Recent Post

Tuesday, January 25, 2011

Masak Lemak Cili Padi Sempoi Ikan Kerapu





Bahan:
3 potong besar ikan kerapu
1 kotak santan KARA
2 tangkai cili hijau di belah dua
3 tangkai cili padi di belah dua
1/2 sk serbuk intan manis 
1/2 sk serbuk jintan putih
garam dan gula
1 helai daun kunyit diikat
1 biji kentang di belah lapan
1-2 keping asam keping

bahan di kisar:
10 tangkai cili padi kampung
2inch kunyit hidup
1 inch halia
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar.

Cara: Ikan kerapu disiang dan dibersihkan, Lumurkan dengan asam jawa. biarkan seketika. Kisar bahan-bahan kisar dan masukkan dalam periuk. Biarkan seketika. Masukkan air sedikit dan masukkan kentang dan tutup periuk seketika. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, cili hijau dan cili padi. Setelah agak masak masukkan santan dan ikan. kemudian masukkan asam keping dan daun kunyit. biarkan seketika dan kemudian rasakan dengan gula dan garam mahupun serbuk secukup rasa Maggi bg yang suka.. Akhir sekali, hidanglah ikut kreativiti uools.. deqlis hidang sempoi jer... janji rasa marvellous...haha..:-)

ada kisah disebalik pembikinan menu ni semalam... deqlis minta tlg en hubby beli daum kunyit...en hubby ku beli daun kari...aduhaiiii!!!.. so? takde laa buh dauh kunyit nyer... hahaha.. 

3 comments:

Hezesuze said...

wah tak pernah lagik masak ikan kerapu lemak nie...selalu buat masak pedas jek huhu

MataHati @ MH said...

adehh...tak tahan melihat nya.
nak sikit...

deqlis said...

to HS: leh cuba...nie klu makan nie, MIL lalu pun tak nampak..kih kih kih..

to MH: klu kat blog nie ada peti penghantaran makanan dah ku send dah..kih kih kih...