Recent Post

Saturday, January 22, 2011

Malaysia ranked 3rd in most shoppers shopped online in Asia


Haa...tak sangka deqlis Malaysia berada di kedudukan ke-3. Data di atas jelas menunjukkan rakyat Malaysia ramai yang suka shopping online...(termasuk me laa tu) hihi..  mcm tak percaya ..bukan tempat ke 6 atau ke 5 di Asia tau...tetapi berada dalam ranking ke 3 di Asia... Maka, bertambah semangatlah deqlis meneruskan biz secara online dan shoppping secara online... ingat di negara2x barat shj yang popular dengan shopping online nie... deqlis kekadang tue macam ralat jugak jika nak beli online jika barangan elektrik ribu riban...contohnya nak beli kamera dslr secara online!! tetapi di barat shopping online barangan sebegini lebih popular dari shopping secara offline. Mereka percaya kepada syarikat-syarikat pengeluar (contoh syarikat kamera tadi deqlis bagi contoh kamera kan?).. dan nampaknya polisi jualan syarikat pun bagus...jika rosak boleh return kembali dan sebagainya. Selain itu, ruangan komen dari pembeli juga menjadikan perniagan online di barat menjadi pilihan orang2x di barat. en panjang pulak citer ...:-)

Sebenarnya bermula 20 Januari lepas Ellismelia Shoppe melangkah setapak lagi dengan domain sendiri. akhirnya setelah 3 tahun berniaga secara online, dari berniaga suka-suka hingga lebih serius akhirnya deqlis memiliki domain sendiri ellismeliashoppe.com telah tercapai. Alhamdulillah....lagipun nak miliki domain sendiri dahtak mahal macam dulu2x... eh citer lagi..:-)

ok back to carta data ranking yang deqlis tepek di atas, sebenarnya hasil survey deqlis terhadap penggunaan cc (card credit) dalam perniagaan online telah menemukan deqlis dengan data di atas. Kenapa survey tentang cc? Sebenarnya ada juga niat deqlis nak tambah kemudahan pembelian kad kredit di website niaga deqlis itu untuk masa akan datang bila tiba masa yang sesuai (mungkin lebih byk produk nanti kot..planning dulu) hehh. Oleh yang demikian, deqlis recce2x...survey2x dahulu....Sekadar ingin mengetahui caranya bagaimana dan sejauhmanakah keberkesanan penggunaan cc di dalam web perniagaan kita. Adakah membantu meningkatkan sales dan jika ya, berapa peratuskah peningkatannya. Maka deqlis google2x hinga sampai ke laman  netbuilder.com dan membaca sedikit sebanyak tentang cc nie. Terjumpa dengan data di atas. 

Menurut Visa eCommerce Consumer Monitor, satu survey yang telah dilakukan oleh Syarikat Nielsen terhadap kecenderungan pembeli membeli-belah secara online terhadap pembeli-pembeli dari 6 buah negara Asian (Benua China, India, Indonesia, Malaysia, Taiwan and Thailand), keputusannya Taiwan berada di tangga teratas, diikuti Benua China dan Malaysia berada di kedudukan ketiga.

Menurutnya lagi, Malaysia menghabiskan rata-rata lebih dari RM6,000 untuk berbelanja secara dalam talian. Ini kerana kebanyakan daripada pembeli berasa selesa membeli-belah secara dalam talian (online) berbanding pergi ke kedai offline...(kedai sebenar) 

Sedikit tambahan daripada deqlis, berdasarkan pengalaman... jika bijak memilih, pembelian online lebih menjimatkan masa, lebih cepat (order hari ini esok dah sampai...tak sampai esok pun lusa sampai!! pengalaman sendiri) dan jimat tenaga, jimat duit ..yer laa contoh nak beli tudung...nak beli sehelai je utk pakai dinner hari Ahad depan..., jika nak keluar beli...duit minyak lagi, duit tol lagi, duit parking lagi, duit isi perut lagi (al-maklumlah jika dah keluar dahaga beli air, nampak KFC nak makan..dll..haha) lepas tu dari nak beli tudung jer, terbeli benda2x lain yang tak perlu pun... sebab tu baiklah beli secara online.. lagi satu!!..jimat tenaga... takyah pusing2x satu shoppingmall nak cari tudung yang berkenan di hati... silap haribulan tak berjumpa pun dengan tudung yang kita minat tue... haa nie sebagai contoh lah yer(pernah terkena batang hidung sendiri pun) tp itu dulu lah ngehhh.....Selain itu, jika pandai memilih, beli online lebih murah dari beli offline...siap hantar sampai depan pintu rumah lagi:-)...siapa yg taknak?? 

Walaupun adakalanya deqlis suka juga keluar shopping jenjalan di luar, namun sekarang deqlis lebih suka cari di online dahulu, dan sekiranya masa deqlis jalan2x deqlis terjumpa.. mungkin deqlis beli atau ada masanya juga deqlis balik terus order di dalam talian juga.. Sememangnya dah jadi habit pula beli secara online nie..beri sokongan kepada peniaga2x tegar online...haa.. cuma bab2x beli barangan berharga spt elektri sahaja deqlis belum berani nak beli secara online.

Untuk uools semua, bagi yang tak biasa shopping online sila berhati-hati dengan peniaga dalam talian, yerlah dah banyak penipuan sekarang ini kan..beli offline pun adakalanya tertipu, apatah lagi beli dalam talian. Jadi, belilah jika rasa selamat..Tips membeli-belah online?? Haa insyaAllah akan dibuat pada entri akan datang..!

Tambahan sedikit,selain itu, sumber Survey Visa pula menunjukkan 9/10 pembeli online telah berbelanja secara online pada tahun lepas.


7 comments:

Mata Hati said...

saya juga salah seorang penyumbang kenaikan ranking itu...hehehe.

kerana kat tempat sya harga barang lebih mahal, pilihan terbaik adalah membeli secara online. mudah, cepat dan save energy. walaupun risiko tetap ada tapi selagi mengambil langkah berhati-hati, perkara x diingini dpt dielakkan.

banyak benda boleh dibeli secara online. tapi kalau berkenaan gajet forografi, kena beli secara manual.

mujur tak der yg menjual calon isteri secara online.. kalau tak, dunia dah terbalik

Samsul Siji said...

akak tau x kedai online yg ade jual bju dinner bertemakn masquerade, hehe...

deqlis said...

tp Mata Hati: membeli online mmg berisiko..kena bijak memilih dan buat edisi siasat dahaulu...(goggle apa yg patut) sebelum nak membeli secara online..

tulah..bg deqlis M'sia lately 2-3 years nie je popular ngan shopping online...dan makin ramai sekarang suka shopping online...walaupun masih ramai yg suka shopping di dunia nyata..

keh keh keh... jual calon isteri tu mungkin takde...mu ingat isteri leh beli2 cam beli baju ker hehe.. tp klu website khas mencari calon isteri itu mungkin patut diwujudkan miahahaha!..:-))...

to Samsul Siji: oh tak tahu pulak dik noon...! cuba laa guna khidmat pak goggle..:-)

deqlis said...

to Samsul Siji: nie akak google jumpa link nie http://cantiquecostume.fotopages.com/?entry=1792389

Samsul Siji said...

tenkiu :))

Samsul Siji said...

tenkiu akak :))

Hezesuze said...

takat nie weols sopink henbeg + kasut + kain ela secara on9 gitew...malas nak kluar haha