nilah resepi dari nad yg deqlis dapat...bila check2 balik kata nad, resepi nie dia dapat dari hanieliza...oo gitu yer..naper laa daku tak perasan yer? sebab selalu juga masuk blog kak haieliza nie..hehe..terlepas pandang kot..w/apapun TQ pd kak nad...sebab terbaca posting dia psl resepi nie
OAT TOMYAM
Bahan
1 cawan oat segera
2 cawan air
1 s/b sos tomyam
1 labu bawang besar [mayang]
2 s/b ikan bilis goreng
2 s/b minyak
Cara
1. Didehkan air dan masukkan oat. Kacau sehingga oat nampak kembang.
2. Masukkan pes tomyam dan kacau rata.
3. Gorengkan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan oat dalam pinggan dan taburkan bawang goreng dan juga ikan bilis goreng.
5. Hidangkan.
cuma deqlis ubah sikit..memandangkan deqlis dah keluarkan ikan kembung..hmm nk simpan balik cam tak syok pulak.. mula2 ingat nak stim atau rebus shj..lepas baca resepi di atas deqlis cuba laa..
nie resepi
OAT TOMYAM IKAN KEMBUNG DEQLIS
Bahan
5 sudu besar oat segera
11/2 cawan cawan air
1 s/b pes tomyam
1 labu bawang besar [mayang]
6 ekor ikan bilis goreng
1 s/b minyak jagung
1 ekor ikan kembung
6 hirisan karot
setangkai daun sup
secubit sayur Pak Choy (ala2 taugeh tp ada daun hijo)
garam bukit sedikit (jika perlu)
Cara
1. Gorengkan bawang besar sehingga wangi. Masukkan pes tomyam. kacau
2. Masukkan karot kacau sekejap, masukkan air dan oat...
3. Masukkan ikan kembung dan sayur pak choy dan taburkan bawang goreng, daun sup dan juga ikan bilis goreng.
4. Hidangkan.
inilah hasilnya..
hmm..bagi deqlis sedap jugak, sekali-sekala berubah selera.. sedap jugak kadang2 terasa cam bubur nasi..
i like..so boleh laa berdiet dengan mennu diet nie lagi kan...so lepas nni kena rajin2 cipta resepi baru..utk diet..
adios
No comments:
Post a Comment