Recent Post

Friday, December 11, 2009

Roti Jala Kari daging

Hari Khamis lepas daku fisrt time masak daging di rumah nie...hihi..pelik tapi benar...
memang daku tak pernah nak masak daging nie..sebab daku memang tak makan daging..(kejam ker??) ahakz... daku rajin masak ikan jerkk..jgn mare aaa....

walaubagaimanapun raya haji lepas ayahku telah buat korbann jadi dapat banyak jugak daging..jadi tetiba tergerak hati nak amik sikit bawak balik ke bukit jalil simpan dlm freezer dan nak masak untuk hubbylah sebab dia makan daging...

kebetulan MIL n FIL serta adik ipar nak datang petang Khamis lepas untuk sama2 memenuhi undangan Mak Teh Munni dan Pak teh meraikan majlis perkahwinan anak sulung mereka iaitu Linda.. apa lagi fikirlah nak masak apa ya?? hmm daging ada... timbul la idea nak buat Roti Jala atau roti tirai kata org utara... makan dengan kari daging...

masa masak nie bismillah lah banyak2..sebab daku pun tak makan daging, bab nak rasa2 pun jenuh sebab hubby keje... buh laa campak2 jerk mana patut...

bila siap, sebelum hidang tu daku suruh hubby laa rasa... alhamdulillah lepas tambah air sikit hubby kata ok, sebab daku wat kuah pekat heheh...

lepas tu daku hidang lah....
Photobucket
alhamdulillah semua suka makan...MIL cakap sedaplah macam nie... syukurlah first time masak daging ok..daging pun lembut dan habis licin semua..hehe... hubby ku memang klu daging keras macam biasa pernah makan kat kedai dia komplen laa..klu sedap lembut dia mmg cakap sedap daging lembut..hmm nasib baik daku masak sampai lembut gak daging tue....hepi laa...

selain tue daku buat cempedak goreng untuk mereka... nie pun cempedak dari kebun Pak Teh di Paya Jaras yang dijaga oleh anak buahnya iaitu mak daku...manis sungguh cempedak nie walau tanpa sebarang penjagaan dari tuannya...

sampai ke malam lah kekenyangan makan cempedak dan roti jala nie... sempatlah jugak mak dan abah Khalisa datang malam tu merasanya...sorry laa dh sejuk...hehe

No comments: