Recent Post

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Sedih di Hari Raya



Hmm selalu cerita yang happy jer kan?? hari ni daku nk bercerita ada juga bersulam duka... sedihnya ketika raya lalu... seminggu selepas raya pertama aku memang dah janji nak pulang ke kampung pada Hari Sabtu...entah macam mana hb ku ajak pulang lebih awal..jadi kami ambillah keputusan untuk pulang pada Malam Sabtu iaitu pada hari Jumaat malam. Ayahku memang tak berapa sihat hmm biasalah sakit orang tua...macam-macam perlu di pantang tetapi ayahku selalu juga tak menjaga pantangnya...ada masa-masa tertentu dia tak dapat nak berpantang pun... Sampai sahaja di rumah makku tiada kelibat kereta mak ku....hmm mak keluarkah??? fikiran nie fikir...aiseyyy mann tak dapat laa nak surprise... ku bunyikan loceng rumah..hmm 3-4 kali juga tidak ada yang membuka pintu pagar... Lama ku tunggu di luar rumah... aku pun menelefon ayahku..hmm manalah tahu ayahku tidur kat dalam rumah tak sedar diri ker??hihi.. tup tup ayahku angkat telefon..." Ayah kat hospital nie" sedihnya dengar...baru jer pagi tadi ku telefon dan pesan kat ayah jangan makan nasi lemak atau roti canai lagi... malam ni dah ayah ku pergi ke hospital bahagian kecemasan... hmm cemas jugak aku... jadi kami terpaksalah tunggu di luar rumah sementara nak menunggu mak dan adikku Sabrina menghantar ayah ke hospital kembali pulang.... aku pula sempat beritahu ayah, jika ayahku kena tahan di wad, silalah beritahu aku, boleh lah kami terus ke hospital... Alhamdulillah ayah ku telefon, ayah boleh pulang..... lega hatiku.. yang sedihnya ayah masih sakit... doktor yang rawat tadi pun tak buat pemeriksaan keseluruhan, makku cakap doktor tu pun sungguh lah garang...hmm sian kat mak dan ayah ku...doktor tu pun ada penyakit stress kot..banyak sangat patient dan tak dapat bercuti kot... hmm tekaan ku laa... walau apapun tak patut laa bersikat garang tak bertempat macam tu...


Sedih melihat ayah, ayah sakit tak boleh berbaring, ayah boleh duduk sahaja... jika baring sakit katanya... risau jugak aku...dok pk esok nak bawa ke hospital semula... kesian tengok ayah tidur duduk atas kerusi sahaja... kesian kat ayah...


Cerita pasal ayah, aku?? aku pun tak sihat juga sejak raya ke-3 dah mula demam pastu sihat...demam sihat..demam macam tak kebah-kebah...risau jugak...rasa serangan nyamuk denggi jugak...apa tak nya gosok gigi pun dah berdarah..risau gak, tapi aku risau kat ayah lagi... aku demam biasalah sakit sikit2 nie cuma tak larat sangat laa nak buat itu ini...




Dalam ku fikir-fikirkan pasal ayah tu, tetiba teringat nak mengajak sabahatku yang menetap di Bandar Seri Putra, Bangi untuk beraya di rumah mak ku, memandangkan aku tiada di rumah di bukit jalil, tak salah juga mengajak dia sekeluarga jalan-jalan ke sini jika ada kelapangan.. boleh berkenalan dengan mak dan ayah ku...


Petang Sabtu itu, daku menerima tetamu dari Bandar Seri Putra, ayuraz dan family... sempatlah berbual panjang dan Ayu kembali membuka topik tentang berubat cara perubatan Islam dan dia mengesyorkan seorang Dato di Semenyih. Petang tu juga ku telefon Dato' tersebut, dan kami di suruh segera berubat...selepas Maghrib terus kami ke rumahnya untuk berubatkan ayahku...
Aku juga sempat berubat sakit pergelangan tangan ku... haa sakit nie dek kannak kupas durian suatu masa dahulu...durian tu memang keras sangat takde siapa yang nak buka...aku yang masa tu nak makan lagi tengok durian tu nak kupas....jadi gunakan kedua-dua tapak tangan ni tarik durian tu... hmm masani aku masih single mingle lagi..lum kahwin...hmm klu dah kahwin sure suruh cik abang sayang ku yang bukak kan hehe.... itulah al-kisahnya... kesan dari peristiwa tu tgh malam ku sakit tangan... Tuhan jer lah yang tahu...macam ada orang pulas2 kedua-dua lenganku...tiada siapa pun leh tolong..aku mengerang kesakitan yang amat sangat....Ya Allah ! Tuhan jer lah yang tahu... aku bersabar jer lah...takkan nak terjah rumah org mengurut tengah2 malam kan??? sejak peristiwa tu, pergelangan tangan ku seringlah sakit-sakit....tak leh buat kerja kuat sikit ...kira ku tak boleh push sikit mudah sangat sakitnya.....so malam tu, ku berubat sekali....




Sambil berubat tu juga, aku bertanya bagaimana nak berubat jika demam, Dato tersebut tak lokek ilmu memberitahu kami, jika demam biasa, demam denggi, H1NI ker caranya mudah sahaja... minumlah air kelapa muda campur gula batu dan perah kan air limau nipis... insyaAllah penyakit akan sembuh...


Jadi bila balik, esoknya terus ku suruh hb belikan semua yg Dato' tu katakan tadi... aku amalkan dengan penuh keyakinan..selama 3 hari berturut-turut ku amalkan .... walau dah nampak kesan bintik dah mula ke luar di lengan dan kaki ku..aku memang bertekad tak mahu jumpa doktor... hmm tak nak lah masuk wad tengah-tengah raya nie..huhu sadisss kan??? so ku amalkan kan lah.... alhamdulillah demam ku kebah.... dan kembali sihat... bersyukur padaNya...




dan selepas 2 hari dari tarikh kami berjumpa Dato' tersebut, ayahku dah boleh berbaring... alhamdulillah tak sakit lagi... mak pula dah tak sakit lengannya.. eh lupa mak ku pub berubat juga...sakit2 lengan nya... dan aku?? belum tahu lagi dah baik ker belum sebab jika nak tahu aku kena cuba menguli tepung...jika ku uli dah tak sakit bermakna sihat dah... insyaAllah dengan izinNya...


terima kasih kepada ayu dan suaminya yang telah bercerita panjang tentang cara perubatan itu, dan mereka jua telah berjaya memujuk atau meyakin kah ayahku untuk berubat dengan cara begitu.. mudah-mudahan di permudahkan jua segala urusan buat mereka sekeluarga... dan pada anda atau rakan- online yang ingin berubat untuk penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gaot, buasir dll boleh lah bertanya dengan saya ya... insyaallah kita berusaha Allah jua menentukan segala..




Cerita sedih lagi...hmm sedih lah raya tahun nie ku tak dapat lagi menikmati lemang dan lontong... huhu... pergi open house pun masih tak jumpa kedua-duanya.... maybe this week akan jumpa Lontong... insyaallah sebab dah rancang nak buat kat rumah mak ku...


Lemang??? f Pictures, Images and Photos sumber photo: photobucket
hmm siapa taukeh lemang meh laa kasi kat aku satu huhu.... SADISSSSSSSS....


Photobucket

No comments: