Recent Post

Wednesday, July 29, 2009

Lunch @ Restoran Khatijah Ibrahim

Photobucket

dah macam Maria T. Sabri dalam Jalan-jalan cari makan pula aku dan hb hari tu apabila menjejaki kaki ke Restoran Khadijah di PJ.

Kami bercadang makan goreng2 shj, tetapi menu goreng2 bermula pada pukul 3 petang. Lantaran itu, kami pun memesan set lunch pada hari itu iaitu Nasi Beriani Ayam Merah dan Nasi Beriani Daging Masak Hitam...

namun hasrat nak merasa keenakan Nasi beriani yang diperkatakan tak dpt ditunaikan..beberapa minit selepas order dibuat, pelayan lelaki dengan sopan dan lembut tutur katanya memohon maaf kerana makanan yang dipesan telah habis. Kami terus memesan Nasi Ayam dan aku pula ingin mencuba Laksa Terengganu nya.. menu dessert nya pula bubur kacang, namun kerana diriku kurang minat nk makan bubur kacang, daku minta dessert lain jika ada, dia mencadangkan gula sagu.. daku anggukkan kepala shj tanda setuju...

Photobucket

Photobucket
kami sabar menanti... beberapa minit kemudia, pesanan dah sampai...
dari segi presentation dan rasa boleh beri 4/5 markah... dari sefi layanan juga 4/5..dari segi suasana kedai 4/5 markah, dari segi harga 3/5... agak mahal yer... nasi Ayam secoot bak kata ku itu berharga RM17.00 dan Laksa Terengganu ku RM16.00 (kalah Laksa shacks tuww) adehhh... xperlah nk try pun...

nie bubur kacang dan gula sagu kami...
Photobucket
Photobucket

Sempat bergambar dengan replika jalan2 cari Makan..hehe (jgn mare yer kak Maria T.sabri..hehe) Selain tu, di restoran ini terdapat photo2 kak Khatijah Ibrahim semasa muda2 dulu... cantik gambarnya... dan terdapat juga artis2 lain seperti M.Nasir.
Photobucket

nie bil lunch kami..hehe..tepek jgn tak tepek..
Photobucket
Lepas nie, jln2 cari makan kedai/restoran lain pula...

No comments: