Recent Post
Thursday, September 17, 2009
Cuti-cuti Malaysia Melaka Bandaraya Bersejarah
Tanggal 17 Ogos lepas, destinasi Jalan jalan cari makan dan percutian kami sekali lagi ke Melaka bandar bersejarah..Kunjungan kali ini turut sempena Ulang tahun perkahwinan kami yang kedua pada 19 Ogos 2009...
Mengingati kembali saat kami ke Melaka semasa title "darah manis alam bertunang" hehe hmm masa nie kami baru lah bertunang... ke Melaka sambil memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan kerja ku dan sambil itu kami jalan2 di sekitar bandar Melaka.
Ni posing maut kat meriam ..jgn meletup sudahh heheh,...
Kali ini kami sempat mengunjungi Dataran Pahlawan, Kota a Famosa dan membeli belah di Dataran Pahlawan...
posing plak dekat2 beca Melaka yang penuh sejarah nie...mana nak ada tempat lain ye dakk??
Namun sesekali berjalan-jalan di sini, risau pada wabak H1N1 ini kerana kebanyakan orang melayu di sini semuanya memakai mask.. hmm daku n hubby ker tidak memakai mask..
Mata ku meliar melihat gelagat orang, ada seorang kakak ni mengenakan tudung ala Arab yang tutup muka tu..
Cantik bang!.amik gambar kat sini..monumen Melaka bersejarah di tengah-tengah kolam ikan ..
Paling seronok bila dapat beri makan ikan di kolam yang berada di tengah-tengah Dataran Pahlawan.. ikan-ikan tu semua sayang kat Lis tau.. Lis suka tengok ikan-ikan nie..bersungguh mereka makan.. walau di beri warning oleh Pak Guard situ, Lis selamba jer buat-buat tak dengar, janji ikan-ikan ni semuanya kenyang makan roti gardenia jagung hehe.. sedap kan Ikan??
Malam pula, saat yang di nantikan..kami menyusur Bandar Melaka dan menuju ke Umbai..
Nak merasa masakan restoran yang sering kali menjadi buah mulut orang dan terkenal kerana pernah menyertai Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Excited betul nie.. sanggup skip minum petang utk menantikan menu malam hehe..
Kami memesan Ikan Siakap masak stim, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, buah2an sepinggan dan air
tak sempat sangat nak snap (dah lapo laa), menu sampai terus ngapp.hehe
sotong goreng tepung dia sedapp (4/5 bintang)..tak sempat snapp loo..
Rating keseluruhan
Layanan 3/5
Kebersihan 3.5/5
Kesedapan makanan 3/5 (di Kuantan lagi sedapp oooo)
Keindahan kedai 3.5/5
Maybe next tima jika datang, deqlis akan cuba masuk kedai lain pula, mungkin kedai Palembnag yang teletak di hujung sekali bersebelahan laut nie terlalu ramai orang maka masakan kureng kickk sikit..mungkin sebab nak cepat kot.. tp boleh laa..
cuma daku high expected laa, sebab tempat terkenal kan? ingat masakan lagi sedap dari Kuantan.. rupanya masakan ikan siakap stim di Kuantan lagi marvelloussss....
perrggghh sekali cuba nak cubba lagi beb!
ok laa.. nanti datang lagi Melaka, nak rasa masakan asam pedas nya pula.. InsyaAllah lain kali jika diizinkanNya.
adios..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment