Recent Post

Tuesday, September 28, 2010

DRAMA RAYA TV3: KEMAAFAN YANG TERTANGGUH

Salam, di n3 kali ini deqlis nak bercerita tentang drama raya TV3 pada 26 September lalu.... Kemaafan Yang Tertangguh....sungguh menyayat hati pabila menonton drama ini...syahdu! Ceritanya berkisarkan ibu mertua (MIL) yang mengawal kehidupan anak dan menantunya, MIL yang menjadikan menantunya seperti maid di rumah dan MIL yang tak pernah bertolak ansur bab anak dan menantunya pulang beraya pada setiap tahun. Menurut cerita ini telah 10 tahun menantunya telah beraya Pertama di rumah MILnya sahaja tanpa membenarkan anak dan menantunya pulang ke  kampung isteri anaknya. Lakonan mantap Maimoon Taib dengan ekspresi mukanya itu memang best. Seronok pula menonton cerekarama pada malam tu..walau drama ni bermula jam 11.00 malam. Layan!!


Di bawah nie sinopsis cerita nie
kredit photo nie dari 


Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu dalam erti kata sebenarnya. Ibu Hartina,Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Selepas 10 tahun tidak dapat berhari raya dengan Hartina, Khadijah datang merayu ke rumah Kasmah meminta agar Hartina dibenarkan pulang ke rumahnya berhari raya. Khadijah ingin berkongsi kesibukan Hari Raya dengan anak perempuan bongsu kesayangannya itu.

Namun Kasmah tetap berpegang dengan prinsipnya dan peraturan yang sekian lama dibuatnya. Hartina merupakan satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga, oleh itu dia harus patuh dengan kehendak mertua.

Kasmah juga menetapkan peraturan yang sama kepada anak-anaknya, Jasmin dan Zaila. Sistem bergilir raya tidak ada dalam kamus hidup Kasmah. Suami Hartina, Ilham juga tidak berani untuk melawan ibunya.

Kehidupan mereka adik-beradik sentiasa diawasi Kasmah. Apabila kehendak Kasmah tidak dituruti dan kemarahannya memuncak, pasti dia diserang sesak nafas dan pengsan. Jasmin dan Zaila cuba memujuk Kasmah supaya memberi keizinan kepada Hartina namun Kasmah tetap tidak berganjak dari pendiriannya. Namun sikap garang dan suka mengongkongnya menjadi perbualan jiran sekampung. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat pertama kalinya Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah.

Namun dia meletakkan syarat. Hartina harus menyediakan 20 jenis kuih raya dan menyediakan semua hidangan sebelum pulang ke rumah ibunya. Malah rumah juga harus dibersihkan dan dihiaskan secantiknya.

Mampukah Hartina menyempurnakan semua tugasan yang diberikan oleh mertuanya dan adakah dia berpeluang untuk pulang beraya dengan ibu tersayang setelah sekian lama terpisah?






Pelakon: Zamarul Hisham, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor

Pengarah: Fairuz Loy



Penulis Skrip: ??? siapa tau bg tau yer...




Memang sedih laa...akhirnya cerita ini, dia dapat pulang ke kampung tetapi setelah pulang Mak Tina telah meninggal dunia. Memang sedih sangat-sangat... geram betui dengan MIL yang mengada-ngada, elok-elok benarkan menantu pulang tetapi macam-macam yang di perintahnya, memang tabik spring pada Tina yang sanggup masakkan semua yang di suruh oleh MILnya namun geram juga apabila semuanya sudah di siap dan dapur telah dikemaskan tetiba tak benarkan anak dan menantunya pulang awal... ku ingat lagi dialognya " eh kata janji nak balik lepas maghrib?? buka puasa laa kat sini dulu..sian kat mak nie sorang2" lebih kurang gitu laa yg ku ingat.... dah anak menantu pun tunggu lah sebab nak jaga hati mak dan MIL kan?? TETAPI yang ku geram adakah patut Mak Su dia nak datang beraya pertama di rumah MIL nya suruh beli daging berkilo-kilo, ayan beekor-ekor dan daun palas bagai??? yang nak datang tu sorang jer...kenapa lah dah janji nk benarkan pulang lepas Maghrib tetiba suruh masak lagi...yang masak awal-awal siang tadi takkanlah tak cukup untuk Mak su dia sorang??? aduhhh!! geram betui... dekat sini ku geram juga dengan husben Tina ni yang dah jadi seperti kayu... tak tegas langsung...patutnya terangkan lah kat mak dia yg dah janji nak balik kampung isteri... bab masak2 tu klu tak cukup pergi jer laa beli rendang yang dah siap... atau pergi beli barang-barang nk masak shj, nanti esok Mak Su datang mak dia masak lah sama-sama ngan Mak Su...hai Mak Su dok oversea takkan resepi masak rendang pun dah lupa??? ishhh part nie memang geram betui....di tambah pulak dengan apabila MIL Tina dapat panggilan yang mengatakan Mak Tina telah meninggal, MIL dia boleh berahsia lagi??? takde hai dah perasaan langsung.....mendidih gak darah aku menonton citer nie... Kesian kat Mak Tina dan Tina yang jadi mangsa keadaan. Dua jiwa terseksa sebab kedua-duanya amat merindui saat-saat bersama untuk berhari raya pertama di kampung. Sedih kan?? 


sambung cerita... keesokkannya, Tina sekeluarga sampai di kampung pada pagi Hari Raya Pertama, mula-mula dia  sangat gembira walau tidak dapat pulang pada malam raya, namun dia rasa gembira kerana dapat berhari raya pertama dengan mak kandungnya... Namun tragis sekali lagi apabila dia melihat sebujur tubuh maknya di kafankan... sedih sekali... tak dapat bayangkan kalau aku di tempat Tina masa tue... huhhh penuh emosi tengok drama nie... berkaca jugak mata ku malam tu..huhu..


ending dia?? haa kena lah tengok... masuk web tv3 atau tunggu siaran ulangan nya nanti..


Yang pasti ku tak berapa suka ending dia... tetapi jika dah suratan begitu yang telah ditakdirkan siapalah kita untuk menolak.


Hmm...bila ku fikir-fikirkan balik, kemungkinan terjadinya ending begitu besar kemungkinan membenarkan menantunya pulang berhari raya pertama di kampung maknya adalah satu buang tabiat.. dan MIL nya mendiamkan soal kematian ibu Tina juga satu buang tabiat... mungkin kah?? yerlah kebiasaannya memang MIL tak pernah sesekali membenarkan pulang raya Pertama di rumah  mak isteri anaknya itu...10 tahun tu..lamakan?? bab2 kematian selalunya mana ada orang sorok atau lengah-lengahkan pemberitahuannya.. biasa klu 3 pagi, 3 pagi juga akan diberitahu... so bila MIL dia bersikap lain atau pelik...mungkin juga lah boleh kita katakan buang tabiat... hingga ending MIL dia _________________..


haa kena laa menonton yer..hehe..tak best arr klu bagi tau semua kat sini...siapa yang dah tengok pasti lah tau ending nya..


tahniah pada semua pelakon dan penulis skripnya.. lupa tengok siapakah yang tulis skrip cerita nie.. walau apapun sebuah drama yang penuh emosi dan menyayat hati wanitaku..ceh.. Lakonan Eira Syazira pun memang mantop... tahniah..


siapa nk tgk Promo Cerekarama nie KLIK


Photobucket

No comments: