Pada kali ini tujuan utama kami ke Kuantan adalah menghadiri jemputan perkahwinan Azree dan Haneem adik lelaki kepada sahabat hb ku di Dewan Maksak, Teluk Sisik Kuantan. Majlis berlangsung pada 13 Jun 2009.
Untuk ke kenduri nie daku dah sibuk sehari sebelum dah tau...al-maklumlah persiapan nak berjalan jauh.. pada hari Jumaat 12 jun tue daku siap2 menyiapkan sekilo karipap untuk di bawa bekal esoknya.. sempat juga frozen, jadi hari nie daku sempatlah bekfas ngan karipap ku lagi selain kopok lekor Kemaman yg BESTTtt.. abis laa diet ku..hehe..
Kami sebenarnya memulakan perjalanan seawal 8.15 pagi dari Bukit Jalil. Semangat tue... ihik..
Kami tiba di Kuantan tepat jam 11.00 pagi. Wah! masih awal untuk terus ke kenduri..jadi hb ku membawa ku jalan2 sekitar bandar Kuantan dan melihat2 jika ada hotel2 bajet untuk kami mengimap malam nanti.. hmm semua nya FULL BOOK.. hotel murah2 pun full book huhu.. dari satu hotel ke satu hotel..daku mmg berkenan dengan Garden Season Boutique Hotel tetapi full jugak..huhu.. last2 kami ke Hotel Seri Malaysia juga, yang dah di tempah sehari sebelum ke Kuantan nie.. pada masa peak season nie standard room Rm170 semalam. Jadi kami pun tiba ti perkarangan Hotel Seri Malaysia dan terus park City kami di situ. dari situ ke Majlis perkahwinan Azree mmg tak jauh, rupanya2 Dewan MakSak tue lebih kurang 5 minit jer dari hotel.
Jadi apa lagi makan kenduri lah kami... sempat bergambar dengan pengantin dan suasana majlis pada hari tersebut. Selepas majlis daku dan hb pun melepaskan keletihan seketika di bilik 320 Hotel Seri Malaysia, Kuantan... tak kurang sejam selepas itu kami mulakan journey dan misi ke Kemaman Terengganu.. perjalanan 50 km dengan penuh kesabaran dan semangat gila2 kami telah membawa kami menjejaki Kemaman..
berjalan sekeliling pantai, membeli keropok lekor dan keropok ikan untuk di bawa pulang. Bau kopok lekor lah kete kami... hehe.. kami juga sempat singgah beberapa pantai di sekitar Kemaman dan jalan2 sambil melihat aktiviti masyarakat setempat.
aktiviti ku bermain pasir pantai hehe..
7.40 malam kami tiba kembali di Kuantan.. wah sepetang berjalan2.. kini tiba di Bandar Kuantan pula.. Agenda kami malam nie nak mencari tempat makan. Hb ku beria2 mencari gerai Kari Planet, menurutnya di sini famous dengan mee kari nyerr yg sedapp dan mantopp.. hmm sekian lama pusing2 dan mencari kami masih tak menjumpai Gerai yang diceritakan hb ku itu.. sedey gak aku, cam kempunan nk rasa Mee Kari yang dikatakan sedappp giller tue.. mungkin kedai tu dah pindah atau tak buka berniaga kot.. xperlah,,,
untuk meneruskan misi jalan2 cari makan kami, kini giliran aku pulak memperkenalkan sebuah kedai ikan bakar paling bestt dan sedapp di Tanjung Lumpur. Kenangan ke sini semasa Fiesta Media Idola suatu masa dahulu bersama Tipah dan Cam Anuar mengingatkan aku tentang kesedapan makan ikan bakar di sini. Harganya juga berpatutan dan memang kena seleraku dan hb.. di Gerai Ikan Bakar Tini, di sinilah kami memesan Ikan siakap seberat 500g di masak stim dan kailan ikan masin ... fuhh walau agak lama menunggu ikan kami di masak, tapi amat berbaloi sekali kerana keenakan ikan segar dan masakan stim yang sedapp dan hingga tak cukup kuah stim tue dibuatnya..hehe.. syok punya syok makan, masa makanan sampai pun daku tak sempat nk snap gambor, al-maklumlah perut dan mata tak sabar2 melihat dan memakan hehe..
dah licin...
selepas agenda makan malam, kami meronda dan melihat keindahan Bandar Kuantan di waktu malam. Memang ada keunikan tersendiri namun jika diamati dari segi hiasan lampu jalan dan seni menghias jujur ku katakan, di perlis lagi cun dan meriah hiasan lampu dan seni hiasa bandar yang pelbagai dan cun2 tau.. bukan nak puji kangar, perlis kampung hb ku, tp jujurlah dari mata daku yang sememangnya pencinta hiasan lanskap dan hiasan lampu2 jalan nie..
setelah penat dan puas berjalan, kami pulang ke hotel kembali... wah.. rehat2 pula dalam bilik sambil menonton tv.. boom Zzzz esok nya....
Hari ahad pagi.. aktiviti kami sebelum balik ke KL... wah.. pagi2 lepas subuh shj daku dah bersiap2 kemas sedikit2 dan mandi air panas lah apa lagi kan.. hehe.. Lepas tu kami menjamu selera bekfas laa di Hotel Seri Malaysia.. Mcm2 ada.. kami sapu semua hehe.. mesti perut ku pun terkezut melihat byk makanan yang masuk pagi nie..heheh..
Antara menu pagi adalah mee goreng, nasi minyak kari ayam, bubur nasi, telur, roti bakar dll lagi mmg tak ingat pun namanyer hehe..
selepas tu kami jalan2 di sekitar hotel sambil melihat keindahan di waktu pagi. Tidak lupa hari ahad adalah hari Bapa, jadi masing2 telefon ayah dan abah masing2 untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa..

No comments:
Post a Comment