Recent Post

Friday, December 5, 2014

Lama nyer tak update Blog

As Salam dan Salam sejahtera,

Salam Jumaat...moga sihat sentiasa dan ceria selalu...

Lama sungguh rasanya tidak mencoretkan apa-apa di blog ku ini. Kenapalah agaknya mood ke laut memanjang...mungkin sejak diri semakin sibuk dan mula berjinak kembali dengan ber FB dan ber IG...Blog ini kulupakan....huhhh...Bila kulihat senarai blog list @ deqlis-bloglist@blogspot.com 
ramai juga rakan-rakan blogger yang lama menyepi, lama tidak mengaktifkan blog mereka...adakah di atas faktor yang sama? Geng Kaki Contest pun nampaknya tak semeriah dulu? hmm ke salah tafsiran ku ini?

Hujung tahun ini ramai yang bercuti bawa anak-anak melancong dan pulang ke kampung...Wah seronok berjalan ya.. Siapa yang ada ke Kundasang Sabah dan mendapat pakej percutian yang memuaskan boleh tolong  rekemen? Teringin nak ke sana tahun 2015... Jika ada rezeki dapat pulak pergi dengan tiket murah...hai bila laa Air Asia ke MAS nak buat promosi tahun depan? Jika sesiapa dapat info tolong roger yer...:-) sayang uools..

Kundasang Tunggu Aku Datang!!! :-)

Selain itu, Legoland..... takde lah teringin lagi nak pergi, tetapi adikku Sabrina dan Mak ku dah kasi hint nak bercuti ke Legoland....best ke ? nampak macam panas terik tanpa ada pokok2x jek... ehh bukan bermaksud aku puteri lilin yer...okayy boleh jer panas tetapi kalau sampai berpeluh ketiak busuk aduhaii itu yang tak sanggup tue...hahaha... klu macam Universal Studio tue okay lagi..ada out door dan indoor... bestt jer..ehh rasa macam nak pergi lagi:-)

Tolong yer, sesiapa yg terbaca blog ku ini...tolonglah beri pendapat tentang Legoland dan Kundasang... pendapat dari segi berbaloi ke pergi, hotel apa yang paling sesuai, best dan dekat, tempat makan yang best kat sana, dan lain-lain info WAJIB tau sebelum ke sana...Thank you.

Deqlis--@


3 comments:

Ann said...

Hi deqlis..lama btl xupdate kan..rindu x kt kami??hehehe..

Legoland kami xpernah pergi..tp Kundasang pernah thn lepas dan antr tmpt yg nak repeat lagi..pada yg suke nature mmg sesuai sgt la ke sana..

Ni link hotel N masa kt Kundasang
http://cheriterazanyra.blogspot.com/search/label/Mount%20Kinabalu%20Heritage%20Resort%20%26%20Spa

Klu nak tau tmpt menariik dan cerita cuti di Sabah di link ni
http://cheriterazanyra.blogspot.com/search/label/Sabah

bln 3 thn depan ade matta fair, g la terjah mcm2 pakej menarik Sabah dan legoland ada..berbaloi:)

deqlis said...

rindu lerr...:-)

thank u tau for info...


suka2x..:-)

muahh muahhh muahhh:-)

Najib Ariyan said...

Saya orang Sabah... Kundasang lebih best lagi... ada macam2 yg takder kat Semenanjung... memang best sangat2 best... datang lah... kalau orang kerajaan siap ada diskaun kalau bermalam di hotel Perkasa yg tinggi atas bukit menghadap Gunung Kinabalu tu...