Recent Post

Tuesday, December 14, 2010

Budi Bahasa

"Yang Kurik itu Kendi, yang merah itu saga, yang indah itu budi, yang molek itu bahasa" Ungkapan pepatah Melayu ini amat indah dan begitu sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan budi bahasa dalam kehidupan.

Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Dalam agama lain ataupun cara hidup selain Islam budi bahasa adalah etika atau peraturanyang perlu dipatuhi pada masa dan tempat-tempat tertentu.

Pentingkah berbudi bahasa ini? Ya. Sememangnya nilai-nilai budi bahasa ini penting dalam kehidupan seharian. is adalah fitrah setiap manusia dimana setiap orang menyukai sesiapa sahaja yang memiliki budi bahasa. Seseorang yang memiliki budi bahasa pastinya menarik hati orang lain seumpama magnet yang boleh menarik benda-benda yang terdapat disekelilingnya.

Seseorang yang berbudi bahasa, bersopan-santun secara tidak langsung mempamirkan akhlak yang mulia. Maka tidak hairanlah dalam Islam, Allah SWT menganjurkan hamba-hambanya supaya berakhlak mulia. Agama Islam sendiri berkembang melalui akhlak rasulnya. Allah SWT sendiri memuji akhlak nabi yang mulia melalui Firman Allah dalam surah Al- Qalam Ayat 4 yang bermaksud "Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia".

Lahirnya bangsa yang bertamadun dan dihormati telah terbukti dalam sejarah islam dan peradaban manusia  dek kerana budi bahasa atau akhlak mulia ini. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menyuburkan budi bahasa dikalangan kita.Kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA seharusnya di sahut dengan penuh semangat bukannya kempen hanya tinggal kempen semata-mata. Bukalah mata dan pintu hati kerana budi bahasa bermula dari dalam diri sendiri. Dikendalikan oleh hati yang menentukan baik buruknya peribadi seseorang itu. Oleh yang demikian, hati perlu dijaga agar melahirkan niat yang baik, seterusnya menzahirkan perlakuan yang indah serta menyenangkan orang sekeliling.

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Moga kita berbudi bahasa bukan sahaja kerana kempen tetapi berbudi bahasalah kerana kita adalah umat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan sikap dan akhlak yang terpuji. 

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa
· Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,
· Orang ramai membuang sampah sesuka hati,
· Memotong barisan (Potong Q) tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya
· Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,
· Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan
· Merokok di kawasan larangan merokok 
· kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam
- mengambil isi/butiran/photo di blog orang tanpa kebenaran atau tidak memberi kredit langsung. 

Sebenarnya banyak lagi perbuatan tidak berbudi bahasa.. bagi peniaga tu senyumlah kerana manis dan kehenseman anda tidak hilang jika menyedekahkan sekuntum senyuman kepada pelanggan.

Sebelum penutup, sertakan Pantun Budi buat tatapan kalian.
Pantun Budi

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati


2 comments:

Kak Amy said...

As'salam..

amboi siap pantun lagi tue he3..anyway nice entry..

deqlis said...

W'Salam,

thank you..:-)