MELAKA Bandaraya Bersejarah....
Pada 11 Apr kami jalan2 seharian di Melaka bersama hb ku tersayang, MIL & FIL, Iman dan Cunnie/wanie adik iparku....jalan sekitar Bandaraya Melaka... sebelum tu singgah di rumah Khalisa Iman....curi dia..ha ha ha... mak lang nk lelong kat Melaka...heheheh.... adehhhh..Iman Iman... Iman pantang ajak jalan..pe lagi...dia memang kuat jalan... ala cayang Iman naper tak senyum tue... masyammm jerkk..
mood dia kurengggg sikit... tp bila dah bawak jalan ok pulak... takde sikit2 nangis dah... janji layan laa dia..nk minum air ku bagi air.. nk beli jeli kelapa muda, mak tok dia beli hehe... daku minum supermaxx5+1 pun dia nk sikit..hahaha..ada laa kasi 2-3 sudu... isshh Iman nk kurus gak ker???
Sampai2 si Melaka ada pertunukkan pocco2x laa... layan...
Iman nie dengar muzik kuat2 dia takut..
hehe..
Jom jalan2.. Iman larat ke ni??
larat....Iman naik turun Bukit di Kota A' Famosa nie sendiri tau...
sakan laa dia jalan...
bila turun tue dia nampak penat n mintak ku dukung..hehe..
nie ramai abang beca...
eh teringat lagu...ABANG BECA..
LIRIK LAGU ABANG BECA (BROERY MARANTIKA)
abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh,
abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh.
dari pagi hingga matahari terbenam,
barat timur selatan serta utara,
hujan panas tiada menentanginya,
abang beca, abang beca, abang beca-ca-ca-ca-ca!
abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh.
Senyum.....Pak Lang nak tangkap gambo kiter nie.. mak lang nk cerita pasal sejarah Melaka nie..ceh ceh macam ingay yer... ada laa ingat sikit2x..sejarah Mak Lang dulu A taw..hehe... Iman nk tau ker??? meh Mak Lang citer...(macam Iman baca blog Mak Lang ek?? takper..nanti Iman dah besar ..pandai membaca..confirm Iman leh baca k..) hehe...Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api..
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670"
A Famosa
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa.
Selepas posing2 depan A'Famosa..
kami naik Bukit St Paul pula.... Iman excited panjat bukit nie hehe...supaya tak jatuh daku pun pegang laa tangan si Iman ni... dia hepi jerr..jalan2 lah katakan....sambil2 excercise.. hihi... haa nak tau citer masa nak naik tangga tu.. ada sorang pelancong nie dari mana pun tak tau laa... muka cam chinese... kira chinese boy atau korea ke enggak laa daku tahu... dia suka kot tengok Iman...
dia pun snap gambo Iman naik tangga...
hehe...ada peminat yer?? kecik2 dah ada peminat nie... dah besar pening kepala kot nak pilih...hihihi... Iman nanti dah besar jadi orang Perlis...so jadi gadis melayu terakhir tau....jangan nakal2...dengar kat emak ayah... Gambar di atas Iman sedang berkeliaran dalam tinggalan Gereja St Paul yang telah menjadi pusat pelancongan utama di Melaka.... kira Melaka ni walau pun kecik tetpai banyak tempat pelancongan dan bersejarah yang semua orang nk lawati kan?? rasa ku jua.. Negeri Melaka lah antara negeri yang paling banyak dah daku kunjungi...kira2 klu dari kecik memang Melaka lah negeri paling kerap ku kunjungi... First time datang masa darjah satu..rombongan sekolah... seronoknya masa nie..yerlah tak pernah jalan jauh ikut rombongan kan? sekali dapat jalan sehari suntuk jugak...bas rombongan hantar ke rumah dekat 11 malam...ingat lagi makku tunggu depan pintu rumah... masa ni daku gila beli kipas dan key chain... zaman kanak2 daku lah katakan... nampak nyer dah tua dah daku nie huhu...
Senyum Iman... "hai susah nyer dia nak senyum..kecik2 dulu pantang nampak kamera sakan posing n senyum..."
Sampai kena dukung dengan Mak Tok dialah... adoii2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! naper garu kepala tu?? tau3x...nie mesti letih n dahaga kan??? hihi
sambung sejarah lagi...
Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".
Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.
Di bawah gereja ini terdapat Kota A Famosa. Cukup untuk Iman...hehehe...nanti besar Iman datang sini baca yer... hehehe..itupun klu blogspot ni wujud lagi laa...
Masih jalan2.... Puing Gereja St. Paul yang terletak dalam kota A' Fomosa, Melaka Wah! Abah sedang membaca info sejarah yang terdapat di penutup kubur. Banyak tue tinggalan sejarah... Kelihatan batu penutup kubur yang telah dialih dari lantai dan disandarkan ke dinding kota. Isshh...daku pun pelik kan...kenapa cam takde perasaan macam g kubur2 lain ke sini..? walau ada penutup kubur bagai.... rasa sebab tempat nie lebih kepada pelancongan dan begitu ramai orang di atas nie yang sama melepak atau kata2 manisnya bersiar-siar.... sebab tu lah gaknya...rasa ku jer...
Gelagat Iman... tengok Mak CU Cunnie dia wat gitu dia pun tiru gak..hehe...lucu laa... alaa comey....
.....Mak Lang sempat laa snap... Iman ni memang... teringat daku nie nk amik gambo dengan dia.. jadi daku pun tenggek laa kasi sama rendah ngan dia...pastu dia pun ikut style aku gak..tenggek gak...hahhahahh
pecah perut ku lihat gelagat Iman..
hai..Iman sombongg arr... nak snap jer lari...snap je lari...
tengok tue bukti3x....hehe..
macam mana laa nak jadi medeling nie...hari tue mak bukan dah register kat modelling agency kaa??hah ha ha ha...
cancel lah gituw...hehe..
apa laa Mak Lang pun dah lalut nie..hihi
Penat di atas...kami pun turun ikut pintu kecik....sebelah bangunan lama Melaka juga.... masa ni laa Iman dah tak larat...
mintak dukung... hehe.. daku habaq laa.. issshh Iman sikit jer lagi nie nak abis tangga... penat nie dia...sure malam nanti tido lena... silap ngigau panjat tangga hihi....
Kami keluar ikut pintu yang ada signboard anak panah BUKIT ST PAUL.....
daku?? still laa ngan diet.. ehh MAKAN tp DIET heheh...
Jalan2 pula tengok beca.
nie..mak tok pulak dukung Iman... Iman dah penat hihi..................
tunjuk apa tu Iman???
Melaka Cruise....
nak naik?? RM 10/head tak silap ku...
sampai ke malam pun ada.. eh jadi promoter pulak daku hehe...
Melaka Cruise nie melalui Sungai Melaka... haa Sungai Melaka dulu
merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, petempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Jalan-jalan menyusuri sungai Melaka... Iman dengan Mak tok dan Tok wan dia.... amboi sukanya dia....
lagi suka laa bila dah dapat...Jeli kelapa muda...hehe..
tp macam tak reti makan jeli nie???? dia nak air kot...biasa minum air ..mesti pelik kot mende pe berketul2 nie hehehe..
padan lah air mak lang bawa bekal dia kebas gak hehe..takpe2 Iman punya pasal,..
Hai makan jelly pun takmo Mak Cu Cunnie suapkan??? dia nak makan sendiri jugak.....kasi lah dia nk pegang sudu ...hihi
Nie lah kedai kami berhenti berehat seketika..macam2 ada di sini... bau burger di apun menyusuk kalbu...klu tak diet dah beli nie heheheh...
Abah, mak dan hb ku memesan roti canai...sedap kata mereka..garing ...kuah boleh tahan...kasi pekat lagi sedap.. (kot pengusaha nya nk baca blog ku) kah kah kah...
daku minum supermaxx5+1 laa.. oohh tidak tergugat lagi untuk makan2...
malam nanti daku nak makan... klu dah lapo...
jalan2 lagi... sekitar Dataran Pahlawan dan bila dah penat kami balik ke kereta... amik bekalan ku.. kami bersiar dengan kenderaan... dan berhenti makan di depan sungai Melaka... pekena laa bihun goreng 2 bungkus yg telah ku masak di rumah (heyy bawa bekal lah...selain on diet ..jimat pun jimat...dah tentu no ajinomoto arr..) yes....zahh... hehe..
sempat pose kat beca.hihi...
sempat lagi jalan2 g pasar malam...
sempat lah daku beli tudung 2 helai, wanie pun tudung 2 helai.. kira kenangan2 di Melaka... hehe..
hai ..! Iman pun pilih2x tudung kaaa???
itulah dia... kita pilih2x dia pun ikut jugak pilih2x..hehe..
tengoklah gelagat Iman nie...
takper2 lepas nie dapat barang mainan Iman...
sempat lah daku beli tudung 2 helai, wanie pun tudung 2 helai.. kira kenangan2 di Melaka... hehe..
hai ..! Iman pun pilih2x tudung kaaa???
itulah dia... kita pilih2x dia pun ikut jugak pilih2x..hehe..
tengoklah gelagat Iman nie...
takper2 lepas nie dapat barang mainan Iman...
Haa....Iman dapat mainan buih2 tue yer??
hehe.... dok belek2x yer? Iman bg buih kat Pak Lang tue...
hembus3x...hehe...
sampai di Sungai Melaka semula..nie kira port nak makan malam..
hmm Pak Lang yg main mainan Iman yer???
Iman masa ni dah berpeluh2x....panas erkk?? tayang body skettt..hehe...
Makan malam ku dengan bihun...byk gak makan..sebab seharian tak makan apa... td pagi pun bihun gak sikit...
so HARI BIHUN SEDUNIA...keh keh keh..
kuat dah Iman berjalan ...lepas minum susu lah katakan?? hihi...
jom jalan2x..tengok Menara Taming sari pula...
Selepas penat berjalan..masing-masing dah puas bersiar-siar di bandar hilir nie..kami pun bergerak pulang...pusing2 jugak melihat Melaka at night.. makin ramai orang sebab esoknya hari minggu.. Next jalan2 kami ke mana pula ya? tunggu Mak Cu Cunnie konvo..lepas konvo Mak Cu Cunnie lak nk belanja Mak Lang n Pak Lang g mana pula ya??? hehe... Pahang? Terengganu? g pulau Perhentian atau Pulau Redang best gak yerr... teringin nk snorkling...
Dalam kereta Iman tido kepenatan...itulah kisah Khalisa Iman...
Dekat 12 malam kami sampai di rumah Iman...jumpa laa adiknyer ni Rayyan.... tgh baring2x.. cakk!!
Dalam kereta Iman tido kepenatan...itulah kisah Khalisa Iman...
Dekat 12 malam kami sampai di rumah Iman...jumpa laa adiknyer ni Rayyan.... tgh baring2x.. cakk!!
ngantuk yer???
bulatnya mata dia...
Mak Lang datang nie....
gituwlah..selepas tu kami pulang ke rumah pula...penat tp seronok..Jalan2 seharian di Melaka..
Lain kali datang lagi,...cuti2 Malaysia lagi... kena kumpul bajet banyak2 ..hihi...
Mak Lang datang nie....
gituwlah..selepas tu kami pulang ke rumah pula...penat tp seronok..Jalan2 seharian di Melaka..
Lain kali datang lagi,...cuti2 Malaysia lagi... kena kumpul bajet banyak2 ..hihi...
No comments:
Post a Comment