Recent Post

Saturday, October 23, 2010

HABIL & QABIL

Salam..



Hari nie deqlis ingin kongsikan Drama Habil & Qabil yang disiarkan di TV3 setiap hari Selasa, Rabu & Khamis jam 10.30 malam.

Deqlis memang layan citer nie...memang best...! 
sampai nak tunggu Hari Selasa nie..macam lambattttt jerrr....heh..



 Sinopsis Drama Samarinda Habil & Qabil:

Habil dan Qabil ialah kisah dua orang lelaki yang lahir pada hari yang sama, tapi dibesarkan dalam dua keluarga yang berbeza. Mereka selalu bersaing di sekolah hinggalah ke dunia korporat. Lepas tu jatuh cinta pulak dengan wanita yang sama. Persaingan yang hebat ni..siapakah yang dapat menambat hati wanita tu? Habil atau Qabil? Berdasarkan kisah Nabi Adam dulu, Habil dan Qabil ni memang jatuh cinta pada wanita yang sama kan? Dua hero hebat ni Zed Zaidi dan Aaron Aziz akan bertarung dalam drama Habil dan Qabil :)

Cerita bermula...Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu,

Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.
Akhirnya Habil, seorang insan yang gigih dan pendiam berubah agresif kerana sentiasa mahu bersaing dengan Qabil yang membesar dalam kemewahan.

Dalam drama ni Maria (Siti Saleha pelakon baru) memegang watak hitam dan Habil di akhir cerita menjadi lumpuh dan sementara Qabil pulak mati kerana tekanan hidup sebelum dapat bertemu dengan Habil..oopps terlebih sudah, nampaknya cerita ni sedih kan..(tak sangka pulak bila baca sinopsis nyer last2 macam tu?? hmm ada ke pembalasan kpd Smith yg jahat tu?? dan Apa sebenarnya agenda Maria?? ker Maria ni macam lembu kena cucuk hidung erk?? nak ikut cakap bapak dia Smith tu?? atau ada agenda dia tersendiri?? hmm buat deqlis tertunggu2 nk tgk cerita nie....)
hmm pepun....

Saksikan kesudahan drama Habi dan Qabil di tonton.com.my & TV3




Photobucket 

No comments: