Salam semua, dah lama tak menaip tentang sesuatu isu bangsa...haha.. sememangnya ingin dinyatakan entri ini bukan nak mengutuk tetapi sekadar untuk kesedaran diri sendiri dan kita bersama.
Bangsa Cina Lebih bersih dari Melayu?? haha..bikin panas hati uools yang membacanya kan?? sabar...janganlah cepat melatah... baca dulu... apa yang ingin deqlis ceritakan kali ini...itupun klu rajin laa yer...
Sebenarnya dari kecik sampai laa dah besar panjang nie deqlis dan famili selalu bercuti ke suatu tempat peranginan ini...(dirahsiakan tempat utk tidak mahu mengaibkan sesiapa) tempat ini kebiasaannya dijaga oleh penjaga khas sepanjang tahun yang ditugaskan menjaga tempat peranginan tersebut. Perkara yang perlu dijaga adalah dari segi bilik tidur, bangunan penginapan dan kafetarianya. Maksudnya, jika ada pengunjung yang datang bermalam di situ ingin sarapan atau makan malam biasanya akan makan di kafetaria yang dijaga penjaga tempat penginapan itu. Kira dia & family lah akan memasak.
Jadi setiap kali kami bercuti di sana, pastinya deqlis sekeluarga akan makan di luar dan buat barbeku sendiri. Hmm... memang kami tak masuklah kafetaria tue...sebabnya?? ditakuti makanan tak halal walaupun ditulis di pintu depan di tanggung halal.... Sebab yang menjaganya adalah Uncle berbangsa cina sekeluarga. My mum risau takut2x peralatan dapur yang digunakan turut digunakan utk memasak makanannya..(uools faham2xlah kan?)
Maka, kami selalulah berharap yang penjaga tempat penginapan itu akan ditukar kepada penjaga Muslim aka Orang Melayu. Tambahan pula ramai pengunjung tempat peranginan itu berbangsa Melayu selain Cina dan India.
Pada Suatu hari, deqlis dan family bercuti lagi di situ, kali ni kami happy sebab dah boleh makan di kafetaria tue...hmm tentunya dah bertukar kan?? haha..bijak2x..uools mmg bijak..:-) jadi klu nak makan leh laa ke kafetaria sahaja...cuma barbeku mmg agenda wajib masa p bercuti hehe...
Sampailah sekian kali kami pergi bercuti di situ....my mum beritahu deqlis..." bangsa cina lebih bersih dari melayu" haa?? kenapa?? my mum kata dulu masa Uncle X (bangsa cina) yang menjaga tempat nie, kawasan nie bersih sahaja, bilik tak pernah nampak ada lipas, selimut dan cadar bau harum sahaja... sekarang?? hmm uools faham2x sendirik laa yer... pelik kan benda2x macam nie berlaku?? malu pada bangsa sendiri pun ada. Sepatutnya yang memahami bersih lagi suci itu adalah orang Islam. Jika sudah memikul tanggujawab menjaga sesuatu tempat, jagalah dengan sebaiknya. Bukankah ia suatu amanah? bukan hanya terima gaji bulan-bulan sahaja tetapi kerjanya hanya goyang kaki dan serah kunci.
Buat rakan seagama, deqlis harap kisah ini menjadi tauladan...sebagai Melayu beragama Islam, kebersihan itu sangat-sangat di tuntut. Selepas my mum kata macam tue, deqlis terus check bilik deqlis..ya..mmg tak sebersih dulu...:-( itulah al-kisahnya yang ingin dikongsi..
Moga kebersihan menjadi keutamaan kita agar menjaga nama, bangsa dan agama kita. Tak kira laa di sektor mana pun anda bekerja!!!
p/s: bukan deqlis nak kata semua melayu tau!! haha... i know uools semua jaga kebersihan.. klu tak? sila laa jaga hehe:-)
3 comments:
ermm..huhu..betol2..bukan sume melayu :D
as salam..
▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
oo..ke sebab tu punca mereka nak cari makan. maka, kena bersih2?
huhu..entah la..tu ebrgantung ke jatidiri manusia tu. kalau dah memang dasar pengotor, pengotor..haih..
pakcik cuma nak bagitau..
Islam memenjarakan kita.kak deqlis tahu?
sokong!!!..kalo kita pegi bercuti di tmpt yg bkn islam, bersihnya lebih pd tmpt kita...cuma yg menjadi kekhuatiran mknannya sajer...bygkan dlm tandas pon kita rasa leh nak tdo....! :D
Post a Comment