Jika deqlis cerita pasal Najwa Latif dan Ainan Tasneem pasti uools kenai kan?? Deanna Yusof pun confirm jugak uools kenai kan?? tapi ini Deanna Hussin...rasanya masih ramai yg belum kenai...siapa kaki Youtube mungkin kenai...:-) Adik nie pun penyanyi yg dicungkil bakat atau dipinang setelah mengupload video nyanyian di Youtube...ala2x Najwa Latif dan Ainan Tasneem jugaklah...
Lepas nie nampaknya deqlis kena cari contact Deanna nie pulak lah yer...al-maklumlah Program Meletop pasti nak invite Deanna nie ke studio suatu hari nanti... Nasib baiklah dia nie attached dengan NAR Record... senang sikit nak cari hehe:-)
Meh baca cerita lanjut....
Dia yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang, merupakan anak tunggal dalam keluarga itu sebenarnya telah mula berjinak-jinak dalam penulisan lagu sejak berumur 12 tahun lagi.
"Saya telah menulis 36 buah lagu dalam sebuah buku sejak berumur 12 tahun lagi. Salah satunya ialah lagu Inviting yang akan menjadi single pertama saya nanti,"
Deanna berkata, sejak menjadi artis rakaman empat bulan lalu dia merasakan dirinya agak sibuk apabila terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu.
"Mujurlah dalam sebulan dua ini, musim cuti sekolah. Jadi saya banyak habiskan masa di Kuala Lumpur untuk penggambaran muzik video dan promosi single baharu kepada media," ujarnya yang turut menyanyi bersama gitar seperti artis kelahiran YouTube lain iaitu Najwa Latif dan Ainan Tasneem.
Mengenai keberaniannya mempertaruhkan single berbahasa Inggeris walaupun namanya masih asing, Deanna tidak menganggap itu satu penghalang untuk dirinya dikenali.
"Saya rasa tidak susah untuk
pasarkan lagu berbahasa Inggeris, lagi pun saya juga ada lagu bahasa Melayu
yang akan menyusul selepas lagu ini," ujarnya yang yakin Inviting akan
diterima penggemarnya nanti.
Bercerita perihal dirinya pula, pelajar Sekolah Perempuan St. George's itu memberitahu, kedua-dua ibu bapanya memberi sokongan kuat terhadap minatnya untuk menyanyi. Dia cukup bersedia berdepan asam garam dunia seni.

"Mulanya tiada niat untuk serius menyanyi
sehingga jadi artis rakaman. Saya juga fikir menyanyi hanya untuk seronok-seronok
sahaja," jelasnya.
Cuma selepas menjadi artis rakaman, Deanna sering diingatkan oleh kedua-dua ibu bapa dan guru-guru di sekolah agar tidak mengabaikan pelajaran sementelah pula menjelang tahun 2013 nanti dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Mungkin pada tahun 2013, saya hanya akan aktif sehingga bulan Mei sahaja. Selepas itu, mungkin saya berhenti sekejap menyanyi untuk memberi tumpuan kepada SPM," ujarnya lagi.
Deanna berkata, ilham menulis lagu diperolehnya secara semula jadi ketika berada di rumah, bersiar-siar atau ketika menonton televisyen.
"Saya buat lagu bukan bertemakan cinta sahaja tetapi ada tema keluarga, peperangan dan ketuhanan," ulasnya mengenai lagu Inviting yang tampil bertemakan anti peperangan.

No comments:
Post a Comment