Recent Post

Showing posts with label info 4 blogger. Show all posts
Showing posts with label info 4 blogger. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Cara-cara Nak Ke Hotel Nouvelle dari Arah Johor

klik utk besarkan..:)

Salam uools...tempohari deqlis perasan ada yg bertanya pasal Hotel Nouvelle kat deqlis di entri Hotel MINT KINI NOUVELLE HOTEL ..soalannya.macam mana nak ke sana dari arah Selatan... masa tu deqlis busy sangat2x..tak sempat nak menjawab...dah cuba nak ke blog tuan empunya diri yg bertanya...dah nak menaip..tetiba terhalang....so tak dpt laa nak menjawab on the spot...so hari nie deqlis teringat...deqlis tolong jawab ya.... klu tak faham jgn mare..heheh deqlis bab nak bg penerangan jalan nie tak pandai sangat...sebab deqlis nama jalan pun kekadang tak tau hahaha...tau pergi jerk..hehe...  

pepun sebelum nak menjawab soalan di atas...ingin deqlis katakan, kedudukan Hotel Nouvelle nie berada di  kiri jalan jika kita menghala ke Johor....Jadi jika datang dari arah Selatan, hendaklah u turn semula ke arah nak masuk tol sungai besi semula....Caranya...

dari arah Johor- KL...Sebaik sahaja membayar tol di Tol Sungai Besi...anggaran dalam 500meter naik ke kiri , menghala ke Bulatan Lumba Kuda....dan sebelum 100 meter sampai ke bulatan lumba kuda, turun semula dengan membelok ke kiri (ada signboard Seremban) . Setelah membelok kita akan masuk semula ke Highway yg sama tetapi dah menghala ke Johor kembali.... Terus shj sampai nampak Shell disebalh kiri...masuklah jalan seperti nak ke Shell tersebut.... setelah sampai Shell, hotel Nouvelle berada tak jauhpun .....sebelah jer...jalan depan sikit sahaja....dah sampai kat Hotel Nouvelle nie....:-) 

harap dapat membantu saudara yang bertanya :-) 

Monday, October 3, 2011

PERBEZAAN ANTARA IKAN KELI HALAL DAN HARAM





Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada satu kolam tu Tok pelihara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.
Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal.


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup


Info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

SUMBER: TOK WAN dan BLOG AMAR

Friday, September 23, 2011

POPULAR 9th Anniversary Promotion


Salam uools...sedikit info..bg yang free 23 September 2011- 9 Oktober 2011
jom ke IPC Shopping Centre..beli buku dpt gift dan RM5 voucher....

klik utk enlarge...:)




Wednesday, August 10, 2011

Pertandingan Hias Laman Web/Blog Dengan Jalur Gemilang Dan Menang Hadiah Berjumlah RM7,500 !


Salam uools....

Psst ! Psst ! Nak bagi tau nie. Sempena Bulan Kemerdekaan ini Kumpulan Utusan telah menganjurkan pertandingan menghias laman web/blog dengan Jalur Gemilang. Hadiahnya .. Wow ! Memang lumayan sekali. Berjumlah RM7,500.00, Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Lima Ratus Ringgit Sahaja. Macam mana ? Menarik bukan ! Deqlis dapat tahu nie sebab bw dekat blog http://www.anastasyea.com/ semalam...jadi hari ini bersemangat nak touch up blog nie..... 



Deqlis copy dari blog Ana yer + add ayat deqlis..:)

Syarat² penyertaan. Mudah sahaja ! Hanya perlu hiaskan blog anda se kreatif yang boleh dengan Jalur Gemilang. Tak kisah lah kat banner ke ! background ke ! Yang penting ada Jalur Gemilang. Tak ada Jalur Gemilang .. terus disqualified.

Lagi satu .. jangan lupa masukkan sekali logo rasmi kempen Sayangi 1Malaysia, Kibarkan Jalur Gemilang. Yang ini, kalau nak ambik kat blog saya nie pun boleh. Copy paste je k ! Dah siap semua tu. Cepat² rakan foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "Screenshot" dan hantar dengan mengisi Borang Penyertaan ini.

Peraduan tidak terhad untuk laman web/blog di dalam Malaysia sahaja. Kalau yang berada di luar negara nak join sama pun boleh. Janji laman web/blog tu 100% dimiliki oleh rakyat Malaysia. Bahasa yang digunakan juga BEBAS. Tak kisah la samada menggunakan Bahasa Rasmi Malaysia (Bahasa Melayu), English, Kantonis, Tamil dan lain² lagi. Syarat² lain, boleh diperolehi di SINI.


Jadi apa tunggu lagi. Masa nie la nak tunjukkan Semangat Patriotik rakyat Malaysia. Design cantik². Mana tau ! Sambil² tunjukkan bakat terpendam. Boleh juga menang hadiah utama. Jangan dok ingat nak raya je k ! Hehehehe !

Deqlis baru jer hantar penyertaan. hehe.. kasik semangat patriotitk kat vlog merah nie...kebetulan deqlis mmg ada gambor kenangan2x sambut merdeka dulu2x..jadi edit2x laa masuk dalam blog nie...Harap2x pihak Utusan meh laa tgk blog nie...klu suka kasik laa menang sekali..hehe:-)

Okaylah uools, thanks sudi baca..:-)

Okay hadiah nya apa??

Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah;

Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga: Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang


Deqlis : Mesti ramai yang join....yang terror Photoshop mesti buat lagi cun...deqlis guna Photoscape jer..pepun semangat cintakan tanahair kita garapkan... Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Kalah menang adat bertanding..jika menang tu bonus laa kan?? pepun moga Malaysia terus aman dan makmur:-)

Tuesday, August 9, 2011

Servis Kereta Proton Anda dan Menang Hadiah Ipad dll...!!!!

Salam uools..dah malam ke -10 kita bertarawih..nampak persiapan raya makin rancak dibuat...salah satunya servis kereta kan?? al-maklumlah nak balik kampung..haruslaa servis supaya kereta dlm keadaan baik dan selamat untuk perjalanan jauh... deqlis alhandulillah dah servis...dan hari nie dah bawak p cuci +polish +waxing kat Carzmo (yg beli kat my deal) klu ikutkan booking minggu depan..tp ntah mcm mana call pusat servis kata ada kosong ptg nie, itu yg en hb pergi menghantar kereta... opps panjang laa mukadimah...

nak bg tau jugak..bukan Pusat Servis Honda sahaja contest jika servis kereta tau... Pusat Servis Proton pun ada... Banyak hadiah menarik dengan menghantar  kereta proton uools ke pusat servis proton nie..

Jom check it dot dot...

klik utk tumbesaran...


KETERANGAN LANJUT KLIK PROTON

selamat servis kereta tau:-)

Tuesday, August 2, 2011

iPhone5 : Jom tgk rupa nyerr...menarik ker?

yer ker macam nie?? nipis betui... siap tulis iPhone 5...wow!! nie saper nak buat contest kasik hadiah nie?
hmm betui ke tak ruper iPhone 5 cenggini tu tidaklah deqlis tau..rumour je nie...dpt dari email..
pepun..wait n see:-)

Tuesday, July 12, 2011

Hati-hati dengan Scammer nie!!!

Sebelum tu mintak tolong "LIKE" guna FB..baca cara2x disini TQ.

Salam uools, nie deqlis tepek yer..dapat dari email...jadi deqlis nk kongsikan di sini.. Moga hati2x walau di mana shj kita berada...
____________________________________________________________


Lama aku x jenguk thread nih.....aku hampir2 terjerat dgn scammer nih....citer nyer cmnih....

2 hari lepas aku dpt satu call dari sorang mamat nih nama Rahim...dia mengaku dia staff Bank Rakyat Jln Tangsi...dia tnya aku..aku buat loan submit kt bnk rkyt...so dia mintak sorang dua customer dari aku utk dia sbb dia ckp mggu nih dia kn habis 300k fund utk distribute...aku pun teruja lar sbb bkn senang org bank nk call aku...tp mgkn sbb ke*****an aku gak...tp xper...aku pun bg sorang dua customer kt dia....tp aku ckp petang kelmarin aku ckp aku nk jumpa dia dulu sblm deal apa2...pastu dia kt ok...then bila time ptg aku tpon dia...dia reject...aku antar msg dia x balas...masa nih aku rasa mgkn mamat nih scammer kut...so bila smpai umah aku tnya pakcik GOOGLE...aku search no tpon dia...rupa2nya dia pernah scam sorang minah nih...so dari situ aku maki mamat tuh dlm ati...ngan diri aku2 sekali pun aku maki....smlm masa aku bg dua tiga customer....dia ckp dia leh buat tp dia nk 3% bila dia bg LO kt aku...aku ckp x nak sbb tuh bkn style aku...klu loan distribute baru aku bg komisen dia...dia ckp x nak sbb dia buat ngan agen dia dulu... agen dia bg dulu upfront kt dia...so aku pun ayat dia blk...ok xper 5% pun sy sggp bank in...pastu dia terus call aku tp aku x angkat sbb aku nk balas dendam balik kt dia sbb aku call kelmarin dia x nak angkat....smpai ptg nih baru dia kalut call ngam msg aku...last2 aku dpt gak no acc dia....hahaha....salah org lar dia nk scam...bwh nie detail2 dia yg aku ada 


NAMA: RAHIM @ ABD RAHIM (mengaku staf bank rakyat)
PHONE : 014-3361214
ACC BANK : 12640011936526 (dia ckp akaun bank yg dia bg kat aku nih x wujud)

MESSAGE2 AKU NGAN SCAMMER a.k.a ABD RAHIM

AKU : Dari tadi sy minta no akaun tuan x dpt lagi...sy nk bnk in 3%

RAHIM ; Salam, sy mulai curiga sbb tuan x jawab call saya. now sy beroleh dan sedang buat...pukul berapa 3% boleh msk acc saya

AKU : pkl berapa plak sy boleh dpt acc no tuan

RAHIM : now

AKU : ok, bg sy acc num...sy x leh angkat tpon...dlm seminar

RAHIM : pukul berapa boleh bank in...dan siapa nk uruskan dgn client

AKU : skrg pun sy leh bank in...sy guna online...sy yg uruskan hal cust

RAHIM : ada dua yg siap...comp dot dot fully...comp dot dot 50% which one u want

AKU : company dot dot...

RAHIM : what time u can pick up phone

AKU : tomorrow...sbb seminar nie smpai mlm

RAHIM : 100k....which is mine 3 k....12640011936526 cimb abdul rahim

AKU : ok thanks...now get ur details..

RAHIM : my details...is it trap? so thay why i fell uncomfortable with u...so better i stop it right now. i will call mr dot dot to explain

AKU : now let me teach u how to avoid a scammer, first google scammer details like phone number, ic, acc number...second dun trust UPFRONT...!! sorry bro, aku nyaris2 nk terkena tp smlm aku dah dpt detact ko byk kencing cust...aku dah check ngan hq xder nama staff rahim...aku mintak acc ang sbb dari situ aku leh check semua info psl ang....sorry to say...wife aku peg polis...aku dah bg details ang kat dia....cuba search nama ngan no tpon aku...aku x pernah tipu cust..so, bwk2 bertaubat...

RAHIM : i will tell mr dot dot 

AKU : then go for it...i dun mine...even nk buat polis report pun boleh...xder hal

RAHIM : since we didn't start anything so nothing to finished....go ahead check the acc exist or not

AKU : sebenarnya slm lagi aku yg x selesa...sbb aku ajak jumpa...ang reject call aku, msg x reply...aku tggu dpn bnk rkyat, tp x call gak....so dari situ aku dah dpt agak ang mgkn scammer....now that true!!

RAHIM : so far belum pernah ada yg tertipu

AKU : then check ur number at google then u will find it...


Tuh semua msg2 antara aku dgn mamat scammer tuh...bkn nk burukkan dia tp aku x nk org lain yg terkena...yg tipu bangsa kita...yg kena tipu bangsa kita gak...so hati2...dulu kat luar rumah bahaya...skrg even dok dlm umah pun ada gak bahayanya....

P/s Rahim...if u think im lying...come here and prove urself i was wrong....!!
Email dia rahimshah29@gmail.com
____________________________________________________________

Deqlis pun pernah dpt panggilan juga.tp buat dekk jer..... cakap tak berminat. yang deqlis sedih tu, scammer nie ramai dari bangsa sendiri. Sedarlah sikit...! buatlah kerja2x yg halal...jangan nak menipu org jer!! bertaubatlah sebelum terlambat.

Sunday, July 10, 2011

Fire Fly Me9a Sale RM9! Jom Booking!

11-12 July 2011

FireFly Me9a Sale RM9

One Million Seats up for grabs!

All In from RM9
Booking Period : 11 – 12 July 2011
Travel Period : 6 Aug 2011 to 27 Oct 2012
Travel Destinations
From KL to KK, Kuching, Sibu, Sandakan, Langkawi
From JB to KK, Kuching
From Subang to Penang, Kota Bharu, K Terengganu, Langkawi, JB, Alor Setar
From Penang to Kota Bharu, Langkawi , Kuantan

Saturday, June 25, 2011

Siapa nak ke Jusco Balakong Malam nie???

Salam uools, deqlis nak tahu, siapa yg memang plan nak pergi Jusco Balakong malam nie? Jusco Cheras Selatan??

Deqlis nak kasik voucher mydeal deqlis...hari tue beli pop corn + air coke kat mydeal.com tapi deqlis tak p tebus2x lagik..last date hari nie lak..ingat esok...sebab esok deqlis ingat nak p tengok Kungfu Panda..hari nie tiada tayangan Kungfu Panda kat sana (deqlis check TGV online).......... siapa nak, cepat kasik email add uolls... deqlis fowardkan voucher tue...uool print jer....dan leh laa p claim pop corn+ air coke free kat TGV...

Siapa cepat dia dapat...klu ramai yang nak ke sana laa... klu takde sayang laa burn camtuh jerkk.. dari deqlis tak pakai, baik deqlis kasik kat sesiapa yang nak p...tapi malam nie laa...siapa nak jenjalan sana atau rumah dekat2x sana leh laa p claim:-) deqlis rasa malas pulak...keletihan ..


Friday, June 24, 2011

Lotion apa yang uools guna?

minggu lepas deqlis pergi MV jalan depan kedai ubat (ala Guardian) dekat2x Laboheme tue dapat gift sample Vaseline... bila try 2-3 hari lepas pakai rasa sedap juga..tak melekit... deqlis rasa lipsbalm dia pun bestt!! murah pun murah hanya RM4.50...

Tadi deqlis sajalah check kat website Vaseline nie...baca2x..macam nampak ada voucher utk pembelian vaseline 
nie

voucher RM3!!..okayla kan klu nak beli dah jimat RM3 :-) t&c leh klik kat pic kat atas untuk pembesaran gambo...t&c ada di bawah ya..

.. kalau uools nak.. pun boleh klik Vaseline Voucher. Rasanya uools perlu print dan tunjukkan masa nak buat bayaran di Guardian. Itu jer... Cuma ingat voucher nie hanya untuk pembelian Vaseline yang jenis pump atau tekan2x tue... :-)

sebelum nie kalu lotion, deqlis selalu pakai baby n johnson tue.. pernah cuba bodu shop punyer yg limited edition botol merah tu pun best tak melekitt...ada 2-3 brand lagi yang pernah menjadi kegilaan deqlis hehe.. tapi rasanya Vaseline pun not bad..:-) deqlis tak cerewet sangat pasal lotion nie asalkan dia tak melekit dan berminyak2x udohh ler..



Open Day IMU


Salam, deqlis nak share info untuk semua yang ingin sambung belajar dalam bidang perubatan, boleh laa ke Open Day IMU di Bukit Jalil, deqlis bukan apa, deqlis hari2x dok lalu area IMU nie nampak banner tepi2x jalan pasal Open Day nie... bg yang berminat boleh lah datang 26 Jun 2011 nie...di bawah nie map dia ya:-)

klik utk tumbesaran:)


bagi yang takde transport jangan risau sebab boleh naik LRT sampai station Sri Petaling (bukan station Bukit Jalil tau) ingat station Sri Petaling. Sebabnya uools leh jalam kaki jer...dekat sangat dari Station LRT Sri Petaling nie..lintas jalan jer..lalu celah pagar dan boleh sampai:)

maklumat lanjut tentang IMU boleh ke website kay:-)


JigoCity Malaysia - Win a Trip To Bali for 4D3N!!


Salam uools...dah makan pagi ker?? atau ada yang puasa hari nie? selamat berpuasa ok!:-)
okay semalam deqlis klik2x iklan Nuff yang dok kat blog deqlis nie...dan join contest nie..
mudah jer.. masuk FB nya dan subscribe untuk menang!.. mana tau rejeki tergolek kan?? cuba jer laa:-)
nak join klik laa Nuff deqlis tu..(kalu masih gedikks kat situ) kalau tak uools leh klik


selamat mencuba!..

Thursday, June 23, 2011

Nak Menang Kereta Honda Insight Baru? Caranya di sini!!



Salam uools...

Buat pemilik kereta Honda!!
Kete dah servis lum? kalau belum meh ramai2x servis keta uools di 
Honda Authorised Centre
dari 
15 JUN - 31 OGOS 2011
dan cepat2x hantar penyertaan... rasa ramai leh join nie sebab nak dekat raya close date dia tue..so pasti ramai laa nak servis keta sebelum balik raya kan?? jom rebut peluang nie..!

en hubby mmg nak p servis keta pun...jadi leh laa join nanti....doa2x laa leh menang..Amin!..
tak dpt grand prize pun dapat ipad 2 ke dan service voucher pun dah ok kan?? so next service leh laa dpt diskaun..:-) kalau dapat grand prize insyaallah deqlis pun buat grand contest tuk uools...

jom tgk syarat2x penyertaan di honda.com.my

SERVIS JANGAN TAK SERVIS:-)



Cepat2 Saper Nak Hadiah FREE dari GNC Live Well Facebook!

Wah!! sana-sini di blog2x kawan2x dok citer pasal GNC nie..
tadi jenjalan blog Ibu Irfa ke ayuarjuna kot... deqlis jumpa entri pasal nie...katanya tahu dari Nana, deqlis pun join..lepas tu jenjalan blog Mama Zharfan...terjumpa jugak entri pasal GNC nie... tapi kali nie deqlis ikut Mama Zharfan, register satu lagi nama hubby..hehe..so ada chance laa nak dapat 2 beg..satu yang sling beg satu yg limited edition tue.. 


Uolls..
Cepat2 saper nak barang FREE dari GNC Live Well, boleh LIKE page ini http://www.facebook.com/home.php#!/GNCMalaysia

deqlis pilih redeem kat Suria KLCC...:-) byk branch dia..uolls leh pilih masa register nanti:-)


Wednesday, June 22, 2011

Kat Rumah Uools Ada Air tak?

Salam uools, krisis bekalan air sedang berlaku di Lembah Klang... deqlis en hb siap skype suruh deqlis tadah air lagi.... deqlis dah siap tadah air dan masak air lagi nie... mana tau tetiba terputus bekalan air pulak....sudahhh tak mandi pulak 3 hari ekekekeke..:-)

Lepas tu deqlis baca Kosmo pun ada berita...deqlis tepek di bawah

KUALA LUMPUR - Hampir 800,000 pengguna di beberapa kawasan kediaman dan komersial penting di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air selama 48 jam bermula pagi ini hingga pagi Jumaat ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.
Penutupan loji yang terletak di Bukit Badong, Ijok itu dijangka menjejaskan beberapa kawasan di pinggir ibu negara, Daerah Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, penutupan loji tersebut dilakukan ekoran kerja-kerja penggantian injap Sluice Valve di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan.
"Ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan biasa, sebab itu kita telah keluarkan notis lebih awal bagi membolehkan orang ramai bersiap sedia.
"Kita menjangkakan sebanyak 139,000 akaun akan terjejas dengan gangguan bekalan ini," katanya ketika dihubungi semalam.

berita lanjut klik KOSMO

Saturday, June 18, 2011

Blog Deqlis Terpilih Top 10 Blogger


Salam semua, apa khabar? cuaca kat tempat uools macam mana? ok? sini panas laa... huhu
sebenarnya hari nie kan, deqlis kan, nak citer kan...pasal kan... berapa byk kan daaa?? hehe

sebenarnya nak bagi tau blog Deqlis dah terpilih sebagai Top 10 Blogger @ Newskaki.com.
alhamdulillah dengan pemilihan ini deqlis harap deqlis akan terus rajin berblog dan menulis dan menulis ikut rentak jari ku mengetuk keyboard!!..:-) terima kasih kpd newskaki.com sebab memandang blog merah deqlis nie...walaupun follower ku tidak cecak 1000 lagi... dan tahniah buat blogger Blog "Saya Suka Menaip" sebab turut terpilih... adik nie dah ramai follower tau!DAh cecah lebih 5000+++..jom jengah blog  Nisa yang pernah masuk majalah InTrend Mac 2011 nie...sweet jer orangnya..

Jadi deqlis rasa hepi laa dapat sama-sama berada dalam Top 10 Pilihan newskaki.com nie...:-)

Apa yang menariknya terpilih sebagai Top 10 Blogger Newskaki.com?

  • You will enjoy become a professional bloggers,
  • With certification cert from Marching News Entertainment
  • Great FREEbies not babies... haha.. if you want babies then you can get more new followers in your blog.
  • FREE movie passes.
  • If you perform well, we will give you one Newskaki Blogger Card which is for you to attend our selected events, and news coverage, and promotion.
Oh ya... what else? If you are doing real real great... We promise you for a trip to overseas. Of course, you need to be a great professional bloggers. We will teach you.

Wow!! tang trip p oversea tu i LIKEEEEEEEEE!!. uools doakan deqlis ya...moga dapat makan angin ke oversea nie.... :-)Amin... insyaAllah deqlis akan terus bekerjasama dengan newskaki.com dan menjadi Fan no.1 yihaaa!!.. good luck to newkaki.com.

dan kepada uools yang nak menyertai Top 10 nie, uools masih berpeluang tau... bolah hantar penyertaan cepat2x.....

sila baca syarat-syaratnya di SINI

GOOD LUCK!



Monday, June 13, 2011

Cepat sertai 4th Batch GA deqlis..!!! berakhir hari nie!! 11:59 malam..

Salam semua..... fuhh kepenatan hari nie..al-maklumlah penat balik dari bercuti.. sebenarnya buat entri nie sambil2x mengemas barang2x balik dari bercuti nie.... cuci baju dan kemas ampaian....teringat entri ku tiada yang autopublish hari nie... jadik dari takdak entri...ku buh laa entri nie hehehe...

Bagi yang tanya resepi kuih bingka hijau dan vadei tempohari, nanti deqlis update ya...hari tu sempat tepek gambo jerkk..

Buat yang belum sertai 4th batch GA deqlis yang tamat hari nie..jom cepat2x sertai!!... dan bagi yang belum join Movie Contest Attack The Block jangan lupa cepat2x sertai contest itu akan tamat pada 25 Jun 2011...

Bagi yang blurr tak tahu macam mana nak join Group tu don't worry hantar sahaja penyertaan anda dahulu, nanti deqlis akan ajar cara2x nya ya!...atau uools boleh mesra2x kan penggunaan di newskaki/com terlebih dahulu...klu dah biasa mesti faham punyerr..:-) deqlis awal2x dulu pun blurr...tapi lama2x dah faham cara newskaki.com nie... Jika uools seorang blogger sememangnya newskaki.com satu platform untuk menambahkan pendapatan. Dengar2xnya, newskaki.com mempunyai misi untuk menjadikan blogger mendapat pendapatan tetap...maknanya blogger juga merupakan satu kerjaya di masa hadapan!!... jadi jomlah berikan sokongan kepada newskaki.com.. sertai contest Attack The Block di blog deqlis nie dan jadi ahli secara automatik:-) yang lain-lain akan deqlis inform kan kemudian.... 

Jangan lupa 4th GA deqlis jua...(TEKA PERCUTIAN ) tue... jom cepat anto!! bg yg belum anto...... bagi yang dah hantar, leh check URL yer.. mana tau salah ker...

Okay ..nanti jumpa lagi:-)

Wednesday, June 1, 2011

POPULAR 9 Avenue (Nilai) Grand Opening


Salam semua, deqlis nak share... kepada peminat buku dan suka beli buku dan alatan sekolah..hihi
leh laa ke Grand Opening Popular Di Nilai.

Klik image di atas utk tumbesaran dan alamat kedai yer..:-)

p/s: deqlis pun ingat nak renew... tp cam jauh lak nak p Nilai... utk uools yg dekat2x sana leh laa renew atau nak register member Popular...dapat hadiah cam gambo kat atas nie... err?? klu renew kat popular tempat lain leh dapat tak hadiah?? hahahaha...:o))

Di mana nak beli Voucher Genting?


okay deqlis rasa ramai (perasan dehh) yang membaca entri CGL yang deqlis join anjuran Niniezane tempohari. Haa al-maklumlah deqlis menang dapat No.2 mesti ada yang usha2x entri ai kan?? (bajet glamour sgt laa entri tu ekekeke..sorry yer jgn maree..ngeh ngeh ngehh) pepun dalam entri tue, deqlis ada cerita tentang genting voucher di mana uools boleh pergi bercuti dengan kos yang sungguh jimat!. jadi deqlis lihat hani ada tanya soalan di atas di Shoutmix di blog CGL deqlis. deqlis nak ke blognya jawab takde link pula.. so deqlis jawab di sini laa ya.. mungkin ada yang belum tahu di mana nak beli kan?? (yg dah tahu senyap okay...)

jadi jawapannya,,,,, di mana nak cari genting voucher nie ?
boleh beli secara online...mmg mudah sahaja..
Cuba tanya....
(deqlis beli dengan dia nie laa, servis cepat dan dua kali dah beli dengan dia nie)
atau 
uools boleh cuba 
(no komen tentang servis dia sebab deqlis tak pernah deal dengannya, tetapi masih boleh cuba:) deqlis rasa okay juga nie)

cubalah PM mereka, jika ada rezeki pasti dapat voucher genting tue..:-) jika stok terkini tiada, uools boleh tanya mereka "bila  voucher genting terbaru akan dikeluarkan?"..:-) PM jer mereka pasti diorang reply punya..:) beli banyak voucher leh dapat lagi diskaun tau..pepandai laa cakap.:-)

Selamat Mencuba! dan Selamat Bercuti di Kota Keriangan.!

Monday, May 30, 2011

Deqlis dah Join Newskaki.Com. Uools bila lagi?


Salam uools, perasan tak entri deqlis yang lepas2x pasal contest2x di newskaki.com? dan Cara nak menang tiket wayang, event dll ? Hari nie Deqlis nak cerita pasal newskaki.com nie... jom laa join...deqlis rasa memang tak ganggu Nuffnang, sebab kita tak iklankan di header atau side bar blog kita tentang iklan2x mereka, kita hanya promosikan di blog mereka (selepas register, kita juga boleh berblog di sana, boleh upload gambar, video dll di sana) dan boleh copy & paste ke blog kita di blogspot nie... segala aktiviti kita akan mengumpul point... dan senang-senang je kita leh dapat RM500. Siapa nak bagi kan????? Tapi newskaki.com akan berikan. Tapi sebelum tu register laa dulu...klik baner kat bawah.


Hi again, 
Newskaki.com come with cash prize RM500. We will give out FREE RM500 only for our Newskaki.com lucky winner. 





Klik picture di atas untuk mengetahui macamana website newskaki.com 


Collect your RAYA cash now at newskaki.com! This enjoyable activities has started from 26 may 2011 until 31 August 2011. Bolehlah korang start menyertakan diri, kumpul duit raya sebab nak bagi kat anak menakan/anak buah/nak kasik deqlis pun boleh hahaha... bagi uolls yang suka CGL jom jangan lepaskan peluang join... 

Bagaimana uools boleh memenangi RM500 ini?
Be member of newskaki.com.Setiap member boleh add kawan2. Tapi bukan itu motif nya. 
Bila korang dah be member, korang diberi mandat untuk collect point. Point ini yang menentukan kehebatan korang. Kena dapatkan 5000 NK points dengan invite friends, upload picture,video, share, add friend dan banyak lagi. Kesimpulannya, semua aktiviti korang adalah point. 
Tapi dengan 1987 NK points and win yourself 5 x 2pax free movie ticket.(You can have a movie day with your families and friends) 
selain itu, aktivit uools yg join contest utk dapatkan tiket wayang juga akan melayakkan uools menang tiket wayang tau..! kena join team wayang yg uools nak dapatkan tiket free tu, dan dalam masa yang sama hantarlah penyertaaan ikut syarat yang dipaparkan. 
THE BEST WAY TO GET MORE POINTS?

Invite 50 of your friends to join, and ask your 50 friends to join in this contest too and click 'Like'.

NEXT?

Share this contest at your blog, wordpress and copy & paste your blog URL at below comment. With your Fullname. Example: http://ellismelia.blogspot.com (Ellismelia Mohamad)

Good Luck! any info or question, drop us an email at admin@newskaki.com

OK, SELAMAT MENCUBA UOOLS..!