Recent Post

Tuesday, July 6, 2010

Mohamad Juara Mentor !!

MOHD JUARA MENTOR 4

JUARA MENTOR !!..
hmm ..klu nk tahu sebenarnya tahun ni daku lebih suka menonton Mentor daripada AF.. ntahlah sebb peserta AF kurenggg menarik perhatian ku agaknya...cuma tgk konsert final shj... berbeza dengan Mentor dari konsert 1 hingga Final semalam (Ahad 4 Julai 2010) daku memberi sokongan pada Mohamad.... satu sebb suka dengan cara dan suara dia yang tersendiri, rendah diri dan penampilan yang bersahaja.. dan sebb2 tambahan lain adalah sebab Mohamad nie nama ayah daku hehe... Mentor pulak nama syarikat ent ayahku hehe... so sesuai lah dia menang...ekeke... hmm pastu mmg lah daku peminat kak Ziana Zain.. Tahniah Mohamad dan Kak Ziana Zain..tuah baby kembar kak Ziana tu dpt 100,000 ... buat 4 peserta terakhir dalam Mentor juga daku minat... mmg dah agak 4 peserta terakhir ni akan kekal lama di Mentor..mmg dari 1st episod aku mmg minat kat Mohamad, Adi, Nani dan Ila... cuma nasib Ila tak dapat ke final... walau apa2 pun semoga kalian semua akan mewarnai dunia hiburan ini dgn baik.

Sekali lagi Tahniah! Mohd Juara Mentor 4, tahniah jua  kepada Ziana Zain.. Tahniah Semua.. Mmg dah agak dah dengan sokongan dan sorakan  peminat Mohd mendahului dengan 71 markah di ikuti dengan Adi dan dituruti dengan nani..
Sekalung Tahniah Sekali lagi kepada Ziana Zain dan Mohd. Cayalah…

Petikan dari mstar.com.my
Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd telah dinobatkan sebagai juara program realiti terbitan TV3, Mentor musim keempat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi. Mohd mengungguli dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 71 yang melayakkannya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM 100,000 dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone manakala mentornya Ziana Zain turut membawa pulang RM100,000.
Dalam konsert akhir itu, Mohd telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Aswandy yang berjudul Cinta. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Johor Bahru itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Fiq menerusi lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.
Tempat kedua dimenangi oleh Adi Hamiz Johar atau Adi hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 62 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan Aizat. Adi dan mentornya Dayang Nurfaizah masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.
Sementara itu, Nani atau nama sebenar Nurhadzwani Salleh dan mentornya, Azmeer pula terpaksa akur dengan keputusan apabila meraih tempat ketiga dengan jumlah markah keseluruhan 51 peratus. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang.
Keputusan Penuh Mentor 4
Juara
Protege: Mohd
Mentor: Ziana Zain
Tempat Kedua
Protege: Adi
Mentor: Dayang Nurfaizah
Tempat Ketiga
Protege: Nani
Mentor Azmeer
Sumber: mstar.com.my


Sumber photo di atas: www.budiey.com

Photobucket

No comments: