Recent Post

Sunday, March 6, 2011

Hari Tentera ... Jom Ke Dataran Merdeka!

Sempena Hari Tentera!!.jom kita memeriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 78 yang  diadakan dari 1 Mac -6 Mac 2011Hari ini last day!!..Siapa yang free hari ini dan belum planning ke mana-mana moh lerr ke Dataran Merdeka... macam-macam pameran ada.. deqlis dah pergi semalam...wah! sakan bergambo dengan kete kebal...haha.. walau padang becak!! heh..sibbaik pakai kasut crocs.. jadi bagi sesiapa yang nak pergi tue pakailah kasut yang bersesuaian...jangan pakai kasut baru anda...!! hehe.. atau jgn pakai kasut jenis baldu dan sewaktu dengannya..!

 deqlis sampai2x..hujan masih renyai....haha..tengok kusi sume berbalut plastik hitam kan?? abg tentera laa balut tue..hihi...
 serba hijau... al-maklumlah tentera kan?? deqlis jer merah..haha jgn marah...!
 suasana pameran kereta kebal... walaupun becak dan banjir...haa.. masih ramai yang tak melepaskan peluang melihat kereta kebal nie.. ada yang siap interview dan siap masuk dalam nyer lagi..
 haha...deqlis masuk gak cikit...hehe... posing laa jap erkk..ngan mare..! timaceh laa yg beri laluan..
 deqlis pergi dua kali...nie malam lepas maghrib... sebelah petang tu tak habis jalan daa.... sebab tu lepas maghrib dan menunaikan kewajipan di Masjid Negara kami ngan poyosss nyer datang lagik...sampai 10.30 malam gak kat sini...sambil p jenjalan kat Masjid India... Nieh posing kat Padang Merdeka laa... amacam?? ramaikan orang?? becak2x pun ramai...hehe..
 meh deqlis nak bom korang!! hehe... 
 haa yang ini 17kg berat nyer tau.... en hb tu sengih jer amik gambo..hehe
 hmm boleh kata mmg banyak yang di pamerkan di sini... deqlis mmg seronok laa dapat tgk macam2x mende yang jarang2 leh jumpa.... deqlis pun ada cuba teropong tau...perrgghh dari Padang Merdeka leh teropong siapa yang makan dalam KLCC... hmm senang laa abang2x tu nak skodeng kan kan kan???hehe..deqlis pun sempat skodeng jap ..heheh..
 kalu uools nak tengok dan rasa lebih dekat lagi...boleh laa turun padang Merdeka hari ini...:-)
 Heli pun ada.... haa.. hari ini deqlis terdengar bunyi helikopter di bukit jalil nie....mesti diorang buat pertunjukan kan?? masa deqlis nak balik semalam, ada laa abang tentera nie beritahu weools esok (maknanya hari ini) lebih meriah dan banyak aktiviti... cuma deqlis tak larat lah nak pergi lagi... sebab petang nie xtvt jogging dan main badminton pulak.... 
 haa.. klu nak pegang senapang dan belajar pasang peluru pun ada... mmg macam-macam ada... dan tanya jer lah apa2 soalan pasti abang2 tentera nie senyum mesra akan menjawab... siap detail lagik kasik jawapan... bagus2x deqlis suka...:)
Selain itu, bagi sesiapa yang berminat nak jadi tentera, boleh juga isi borang dan mendaftar di booth pertama..iaitu dekat2 booth yang ada burung hantu kat atas nie.... Burung hantu nie betui2 punya tau.. mata bulat!.. tak berkelip-kelip..cuma kepala dia dok gerak2x..hehe.. jakun laa deqlis tak pernah tengok live burung hantu nieh...hehehe... dekat area sini juga uools boleh tengok musang, ayam hutan, landak dll serta mengetahu peralatan2x yang perlu di bawa jik amasuk ke hutan termasuklah camping..! 

Deqlis dah jalan semalam...sebab tgk TV teringin lak nak pergi ... persembahan pentas semalam bermula jan 9.30 malam... hari ini deqlis tak pasti lah... macam semalam deqlis ngan hb g sana, p masjid india beli makanan macam apam balik tue,..weool makan laa sambil2x duduk2x tengok show..hehe.. tp deqlis balik awal...rasanya show tu habis 12 malam kot... deqlis tak letih sangat dah... so balik... layan drama TV3 pulak..hihi

JOM USHA INFO DI PETIK DARI LAMAN RASMI ABANG ASKAR ngeee...:-)
1 Angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia, itulah slogan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78. Slogan tersebut secara rasminya diisthiharkan semasa Acara Perbarisan Pembaca Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Ke-78 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tema ini terpilih kerana ia terdiri dari dua komponen iaitu visi organisasi yang diketengahkan melalui kenyataan 1 Angkatan. Manakala nilai-nilai utama yang dizahirkan Untuk mencapai visi ini dicerminkan melalui komitmen Tetap Gagah Tetap Setia.

Perbarisan ini dianggotai oleh seramai 19 orang pegawai dan 590 Lain-lain Pangkat dan terdiri dari lima kontigen iaitu dari Grup Gerak Khas (GGK), 10 Bgd Para, Pemerintahan Medan TD, Pemerintahan Latihan TD dan Pemerintahan Logistik TD, yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Roshasni bin Abdul Ghani, manakala Penolong Ketua Perbarisan ialah Mej Mohd Azmadi bin Aznan. Ajutan Perbarisan ialah Kapt Mohd Haizal bin Mohd Jais manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waren 1 Baharin bin Mohamed.

Sempena perbarisan ini juga Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 10 orang, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) seramai 10 orang dan Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan Panglima Tentera Darat juga seramai 10 orang termasuk 3 orang warga awam.

Manakala di Lapang Sasar B pula satu majjlis ringkas iaitu memotong pulut kuning sempena Hari Ulang Tahun telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Tentera Darat dan beberapa lagi pegawai tertinggi Tenter Darat.

Okalah, selamat berhujung minggu.:-) deqlis minggu nie lepak kat rumah, penat semalam tak habis lagi..sementara tunggu petang nak jogging..:-)

daa..

5 comments:

Chekgu Azrine said...

comel je deqlis pakai baju merah..dah la putih..menyerlah..sedondon lak tuh..hehhe..bestnya g jejalan erk..saya dok rumah jek..bnyk keje..

zahidah dihaz said...

bestnya...rindu nak pegang m16 lagi...huhuhuhu


NEW ENTRY: Aku BUKAN orang Semenanjung

Nana said...

eh nape kita tak jumpe ek
saya pegi jumaat, sabtu time malam ahad plak g time ptg
husband kena trn kejap settle booth pasukan udara tentera darat
heli yg deqlis posing2 tu la heli yg dia dok repair selalu ehhee
terbang dari kluang heli tu
semata2 pameran aritu

deqlis said...

to Cheqgu Azrine: hehe..comey yer?? tengkyu...:-) hari merah sedunia deqlis tuih..hihi.. hari sabtu tu..ada masa ptg2 tu deqlis turun KL..xper..lain kali leh jenjalan kay..:)

to Zahidah: wah.. x askar ka kamu?? deqlis dh g blog mu tye...;)

to Nana: ehh..kenapa tak jumpa erkk?? deqlis g Sabtu dalam 6.30 ptg...sambung lepas maghrib sampai lk 9.30 malam... klu jumpe mesti bestt kan?? leh posing2x ngan Nana:-) hehe yeke?? heli tu rosak ka?? deqlis baru cakap2 ngan en hb apesal dia tak bawak pengunjung naik round2x ruang udara KL tue..kihkihkih..klu ada mesti deqlis org pertama nak naik..heheh..

wah jauh juga ia diterbangkan erkk?? salute tui semua tentera2x nie...

Nana said...

saya kuar umah kul 8 so lepak lama gak la..
ari sabtu siap nengok konsert lagi smpai kul 12 baru blk..
heli tu tak rosak..tapi husband saya keje dia technician heli, dia askar keje kt kluang sana nun...
heli tu mmg tak de kt tempat lain selain KLUANG, tmpt keje husband saya la tu...
memang aritu heli tu just utk pameran je memang dia xbawa untuk terbang...
teringin nak naik...tp husband kata klw pes time naik sure muntah heheh...

ni entry saya masa g pameran ni
http://ibudamia.blogspot.com/2011/03/hari-terbuka-atm-dataran-merdeka.html