Recent Post

Showing posts with label Info Agama. Show all posts
Showing posts with label Info Agama. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Al-Quran


Salam Nuzul Al-Quran...
Moga kita sama2x membaca Al-Quran lebih dari biasa...
dan mendapat keredaan dan pahala yang besar daripadaNya..
Mudah-mudahan..Amin.

Tuesday, August 16, 2011

Eh! Best Gak Baca Akhbar Jawi Online...


deqlis memang jarang baca atau beli akhbar tulisan jawi nie, kalau ke rumah Tok Lang barulah dapat baca..sebab kat rumah Tok Lang deqlis semua akhbar ada..(kecuali Tamil/Cina mmg tak de laa hehe) jadi kalu tgk akhbar tulisan jawi teringat Kat Tok Lang...:-) tetiba klik Akhbar tulisan jawi di Utusan nie...ada online dah rupernya...deqlis baru perasan...so seronok jugak layan..baca akhbar jawi nie....ehemmm..leh gak laa baca... walau tak lajus macam keretapi laju...tp keretapi biasa tu ok laa hehe..:) uools biasa tak baca akhbar jawi nie? klu nak layan baca online kat sini.

Bagus kan dah ada online, jadi untuk adik2x kat sekolah tu, sesuai sangat latih membaca jawi dengan membaca akhbar Jawi nie... mcm sis dulu2x kena beli buku dan akhbar...sekarang zaman dah canggih..online pun dah ada..:-)

okay...selamat berpuasa..:-) dan thanks sudi baca... Agak2x akhbar jawi nie berapa naskah yg dikeluarkan sehari yer? sebab jarang2x jugak di jual..tak semua tempat ada... kat tempat/rumah uools ada ke jual utusan jawi nie??

Thursday, August 11, 2011

Zakat Fitrah elok di bayar awal atau lambat2x?


Hai..dah 11 hari berpuasa di bulan Ramadhan nie, ada yang bertanya zakat fitrah elok bayar awal2x ke lambat2x? so kita tgk Waktu utk mengeluarkan zakat fitrah spt kat bawah nie yer...


Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya. (tp tulaa..klu semua org  nak bayo masa nie, ramai tue,,,nanti takut tak sempat pulak..kan?..tp klu dpt bayo time nie mmg bagus..paling afdhal)

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal. (jangan amik yg haram udohhh lerr yer...)





Uools dah bayar ke belum?? deqlis belum lagi...(haha sekadar nk mengingatkan diri sendiri gak nie....remind en hb...) supaya tak terlupa...:-) yg ada phone /smartphone tu, buat reminder dlm tu yer... ;-)

Selamat berbuka!

"Kalau Kita Berniat Nak Jadi Baik, InsyaAllah Allah akan hantar orang yang baik-baik berkawan dengan kita"

itulah ayat yang menyentuh hati deqlis apabila sempat menonton "Ini Kisahku" episod Wardina malam tadi di TV9. 

Sememangnya jika kita ingin berubah, pastinya ada jalan yang dipermudahkanNya kepada kita walaupun mungkin dalam secubit rintangan. Setiap orang ada kisah tersendiri. Deqlis tumpang gembira dengan perubahan Wardina. Masih teringat lagi suatu ketika dahulu Tudung Wardina begitu popular dan menjadi ikutan peminat setianya. Termasuk pemilik blog merah ini. 

Kalau kita tak mempunyai niat untuk menjadi baik, maka kawan2x yang tidak baiklah yang akan menjahanamkan akhlak dan aqidah kita... jadi pilihlaa kawan yang baik, insyaAllah jika kita tak menjadi 100% sepertinya, dapat 20% pun dah membawa kepada fasa yang lebih baik. Setiap hari akan terus menjadi lebih baik dan baik..insyaAllah moga Dia sentiasa merahmati, menyayangi dan membuka jalan terbaik buat kita muslimin dan muslimat. 

Salam Ramadhan.

Sunday, August 7, 2011

Masjid-masjid Di Seluruh Dunia - Part 3



MASJID Djenné city

Terletak di tengah bandar Mali merupakan warisan dunia oleh UNESCO
seluruh binaan dari lumpur tanah liat dan batubata
bandar ini dibina pada 800M dan menjadi pusat perdagangan
penting pada abad ke 16.
Masjid ini dibina pada 1240. Arkitek ialah Ismaila Traoré,
MASJID BESAR ABU DHABI

Terletak di persimpangan Jalan Airport dan Zayed.
adalah merupakan Masjid terbesar di United Arab Emirates.

mempunyai 45 dome kecil dan 9 dome besar yg boleh menampung jemaah seramai 1,200 org dalam sesuatu masa.


MASJID MUSTAFA PASHA


bandar Lama Skopje.
Kelihatan runtuhan kota lama binaan abad ke 10 dan Masjid dibina 5 abad kemudian
Masjid ini dibina atas runtuhan lama tempat ibadat Kristian pada 1492 sebgai memperingati Mustafa Pasha di zaman empayar Ottoman
seorg wazir kpada sultan Selim 1, meningal pada 1519 dan disemadi sebelah
utara masjid.
Binaan dinding dengan dua lapisan batu bata.



MASJID AGUNG XI'AN

Mula dibina zaman Dinasti Tang
semasa Emperor Xuanzong, 685-762
ke Timur akhir Laluan Silk Road
Digunakan sehingga sekarang oleh Masyarakat Hui
Terserlah dgn senibina tempatan tanpa dome dan menara
kecuali Hiasan Khat Al Quran

Memang sebuah tempat mencari ketenangan dan kedamaian jiwa

Masjid-masjid Di Seluruh Dunia - Part 2



MASJID UMAYYADBeribu tahun dahulu merupakan sebuah kuil untuk tuhan Hadad bagi kaum Aramic. Semasa zaman Rom ia menjadi kuil Jupiter dan menjadi gereja pada abad ke 4, dibesarkan menjadi Cathedral of St. John dan pada 661M islam telah menawan kota Damascus oleh Muawiyah b Abu Sufyan di mana muslim telah berkongsidgn kristian.Islam solat sebelah timur dan kristian sebelah barat sehingga Walid b Malek berkuasa yang mana merasakan satu keperluan bagi muslim menyatakan pendirian hak pada agama.lalu beliau telah bernegosasi dgn ketua2 Kristian .Pihak islam akan mengambil alih kesemua binaan tersebut utk menjadisebuah masjid dan khalfah berjanji; Gereja-gereja lain tidak akan di sentuhsamada dgn gereja2 baru yg akan dibina.

MASJID ADHAI-DIN
2SETENGAH HARI

INDIA
Masjid ini dipercayai dibina dalam masa 2 ari stengah je
sebab tu namanya adhai-din

ruangan dalam lebih kepada senibina hindu lama dan
dipercayai asal binaan adalah sebuah Kolej Sanskrit
Mohamad Ghori telah menjadikan nya sebuah Masjid pada 1198
dan beliau telah membina 7 Pintu gerbang melambangkan versa Al Quran
ygmana rekabentuknya oleh Abu Bakr of Herat

Qol Sherif Mosque - Kul Serif Camii


Masjid terbesar di Rusia
Dibina di Kazan Kremlin di abad ke 16
mempunyai 8 minaret
Bersenibina awal Renaissance dan Ottoman pada 1552 masjid ini dimusnahkan oleh org2 Rusia sehinggalah tahun 1996 baru dibina semula



MASJID AGUNG

Didirikan di atas sebuah bukit kecil di Sungai Penuh, Barat Daya Sumatra
dengan senibina berbeza pada 1874 dan siap pada 1902. Kemahiran Masyarakat
jelas kelihatan pada senibina setinggi 100 kaki seolah ade persamaan dgn Masjid Demak. Segala binaan kayu tanpa sebarang paku.

Masjid-masjid Di Seluruh Dunia - Part 1



Pintu Masuk MASJID Masjed-é EmamArah Selatan Emam Khomeini Square.Dikenali juga dgn nama Masjed-é ShahTerletak di Esfahan, IranSebuah masterpieces bersenibina di jaga oleh UNESCO.Dibina pada 1611 zaman Safavid.Terserlah dengan 7 warna kemilau seramik dengan Khat Al Quran.Minaret setinggi 42m dihiasi dengan lebah bergantung
LARABANGA MOSQUE

salah satu Masjid tertua di Afrika Barat dan paling tua di Ghana.
Dipercayai telah dibina oleh pedagang2 Moorish.
utk makluman setiap tahun ianya perlu sentiasa
dibina utk menjaga kerosakan dinding tanah liat terutama ketika musim hujan.
Binaan mudah dengan tampalan tanah liat kemudian ditusuk
kayu dari luar binaan. Cat putih digunakan setiap tahun dengan bantuan penduduk sekitar kadang2 dengan bantuan kerajaan

ianya sungguh terserlah dengan dikelilingi rumah2 penduduk yg tanahnya
bewarna merah


MASJID TERAPUNG PENANG

bernilai RM15juta
fund dari state dan faderal
merupakan masjid pertama bertiang tapak
dan pertama di sisiran selat Melaka ; kg Nelayan tanjung Bungah
berminaret setinggi 7 tingkat dan mampu utk menampung
jemaah seramai 1500 org

utk makluman
semasa Tsunami melanda Alhamdulillah tiada langsung kerosakan



ISTANA ISHAK PASHA

Turki
Dibina di Timur Beyazit pada 1789
oleh Ishak Pasha iaitu aak seorang wazir hasan Pasha
mempunyai 360 bilik dimana mengambil masa 99tahun utk menyiapkannya

Mengambil bentuk "U" dilengkapi ruang makan terbuka luas utk tetamu miskin
tempat mandi awam, dewan rekreasi lelaki, makam, dewan hiburan dan keraian.
Pengaruh senibina Ottoman, Seljuki dan peradapan Parsi.

Masjid terletak di dataran kedua istana.

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Mudah-mudahan banyak kali kita membaca Al-Quran dalam sehari..   tanya diri kita, baca al-Quran tak aku hari nie? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk ingin dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2x kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Nie deqlis dapat dari kawan fwd2x email..moga dapat dimanfaatkan kegunaannya buat kita semua...


Tuesday, August 2, 2011

Oitttt..Tak Puasa ker?

Salam semua, selamat berpuasa semua. Alhamdulillah malam nie kita semua dah  masuk hari kedua bertarawih. Moga kita semua selamat berpuasa dan mendapat ganjaranNya... 

Bila bercerita pasal puasa nie, deqlis teringat kisah orang yang tak berpuasa...deqlis?? deqlis pun tak puasa...JIKA keuzuran...faham2x laa yer..ehemmm jangan tak faham pulak... hehe...

pasal Tak Puasa nie..sebenarnya nak cakap pasal isu orang yang tahu agama tapi tak reti2x nak berpuasa...

Kenapa lak deqlis kata tahu agama?? Deqlis rasa orang2x yg beri alasan di bawah nie mmg tahu agama laa kan?  klu tak, mana dtg nyer alasan berunsurkan agama pulak.... agaknya bila dah tinggi sangat ilmu agama tu diorang nie boleh pulak buat keputusan macam tue..adehhh..geleng kepala dibuatnya.....

Nak tau apa alasan yg diberikan kepada orang yg TAK PUASA nie??

1. Aku tak puasa sebab aku tau dah klu aku puasa hanya dapat sekadar "LAPAR DAN DAHAGA" so aku tak puasa laa.... (haa...bunyi macam tau agama kan?? tp lain pulak jadiknya....)

2. Aku tak puasa sebab tak gunapun aku puasa... ! kenapa? sebab klu aku puasa pun amalan puasa aku tak diterima...eh macam mana ko tahu pulak tak diterima? sebab bulan lepas aku minum (menunggang arak)... tak guna pun aku puasa...klu puasa amalan aku tak diterima 40 hari kan minum arak...itu setitik pun dah 40 hari tak diterima.... aku dah bertitik2x dah....so beratus2x hari tak diterima amalan..what for aku puasa?? (hmm bunyinya mcam tau agama kan?..tau pulak minum arak tu amalan tak diterima....hmm tp minum gak... geram pun ada..) org2x tak puasa nie nampak mcm ada ilmu agama,.tp sayang tak berubah ke arah kebaikan, malah guna pulak statement agama tu semata-mata nak meneruskan tabiat buruk...

patut ker?

Geram lak uools klu ada orang yg bila kita tanya/tegur baik2x jawab selamba macam tue..then belum sempat nak balas dah cabut.... hmm deqlis doakan shj, hati mereka yang beri alasan sebegini di bukakan pintu hati untuk berubah ke arah jalan yang lurus lagi benar..dan moga berpuasa lah tahun nie...

Sebenarnya, dua2x situasi di atas berlaku lebih kurang 5 tahun lalu, pernah deqlis tegur sebab mereka nie merokok di bulan puasa..tidak disangka-sangka  pulak jawapannya sebegitu...... walaupun deqlis ni pun bukan laa arif sangat (sentiasa nk perbaiki diri) tapi kawan yang berada dekat dengan kita, klu tak tegur rasa macam berdosa...jadi deqlis tegur laa secara berhemah... walaupun masa tu jawapan itu diberikan dan dia terus melulu pergi... deqlis harap diorang nie semua berubah.

Ya Allah mudah2xan tahun ini mereka2x ini akan berpuasa dan menjalani ibadah di bulan nan mulia ini. Amin. dan harap2x deqlis juga akan berjaya mengumpul point pahala di bulan mulia ini. doakan2x deqlis yer...moga uools pun sama... klu terlupa ingat2kan yer:)

ehemm...ANDA? PUASA TAK? 

Friday, July 29, 2011

Dirikan Solat Walau Dalam Kepayahan


Pagi tadi sempat tgk Tanyalah Ustaz... dengan tajuk "Dirikan Solat Walau Dalam Kepayahan".
Point yang ingin di kongsikan di sini,

"Tidak ada tempat pun untuk orang Islam yang tidak sembahyang/solat".

ok..selamat beramal..:-)

Wednesday, June 8, 2011

Ingatkan hadiah GA...& Fadhilat Surah Al-Hasyar

Tapi rupanya bukan....

Salam semua...,

Selamat malam.. hari nie deqlis check post box...ingatkan hadiah GA yg sampai..bila belek2x balik ehh. bukan lah....bdw.hadiah laah jugak..terima kasih.....

Jom tengok hadiahnya...
dapat buku drpd Pusat Pungutan Zakat...alhamdulillah.. bagus bukunya..Surah Al-Kahfi terjemahan dan huraian... bolehlah jadi bahan bacaan deqlis...:-) nanti deqlis kongsikan selepas habis membacanya ya..:-)

sebekum Zzzzzz.... jom usha Fadhilat Surah Al-Hasyar...! 

Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda :"Sesiapa membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis-Sami'il-'alimi-Minas-Syaitanir-Rajim."

Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allas SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.


Surah ini mempunya 24 ayat sahaja. Namun, tetap memiliki fadhilatnya sendiri dan pasti kita tidak boleh 'membelinya' di mana. Hanya tips yang mudah, 70 malaikat akan berselawat dan moga kita mendapat syafaat salawat itu untuk membantu kita di kemudian hari nanti.

Kongsi ilmu, sama-sama beribadah.

Tuesday, May 31, 2011

Tanyalah Ustaz - Menyentuh Hati

Salam semua, semalam deqlis dan hb menonton Tanyalah Ustaz yang bertajuk Sakaratul Maut 2. Memang jelas penjelasan yang diberikan oleh Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz kita tentang soalan-soalan yang diajukan.

Apa yang menarik deqlis untuk dicatat blog ini serta dapat dikongsikan bersama uools adalah:

1. Jika kita melihat orang yang hendak meninggal dunia dalam keadaan mukanya hitam dan lebam, bunyi hekk hekk hekkk atau bunyi sesuatu di kerongkongnya tandanya dia sedang melihat azab yang bakal dijatuhkan kepadanya... mungkin semasa hidupnya banyak melakukan perkara-perkara yang dilarangNya.

2. Jika kita melihat pula, dahi berpeluh, mata berair dan keluar air jernih dari lubang hidungnya, itu petanda baik di mana Allah sedang memperlihatkan tempatnya ganjaran/syurga apabila matinya nanti...masyaAllah...! 

Selain itu, sekiranya kita berdamping dengan ibubapa/saudara-mara yang sedang nazak, janganlah kita biarkan mereka sendirian kerana pada saat-saat akhir kematian seseorang syaitan tak pernah putus asa nak menyesatkan manusia. Jadi sebaiknya, kita membisikkan " Lailahaillah" di telinganya. Jika dalam keadaan nazak atau sakit yang terus, kita janganlah menyuruh dia "mengucap2x" sedangkan dia memang tak berdaya ..maka kita hendaklah membisikan "Lailahaillah" di telinganya.. Bacalah Al-Quran berdekatan mereka yang sedang nazak kerana menghalang syaitan daripada merapati mereka.

dan soalan yang deqlis masih ingat adalah, adakah syaitan boleh menyerupai ibubapa kita dan datang kepada pesakit nazak yang bakal meninggal dunia? Jawapannya Ya, di mana syaitan tiada jisim seperti manusia dan haiwan, maka dia boleh menyerupai sesiapa sahaja yang dia mahu untuk memesongkan pegangan agama Islam atau cuba menyekutukan Allah di saat-saat akhir kematian...

Takut deqlis, sebab dato' Hassan kata, saat kematian kita sangat-sangat penting, jika di saat hidup syaitan tak berjaya menggugat iman kita, kita takuti syaitam berjaya gugat iman kita di saat2x akhir kematian. Lepas habis Tanyalah Ustaz semalam, deqlis terus kata kat hb, jika deqlis yang meninggal dulu nanti, tolonglah jaga deqlis supaya syaitan kalah dengan bisikan dia... tolonglah bisikan "Lailahaillah kat Lis yer bang" ..hb deqlis pun kata mende yang sama, klu dia pergi dulu tolonglah bisikan Lailahaillah. Masa tu deqlis rasa syahdu sangat, yerlah kita pun tak tahu siapa yang akan pergi dulu...tetiba rasa sedih sangat2x... itulah  kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati.

Di bawah nie deqlis copy paste soalan2x berkaitan kematian dll dari http://www.masjidbukitindahampang.com/ . Moga kita sama-sama dapat manfaat darinya. 


Mega:Bolehkah kita membuat binaan atas kubur?

ABU HASSAN: Terlebih dahulu kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan membuat binaan. Setakat kita membuat dinding simen atau mar mar di sekeliling kubur itu bukan termasuk dalam binaan atau perhiasan.
Tetapi jika sampai ke tahap membuat bumbung di kubur, itu sudah termasuk dalam membuat binaan. Ini diharamkan kecuali pada kubur para rasul, sahabat dan yang setaraf dengannya.
Ada pun, amalan masyarakat yang suka menabur bunga di pusara, ini pun tidak ada nas yang mensyariatkannya. Adalah dibimbangi perbuatan sedemikian boleh membawa kepada termasuk dalam perhiasan itu tadi.
Kalau ada pun dalam syarak adalah amalan para ulama yang menyiram air atas pusara selepas jenazah disemadikan.
Perbuatan memacak sesuatu yang basah seperti pelepah tamar atau kelapa, ada nas menyebut selagi ia masih basah ia masih bertasbih pada Allah memohon keampunan pada mayat.
Barangkali berdasarkan nas tadi, agak masyhur di kalangan masyarakat kita untuk menanam pokok kemboja kerana ia basah dan akan mendoakan si mati.
Tetapi tidak pula disebut memacak payung di atas pusara. Tidak ada nas menyuruh perbuatan sebegini dan ulama menyebut ia termasuk dalam bidaah dan khurafat.
Bagaimana pula dengan tahlil arwah yang dilihat mesti dibuat apabila berlaku kematian?
ABU HASSAN: Ini satu lagi perkara yang sampai sekarang masih diperdebatkan. Bagi yang tidak mengharuskannya, ia dianggap bidaah atas alasan antaranya Nabi SAW tidak pernah membuat tahlil arwah dan juga bersandarkan hadis bermaksud: Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat (riwayat Muslim)
Bagi ulama yang mengharuskannya, tahlil dibolehkan berdasarkan hadis yang sama. Cuma yang terputus adalah amalan orang yang mati. Sedangkan amalan orang yang masih hidup untuk di mati masih belum putus dan boleh dilaksanakan.
Keharusan tahlil juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW di mana pada suatu hari baginda didatangi oleh seorang wanita. Kata wanita itu: "Ya Rasulullah, ibu saya baru meninggal dunia dan belum mengerjakan haji. Lalu Nabi menjawab, kerjakan olehmu haji untuk ibumu itu".
Bersandarkan peristiwa itu, ulama memutuskan bahawa orang yang hidup boleh membuat ibadat seperti haji, puasa dan sedekah untuk si mati.
Bagaimanapun, soal menetapkan tarikh tahlil pada malam pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 dan 100, ini tidak ada nasnya. Bahkan ada pendapat ulama bahawa hal ini tergolong dalam bidaah.
Kalau nak buat tahlil, buat sahaja pada bila-bila masa jangan kaitkan dengan masa atau tarikh tertentu.
Lagi pun, bagi saya, tahlil untuk si mati itu bukan kemestian. Ia sekadar untuk membantu atau menambah sedikit pahala kepada si mati.
Itupun dengan syarat si mati itu orang yang semasa hidupnya beribadat dan bertakwa. Jika semasa hayatnya, si mati tadi dikenali sebagai orang yang tidak pernah solat malah hidupnya sentiasa bergelumang dengan maksiat, secara peribadi saya melihat tahlil tiada ada faedah baginya.
Contohnya, seorang bapa semasa anak mudanya masih hidup tidak pernah menyuruh anaknya solat malah hidup anaknya terlalu bebas sehingga tidak mengenali Tuhan.
Tiba-tiba anaknya itu mati, adakah tahlil boleh membantu atau memberi faedah kepadanya, kebanyakan ulama berpendapat, ia tidak memberi sebarang faedah.
Kalau hendak membantu anak atau kaum keluarga daripada api neraka pastikan ia dibuat semasa hayat mereka bukan setelah mereka mati.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka...(al-Tahrim: 6).
Ada juga pandangan mengatakan majlis cukur jambul yang sebahagian besar kita buat sekarang adalah bidaah. Benarkah?
ABU HASSAN: Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama". (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak.
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham". (riwayat Tirmidzi)
Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu.
Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat.
Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim.
Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut.
Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga?
ABU HASSAN: Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara.
Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis".
Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat.
Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut.
Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis.
Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam.
Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak.
Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar.
Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini.
Kebelakangan ini ada di kalangan orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan. Apakah hukum memelihara anjing sebagai kegemaran?
ABU HASSAN: Memang tidak ada nas yang melarang kita memelihara anjing. Cuma kita kena tengok apakah tujuan berbuat demikian.
Dalam kitab fiqh ada istilah kalbul mu'allim iaitu anjing yang dilatih untuk berburu. Dalam keadaan ini adalah diharuskan untuk kita menggunakan anjing. Syaratnya, tempat gigitan anjing itu tidak boleh dimakan.
Berdasarkan hukum ini, ulama berpendapat tidak jadi kesalahan jika orang Islam pelihara anjing bagi tujuan menjaga keselamatan harta benda dan rumah.
Tetapi pada masa yang sama, kita perlu tahu bahawa anjing itu adalah binatang bernajis. Jika ia menjilat atau kita terkena jilatan anjing maka ia perlu disamak.
Dalam hal memelihara anjing untuk tujuan suka-suka, dibimbangi kita terkena najisnya. Apatah lagi jika anjing itu dibiar berkeliaran dalam rumah. Dalam keadaan demikian, kita tidak boleh memastikan tentang najis anjing itu yang keluar masuk ke rumah.
Pada masa yang sama, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Malaikat tidak akan masuk dalam mana-mana rumah yang ada anjing dan patung. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, March 18, 2011

Dosa-dosa Besar

Salam Jumaat semua...
Jom kita check Dosa-dosa besar!!... 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya". (An Nisaa: 48)

Dan Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga". (Al Maaidah: 72)

Selanjutnya ia menambahkan: [dosa besar yang kedua adalah] berputus asa dari mendapatkan rahmat Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir"".(Yuusuf: 87).

Demikianlah, Abu Abdillah Ja'far Shadiq mengungkapkan hukum sambil menyebutkan dalilnya dari Al Quran. Berikutnya ia memberikan penjelasan selanjutnya: [dosa besar yang berikutnya adalah:] merasa aman dari ancaman Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi." (Al A'raaf: 99)

Dosa besar yang keempat adalah: berbuat durhaka kepada kedua orang tua. Karena Allah SWT mensipati orang yang berbuat durhaka kepada kedua orang tuanya sebagai orang yang jabbaar syaqiy 'orang yang sombong lagi celaka'. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka". (Maryam: 32).

Dosa besar yang berikutnya adalah: membunuh. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya". (An Nisaa: 93).

Dosa besar yang berikutnya adalah: menuduh wanita baik-baik berbuat zina. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la'nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar". An Nuur: 23)

Dosa besar berikutnya adalah: memakan riba. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila". (Al Baqarah: 275)

Dosa besar berikutnya adalah: lari dari medan pertempuran. Maksudnya, saat kaum Muslimin diserang oleh musuh mereka, dan kaum Muslimin maju mempertahankan diri dari serangan musuh itu, kemudian ada seseorang individu Muslim yang melarikan diri dari pertempuran itu. tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya". (Al Anfaal: 16)

Dosa besar berikutnya adalah: memakan harta anak yatim. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)". (An Nisaa: 10)

Dosa besar berikutnya adalah: berbuat zina. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu". (Al Furqaan: 68-69)
Tentang menyembunyikan persaksian, adalah seperti difirmankan oleh Allah SWT:
"Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya". (Al Baqarah: 283)

Dosa besar berikutnya adalah: sumpah palsu. Yaitu jika seseorang bersumpah untuk melakukan sesuatu perbuatan, namun ternyata ia tidak melakukan perbuatan itu. atau ia bersumpah tidak akan melakukan sesuatu perbuatan, namun nyatanya ia kemudian melakukan perbuatan itu. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih". (Ali Imraan: 77 )

Dosa besar berikutnya adalah: berbuat khianat atas harta pampasan perang. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Barangsiapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu". (Ali Imraan: 161)

Dosa besar berikutnya adalah: meminum khamar [minuman keras]. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan". (Al Maaidah: 90).

Dosa besar berikutnya adalah: meninggalkan shalat. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat". (Al Muddats-tsir: 42-43 )

Dosa besar berikutnya adalah: melanggar perjanjian dan memutuskan tali silaturahmi. Karena tali silaturahmi adalah salah satu ikatan yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk disambung. Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"(yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi". (Al Baqarah: 27 )


Pesanan Deqlis: ingatlah siapapun diri kita, tak pernah terlepas dari godaan dan bisikan syaitan. Menjadi ustaz, uztazah atau tinggi mana sekaipun ilmu agama, belajar dari Mesir sekalipun kita, tidak terlepas dari godaan syaitan..Ingatlah lagi tinggi ilmu, lagi besar godaan... jangan terkejut jika seorang yang berilmu tinggi masih terperangkap dengan dosa besar ini. Ingatlah syaitan sentiasa berusaha keras menjatuhkan umat Nabi Adam a.s. Perkemaskan iman setiap hari. Takutkan Dia setiap hari... Pesanan buat diri sendiri dan semua yang sudi membaca...Moga kita selamat dari fitnah dunia dan azab api neraka.Amin.

Monday, February 28, 2011

Perbaiki Wudhuk

Tadi deqlis blog walking di blog Fariszaz  dan membaca artikel tentang Perbaiki Wudhuk. Terima Kasih kepada saudara Fariszaz sebab mengingatkan sesama kita tentang wudhuk.

Bila bercerita tentang wudhuk nie, deqlis masih teringat pesan Ustazah deqlis di sekolah dan sekarang hb deqlis selaku ketua keluarga iaitu kita kena faham betul-betul perkataan menyapu dan merata di bahagian-bahagian wudhuk. Ramai dikalangan kita mungkin terlepas pandang atau tidak mengetahui istilah merata dengan mengalirkan air sahaja. Ustazah deqlis pesan supaya menggunakan jari jemari meratakan air ke seluruh anggota wudhuk bukanlah sekadar mengalirkan air sahaja.

Contohnya, jika mengambil wudhuk bahagian kaki, hendaklah jari kita menggosok-gosok kaki dan meratakan air dengan jari ke seluruh kaki hingga ke celah-celah jari kaki. Bukanlah sekadar bukak paip, dan membiarkan air mengalir sahaja di kaki. Deqlis ingin menyampaikan pesanan Ustazah Deqlis masa sekolah dulu ini dengan pesanan en hb deqlis ini untuk mengingatkan deqlis dan juga kawan-kawan semua agar perbaiki wudhuk kita dari sehari ke sehari. 

Tentu kawan-kawan juga pernah melihat senario ramai wanita yang mengambil wudhuk di pusat membeli -belah dengan hanya alirkan sahaja air ke kaki dari buku lali ke hujung jari kaki tanpa meratakan air dengan jari ke seluruh bahagian wudhuk kaki. Jadi marilah sama-sama perbaiki cara mengambil wudhuk.

InsyaAllah jika kita menjaga wudhuk, solat kita lebih kusyu' dan mudah-mudahan solat yang kita lakukan tidak sia-sia dan diterimaNya.

Sama-sama kita ingat-mengingati dan SELAMAT BERAMAL!!

Jika nak baca artikel "Perbaiki Wudhuk" oleh Fariszaz, jom klik sini.. info hadis juga ada di sana.

Friday, February 25, 2011

HIKMAH AYAT2x Al-QURAN


BISMILLAH  (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan
syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada
kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian
terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali
diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian
dan kehebatan kepada pembaca.





SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara
sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di
perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh
musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap
sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.





AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap
sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya
dan ganguan syaitan.Dengan membacanya, seorang yang
miskin akanmenjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak
tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat
Al-Kursi, nescaya Allah akankurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya
Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat
dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut
bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam
hadith yang lain:Barangsiapamembacanya  ketika hendak
tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya
hingga kesubuh, dan mengurniakan kotanur menurut
bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya
meninggal dunia pada malam itu, iadikira mati syahid.
Hadith yang lain
mengatakan:Barangsiapamembacanyaselepas setiap
sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari
kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang
mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama
para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga
ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.
mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah
akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan
1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah
azab neraka.





SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini
(Amanarrasulu) sebelum tidur, iaakan terselamat dari
segala bala bencana dan mara bahaya.





SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah
ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala
penyakit dan terselamat dari gangguan jin.





SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah
ini, nescaya iaakan terselamat dari kejahatan para
penjahat.





SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,
sebanyak  yangmungkin selama 3 hari berturut -turut,
insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu
dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga
ayat 101 dari surah ini,  keatas  air lalu diberi
minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia
tidak akan bercakap dusta lagi.





SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya
akanterhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63
dan 64 dari surah ini,dibacaoleh penumpang kapal, ia
akan terselamat dari karam dan tenggelam.





SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas
tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada
Allah, nescaya akanterampun segala dosanya. Barang
siapa membaca ayat 47 dari surah ini, iaakan
terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.





SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini,
nescaya dia akandi cintai dan dihormati oleh sekalian
manusia.





SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari
kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang
siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedaiatau
ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.





SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa  membaca ayat 31dari surah ini, keatas
Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam
kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca
ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
 mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.





SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya iaakan mendapat kekuatan
dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada
setiap masa, nescaya iaakan terselamat dari gangguan
manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang
siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11
Kali selepas tiap-tiap  sembahyang, nescaya akan
mencapai ketetapan hati.





SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akandi murahkan rezekinya dan
diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca
ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari
kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca
ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan
mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.





SURAH AR-RA'D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, iaakan
terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28
dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya
akansembuh.





SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah
ini, nescaya anak-anaknya akanterhindar dari
perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.





SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah
ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya
gugur, nescaya anak kandungannya itu akanterselamat,
dari gugurnya.





SURAH  BANI  ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap gagap insya Allah
akanhilang gagapnya itu.  Barang siapa membaca ayat 80
dari surah ini, ketika iapulang dari perjalanan,
nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh
orang-orang yang setempat dengannya.





SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akanterhindar dari kemiskinan
dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam
Jumaat, nescaya dia akanmendapat rezeki yang murah.





SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akanmendapat kejayaan
di dunia dan di akhirat.





SURAH  THAAHAA(Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah
akanmengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan
tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca
ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap
hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan
cerdas dan akalnya akan sempurna.





SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya
dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah
s.w.t .





SURAH  AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akanmembinasakan
musuh-musuhnya.





SURAH  AL-MU'MINUN  (Orang-orang  Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum
kepada orang yang selalu minum minuman
keras,nescayadia tidak akan meminumnya lagi. Barang
siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya
perahunya akanterselamat daripada karam dan rumahnya
akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.





SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35
dari surah ini,padahari Jumaat sebelum sembahyang
Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.





SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  keatas air
yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,
nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan
binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.





SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak
7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit
oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akanhilang
bisa-bisa itu.





SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah
akankekal kepadanya.





SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya,
nescaya Mereka tidak akanmencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah
ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
sempurna dan budi pekertinya akan halus.





SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akansembuh.
Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.





SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah
akanmembinasakan orang yang hendak menzaliminya.





SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya iaakan terhindar dari
segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit
perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini,
nescaya akanterselamat dari bencana banjir.





SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah
ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia
akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan
jasmani.





SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah
ini, nescaya iaakan mendapat kemuliaan dan kehormatan
sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga
66 dari surah ini, nescaya Allah akanmembinasakan
musuh-musuhnya.





SURAH SABA'  (Saba')

Dengan membacanya, terselamatlah iadari segala-gala
bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.





SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya
Allah Akan memberkati perniagaannya.





SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda :"Tiap-tiap sesuatu
Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin."
Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun
segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."Dalam satu
hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah
kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu
yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t
akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam
satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda
:"Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh
tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41
kali, pasti akantercapai segala hajat dan
cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali
pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua
ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya
akandiampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali
ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akanmaju
perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada
awal malam, andaikata ia  matipada malam itu, mesti ia
mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas
tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescayaia akan
diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika iahendak turun kemedan
peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya
keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada
musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam
kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk
diamal oleh anda sekalian.





SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in
akanterpelihara daripada gangguan jin.





SURAH SHAAD  (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan
mendapat kebahagian sejati."Berdoalah kepadaKu, nanti
Aku perkenankan permintaanmu.Sesungguhnya orang-orang
yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka
akan masuk neraka jahannam dengan hina."


Berikut doa melembutkan hati anak yang keras (degil), doa penyayang dan juga doa pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati. 
(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras 
Hendaklah membaca surah Taa'haa  dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan 
[1] Taa' Haa  [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan  [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah  [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi  [5] Iaitu  (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy  [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi 
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka

(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang 
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu 
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) 

(3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati 
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata 
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak  (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman  [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar" 
Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk.

Surah Al-Kautsar 
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.