Recent Post

Wednesday, October 21, 2009

Sambutan Hari Ibu: Antara Keharusan dan Larangan??

petikan risalah Masjid Negara
[ 9 MEI 2008 ]
http://www.masjidnegara.gov.my

Sebagaimana yang kita ketahui bersama bahawa sambutan
Hari Ibu merupakan satu sambutan yang disambut oleh seluruh
masyarakat dunia dan tidak terkecuali umat Islam di negara kita
Malaysia. Persoalannya, adakah sambutan ini yang tidak disandarkan
kepada mana-mana sunnah Rasulullah s.a.w dibolehkan di dalam
agama Islam ?
Di dalam menjawab persoalan ini, Dr. Yusuf al-Qardhawi
mengemukakan jawapan yang amat menarik sebagaimana termaktub
di dalam laman web http://www.islamonline.net. Antara lainnya
jawapan beliau berbunyi : “Apabila kita mengadakan sambutan hari
ibu yang dianjurkan oleh Barat, kita sebenarnya telah mengikuti
langkah-langkah mereka dengan membuta tuli dan sama sekali kita
tidak memikirkan kenapakah Barat menganjurkan sambutan Hari
Ibu. Sebenarnya ahli pemikir Barat mendapati bahawa anak-anak
remaja sudah tidak lagi memuliakan ibu mereka dengan sepatutnya,
maka mereka berusaha untuk mengadakan satu hari khusus bagi
mengajak masyarakat Barat khususnya memuliakan ibu dan hari itu
dinamakan sebagai Hari Ibu. Sedangkan bagi kita umat Islam sudah
diperintahkan untuk memuliakan ibu pada setiap ketika dan waktu.
Kita sentiasa mengucup tangan ibu, mematuhi permintaannya dan
sentiasa menziarahi ibu setiap masa sama ada ibu kita masih sihat atau
ketika ibu kita sakit, malah kepada ibu yang telah meninggal dunia
kita tidak lupa untuk menziarahi ke tanah perkuburan. Oleh yang
demikian, tidak ada satu keperluan yang mendesak untuk kita turut
mengadakan Hari Ibu.
Namun, apabila Barat melaungkan sambutan Hari Ibu, kita
juga turut terikut-ikut sedangkan suasana yang ada sebenarnya amat
berbeza. Mereka membiarkan ibu mereka terkontang-kanting di
rumah kebajikan dan bapa mereka pula hidup di tempat berasingan
tanpa sesiapa yang sudi datang menjenguk. Sedangkan di dalam
kehidupan kita, tidak berlakunya perkara demikian. Islam sebenarnya
telah memberikan satu tanggungjawab kepada umat Islam untuk
memuliakan ibunya. Ini termaktub di dalam hadis yang
memerintahkan dimuliakan ibu ke atas bapa sebanyak tiga kali
(ibumu, ibumu, ibumu kemudian bapamu).
Dan sekiranya kita merujuk kepada al-Quran sendiri
Islam sebenarnya telah memberikan satu tanggungjawab kepada umat
Islam untuk memuliakan ibunya. Ini termaktub di dalam hadis yang
memerintahkan dimuliakan ibu ke atas bapa sebanyak tiga kali
(ibumu, ibumu, ibumu kemudian bapamu).
Dan sekiranya kita merujuk kepada al-Quran sendiri, kita
akan mendapati al-Quran memberikan penekanan supaya
memuliakan kedua-dua ibubapa. Firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya” (Surah al-Ankabut, ayat 8).

Walaupun demikian, al-Quran juga hanya
menceritakan kepayahan yang ditempuhi oleh seorang ibu
dalam mengandungkan anaknya sebagai satu isyarat bahawa
ibu sepatutnya lebih ditaati dari seorang bapa. Firman Allah
swt yang bermaksud : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat
baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua
mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam
ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat
kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu
semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu
segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Luqman, 8)
Pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawi ini agak berbeza
dari pandangan Dr. Abdul Fattah ‘Asyur yang antara lainnya
menyatakan di dalam responnya : “Perayaan Hari Ibu tidak
boleh dikatakan salah satu hari raya bagi umat Islam. Namun
demikian, ia tetap dikira sebagai satu peluang untuk perlu
diambil untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu, di dalam
masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan anak ini pada
hari-hari yang lain.
Dan sekiranya dipilih satu hari untuk anak-anak
masing-masing memuliakan ibu mereka dengan cara
tersendiri, maka itu tidaklah dicegah oleh hukum syarak.
Bahkan kita mengadakan sambutan ini sebagai memenuhi
perintah Allah s.w.t.” [ SM ]

No comments: