Recent Post

Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Gubah Bunga

As Salam uols... pagi...

Wah! hari nie mesti ramai yg masih bercuti panjang, Deqlis cuti weekend shj, esok me dah masuk opis kembali....kerja opis perlu di settle kan satu persatu. Walaupun AF 2013 telah tamat, kerja-kerja memproses payment masih berjalan. Begitu juga dengan Masterchef All-Stars, walaupun recording finalis top 2 telah dibuat, namun kerja kerja lain masih belum selesai.....

Di rumah pula, Deqlis gubah bunga guna pasu hadiah yang Deqlis dapat tempohari... beli bunga di Festival City... pertama kali Deqlis jejaki kaki di sana...selalu lalu tgk dari dalam kereta shj...tak pernah singgah...:-) kebetulan Deqlis meneman kawan ke sana pada hari Jumaat, 27hb lepas, Deqlis pun rembatlah beli bunga kat Kaison....

Tadaaa..... inilah hasilnya..., kenang-kenangan 1st time ke Festival City dan trade in pasu Lovely Lace tu jadi hiasan bunga... gubah simple n nice je:-) kasi tambah bunga hiasan kat rumah me...hehe... mood hias menghias dh dtg:-)

Semalam me ke Rembau dan Melaka...apa ceritanya? Nanti me sambung next entry ya:-)

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday: Makan Kangkung

 ................inilah dia...haiwan peliharaaan terbaru Sabrina & mak deqlis... arnab yg comel!...geramnya deqlis tengok dia begitu asyik menikmati hidangan kangkung..................siapa suka arnab angkat keyboard! hehe.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday: Kebun Sayur + Kebun Bunga...








salam semua, busy skettt...so gambo jer laa yer,,hehe.. byk kisah nak citer, dengan kes Suhaila+Jimmy, Kes Pembunuhan dan rompakan Feri...kesiankan?? pepun..thanks sudi singgah..:-)

Thursday, April 14, 2011

Baby Boy Berenang...

Jom layan tengok baby boy nie berenang...
baby lagik dah pandai berenang..patut laa dah besar menyelam lautan dalam macam pro jerkk..




deqlis klu ada baby macam nak kasi berenang...tetapi mak kena champion dulu laa ekekeke..kena masuk kelas balik nie... last belajar floating n kuak lentang jer...  uools mesti pandai berenang kan??? ajar laa deqlis..huhu..

alangkah baiknya jika ada kelas utk baby dan mak nyer sekali macam kat bawah nie...
..meh kita usha
http://worldwideswimschool.com

kat malaysia ada tak school macam nie?? kot2x laa jika dah jadi mak, deqlis nk berkuak kupu2x ngan baby dalam pool hehehe...:-))

Saturday, January 29, 2011

Indahnya Matematik




Subhanallah!!.. memang indahnya matematik...siapa yang tak suka maths?? haha.. deqlis suka bermain dengan nombor... hingga nama pun deqlis ada dalam nombor tau... dulu2x suka sangat tekan calculator.... cuba amik calculator tekan 51773 dan terbalikkan calculator tue?? apa uools nampak??hehe.. sebab dik suka bermain dengan nombor...jadi apa sahaja berkaitan nombor deqlis suka...haa nombor ekor tak masuk ya..hihi... sama laa macam i tak suka sup ekor...hehe... 

Jom layan... deqlis pernah baca tentang nie dulu2x... tetiba terjumpa semua... jadi deqlis tepek sini...


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%






deqlis saja2x wat kat nama sendiri lak
ELLISMELIA
5+12+12+9+19+13+5+12+9+1=97%

 dapatlah 97% ...

so kena tambah ATTITUDE baru leh dapat 197% dan jika tambah lagi SAYANG ALLAH leh dapat 298%...tambah lagi word lain...up lagi laa markah??ngeehhh..ngehhh...

perasan tak jika nama shj tak mampu nak cecah 100%...maksudnya dalam hidup nie kita kena ada ikhtiar, usaha, tawakal dsb untuk berjaya dan bahagia...  (hmm tetiba kuar formula hidup dan maths deqlis lak hehe..sesaje je tau..ngan mare tau) -(nk dpt kumpul Nuff pun kena ada + + + dan formula2x gak kan?? kena tye otai2x laa kan?? dan mcm2x laa lagi serba serbi benda yg kita nak tahu dan pelajari...)
ibaratkan untuk mencapai sesuatu ..tak kiralah pencapaian apa2x pun... kena ada + + + + kan?? insyaAllah diusahakan agar kehidupan kita2x di dunia dan akhirat, mudah-mudahan semuanya berada dalam gred A++...Amin.

itulah keindahan matematik dalam kehidupan:-)








Tuesday, January 25, 2011

Koleksi Setem

Salam, dan selamat petang semua, terima kasih ya sebab sudi bertandang ke rumah deqlis nie..hehe... blog walking sampai lebam ya..miahahaha... Pada petang ini, deqlis nak cuci-cuci mata uolls dengan koleksi setem deqlis... banyak kenangan disebalik setem-setem yang deqlis kumpul. Ada setem bertukar-tukar dengan sahabat handai, anda yang memori daun pisang ..opps..bukan memori berutus-surat dengan pen-pal zaman kecik2x dulu, ada akak angkat yang kasi, ada abang angkat yang kasi dan macam-macam suka duka setem dengan deqlis..

Petang-petang meh kite cuci mata skit... sempat snap sikit2 jer.. jika uools pun penggemar setem boleh laa nak bertukar-tukar setem dengan deqlis... emailkan butir diri dan setem yang uools nak tukar tu ke ellismelia@yahoo.com ya... 

Layan...












Friday, December 17, 2010

Hobi Blog Walking

Salam....tadi bercerit pasal Hobi Kumpul Setem...hmm ramai x angkat mouse kan.?.. kali ni sembang2x hobi blog walking pulak....hahh ramai senyum2x sampai sengihhh kan?? keh keh keh.. sekarang nie pun uolls juga sedang menjalankan xtvt hobi blog walking .... nie bw sampai ke blog deqlis nie..hihi.. tocei2x ..terima kasih, thank u, arigato gozaimas... hehhh..

Hobi Blog Walking... biasanya apakah jejak/kesan yang anda tinggalkan semasa blog walking?

ada yang
"Salam"
"singgah sini"
"singgah malam"
"bw"
"salam kenai"
"nice blog"
"singgah"
"jenjalan"

wah! macam2x kan?? hihi...

haa... uolls nak taip apa?? ^___^

Hobi Kumpul Setem

Haa... siapa masih teruskan hobi nie?? angkat mouse!! heheh.. dah lama kan tak dengar Hobi Kumpul Setem. Masa deqlis kecik2x dulu, memang popular hobi nie, sana-sini orang dok menjinjing buku setem. Klu jumpa tunjuk koleksi setem masing-masing. Lepas tukar2x setem. Sekarang?? utus surat pun tidak.... hmm bayang setem memang laa tak nampak... memang susah lah nak dapat setem, melainkan beli koleksi setem kenangan di pejabat pos.. itu pun siapa cepat dia dapat..klu tak habis..! Deqlis masih simpan koleksi-koleksi setem. Buku setem ada 3 buah yang terdiri daripada pelbagai saiz... teringat dulu2x pasal setem pun leh gado oooo.. al-maklumlah klu kawan yg tukar setem ngan kite tu kasi setem tipu.. maksudnya bukan setem betui..tp setem palsu...hihi.. pergi mengaji pun muncung jer muka tengok kawan tu... ngehhh..

Lagi satu dulu2x klu siapa2x tye nak hadiah apa.. misalnya akak angkat ke, abang angkat ke, kawan2 ke, sepupu2x ker...deqlis cakap..haa kasi setem pun dah terloncat-loncat dah suka... teringat lagi anak jiran yang belajar di Australia.. siap tye Lis nak apa? hmm deqlis kata nak setem Australia banyak2x dan buah strawberi..ngehh.. sakan laa dpt setem tu masa tue...suka sangat2x..  satu lagi ada seorang kakak angkat yang tiap2x minggu dia poskan pelbagai setem dari dalam dan luar negara, rasanya dia bekerja di sebuah syarikat yang bayk berurusan surat-menyurat, maka memanglah dia banyak dapat setem... Jadik bertambah lah koleksi setem deqlis.... syiokkkkk sesangat...hihi... mmg hobi nie menjadi kegilaan laa semua rakan2x seangkatan... pergi mengaji pun leh bawak buku setem kah kah kah.... isshh yerlaa mana ada budak2x kecik sebaya deqlis zaman tue sibuk berinternet kan?? sekarang nie, budak sekolah rendah pun dah berinternet... ada blog, FB bagai... zaman dah berubah kan?? mcm2x ada.. dulu setem jerrrr....hehhh..

Walaubagaimanapun, deqlis tetap suka tengok setem2x nie, melambangkan identiti sesebuah negara di samping menceritakan sesuatu yang berlaku pada zaman itu. Pelbagai bentuk setem yang unik juga menjadi daya tarikan.. ada bentuk empat segi, bentuk tiga segi, oktagon dll. 

P/S: Jika ada setem2x unik yang uolls nak buang tue, sila serahkan kepada pusat pengumpulan nya di Bukit Jalil...ngehhh ngehhh ngehhh...


Friday, November 5, 2010

Lagu P.Ramlee tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Salam semua..selamat malam...wah! maghrib dah masuk awal yer sekarang...  ingat baru nak berblog.. sempat laa posting satu n3 nie.. buat sahabat2 blogger semua moga sihat2 dan terima kasih kerana sudi komen dan jadi sahabat2 yg best2 ngan deqlis.. 
Kali nie nak share tentang CD lagu Allahyarham TanSri P.Ramlee yang menjadi koleksi deqlis..

Deqlis memang meminati lagu, filem dan drama A.T.S.P.Ramlee ini.. memang masa kecik2 dulu dah pasang niat nanti dah besar nak beli semua koleksi lagu2 beliau... eceh..

Semasa deqlis kerja dulu...wat rancangan FFM, kat astro nie mmg kat arkib, tp kat arkib pun takde semua koleksi lagu A.T.S.P.Ramlee nie..sedangkan tema tahun tu mmg tentang A.T.S.P.Ramlee. Dan deqlis kena sediakan lagu2 yang diperlukan untuk rancangan FFM tersebut . (kena ikut skrip laa kan..?) adehhh... so mula lah misi jln p shopping complex cari CD...heheh.. sambil2 tu jenjalan cuci mata hehe..

 deqlis di arahkan oleh penerbit untuk pergi mencari CD lagu nie...lepas tu kena lak burn pulak lagu2 yg terpilih dlm skrip untuk berikan kepada Ramli MS untuk beliau compose lagu nie nanti di malam FFM tue nanti... so jenuh jugak g byk tempat tetapi tak jumpa koleksi lagu2 A.T.S.P.Ramlee nie.. ada jumpa lagu A, lagu D lak takde... jadi deqlis teruskan pencarian mencari dekat Amcorp Mall. alhamdulliah jumpa CD nie...complete ada 4 CD dalam satu album.. perrghh lega...!

Klu ikut kan beli CD Album ni memang sebab kerja... (bos dah suruh beli claim laa nanti)..
tp deqlis ni mcm sayang pulak kat CD nie...jadik deqlis tak claim..terus deqlis simpan wat koleksi peribadi...mmg deqlis nk simpan pun koleksi lagu2
A.T.S.P.Ramlee nie...  lagu kelakar2 pun best dengar... lagu sedih n lagu cinta2 pun deqlis layan... Kadang2 klu dah boring bukak radio lagu sama jer kuar.. so nak ubah selera deqlis layan laa lagu2 A.T.S.P.Ramlee nie..

Ingat tak dalam filem Seniman Bujang Lapok alah yg " walau rupamu tidak ku kenal...tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku...." hehehe... ada lagu masa P.Ramlee n Saloma nyanyi bawah pokok tu deqlis suka.. dulu2 feeling2 sampai terguling2 tau dengar...(ala zaman muda remaja dulu...hehe..sekarang?? muda lagi perr??keh keh keh)..

oklah... yg penting Lagu2 P.RAMLEE nie tak lekang dek panas, tak lapuk di hujan...


Photobucket


Saturday, July 3, 2010

11th Friendship Anniversary - Menonton Lagenda Budak Setan


7 JUN 1999
HARI BERSEJARAH antara diriku dengan suami tercinta... kali pertama bertemu... 11 tahun yang lalu..

7 JUN 2010
HARI BERSEJARAH jua, kerana kami sama2 menonton wayang FILEM MELAYU dan berbayar (bukan tiket FREE k). Oleh kerana diri ini yang mengajak suamiku menonton Filem LBS ini pastinya diriku yang belanja tengok wayang... Mula2 risau jua...risau filem ni akan menghampakan aku dan suami pabila menontonnya... dalam hati ku janganlah sampai aku dan hb nak keluar panggung awal... walaupun sampai agak lewat, macam biasa cerita LBS belum di tayangkan lagi...jadi sempatlah kami menonton dari awal..
TAHNIAH untuk produksi kerana menyajikan sebuah filem yang berkualiti (ini pandangan ku seorang yang pernah menjadi org di belakang tabir) jadi setiap plot dan view filem ini sungguh mengagumkan .. bak kata ku dan kawan2 dulu ( ini bukan kerja org malas)... hihi faham2 sendiri lah yer..
walaupun ada yang mengatakan baca novel lebih best dari menonton, terbalik pulak dari diri aku ni, dulu zaman sekolah2 pernah dah membaca novel LBS ni, tp aku tak baca habis pun (pelikkan klu ikutkan novel2 lain sampai tak tido malam pun sanggup ku baca hingga habis walau tebal nya mak aiii beratus2 m/s..hmm dulu kat sekolah pemenang Pembaca Buku Terbaik dan Pengulas Buku Terbaik nie..ceh ceh ceh)... tp entah kenapa aku tak minat meneruskan pembacaaan LBS tu dulu... agaknya sebab TERLALU SETAN nya perangai KASHA... aduhh sampai tak larat nk baca...  Tp bila menonton filem, mungkin tak terlalu lama scene setan Kasha tu, daku lebih suka..hehe...

oklah nk cerita apa yang menarik perhatian ku terhadap cerita ini
1. Suka lakonan Lisa Suriani walaupun daku mmg tak minat Que Haidar..
2. View yg menarik, penuh dgn elemen fotografi
byk guna teknik bokeh foreground, bokeh background, view atas bukit, penggunaan wide lens...mmg sedap mataku memandang...dan tahniah sebbku tahu betapa leceh dan sukarnya nak dapatkan view2 menarik .. teringat view Kasha naik sampan tiba di tepi pantai tu.. mmg menarik..

3. Farid Kamil guna camera canon lama...canon 400D...perrghh mana ada lagi dah camera tu sekrg kan?? so proud of it...congrats to prop man/yg berusaha mendapatkan camera nie..
4.lagu2 dia best2 dan lagu berkualiti...now dah jadi lagu latar blog daku hehe...
5. Jalan cerita yang memang dah kuat..dan menarik
6. Suka juga lakonan Fazura.

itulah antara yang best tentang LBS... tidak seperti filem2 lain..selau visualize kurengggg atau mmg K.O lah...tp yg ini mmg best..

PSSTTT....
hmm cuma takleh terima laa rupa ayu yg baru (lepas buat plastik surgery tu) huhu nk wajah ayu yg asal balik..huhu..

sedih gak tgk citer nie... part ayu kena kahwin dgn Q ..berkaca gak mata ku ini...(hmm tetap menci ngan Q lagi2 ngan tindakan ganas dia pada ayu) geram betuii....

part kelakar walau pun sebenarnya sedih adalah part muka ayu di bungkus tu hihi...aku jadi gelak pulak kat dalam panggung...terus sampai ke akhir citer..aku gelakkan Q yg dah jd cam mamat tak betui...

hmm daku still tak leh menangis sampai habis berkotak2 tisu laa... hanya berkaca di mata... tp ada gak nampak org kat sit depan ku yg pegang tisu hehe..

walaupun tak sampai pegang tisu/nangis tragis mcm tgk citer hindustan Mann, deqlis tetap suka citer nie dan beri kredit pada citer nie.... jk di beri peluang tgk sekali lagi...confirm nk g tgk lagi..!

tahniah buat krew2 dan semua pelakon...

so mmg berbaloi lah daku belanja hubby tgk wayang citer nie

dgn erti kata lain, sib baik lah daku tak kuar panggung.....zassssssssssssssssssssssssss...
kat bawah nie bukti tiket wayang kami.. yg penting tarikh tue..ceh ceh ceh




Photobucket

Saturday, May 1, 2010

MCFA INTERNATIONAL CAT SHOW 2010 @ SUNWAY PYRAMID

Ahad lepas...kami ke shah alam mencari aerial hubby...pastu teringat ku nk jumpa Lynne di PTPTL... lama tak jumpe..best friends nie,..but long time no see... makin cantik sekarang...! Orang Sarawak..nice gurl.... nk berkenalan bg tau erkk.. hihi.. single lagi...

selepas tu pusing2 laa cari kat mana nk cari aerial tue... macam tak jumpe pulak kedai yang sesuai...

last2 daku kasi idea kat hb ..jom singgah Sunway Pyramid... leh tengok kat Ace Hardware..mana tau style old2 fashion aerial yg pak pacak tue ada jual...

so alhamdulillah memang ada.. one last stock available...

lepas tu kami jalan2 laa...

jumpa laa ngan Malaysia Cats Fancier Association (MCFA) Cat Show nie.. daku memang peminat kucing...alahai comey3x...geram betui... walau di tulis ada past jer boleh masuk...daku selamba ker masuk hehe... tgk takde org tegur pun OK LA KAN??hehe..siaplah ajak hb lagi terjah... ehh dakkk ehh .kami datang elok2 tgk kucing2 yang comel...

cantik2 kucing yang masuk bertanding nie... aku je takde pelihara kucing nie.... dulu2 ada laa masa kecik2 hehe.... sekarang takde laa nak bela kucing nie... rumah awang2an macam daku nie payah nak bela2 kucing nie..... minat n suka kucing tu tetap laa ada.... lagi2 kucing2 ku lihat ada laa seakan2 kucing yang pernah aku bela dulu.... nie kucing comel.... walau bukan kucing parsi ker apa kan...kucing ni pun pernah menang award tau... tu kat belakang tu award dia.... cayalah... penat kot kucing nie......





daku & hb jalan2 lah melihat kucing nie
seronok tengok....
gerammmmm nyer.

tengok kucing nie ...cantiknya struktur bulu2 dia...macam rimau belang...
comelnyerr...

nie pun comey.... jenis kucing parsi kot?? hehe..rasanya laa tengok bulu kucing nie panjang2....muka dia pun cam kemek sikit hehe...

kucing ni macam lapo jer...yerlahh seharian tak makan.... penganjur tidak benarkan makan...takut kucing berak2...susah nanti klu dah ber BAU..hah hah hah....
sendiri mau ingattt laa...
itu laa..yg daku tak tahan tue...klu bela nie seronok...tp bab bau nie alahai...pengsann....


nie pun comey
badan belang2...
teringat daku masa kecik2 satu lagu kucing...


emak yang ajar...rasa lagu tue turun temurun dari arwah kakak, abang ,daku , adik dan sekarang adik angkat tue...semua tau nyanyi lagu nie...


LIRIK LAGU SAYA ADA KUCING

Saya ada kucing
ekornya panjang
Bulu warna oren
cantik berbelang
bila saya panggil
dia pun datang
tersangat manjanya
sayapun sayang

Saya beri makan,
Nasi campur ikan,
dia minum susu,
riang selalu.


Jaga waktu malam,
tido waktu siang,
Bulu putih hitam
sayapun sayang......







sempatlah daku buka pintu sangkar kucing nie...belai2 dia...hai geram3x...


hehe..







jalan2 cuci mata tengok kucing2 nie.
tak silap ku yang menang tempat pertama adalah kucing peliharaan Samsul KL drift... yang daku dengar lah dari salah seorang dari pekerja/staf MCFA di situ...







comel....



hai geramnya tengok kucing nie.... nak peluk2 rasa.... teringat kecik2 dulu daku suka sangat ngan kartun kucing GARFILED...habis semua barang nk beli ada gambo GARFIELD... kucing malas tue..hihihi..


alahai...
kucing nie diam jer...
standard laa dia lapo nie...
lepas tu ada laa adik yang baik hati nie

"akak nk pegang ke? "

"boleh ke dik" aku tye laa

"boleh...bukan kita nak curi..nak amik gambo jer"

"ok jugak..boleh lah.." aku jawab

heheh seronok lak rasa ada adik sporting nie... dia kira staff jaga pertunjukkan kucing nie laa..
Akhirnya....


terima kasih lah banyak2..


memang cantik kucing nie..


dapat jua ku peluk salah satu kucing di situ...seronok nyerrr...kucing saper laa erkk..
seakan kucing daku yang pernah bela dulu..

nantilah daku tepek..kena cari album2 lama laa gambo2 kucing2 yang pernah menjadi teman daku dulu2...

teringat ada seokor kucing ni punya lah manja...
pada suatu malam...dia panjat tingkap bilik daku di tingkat satu... pastu miow2x... rupa2nya dia nakk masuk...aku pun kasi laa masuk dari duk bising miow2 kan??? pastu masuk terus nk landing dekat aku...tido sebelah aku jerr.. baik jer dia..tido laa dia dgn aku malam tue... kucing jantan nie..kot gatal sikit heheheh..... tp sayang kucing ni bukan hak milik aku... tp sebab mmg dia suka kat aku itu yag selalu datang rumah ku... lepas aku jaga dia mandi bagai semua...tup2x tuan dia tgk kucing nyer dah kembali cantik dan berbau harum ..tuannya pun ambil balik...kurung dia....jadi tak dapatlah dia datang lagi ker umah ku.... huhu rindu gak kat kucing tu...tp nk wat camner... kucing orang... tp sampai sekarang aku masih ingat lah peristiwa kucing Oren nie..(aku namakan dia Oren sebb bulunya oren..hehe)...
banyak lah kucing...


semuaku gerammmmmmmmmmm...




























Haa..nielah antara pemenang..
kucing nie menang tempat ke berapa tu..memang tak tau..rasa kena layari FACEBOOK MCFA untuk ketahui keputusan...

namun..dari pemerhatian ku kucing sebelah nie sibuk ...sibuk dalan sessi fotografi oleh wartawan...
jadi mungkin lah kucing nie yang ada menang anugerah kali nie kan??
hmm memang cantik pun...
macam kucing aku dulu....kucing ORen tu laa..huhu....













hehehe..kucing ni macam dah penat kena berposing kot...

muka dah monyok...

sian...
















tiga2 kucing nie memang cantik...

tak tau pulak daku mana satu kucing Samsul tue...saper lak wakil yang pegang kucing dia...

wah tak sangka Samsul tu peminat kucing tegar ya...
dasyatt...








sunggu ku geram melihat

kucing2 nie..

Seronok rasanya sekali-sekala cuci mata melihat kucing2 nie..

kebetulan laa daku ke Sunway Pyramid pada waktu tu,,,so dapatlah peluang melihat kucing2 nie..

selalu jalan2 di Mid Valley jer tgk kucing2 nie ..tak silap di Pet Wonderland...hmm ker silap nama???

alah tingkat atas satu floor dengan wayang tue....
nak amik gambo punyalah payoh..

kucing nie pun dah penat nie..

letih tgk ramai org dok tgk dia..

hehehe..










kucing nie...comel2

tp ku kurang minat

jenis kucing2 kemek2 muka nie

hahaha..jgn mare aarr,,

suka tgk bulu dia yg pjg2 jer,,









alahai.... kucing putih hitam nie teringat kan daku pada kucing ku dulu jua...nama dodi... dan seekor lagi pussy...













bersih jer...kucing nie kucing kampung yang bersih dan bulu nya tak panjang..tapi cantik...gerammm2x..

bilalah agaknya dapatku bela kucing..

rasa kena ada halaman rumah yang luas laa klu nk bela kucing nie..

sebab daku nie klu bela nk letak dlm sangkar yang besar..yang kucing pun tak sangka dalam sangkar....

taknak pulak seksa dia duk dalam sangkar kecik2 nie....sian..2x...


untuk sementara macam nk masuk pertandingan

nie takperlah buh dalam sangkar..

tapi klu 24 jam letak dalam rumah

buh dalam sangkar nie daku rasa

macam penderaan pada binatang pula

teringat seokor kucing yang mak ku bela

dulu... punya lah lama duk dalam rumah

dia memang bijak...

reti g tandas, reti dan faham apa kita cakap

Ya Allah memang lah sebersih2 kucing yang pernah aku lihat

namanya bobby punyalah manja...hinggalah pada suatu hari
........oh cerita yg panjang...
nanti lah ku cerita...
hingga kucing tu jadi garang....
sentuh kaki nk cakau...huhuhuh...
yg bestnya kucing ni ikut jer mana kami g
kami g Port Dickson dia ikut...pergi Melaka dia ikut
duk dalam keta... pandai betui... pastu baik jer,,
tak pernah cakar2 dalam kete..
hinggalah CERITA ygg PANJANG tadi...

sempatlah posing kat replica kucing di MCFA International Cat Show 2010 di SP nie... tak plan pun ke sini... sebenarnya nak cari aerial...nk pasang kat TV di rumah...so boleh laa tgk TV di dalam bilik tidon hehe.... kebetulan jumpe pertunuukkan nie.... jalan2 cuci mata laa....

pastu kami pekena SUBWAY..hmm TUNA SUBWAY laa my fav food...perrghhh memang sedapp laa ...

nak balik...
lihat panorama dari atas....wow! banyak tu penyertaan pertandingan kucing nie....



meriah sekali...nie semua dah kemas2 barang...pertunjukkan kucing di Sunway pyramid nie pun dah habis....daku pun balik..hehe

so jika nak ketahui lanjut...atau uools nak sertai pertandingan ke apa in future...boleh layari

http://www.facebook.com/pages/Malaysia-Cats-Fancier-Association-MCFA/217506934394

oklah nak balik...naik lift... dalam lift pun leh hb ku snap lagi....nk tunjuk ku dalam lift di Sunway Pyramid nie cantik dengan cermin2 kat pintu lift.... kelasssssssssss........ aerial pun dah dapat... makan subway pun dah..




balik laa...yihaa...



Photobucket