Recent Post

Monday, October 4, 2010

Ayahku @ Wad

Salam,
Coretan kali ni deqlis ingin meluahkan rasa sedih ayahanda yang dicintai tetiba shj di serang sesak nafas pagi Jumaat lalu.. Niat di hati untuk turun ke Kedah tak kecapaian walaupun ada perancangan pada awalnya.. Jika ada masa terluang mungkin juga deqlis dan hb akan terus ke Perlis...namun disebabkan ayahku yg di khabarkan sesak nafas secara tiba2 pada pagi Jumaat lalu dan di masukkan ke dalam wad, maka plan utk ke Utara tak kecapaian ...ikut perancangan awalnya pada hari Sabtu pulang ke Sungai Buloh sebelah pagi dan nak terus ke Kedah... memenuhi undangan R&Z iaitu majlis jamuan hari raya dan jua perasmian produk baru R&Z..serta pulang beraya di rumah MIL di Kangar Perlis... sedih laa..sekali lagi tak dapat join kawan2 distributor R&Z.. dan tahun ni tak dpt beraya di Utara...huhu.. nak jumpe anak2 buah ku 4 hero dan 1 heroin...... huhu... Mohon maaf jua kuucapkan kpd pihak R&Z En Ruseli dan keluarga kerana tidak dapat menghadirkan diri... selain tu,sebenarnya kesihatan ku jua kurang stabil sejak 2 minggu nie... lepas kena demam denggi tempohari rasanya ku perlukan supplement untuk kuatkan antibodi badan... huhu...  jadi tak sempatlah nk berjalan2 open house kawan2 yang jauh2.. cuma pada hari sabtu lepas sempatlah ku ke open house rumah kawan2 yg berdekatan dengan rumah mak ku shj di sungai buloh sambil menziarah ayahku di hospital... Ayahku?? alhamdulliah tak seteruk sebelum ni..awal tahun ada juga masuk hospital... cuma kali nie dia sesak nafas.. yg lain penyakit 4 serangkainya spt gout, darah tinggi, kencing manis, tulang dan sendi alhamdulliah dalam keadaan baik.. cuma bengkak di jantungnya... sian kat ayahku..moga cepat sembuh dan amalkan pemakanan yang sihat... 
Dalam pemerhatianku, kemungkinan besar setelah ayahku menjalani rawatan secara Islam di Rumah Dato Hassan di Semenyih yg lalu, ayahku tak memeberitahu bahawa dia juga ada sakit jantung/kolesterol tinggi... memandang ubat lain ada replacment...ubat kolesterol tiada replacement..maka terjadi lah komplikasi seperti ini..hmmm teori deqlis jer lah... walau apapun deqlis doakan agar ayah segera sembuh... walaubagaimanapun, deqlis ingin menasihati diri deqlis sendiri agar dan rakan taulan agar menjaga pemakanan dari awal.. seperti ayah deqlis sememangnya minatnya terhadap makanan yang sedap2 dari dulu sukar di bendung... amalan pantang terhadap sesuatu makanan hendaklah di amalkan agar kesihatan kita terus terjamin... walaupun kita memakan supplement produk kesihatan sekalipun, tabiat pemakanan kita harus berubah agar lebih sihat. Produk kesihatan adalah supplement untuk badan kita mencapai tahap kesihatan yang baik..namun jika amalan lama kita tak ditinggalkan kita tak boleh nak mengharapkan badan baik 98%...

Buat ayahku, moga selepas ini lebih mengutamakan pemakanan yang sihat..kurang lemak, minyak, gula dan garam... 


Semoga setelah sembuh ayah lebih aktif bergerak, sihat dan insyaAllah dapat kesihatan yang lebih baik hingga membolehkan ayah mengadap kota Mekah..Amin..

Ayahku dan Sabrina


Photobucket

No comments: