Recent Post

Friday, October 29, 2010

66 Usahawan Malaysia

Salam,
photo kredit to google..deqlis malas nk snap hehe sinbaik google2 ada..

Pepagi nie deqlis nak bercerita tentang salah satu buku yang deqlis rasa perlu dibaca oleh semua ibubapa terutamanya yang bercita-cita ingin berjaya dalam bidang keusahawanan.

Menjadi seorang usahawan bukanlah mudah, pelbagai dugaan di tempuhi
Kadangkala menjadi
Kadangkala gagal
namun yang pastinya langkah seterusnya harus difikirkan agar niat untuk menjadi usahawan islam tercapai.

Buku yang bertajuk 66 Usahawan Malaysia ini mengandungi 66 kisah usahawan Malaysia yang telah berjaya. Salah seorangnya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sebelum membaca buku ini, sebenarnya deqlis hanya mengetahui perniagaan yang dijalankan oleh tan Sri adalah Gula dan MPH shj... dan adanya Yayasan Al-Bukhary serta memang mengetahui beliau merupakan usahawan terkaya di Malaysia.

Namun selepas membaca buku ini, banyak lagi rupanya biz yang beliau jalankan dan paling menarik bagaimana seorang anak kampung yang miskin boleh berjaya menjadi sebegitu sukses walau tidak ke menara gading...

Banyak lagi kisah-kisah usahawan terbilang Malaysia... walaupun kebanyakannya adalah berbangsa cina, namun kita boleh mengambil ikhtibar tentang bagaimana mereka melayari bidang keusahawanan dan mengemudi perniagaan hingga berjaya walau adakalanya menghadapi laluan getir.

Penulis buku ini adalah Ashadi Zain dan diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Buku setebal 126 muka surat ini pasti menyuntik semangat bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan . Bahkan usahawan kecil seperti deqlis ni juga terasa semangatnya untuk lebih berjaya di mas akan datang.

Bagi yang ingin mendapatkan buku ini boleh lah ke MPH berdekatan anda...hehehe..(promote MPH laa.. )

Selamat membaca..

Photobucket

No comments: