Recent Post

Sunday, May 15, 2011

Tengku Zawyah Selamat Mendirikan Rumahtangga


tengku zawyah dan suami
Buat Tengku Zawyah...
drpd Deqlis....
Moga bahagia ke akhir hayat..Amin.

tengku zawiyah
Majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini hari ini pukul pada 11.06 pagi tadi (khamis 12.5.2011). Tengku Zawyah turut menerima wang hantaran sebanyak RM38,888.88 dan mas kahwin sebanyak RM 501.00.
tengku zawiyah
Dimaklumkan majlis resepsi kedua pasangan ini akan diadakan pada pukul 8 malam ini di Taman Mahsuri, hotel yang sama dan bertemakan ‘garden wedding’. Mereka juga memilih untuk berbulan madu di luar negara iaitu di SwitzerlandWahh!! Best kan...
tengku zawiyah
tengku zawiyah
Majlis bersejarah ini turut di sertai dan disaksikan oleh Anak-anak Tengku Zawiyah semasa bersama bekas suami, Muhammad Anas Zawawi, 24, Muhammad Adib, 21, Muhammad Asyraf, 19 dan Muhamad Aazief, 13.

tengku zawyah
Majlis persandingan itu bertemakan persandingan dalam taman dan Tengku Zawyah, mengayakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, isteri baginda, Tengku Azizah Aminah Sultan Iskandar, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah serta kerabat diraja Pahang.

Tengku Zawyah yang juga kerabat diraja dari Kedah pernah mendirikan rumah tangga dengan Datauk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk yang kini merupakan suami penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. 
tengku zawyah kahwin
tengku zawyah bersanding

Alhamdulillah dah selamat bernikah, resepsi dan potong kek kan? potong kek pulut kuning pun sudah....:) Deqlis doakan yang terbaik buat Tengku Zawyah dan bakal suaminya itu. Semoga mereka akan beroleh kejayaan dan rahmat dari Tuhan. Selamat pengantin baru!. 


kredit: photo2x pak google

1 comment:

Noor Fatin said...

hai kak. lama dah saya tak update blog. hehe masuk contest pun tidak. hehe ada prob dgn buah hati.wuwuwuw mood xde lgsg nak update..waa. nanti saya join GA jugak tau ^^