salam semua,
Di sini ingin sekali diriku menyeru rakan-rakan dan semua umat Islam agar jujur dan ramah mesra ketika melayani pelanggan anda masing-masing. Tidak kiralah bagi peniaga online mahupun offline. Layanilah pelanggan anda secara adil dan saksama bukan memikirkan keuntungan semata-mata.
Pengalaman saya sendiri di dua buah bazaar ramdhan yang berbeza..
Di lokasi A,
Diriku memang peminat murtabak, jadi jika jumpe murtabak confirm beli..
yang menyedihkan diriku adalah saat membeli murtabak 2 keping..murtabak ayam ya! Diriku memang tak makan daging..
diriku menunggu giliranlah sebab nak tunggu murtabak tu masak.. ada yang order 2 seperti ku, ada yang order 3, ada yang order 4 keping.. aku sabar laa menanti giliran (bulan puasa) hingga laa macam nak terbatal puasa ku apabila 3-4 kali adik yang menjaga order nie memberikan 1 murtabak ayam pada pelanggan yang baru tiba.. sepatutnya pada yang menanti lama nie lah di utamakan dulu, bukan beri pada pelanggan baru sampai, walau nak beli satu sepatutnya tunggu giliran hingga kami yang nak dua ke empat keping nie selesai...
Kalu tak ingatkan puasa daku memang direct sound laa kat adik tue, "mcm ni punya berniaga esok lusa orang dah tak mai laa dik" tapi sebabkan nak jaga puasa nie, aku cakap kat hubby jer lahh.. tak tau laa budak tu dengar ke tak.. aku cakap last sekali kat hubby "klu macam tue kita pun mintak satu keping jelah..." tak payah tunggu lama lama..kamg sekali lagi pusing balik mintak sekeping lagi..sebab tak aci mintak sekeping terus dapat.. ada sorang kakak sebelah ku pun dah tention menunggu.. last2 nak cepat dia amik satu ayam dan satu daging yang memang ada banyak daging di tray..
Al-kisah di bazaar ramadhan lain pula (Lokasi B),
Aku excited laa nak makan otak-otak.. beli lah sampai 10 ke 15 papan..
sedihnya bila balik nk makan buka 3 jer elok bolej di makan, yang lain semua dah berair dan macam dah lama2 punya.. BASI..ehh sanggup nk menipu tue.. dah lah peniaga Islam.. itulah peniaga yang fikirkan keuntungan semata-mata.. Diriku siap cakap dengan hubby, selagi peniaga tu tak buat solat taubat menyesali perbuatan dia, selagi itu aku tak maaf kan dia.. " hah tanggung laa dosa menipu" baru ku perasan semasa budak lelaki tu nak amikkan otak-otak yang aku pesan, 3 dia amik dari tray kanan, selebihnya dia ambil dari tray kiri.. (maksudnya??? dia tau yang tray kiri tu otak-otak yang dah expired!!)
sabr jer lah kan??
jadi sebagai peniaga, sama2lah amik ikhtibar, walau meniaga online mahupun offline..
walaubagaimanapun setakat kini, diriku dapat merasakan membeli secara online lebih baik kerana selama dah berpuluh-puluh kali shopping secara online dari makanan, pakaian dan makanan kesihatan dll alhamdulillah di terima dalam keadaaan baik. Tiada penipuan... Mudah2an semua peniaga begitu. Amin
Salam ramadhan, sekadar secebis coretan dari pengalaman ramadhan ..
No comments:
Post a Comment