7 JUN 1999
HARI BERSEJARAH antara diriku dengan suami tercinta... kali pertama bertemu... 11 tahun yang lalu..
7 JUN 2010
HARI BERSEJARAH jua, kerana kami sama2 menonton wayang FILEM MELAYU dan berbayar (bukan tiket FREE k). Oleh kerana diri ini yang mengajak suamiku menonton Filem LBS ini pastinya diriku yang belanja tengok wayang... Mula2 risau jua...risau filem ni akan menghampakan aku dan suami pabila menontonnya... dalam hati ku janganlah sampai aku dan hb nak keluar panggung awal... walaupun sampai agak lewat, macam biasa cerita LBS belum di tayangkan lagi...jadi sempatlah kami menonton dari awal..
TAHNIAH untuk produksi kerana menyajikan sebuah filem yang berkualiti (ini pandangan ku seorang yang pernah menjadi org di belakang tabir) jadi setiap plot dan view filem ini sungguh mengagumkan .. bak kata ku dan kawan2 dulu ( ini bukan kerja org malas)... hihi faham2 sendiri lah yer..
walaupun ada yang mengatakan baca novel lebih best dari menonton, terbalik pulak dari diri aku ni, dulu zaman sekolah2 pernah dah membaca novel LBS ni, tp aku tak baca habis pun (pelikkan klu ikutkan novel2 lain sampai tak tido malam pun sanggup ku baca hingga habis walau tebal nya mak aiii beratus2 m/s..hmm dulu kat sekolah pemenang Pembaca Buku Terbaik dan Pengulas Buku Terbaik nie..ceh ceh ceh)... tp entah kenapa aku tak minat meneruskan pembacaaan LBS tu dulu... agaknya sebab TERLALU SETAN nya perangai KASHA... aduhh sampai tak larat nk baca... Tp bila menonton filem, mungkin tak terlalu lama scene setan Kasha tu, daku lebih suka..hehe...
oklah nk cerita apa yang menarik perhatian ku terhadap cerita ini
1. Suka lakonan Lisa Suriani walaupun daku mmg tak minat Que Haidar..
2. View yg menarik, penuh dgn elemen fotografi
byk guna teknik bokeh foreground, bokeh background, view atas bukit, penggunaan wide lens...mmg sedap mataku memandang...dan tahniah sebbku tahu betapa leceh dan sukarnya nak dapatkan view2 menarik .. teringat view Kasha naik sampan tiba di tepi pantai tu.. mmg menarik..3. Farid Kamil guna camera canon lama...canon 400D...perrghh mana ada lagi dah camera tu sekrg kan?? so proud of it...congrats to prop man/yg berusaha mendapatkan camera nie..
4.lagu2 dia best2 dan lagu berkualiti...now dah jadi lagu latar blog daku hehe...
5. Jalan cerita yang memang dah kuat..dan menarik
6. Suka juga lakonan Fazura.
itulah antara yang best tentang LBS... tidak seperti filem2 lain..selau visualize kurengggg atau mmg K.O lah...tp yg ini mmg best..
PSSTTT....
hmm cuma takleh terima laa rupa ayu yg baru (lepas buat plastik surgery tu) huhu nk wajah ayu yg asal balik..huhu..
sedih gak tgk citer nie... part ayu kena kahwin dgn Q ..berkaca gak mata ku ini...(hmm tetap menci ngan Q lagi2 ngan tindakan ganas dia pada ayu) geram betuii....
part kelakar walau pun sebenarnya sedih adalah part muka ayu di bungkus tu hihi...aku jadi gelak pulak kat dalam panggung...terus sampai ke akhir citer..aku gelakkan Q yg dah jd cam mamat tak betui...
hmm daku still tak leh menangis sampai habis berkotak2 tisu laa... hanya berkaca di mata... tp ada gak nampak org kat sit depan ku yg pegang tisu hehe..
walaupun tak sampai pegang tisu/nangis tragis mcm tgk citer hindustan Mann, deqlis tetap suka citer nie dan beri kredit pada citer nie.... jk di beri peluang tgk sekali lagi...confirm nk g tgk lagi..!
tahniah buat krew2 dan semua pelakon...
so mmg berbaloi lah daku belanja hubby tgk wayang citer nie
dgn erti kata lain, sib baik lah daku tak kuar panggung.....zassssssssssssssssssssssssss...
kat bawah nie bukti tiket wayang kami.. yg penting tarikh tue..ceh ceh ceh
No comments:
Post a Comment