Recent Post

Thursday, July 30, 2009

Cukur Jambul & Marhaban

Pada hari Sabtu lepas 25 Julai 09, kami sekeluarga mengadakan majlis cukur jambul dan marhaban untuk Muhammad Faris Zharfan anak abangku yang ketiga...wah meriah sungguh majlis tersebut... Mudah2an Zharfan membesar sihat dan menjadi insan yang berguna, berakhlak mulia dan menjadi seorang anak jantan yang cekal, berani dan berjaya dalam hidup... Mamalis doakan yg baik2 utk anak buah mamalis nie yer....

alah cayang Zharfan....
Photobucket
terima kasih kepada kumpulan Marhaban Bandar Baru Sungai Buloh kerana menjayakan majlis pada kali ini. InsyaAllah coming soon ada lagi tue...
dan harap semua tetamu yang datang seronok menjamu selera mee kari, rendang ayam & pulut, mee hoon goreng pada malam itu.. Lis pekena mee kari berapa pinggan?? adehh abiss diet ku..al-maklumlah lama tak pekena mee kari.. sedap2x..mak ku masak mee kari mmg laa superb beb!

pas tolong2 mak masak dari Jumaat malam lah tolong macam2 dah siap2kan bahan untuk masak, prepare for goodie beg dan kemas pinggan mangkuk serta periuk belanga...
hari sabtu petang sebelum kenduri pula daku kelam-kabut siapkan hiasan buaian utk anak buahku tu... rupenyer lum ada bahan2 pun..bergegas lah aku ke kedai cari barang nak menghias... akhhirnya jadi jugak lah walau last minute.. cantik gak kata kak ipar ku tue..siap tolong2 lagi kemaskan.. serba biru khas utk Zharfan laa,...Nampaknya Zharfan suka sebab dia baik jer..senyap jer dalam buaian tue.. hihi

Mak tok ngan zharfan...eh Faris...sebb mak tok panggil Faris...
Photobucket
sempat laa bergambo kenangan ngan buaian Zharfan nie..
mamalis n papafiz dia
Photobucket
ibu dan papa Zharfan...peace!
Photobucket
posing lagi..
Photobucket

No comments: