Recent Post

Monday, October 29, 2012

Salam Eidul Adha Buat Semua


Tidak ketinggalan untuk Deqlis mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat semua rakan blogger, ahli keluarga dan seluruh umat Islam di serata dunia. Tentu ramai yang bercuti panjang kan? dan tidak kurang yang masih berkhidmat ketika cuti... 

Buat kedua keluarga mak dan ayah serta mentua di kampung, mohon maaf kerana tidak pulang ke kampung pada hari raya haji kali ini, kami masing2x terpaksa bekerja...insyaAllah akan pulang pada 2 November di Sungai Buloh sempena Hari Lahir Sabrina dan pulang ke Perlis sempena house warming Kak Ziera & Abang Mie... hmm nampaknya ini kali pertama weools beraya di Bukit Jalil...:-) 

Pengertian Qurban 2012 bagi deqlis.... berkorban jiwa dan mental serta wang ringgit demi seseorang yang anda sayang pasti membuahkan kebahagian di hati yang berkekalan sekiranya qurban itu ikhlas semata-mata keranaNya. InsyaAllah tahun hadapan Deqlis dan en hubby ingin melakukan ibadah Qurban pula... mungkin sorang satu bahagian..insyaAllah moga hasrat ini akan ditunaikan pada tahun hadapan ya...

Buat yang berkorban Lembu, kambing, unta tue, moga ibadah anda diterimaNya dan mendapat barakah dariNya.. Amin

Salam Aidil Adha...


No comments: