Kiriman email daripada Hairun Nisah binti Suleiman. Lis rasa sesuai dijadikan bahan bacaan dan ilmu untuk kita kongsikan bersama.
Siri 1: Tahukah Anda?
Binatang Berpuasa Pada Hari Asyura?
As Syafie dan An Nasyiri
mengatakan bahawa sebahagian binatang
juga berpuasa pada hari Asyura.
*
Ada seorang
yang bernama Fatah bin
Syukruf. Dia sangat suka memberi makan
kepada semut setiap hari dengan roti yang dipotong kecil-kecil.
Tetapi apabila tiba waktu hari Asyura ia mendapati
bahawa semut-semut itu tidak mahu
makan roti tersebut.
*
Pengajarannya:
Kalau semut boleh berpuasa pada hari tersebut,
malulah kita kalau tidak mampu berpuasa sunat.
Takkan puasa di bulan Ramadhan je???
Siri 2: Tahukah Anda?
Sudut Sirah: Hijrah
*
Kenapa Saidina Umar Bin Al Khattab
memilih tarikh hijrahnya nabi saw. dari Makkah ke
Madinah sebagai tarikh permulaan tahun Islam?
*
Kenapa tidak diambil sempena peristiwa tentera bergajah?
Kenapa tidak peristiwa perkahwinan nabi dengan Khadijah
atau Aisyah dan lain-lain peristiwa?
*
Jawapannya :
Oleh kerana hijrahnya nabi saw. dari Makkah ke Madinah merupakan titik tolak
kepada zaman keagungan dan
kegemilangan umat Islam, maka sebab itulah Saidina Umar
memilih tarikh tersebut supaya umat Islam mengkaji
dan meneliti, kenapa generasi sahabat merupakan generasi
contoh dan gemilang.
*
Pengajarannya :
Kita sering meraikan kedatangan Maal Hijrah dengan memperingati zaman
keagungan dan kegemilangan
Islam, tetapi kenapa kita berada di dalam keadaan
hina dan tidak gemilang???
Lu pikirlah sendiri...
Siri 3: Tahukah Anda?
Takbir
*
Pada setiap kali tibanya hari raya
Aidil Fitri dan Aidil Adha kita diminta mengingati
peristiwa peperangan Ahzab di dalam takbir yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah telah menghancurkan tentera
Ahzab dengan Esanya."
Persoalannya
Bukankah Hari Raya hari bergembira dan bersuka ria,
kenapa kita harus memperingati peristiwa peperangan yang
menyayatkan hati? Kenapa tidak disebut peristiwa-peristiwa manis
seperti cerita perkahwinan Rasulullah dengan Aishah
dan lain-lain?
*
Pengajarannya:
Allah swt. meminta umatNya bergembira dan bersuka ria pada Hari Raya, tetapi Allah
memberi peringatan kepada umatNya, walaupun sedang bergembira mereka tidak
boleh lupa, bahawa nun di sana orang-orang yang tidak sukakan Islam, tanpa mengira
pegangan aqidah, bangsa, keturunan akan bersatu menentang Islam sebagaimana
bersatunya mereka di dalam peperangan Ahzab.
Siri 4: TAHUKAH ANDA?
Kenapa Dinamakan Air Zam-Zam
*
Setelah air memancut keluar daripada bumi,
hasil daripada hentakan tapak kaki Nabi Allah Ismail A.S yang
masih bayi itu, lalu ibunya, Siti Hajar cepat-cepat membatas air tersebut sambil
menyebut perkataan "Zam-Zam" supaya air tidak mengalir
keluar. Jadi makna (Zam-Zam) ialah "batas-batas".
*
Siri 5: Tahukah Anda?
Peristiwa Hijrah
*
Di dalam peristiwa hijrah,
Quraisy telah menawarkan hadiah sebanyak 100
ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap dan
menyerahkan Rasulullah s.a.w kepada mereka samada
hidup atau mati.
Jika seekor unta sekarang berharga lebih RM 3,000.00 ,
betapa mahalnya nilai hadiah yang
ditawarkan?
No comments:
Post a Comment