Recent Post

Saturday, December 11, 2010

Saya nak berubah, tapi sukar



Saya?? ohh baca dulu sampai habis ... cuma yang deqlis pelik laa orang2 yang seperti ini.. jika nak berubah kena laa ada usaha kan? bukan cakap mulut sahaja nak berubah tetapi tiada tindakan... sememangnya tidak akan berubahlah jika asyik2x memberi alasan.

Janganlah beri alasan ...alasan...alasan..memang lah tak berubah-rubah... Ini sempena Maal Hijrah..tahun baru awal Muharram sepatutnya berubahlah.... jangan duk buat perkara2x cenggitu tue...isshhh nak sebuttt pun sogan dah .... " Saya nak berubah tapi sukar, hanya pandai melayan lelaki"?????????? ...

haa.. bagi yang nak tahu apa yg deqlis pot pet pot pet kat sini nie... naik temperature gak nie... no cool2x dah nie... klu cenggini laa rupernyerr.... Meh baca sedikit sedutan berita dari Harian Metro Online...


KUALA LUMPUR: “Saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya lakukan kerana saya tak bersekolah tinggi,” kata Suzie kepada Harian Metro ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Gombak, di sini, semalam.
Pelayan pelanggan (GRO) berusia 22 tahun itu diselamatkan wartawan Harian Metro Rabu lalu apabila dia yang sarat mengandung sembilan bulan mahu menjual bayinya kepada satu pasangan bukan Islam yang menawarkan bayaran RM22,000.

Bagaimanapun, dia dapat dipujuk wartawan supaya tidak meneruskan niat itu dan bersetuju memasuki Kewaja untuk mendapatkan perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya.
Suzie berkata, sejak berusia 17 tahun dia sudah terjebak dengan kancah maksiat dan mampu hidup selesa, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian dia hamil anak luar nikah kerana kini hatinya lebih terbuka untuk mengingati Tuhan dan mendalami Islam.



hmm macam mana nie? takkan lah tak sekolah tinggi tak boleh buat pekerjaan lain?? org yg sekolah tinggi2x pun ramai yg meniaga pasar malam jer dik noon... pelik akak.. buatlah apa2x pekerjaan pun yang pastinya halal... kenapa lah nak amik jalan mudah dan senang sahaja... jual tubuh? (kali nie entri amuk de Ano daripada deqlis) heheh... 


alasan pendidikan rendah bukan alasan yg relevan, sebabnya yg berpendidikan tinggi pun ada juga yang buat kerja2x terkutuk ini... jadi buat pengajaran kita semua... (ingatkan diri sendiri jugak) waspada dengan bisikan syaitan!!! dan jadikan berita ini sebagai tauladan untuk kita bersama.. kawan tu pilih2x laa kawan yg baik..boleh bawa kita ke landasan yang betul...bukan kawan dengan kawan2 yang boleh meracun diri sendiri.. dalam hadis pun ada di sebut...

“ Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang salih dan berkawan dengan orang jahat, adalah seperti seseorang yang membawa minyak kasturi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa kasturi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapati bau harum daripadanya. Akan tetapi orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, dan mungkin kamu akan mendapati bau yang tidak sedap.”

(Hadis riwayat Muslim)


Buat Suzie, semoga kembali ke pangkal jalan. Jangan hilang pedoman dan pertimbangan untuk menjual anak kepada bukan Islam hanya kerana duit semata-mata... Ya Allah...sedih deqlis baca laa... anak kecil itu takde secebis dosa lagi... masih putih bersih yang perlu di warnai dengan corak dan warna kehidupan yang indah2x.. anak itu tidak berdosa.. Jangan heretkan anak itu ke kancah dosa2 anda... adehhh sedey2x tui rasa..





Terima kasih kepada wartawan Metro yang telah cuba menyelamatkan bayi tersebut dijual kepada orang bukan Islam...

baca selanjutnya di HM online hari ini... atau belilah surat khabar...:-)

photo: ihsan dari HM

1 comment:

Unknown said...

mmg susah nak jaga remaja sekarang ni. zaman sekarang remaja mudah terdedah dgn gejala sosial. masih bersekolah, tapi perangai dah mcm orang dewasa

kat kewaja sana, silih berganti yang masuk. yang 2-3 kali masuk pun ada...