 Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
 Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
 Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
 Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
 Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
 Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
 Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
 Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
 Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
 Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
 Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
 Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
 Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
 Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
 Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
 Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
 Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
 Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
 Sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
 Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
 Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
 Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
 Pasembur - 1 plate - 752 kalori
 Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
 Teh tarik - 1 glass - 83 calori


* Gambar sekadar hiasan

Wednesday, January 27, 2010

HIGOAT ..minuman susu terbaik kedua selepas susu ibu.....

Haa.... nk habaq mai kat semua... daku  menjadi agen untuk susu kambing HIGOAT juga...

alhamdulillah setelah di amalkan oleh ayah ku, gatal2 pada kakinya telah hilang..

selain ayah ku mengamalkan minum Teh Peria untuk mengawal kencing manis dan gout..

rasanya Teh Peria dan Higoat adalah good combination utk supplemant ayah ku..


So, walau pada mula daku malas dah nak register ahli HR nie walau di beritahu ileh Pak Lang ku suatu ketika dahulu sebabnya memang daku tak suka minum susu...(sebab tu minum teh peria..hehe)..tp setelah ayah ku membeli susu HIGOAT ini dan sesuai dengannya, maka terpanggil rasanya menjadi agen..sekurang-kurangnya untuk ayahku... jika ada sesiapa nk aku jual juga.. so mana yang boleh mendatang kan rezeki...aku buat jer.... alhamdulillah mudah2an ayah dan customer2 ku akan bertambah sihat dan ceria...

sesuai juga untuk menambah tenaga...bagi yang berpuasa dan untuk mengerjakan haji dan umrah..sesuailah mengamalkan minum susu HIGOAT sebab ia TAK BAU KAMBING...MUDAH DI BAWA sebab dalam peket2 kecik..yg penting diperakui susu kedua terbaik selepas susu IBU..

so apa lagi..jaga kesihatan..meh minum HIGOAT.. daku pun nk minum juga try campur ngan MILO..

Keterangan Lanjut: http://ellismelia.wetpaint.com/page/SUSU+HIGOAT  
atau di Forum WMC http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=26733

ok  jumpe lagi.

Wednesday, January 6, 2010

Penyakit Gout

Penyakit Gout
di petik dari : http://www.budiey.com/penyakit-gout/

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29.. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapnya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

Thursday, November 26, 2009

Char Kuew Teow VS CIKA

Hmm nak bercerita lagi... lah boring dah ker baca tulisan merapu raban daku nie??hehe...

ala nie nak citer pasal Char Kuew Teow..selalu lah jugak daku wat... tp selalu jarang sekali bubuh kerang sebab daku tak berapa minat kerang nie..cuma bubuh udang jerk...
tp dalam last week teringin pulak nk letak kerang ada laa beli seringgit.. pastu guna pun separuh jer...

masa siang kerang tue daku jumpe banyak betui CIKA.. klu makan nie sure sakit perut tahap GABAN laaa...aduhai nasib baik masak sendiri..klu makan beli punya lum tentu diorang check satu persatu kat kerang nie ada Cika ke idakk... Mak ku selalu pesan Bahaya nya klu termakan Cika..setahu ku dalam makanan ada 3 tempat yg Cika nie ada.. di dalam kerang, buah nangka dan satu lagi memang daku tak tahu lah pulak..kena tanya balik kat mereka2 yg lebih berpengalaman....

Nie laa rupa Cika dalam kerang yang daku perisikan...
Photobucket
nie masa letak atas bahu dapur..

Photobucket
nie letak atas penutup bekas makanan

nampak??? isshh...semua nie dalam kerang tue tau..so berhati2 makan kerang...nanti sakit perut siapa yang susah????

nie laa pulak bentuk Char KUEW TIOW ku yg sudah siap di masak..kali nie wat kuah lebih sikit dan kurang telur sebab nak diet kurangkan kolesterol...dan memang niat hati ku nk makan berkuah2 sikit kali nie..

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Itulah dia...demi menjaga kesihatan, memang daku jarang sekali order char Kuew Tiow Kerang nie di kedai...memang tak pernah mintak pun... lagipun makan kerang nie kata orang tambah darah... jadi untuk ku yg dah cukup darah nie tak sesuai laa yaa..
Photobucket
hehe... jangan sedut darah ku udah plak (PERINGATAN PADA NYAMUK AEDES, CHIKUKUNYA, DAN SEWAKTU DENGANNYA) hehe..macam nyamuk pandai baca blog erkk..hehe.. dah merapu lalut sakan dah daku nie..baik lah daku lo dulu..walau bagaimanapun terima kasih lah sebab sudi membaca blog ku yg tak seberapa nie...


Adios,

DEQLIS

Wednesday, October 21, 2009

Amalkan 5M dalam diet

Petikan dari Laman web rasmi Hospital Seri Manjung:

Apakah 5M?
5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.

5M merupakan singkatan bagi:
Mengurangkan gula
Mengurangkan garam
Mengurangkan minyak
Melebihkan buah-buahan
Melebihkan sayur-sayuran

Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?

Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.

Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?

Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.

Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.

Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.

Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?

Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.

Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?

Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.

Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.

Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.


Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?

Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.

Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.


Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?

Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.

Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.

Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.