Recent Post

Thursday, October 8, 2009

10 Syawal Tok masuk HUKM

29 September 2009 (Selasa)-
29 September 2009 (Selasa) - Hari ini kembali ke dunia metropolitan kembali setelah lebih kurang 12 hari meninggalkan rumah dengan suasana kampung, hijau, bendang, laut nan permai dan damai... mula2lah keriuhan kota kembali...

Membran otakku seakan2 pening sedikit.. nak kembali sesuai kan diri di sini.. hari nie keletihan..nak duduk rumah jer.. cuma keluar ke Giant beli barang sedikit..

Malam hb ku kerja.. huhu mengadap pc dan TV sahaja..

Sibuklah jugak daku mengemas barang2 yang di bawa balik dari Perlis dan susun atur barang2 dalam rumah.. semua ny aperlu di kemas..

cuci baju kotor dsb...

fuhh penat beb! last2 pengsan depan TV..hihi

Tiba2...
Diberitahu oleh ayah dan Cik T, Tok sakit tenat dan di masukkan ke emergency room di HUKM.
Lama tok dlm ER. dari 7 pagi hinggalah 4.30 ptg baru Tok keluar dan di masukkan dalam wad.

Daku dan hubby sempat menunggu Tok semasa Tok di ER. Selepas itu, aku masuk ke ER dan pembantu perubatan, doktor, mak Jang, Mak Ngah dan Mak Su membawa Tok ke Wad Perubatan 2E katil 25.. nazak Tok Sabariah ku.. sedih sekali.. Pilu lagi rasa hati bila melihat muka ayahku persis muka ibunya. Saling tak tumpah...

sampai malam daku dan hubby di wad. Ramai anak2 Tok dari jauh dan dekat berkunjung. Ayahku juga hadir pada sebelah malam bersama mak dan adik tecit ku Sarbrina dan adikku dan tunangnya.

Daku doakan terbaik untuk Tok ku.

No comments: