Recent Post

Monday, March 22, 2010

Seharian Jalan2 KLCC...

HUhhhhh...jenuh lah daku nk berblog dah sekarang huhu.... nie laa berkesempatan hujung minggu (itupun jika tak kuar jenjalan) hari lain tue TUAN BESAR guna lappie nie huhu...

ok lah nie nk update masa g jenjalan ke KLCC... satu hari suntuk lah daku jadi model kat sana keh keh keh...

so jika bercerita pasal KLCC nie...mmg satu2 benda unik di dunia laa bg diriku... hari2 daku leh nampak dari balkoni rumah daku kan... tp walau hari2 leh nampak pun..tetap hati meronta2 nk jugak cuci mata melihat KLCC dari jarak dekat...selain pelbagai tempat menarik spt AQUARIA KLCC, PETROSAINS KLCC, TAMAN BUNGA KLCC dan SHOPPING COMPLEX (haa nie tak yah cakap lah....) hehe..

yg penting hiasan dalaman dan struktur bangunannya memang subhanallah... cantik...lagi2 waktu malam...

ok nie daku petik dari suratkhabar...(siapa lum baca leh baca info menarik tentang taman KLCC)

16 Januari, 2009 12:05 PM
Taman KLCC, Oasis Di Tengah-tengah Bandar
Oleh Nurul Halawati Azhari

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Taman KLCC yang berlatar belakangkan struktur hebat Menara Kembara Petronas bukan saja mudah menggamit mana-mana pengunjung tetapi keindahan landskapnya menjadi tempat sesuai untuk menghilangkan rasa stress kehidupan kota.

Kewujudan taman hijau seluas 20 hektar di tengah-tengah hutan batu Kuala Lumpur ini memberikan sisi pemandangan berbeza Malaysia yang memang kaya dengan flora dan fauna.

Taman ini, yang menjadi sebahagian daripada ikonik Menara Kembar Petronas, direka bentuk oleh arkitek landskap dan pencinta alam terkemuka dunia, dari Brazil, mendiang Roberto Burle Marx.

Ia merupakan testimoni mengagumkan bagaimana pereka ini menyeimbangkan di antara pembangunan dan memulihara alam semula jadi.

Untuk memikat pengunjung, tema air disertakan bagi mencetuskan suasana santai dan salah satu daripadanya ialah Tasik Simfoni.

Tasik ini memiliki dua air pancut dengan 30 jenis animasi yang berubah setiap 15 minit. Keindahan dan liuk-lentok pancutan air lebih nampak jiwanya apabila disinari cahaya lampu di waktu malam.

Untuk lebih menikmati suasana santai di waktu petang, seseorang itu boleh menyusuri trek joging sejauh 1.3 km. Trek ini akan membawa pengunjung mengelilingi taman yang diliputi kawasan berbukit, landskap-landskap kecil dan tempat berteduh.

Turut disediakan ialah mural dan kemudahan asas awam serta kolam merandai untuk kanak-kanak dan kawasan permainan kanak-kanak seluas dua hektar.

Ia bagaikan taman mini untuk kegunaan pekerja pejabat, warga kota dan pelancong di kawasan berhampiran.

Maka tidak hairanlah jika taman ini menerima di antara 2,000 hingga 3,000 pengunjung setiap hari, malah meningkat berkali ganda terutama ketika warga kota meraikan Ambang Tahun Baru dan Ambang Merdeka, menjadikan jumlah pengunjung ke taman ini setiap tahun melebihi 1 juta.

SEJARAH TAMAN KLCC

Taman KLCC yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 ini oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu daripada komponen penting di dalam pelan induk pembangunan KLCC seluas 40 hektar.

Taman ini diwujudkan sebagai sebahagian daripada komitmen Petronas terhadap usaha penjagaan dan pemuliharaan warisan alam negara, maka kawasan yang asalnya Pusat Lumba Kuda Kuala Lumpur ini kini menjadi kawasan rehat dan riadah kegemaran warga kota.

Sentuhan Marx, perekanya, dilihat melalui penggunaan pohon-pohon tempatan yang subur, reka bentuk bulat dan bersegi serta gabungan rupa bumi beralun dan padanan landskap yang pelbagai.

Jika berpeluang ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hasil sentuhan Marx ini lebih jelas untuk dilihat menerusi dinding kaca di sepanjang ruang legar aras satu bangunan itu.

MEMULIHARA BIODIVERSITI SEDIA ADA

Menurut Pengurus Besar Kanan, Bahagian Undang-undang & Hal Ehwal Korporat Petronas, Mohd Azhar Osman, Taman KLCC berbeza berbanding Central Park di New York dan Hyde Park di London.

"Selain menyediakan tempat beriadah dan melepas lelah bagi para pengunjung, ia juga bertujuan menawarkan perlindungan dan habitat semulajadi kepada flora dan fauna di dalam bandar," jelas beliau.

Taman KLCC boleh dibanggakan apabila ia mengekalkan sejumlah 63 batang pokok matang yang hidup di tapak taman semasa di bawah pengurusan Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur.

"Pada waktu itu, pokok-pokok yang mencapai usia berpuluh tahun ini dialihkan seketika sebelum dipindahkan semula ke taman ini beserta dengan rumput dan lapisan atas tanah kelab itu.

"Agak nostalgia kerana selain pokok-pokok yang sudah berusia, rumput yang kita pijak ini juga adalah rumput yang asal," kata Mohd Azhar.

Kini, selepas 10 tahun, taman urban ini menjadi tapak kepada 1,900 batang pokok serta palma daripada 66 spesies.

Mungkin ramai yang tidak menyedari, di taman ini juga ditanam pokok buah-buahan tempatan seperti longan, duku, jambu bol, rambutan dan juga manggis. Sebahagiannya ada yang sudah mula berbuah tetapi bukan untuk santapan orang ramai.

Ia lebih kepada konsep untuk mendidik sambil memelihara flora dan fauna.

TAMAN KLCC PERLU MASA UNTUK MATANG

Taman KLCC bagaimanapun belum boleh dibandingkan dengan The Garden of Versailles di Perancis atau The Eden Garden di Cornwall, England tetapi kedua-duanya menjadi tercantik dan popular setelah mengambil masa beratus-ratus tahun sedangkan Taman KLCC baru berusia 10 tahun.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Mohd Nor, berpendapat sungguhpun tidak dapat menandingi sejarah setiap taman itu, namun Taman KLCC memenuhi ciri-ciri taman urban yang disesuaikan dengan kepesatan pembangunan.

"Sejarah kewujudan taman bermula 3,000 tahun sebelum Masihi lagi. Kebanyakannya dibina atas perkenan raja dengan tujuan kesihatan, sumber makanan, herba dan liburan. Maka taman-taman yang dibina ini memiliki keunikan dan ciri tamadun zaman berkenaan.

"Hari ini, ciri-ciri pembinaan taman berkembang mengikut peredaran zaman hingga muncul konsep taman urban atau taman dalam bandar yang meliputi empat perkara iaitu untuk keperluan ekonomi, pemuliharaan, kajian dan juga pendidikan," jelas Dr Salleh.

Dr Salleh berpendapat Taman KLCC mewakili ciri-ciri taman urban yang dinyatakan beliau.

"Ia diakui mengambil masa dan memerlukan usaha yang berterusan. Namun,warga negara Malaysia khususnya penduduk Kuala Lumpur boleh berbangga dengan keindahan dan keunikan landskap Taman KLCC," katanya.

-- BERNAMA

So masa sampai2 Menara KLCC (MENARA BERKEMBAR KLCC) nie daku jalan2 dalam bangunan...hubby ku dengan hobi nya suka mengambil gambo... manual tau...
jadi daku lah seperti biasa jadi modelnya ha ha ha... nie masa diet2 ngan super maxx 5+1 nie.. so mkn Subway laa ... nyum3x..... jemput makan..

 nie daku hubby CU
TUNA SUBWAY... perrghhh fav nie..
Jika masuk Subway mesti ..yg nie laa daku mintak....banyak sayur2...best suka2x..
jap lagi nk jalan2 kan so..isi perut dulu..hehe...

Nie kat mana? keje hubby ku laa nie...amik gambo dalam Kinokuniya sampai kena tego' ngan security dia..hahahaha... sorry sir can't take picture here... hehe..lalalalala dah tu wat dekkk jer laa...terus hubby tutup lens dia ... jom baca buku bang.... sempat juga daku membaca buku... rasa bila dah ada dalam nie macam takmo g tempat lain...seronok tue baca buku... yg penting baca buku FREE yihaaaa...keh keh keh..
nak beli buku2 kat malaysia nie mahal2... ada2 buku sj yg ku pilih2 utk dijadikan koleksi...
dah puas membaca.... kami gerak pula ke taman bunga... hehe ishhhhh nk dating laa jgn kaco hehe...

eh nie sempat laa meninggalkan jejak dan tapak ku di depan Kinokuniya KLCC
atte..terperasan cun pulak...keh keh keh... hmm dlm hati tembam ker aku nie..huhu...
(temban sikit dakk?) hehe.. diet maintain ku teruskan jua.. walau lambat2 asal selamat..

jadilah model lagi hehe... nie berdiri kasi nampak tulisan petrosains tue yer bang,....
hehe...akhirnya berjaya jugak..sebab jika salah tekan manual nie tulisan belakang tu tak nampak ...
cayalah hubby ku dah terror.. pasnie leh beli kamera DSLR pulak..insyaAllah..
terus kami jalan2 ..sampai di HOT SCIENCE Petrosaina KLCC pula...
wahh dulu takde nie..sekarang g dah ada lak mende nie...bagus2..leh dtg bawa anak2 ke sini..
free jer masuk..melainkan petrosains tu mmg kena berbayor... kali ni daku n hb tak masuk dah petrosains..dulu dah pernah dah masuk... tempat menarik juga utk dikunjungi..paling seronok masa masuk ke bahagian plantar minyak... syokk ras amacam kat tengah2 laut tau...
nie daku pulak jd photographer... hb tgh layan questionnaires dkt HOT SCIENCE nie...
yg canggih nya alat ni leh snap gambo kite pastu masuk dlm sistem mereka...
nk jawab soalan manual (TAIP) atau nk terus cakap pun boleh ada VIDEO... so org lain yg dtg leh baca komen/pandangan kita pula... daku layan tgk org2 lain nyer video... hehe..
  dah penat jalan2 di dalam..kami turun pula ke Taman...
cak!... rehat2 makan angin kat sini..
tgk gelagat org ke, pelancong ke, dan mcm2 lahh..
Inilah antara gelagat pengunjung KLCC nie... posing dik jgn tak posing...
dalam hati ku terdetik.. wah seronok adik nie.. santai jer..jalan2 ngan kawan berdu ajer ker??
hehe... sambil2 tue hb ku pun sibuk laa snap sana snap sini... hehe
nie satu lagi gelagat adik yg sama... jgn mare yer dik akak wat liputan pulak kat blog 
akak ni.. hehe.. mana tau kot adik terbuka blog akak nie..
leh kasi gambo yg adik tangkap tu yerr..hehe..

sambil duduk2 depan air terjun nie...ada pulak burung ni terkedek-kedek berjalan depan kami..
"bang cuba snap burung nie" kata ku saat itu pada hb ku..nie laa hasilnya
nie pulak meeting mat2 bangla kot hehe...
tp yg penting nya gambo nie...suasana air pancut yg menjadi tarikan KLCC...selang beberapa minit mmg corak pancutan air dia berubah2... tu laa daku layan ker tgk..hehe.. sambil2 nk tunggu malam di KLCC..
yer..mestilah sampai malam kan? sebab nk amik scene malam..haa tunggu
setelah hilang penat...dah rest tgk org kan tadi hehe.. sekarang dh start lah keje daku as model tak berbayor nie heheheh...lalalalalal.... layan jer lah erkk..

hepi nampak?? heheh... inilah taman KLCC cenggitu laa kot daku nk cakap masa nie..
sambil2 tu daku nk berceritalah sikit..Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.
tulah serba sedikit yerr... 

cantik tak? bunga2 di taman KLCC...

nie dah tak tau nk gaya aper dahh... kira daku kasi nama nie gaya pesalah hahaha..
jgn mare daku gurau2 jerkk...

suka laa gambo nie... nampak panorama yg cun... mestilah kan...
luas tau taman KLCC nie... sambil2 cuci2 mata tgk scenery nie daku nk share info
Taman KLCC klu uolls semua nk tahu ianya seluas 17 ekar (69,000 m²) yang tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak. So sesiapa yg ke KL jgn lupa dtglah berkunjung ke Taman KLCC...mesti seronok punya...
jika nk dtg berjogging pun boleh,,lorong jogging yg disediakan jugak best..
duduk pulak...penat dah posing beb... ingat senang ke jadi model..
part time nie pun dah terkucil hehehe...

nie nk dekat malam dah nie...tp masih lum malam tau..posing skit..heheh..
sedikit lagi info KLCC...Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat. Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.

haa..sambil layan2 blog daku tue leh gak tau info kan...?
hb ku ..thumb up yer bang...  seronok bawa daku jalan yer..hehe..

kami setia menunggu malam... mesti keindahan cahaya pula menjadi daya tarikan di sini.. ramai juga photographer2 lain yg sama2 turut tidak melepaskan peluang merakamkan keunikan dan keindahan KLCC.. 
lagi info..pasal kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini didirikan atas konkrit bertetulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali. Konkrit yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli; however, oleh itu bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli yang seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter dan segelang luar tiang super yang beruang legar, menara-menara ini menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas 560,000 meter persegi (669,754 ela ps). Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.
saat2 dinantikan...suasana malam nan indah di KLCC...
cantik tak? maksud ku background.. isshh..
daku?? hmm mmg laah cantikkan??hehe hb ku yg cakap keh keh keh..
jgn mare,,,daku gurau2 jerkk... saja2 terperasan sebab klu kkorang nk tahu masa nie dah penat giller tau
hampir menjelang senja..... dan hari nak semakin gelap..
dah malam...beginilah keindahan KLCC..

cantik...  kuasaNya kan mengizinkan bangunan sebegini rupa berdiri mantap dengan lampu2 yg menarik
dlm nie pun mcm2 ada.. cinema pun ada..tp hari tu semua movie citer tak berapa best laa... so mmg kami jenjalan di sini sambil hb ku praktikkan kamera barunya itu...
ruang solat juga boleh di puji... dulu kecik jer kat tingkat atas..atau kena berjalan jauh ke masjid as-syakirin sebelah KLCC nie... tp sekarang dah ada (hmm lama jugak dah..tak ingat sejal bila) surau KLCC yg hebat.. syok jer jika masuk solat dlm tue... suasana tenang, bersih, berhawa dingin, ada cermin besar dan tempat wuduk yang teratur... yg penting kawasannya luas dan selesa sekali.. tahniah lah pada pihak pengurusan KLCC.. itu yg membuatkan daku suka ke sini.. sebab kemudahan yg disediakan SUPERB beb..
sambil2 jalan2 cuci mata dan shoppping (nie bila time mood nyer dtg hehe)

Inilah antara gambo2 yg di ambil hb ku..tgk ada perbezaannya..walau gambo yg sama


tgk betui2....

haa nielah hasil yg paling superb... nampak dakk??

oklah...nnti ku sambung lagi...'oohh byk lagi adventure ku n hb di KLCC nie pada hari tersebut..
dalam KLCC dan adegan daku n hb  bila nk balik ..sampai KLCC nie tutup tu yg daku kate td kan??? hehe

tbc

No comments: