Recent Post

Sunday, November 7, 2010

Roti Merah @ Roti Hijau?

Gambar sekadar hiasan: TQ to pak google..

Roti Merah (Gardenia Merah)----> Roti berwarna Putih (deqlis shortcut roti putih)
Roti Hijau (Gardenia Hijau)---->Roti berwarna Coklat (deqlis shortcut roti coklat)

Apa beza keduanya ye?

roti coklat dibuat daripada gandum yg digiling halus sehingga kulitnya bercampur
roti putih pula dibuat daripada gandum yang digiling kasar, kemudian disaring menggunakan penapis.

roti coklat mengandungi mineral dan vitamin dalam tepung.
roti putih kandungan mineral dan vitaminnya berada pada kulit gandum yang dipisahkan daripada tepung menggunakan penapis.

Beberapa Kajian telah dibuat:

Kajian terhadap kumpulan tikus.

Kump. Tikus 1: diberi makan roti coklat (opps bukan roti bercoklat yer..sila baca di atas)
Kump. Tikus2: diberi makan roti putih

setelah beberapa seketika, semua tikus kelompok ke-2 mati kerana kekurangan vitamin.
dan tiada seekor pun tikus di kumpulan pertama yg mati dan menderit apenyakit kekurangan vitamin.

TETAPI: 
Hasil kajian ini tidak dapat diterapkan kepada manusia. Sebabnyer kan kita bukan shj makan roti putih, malah kita makan mcm2 makanan kan?? makanan2 lain yg kita makan pun ada vitamin...kan kan kan??

cuma nak terangkan kelebihan roti berwarna coklat nie berbanding berwarna putih.

WALAUBAGAIMANAPUN, hmm apakah ia??
ada juga kajian lain yg membuktikan bahawa selain kelebihan yang dimiliki roti berwarna coklat nie...ada jugak kekurangannya yg memberi kesan negatif..

Rasa2 uools lah apa kesan negatif tue??
Haa sebenarnya roti berwarna coklat mengandungi zat asam "phytin". Di mana zat ini menghalang proses penyerapan kalsium oleh tubuh kita.. kemungkinan org yang mengalami kes cenggini akan mengalami penyakit kerapuhan tulang atau kelumpuhan.

KESIMPULANNYA: Setiap hidangan hendaklah ada kedua-dua roti nie... jangan tak makan langsung roti putih, atau tak makan langsung roti berwarna coklat...


SHARING IS CARING.

No comments: