Recent Post

Wednesday, May 16, 2012

Uijibakat Program HEBAT Astro!

Program Baru Astro yang pasti Hebat!! haa dah nama program pun Hebat kan? Sudah tentulah Hebat!!! Siapa di antara uools yang mempunyai bakat menyanyi, menari, tebar roti canai, bermain dengan api, gimrama dll tidak mengira peringkat umur dari kanak2x hingga tiada had umur... bolehlaa bersiap sedia menyertai ujibakat di tempat-tempat berikut.


22 – 23 June 2012                 Kuala Terengganu    Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu

30 June – 1 July 2012            Penang                    Megamall Penang, Seberang Prai

7 – 8 July                              Melaka                     Auditorium Yayasan Melaka, Ayer Keroh Melaka

14 – 15 July                           Kuala Lumpur           Wangsa Walk Amphitheatre, Wangsa Maju


Terma dan syarat penyertaan ujibakat Hebat:
1)    Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had umur
2)    Anda mesti mempunyai bakat yang luar biasa dan persembahan yang unik.
3)    Penyertaan di bawah umur 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah.
4)    Terbuka kepada persembahan individu atau tidak melebihi enam peserta kepada penyertaan berkumpulan
5)    Bawa kad pengenalan atau my kad untuk kanak-kanak dan dua keping gambar 4R untuk pendaftaran.
6)    Persembahan yang membahayakan atau boleh mendatangkan kecederaan fizikal perlu dimaklumkan semasa sesi pendaftaran.
7)    Para peserta perlu bebas dari sebarang tuduhan jenayah semasa tarikh pendaftaran.


Jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan ini...

Buat uools yang sememangnya talent profesional juga turut dijemput datang ujibakat di atas atau menghantar video beserta maklumat diri ke  www.astro.com.my/hebat.

1 comment:

TS said...

waaahhhh...nak msuk tp xde bakat camtu..hiks..