Recent Post

Friday, December 24, 2010

Meeting Sampai Tak Solat??

Salam Jumaat...
photo: google & sha3teely.com

Wah! Bikin malu sahaja hamba Allah yang beragama Islam meeting tetapi tak solat...Hmm kenapa sampai jadi begitu? Bagaimana boleh berkata demikian? walaupun dah ramai kita nampak yang sama-sama dari office pergi mengerjakan Solat Jumaat, namun ada juga sesetengah pihak yang sibuk meeting sampai tak pergi solat?? sampai lupa masa ker?? atau buat2x lupa????!!!!!!!!!!!!

Sekadar meluahkan rasa hati. Ini diluahkan sendiri oleh seorang sahabat kepada deqlis. Dilema beliau bekerja di tempat kerja itu. Walaupun dia hanyalah seorang perempuan, namun melihat ramai kelibat lelaki yang tidak mengendahkan masa dan langsung tidak menghormati hari jumaat terus bermeeting.,,meeting...meeting... Hinggakan dia nak keluar dari meeting tersebut untuk pergi Solat Zohor pun terpaksa berbohong hendak ke tandas. Menurut beliau lagi, imannya tipis untuk menegur bos-bosnya sebegitu. Sekadar di luahkan kepada sahabat2x terdekat...yer laa...Ada berani nak tegur BOS>> BIG BOSS?? wahahaha...

Pada hemat deqlis, apalah yang sibuk meeting sangat sampai Tak Solat Jumaat? Astagfirullah.... sedih mendengar orang yang sepatutnya menjadi contoh dan mengepalai sesebuah syarikat seharusnya menitikberatkan soal ibadah dan agama selain mutu kerja syarikat.. kenapa jadi begini??. 

Oleh yang demikian, wahai sabahat-sahabat sekalian, adik-adik yang masih dalam alam persekolahan, bertekadlah sekiranya suatu hari nanti anda adalah pemimpin sebuah syarikat, anda seorang pekerja di sebuah syarikat.. jadikan agama Islam sebagai landasannya. Titik beratkan soal solat dikalangan pekerja, bukan pekerja pula yang risau bos tak solat... hingga mengakibatkan pekerja-pekerja lelaki lain tak solat Jumaat dan pekerja-pekerja wanita gagal menunaikan solat Zohornya... Adakah setiap kali meeting sahabat deqlis itu harus berbohong untuk ke tandas? dan bila sampai ke bilik meeting akan di pandang semacam?? hmm seolah-olah dia telah membuat kesalahan. Bos tu pelik agaknya? Kenapa pergi tandas lama sangat? curi tulang yer pekerja aku?? Inilah jika menjadi bos yang jahil. TOlonGGG lah jangan lah jadi bos yg JAHIL..

Jadi sempena hari Jumaat yang mulia ini, sama-samalah kita mengambil iktibar dan yang baik jadikan teladan, yang buruk di jadikan sempadan.

1 comment:

Hezesuze said...

ermmm entahler...hehe