Recent Post

Wednesday, October 21, 2009

Bahaya Menonton TV

BAHAYA MENONTON “TELEVISYEN” !!!
petikan risalah Masjid Negara
[ 9 MEI 2008 ]
http://www.masjidnegara.gov.my

Imam Qurtubi di dalam kitab Al jami’ li Ahkamil Quran meriwayatkan perkataan sahabat nabi yang bernama
Abdullah ibn Amru ibn As r.a berhubung dengan amanah, iaitu “ faraj, hidung, mata, lidah, perut, tangan dan kaki adalah
amanah. Tidak ada iman bagi mereka yang tidak beramanah. Mengikut kajian persatuan pengguna Pulau Pinang, secara
purata, seorang kanak-kanak di Malaysia menonton TV selama lebuh kurang 2-3 jam sehari pada hari-hari biasa,
manakala pada hari-hari minggu 3-4 jam sehari. Ini bermakna lebih kurang 1,200 jam setahun dihabiskan oleh kanakkanak
Malaysia untuk menonton TV berbanding 1,040 jam setahun dihabiskan di dalam kelas di sekolah.
Menonton TV secara yabg berlebihan boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada seseorang, terutamanya
kanak-kanak yang sedang membesar. Justeru, Akademi Pediatrik Amerika ( AAP) menyarankan agar TV diharamkan
bagi kanak-kanak dibawah usia dua tahun. Hal ini disebabkan di dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan
bayi,perkembangan otaknya berada pada peringkat yang paling kritikal dan pendidikan yang berkesan ketika itu ialah
melalui sentuhan manusia dan bukannya imej di kaca TV.

No comments: