Recent Post

Wednesday, June 10, 2009

3 Kenduri Kahwin - 7 Jun 2009

Ahad lepas, daku ngan hb sempatlah menghadiri 3 majlis kenduri kahwin. Wah!! nampaknya ramai yang jadi raja sehari yer sepanjang cuti sekolah nie. Minggu depan pun ada di Kuantan pula... berjalan laa deqlis..hehe..

Pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah menghala ke Gombak rumah Mak Ngah ku, cousin ku Bangah bertemu jodoh ngan org Johor.. hmm jadi org Johor lah Bangah.. tulaa dulu2 atte kate tak mau cari jauh2... udah dah JODOH namanye.. Moga perkahwinan diceriakan dan dicernakan dengan simpulan percintaan dan agama, moga abadi. hmm tapi sebab sampai awal kan deqlis tak dapat lah tengok pengantin.. Pengantin tak tiba lagi, Rasanya deqlis ngan hb lah tetamu pertama kenduri tu hehe... klu tak silap seawal 11.00 pagi dah sampai hehe..

nie siap bergambar ngan Mak Pengantin..
Photobucket

cantik hiasan khemah Bangah
Photobucket

Kenyang dah hb ku heheh
Photobucket

Selepas itu, kami menuju ke Setapak Garden pula.. wah Ayu serba pink.. teringat deqlis dulu pun tema pink putih nie... Moga Ayu bahagia ke akhir hayat, jgn nakal2 tau..
Photobucket

nie dengan Ayu ,,yg ayu gitu..pangkat mak lang ..deqlis anak buah dia klu ikutkan ...
Photobucket

selepas kenyang makan kali ke-2 kami pun menghala ke Kuala Kubu Baru pula untuk meraikan kenduri ex-Uitm dulu Eda.. serba purple.. Majlis telah dibuat di Rest House Kuala Kubu Baru...sejam lebih juga baru sampai sana..
Photobucket
bersama pengantin dan rakan2 Uitm..
Photobucket
dengan Chah...
Photobucket

dengan Chah dan Eja Lagenda..
Photobucket

meja santapan raja sehari eda dan izzudin (maap klu name silap taip)
Photobucket

tumpang pelamin Eda..jeng jeng jeng..
Photobucket

Photobucket
Ohh ye, ini antara hadiah yang ku berikan oada pengantin. Harap suke yerr..:-)
3 kepada pengantin, dan yg wrapping ala2 flower gift tu untuk anak Ayon Alya Qistina yang berusia kira2 2 bulan lebih.. hmm daku ingat dapat jumpe Yon di kenduri eda so boleh past hadiah nie.. tp si Yon tak muncul2 pula di kenduri Eda.. nampaknya daku bawa baliklah hadiah tu... Yon bila laa nk jumpe ko..

Mudah2an semua yang mendirikan rumahtangga nie akan dirahmatiNya dan bersabar dalam segala sesuatu yang berlaku..

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Semoga Perkhawinan kalian kekal ke akhir hayat. Komunikasi yang berkesan amat penting yaa!! moga melayari bahtera kehidupan berumahtangga dengan aman dan bahagia..

No comments: