Recent Post

Thursday, October 28, 2010

Review Habil & Qabil

Salam..



Deqlis nk review skett Drama Habil dan Qabil malam nie... tetiba nak melahirkan rasa geram! kepada Qabil dan Habil tambah2 lagi selepas menonton episod malam ini.. hmm kenapalah bodoh sangat Si Qabil tue yer?? Cair dengan perempuan hingga misi dia yang sebenarnya pun seakan-akan di lupakan...berebut pulak Si Maria dengan Si Habil... nasihat kawan baik dia pun dia tak amik pusing...macam confident jerr.. eii dah ter over confident pun susah..tention jer rasa...


Episod malam ni dia dah tahu yang Maria adalah anak Smith, jadi kenapa nak teruskan meminang Maria???? heeiiii geramm betui...nak kata tak terpelajar "terpelajar" nak kata tak hensem "mmg hensem" (nie Zed Zaidi klu baca blog deqlis ni senyum kambing jer dia kan??eceh3x) ok sambung emo deqlis selepas menonton episod malam nie....

Memang geram!!! kenapa lah orang sebijak Qabil nie tak boleh baca perangkap Smith??? lagi satu yang buat gerammmmm gerammmm gerammm sangatttttttttttt...kenapalah nak berebut sangat Maria tu?? Maria yang terang2 dia nampak berkepit dengan Habil, Maria yang dia nampak keluar Seven Eleven dengan Qabil...sampai bertumbuk bagai?? otak takder ker?? sampai tak leh pk??? fuuhh ada gak lelaki bodoh macam tahap nie yer? wah marah tul deqlis... takkan dia takleh baca bekas bapak tiri dia punya perangai??? sampai2 jer kat pintu rumah Smith, Si Smith nie terus sambut dan peluk baikkk jer si Qabil..takkan laa Qabil tak leh pk agenda tersembunyi musuh dalam selimut dia nie??? kelabu mata dah sebab perempuan??? (si Qabil ni dah bermata 4 pun tak nampak2 lagi agenda Smith nie erkk??) geramm!!...

Jika kita ikutkan memanglah cerita sebenar zaman Habil dan Qabil sebenar dulu mereka berebut perempuan yang sama... tapi ni kan zaman dah moden, perempuan pun dah ramai...ko bileh pilih jer...kat facebook pun bersepah...(eceh3..) takkan laa macam takde perempuan lain??? Cerita zaman Habil dan Qabil dulu2 yerlah perempuan tak ramai... di zaman itu boleh kahwin adik beradik kan?? ini zaman dah moden takkan laa perempuan lebih cun, lebih baik dan lebih manis dari Maria tu susah sangat nak cari??? adehhh?? cam tak masuk akal jer... Qabil tu bukan dok dalam gua, sampai tak jumpa perempuan lain...ini orang bijak yang menguruskan syarikat besar, hmm takkan lah tak tersangkut ngan orang lain?? asal lah Maria jugak dia gila2 kan??? itulah deqlis kata si Qabil nie bodoh... Maria pun bukan cinta kat dia pun...Maria tu berlakon jer suka dannak kahwin ngan Qabil hakikatnya??? hmm dari cerita ini, Maria lebih sukakan Habil...tetapi Smith bapaknya memaksa dia berkahwin dengan Qabil terlebih dahulu... selepas kahwin dan dah dapat harta yang Smith idam2kan boleh bercerai dan kahwin dengan Habil??? adoiii!! ada yer perempuan macam nie??? buat sakit jantung tgk citer nie...

Yang Habil pulak nampak macam bijak nak dapatkan kuasa dalam biz, hmm mungkin juga Habil betui2 sayangkan Maria atau Habil juga mempergunakan Maria??? sebab tadi salah satu scene tu, macam Habil nak beritahu kepada Ayu, yang Maria tu seolah-olah orang yang dia gunakan untuk tujuan biz dia semata-mata... seoalah-olah jer tau... sebab tadi dialog tu kena potong dengan dialog Maria pulak...(kengkonon laa Maria merajuk sebab ingt sambungan ayat Habil tu..."Maria hanya Spare part jer" so nak tahu apa sebenarnya di hati Habil kena tengoklah episod seterusnya... mungkin juga habil mempergunakan Maria untuk bolot tender dan kepentingan biz serta nak menunjukkan dia mampu bersaing dengan Qabil.. dengan erti kata lain, dia nak balas dendam pada Qabil yang selama ini memandang rendah dirinya dengan mempergunakan Maria...? atau memang Habil pun jatuh cinta dengan Maria sebab Maria pernah tolong dia dulu semasa Habil susah??...

hmm sabor jer lah erkk??


walauapapun deqlis nk lepaskan geram malam nie...

eeii..memang geram betui kat Qabil yang seolah-olah tak fikir atau tak pernah fikir langsung nak pasang mata2 ker untuk selidik Maria dan Smith??
Macam deqlis kata kat atas tadi,,GERAM BETUI berebut seorang perempuan...Macam lah takde PEREMPUAN lain lagi?? Bukak lah mata...byk lagi perempuan yg lebih baik kat luar tu..(eceh macam deqlis leh ubah skrip pulak yer hihihi) haa nak cari yg lebih muda pun ada... kenapa lah rebutkan Maria??

Qabil...Qabbil..habislah ko Qabil...., tersilap langkah masuklah perangkap Smith tue...

haa... nie lah n3 emo deqlis malam nie..layan laa klu ada yg nak layan hehe...

macam mana lah episod esok nie?? tambah emo ku atau lega?? hmmm....



   






Photobucket 

No comments: